You are on page 1of 1

http://cikgusazali.blogspot.

com

BAHAGIAN C
(15 markah)
8

Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Tema

Piramid Makanan

Analisis Bahan Rangsangan

TERSURAT
ISI
8 12 hidangan
3 5 hidangan
2 3 hidangan
1 2 hidangan
Guna sedikit

CONTOH
Nasi, mi, roti, bijirin, ubi
Buah-buahan dan sayuran
Ikan, ayam, itik, daging, kekacang
Susu dan produk tenusu
Lemak minyak, gula, garam

TERSIRAT
HURAIAN
Membekalkan tenaga
Membantu sistem penghadaman
Membekalkan protein
Mengelakkan obesiti
Mengelakkan penyakit

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara amalan


pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi
kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita digalakkan mengambil
hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu,
kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya
dengan protein. Kita juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu
untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit
sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar
kesihatan kita lebih terjamin.
(97 patah perkataan)

You might also like