You are on page 1of 1

Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.

Pada suatu hari, saya dan Faiz sedang menunggu kedatangan ibu bapa kami untuk pulang dari sekolah.
Untuk menghilangkan kebosanan, kami berdua sempat berbual-bual tentang persediaan yang telah
dilakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Muiz : Faiz, nampaknya Peperiksaan UPSR akan menjelang tidak lama lagi.

Faiz : Betul kata awak muiz, saya berasa risau sekarang. Banyak lagi topik-topik penting belum
saya kuasai. Bagaimana persediaan awak Muiz?

Muiz : Setakat ini saya banyak membuat latih tubi menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas. Selain
itu, saya juga mengulangkaji pelajaran di rumah pada waktu petang dan malam. Saya
mempunyai jadual pembelajaran sendiri di rumah.

Faiz: Rajin betul awak Muiz. Saya pula mengikuti kelas tuisyen pada hari minggu. Banyak teknik-
teknik menjawab soalan saya peroleh daripada cikgu-cikgu yang berpengalaman. Pada waktu
petang pula, saya banyak melayari internet untuk mencari sumber-sumber pembelajaran.
Banyak juga laman web dan blog yang bermanfaat untuk calon-calon UPSR seperti kita.

Muiz: Wah, hebat betul persediaan awak Faiz! Bolehlah kita berkongsi bahan-bahan dan nota
pembelajaran yang kita miliki.

Faiz: Bagus idea awak Muiz, Kalau begitu saya cadangkan kita wujudkan kumpulan perbincangan.
Bolehlah nanti kita berbincang tentang tajuk-tajuk yang sukar kita fahami. Di samping itu,
kita juga boleh bertukar-tukar nota.

Muiz: Cadangan awak sememangnya bernas Faiz. Bolehlah kita ajak Syahmi dan Hakimi bersama-
sama. Pada pendapat saya, semakin ramai ahli kumpulan kita, semakin baik.

Faiz : Eh, nampaknya ayah saya telah datang! Apa kata kita bincang hal ini di sekolah besok.

Muiz: Baiklah, Faiz

You might also like