You are on page 1of 1

Orang yang paling saya hormati

Orang yang paling saya hormati ialah ibuku. Ibu saya berasal dari sebuah keluarga yang miskin papa. Beliau mula menyara hidup keluarganya setelah bapa meninggal dunia. Pada masa itu, beliau baru berumur lima belas tahun. Ibu belajar cara-cara membuat jahitan dan akhirnya beliau menjadi seorang tukang jahit. Setiap pagi beliau menunggang basikal dari rumah ke rumah bagi mengumpul kain untuk dibuat baju. Selepas siap mengumpul, ibu akan menjahit bajubaju ini di rumah. Ibu selalu bekerja hingga larut malam. Biasanya, ibu menghantar baju yang siap dijahit kepada pemiliknya pada hari keesokkan. Ibu menggunakan wang yang diperolehi dari kerja-kerja jahitan itu untuk membeli bekalan makanan kepada ahli-ahli keluarganya.

You might also like