You are on page 1of 3

SULIT 1103/1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019


BAHASA MELAYU
Kertas 1
𝟏
𝟐 jam Dua jam lima belas minit
𝟒

SMK …………
KOD SEKOLAH

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

1103/1 Lihat Sebelah


SULIT 1103/1

Bahagian A

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

[ 30 markah ]

Gambar rajah di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada kebaikan penubuhan koperasi
sekolah.

Huraikan pendapat anda tentang faedah penubuhan koperasi sekolah. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH

Memupuk semangat Mudah mendapat barangan


berniaga dalam kalangan dan perkhidmatan
murid

Menambahkan sumber
kewangan sekolah

1103/1 1 Lihat Sebelah


SULIT 1103/1

Bahagian B

[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

1. Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato.


Tajuk pidato anda ialah cabaran remaja dalam meningkatkan sahsiah diri. Tulis teks pidato
itu selengkapnya.

2. Semangat patriotisme sangat penting diterapkan dalam diri remaja pada masa kini.
Huraikan peranan ahli keluarga bagi memupuk semangat patriotisme tersebut.

3. Pendidikan maya mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar.


Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam mengaplikasikan pendidikan maya dalam
pembelajaran.

4. Penularan wabak banyak memberi kesan negatif dalam sesebuah negara.


Bincangkan peranan negara-negara serantau dalam membasmi wabak tersebut.

5. Bunyi rebana sudah bergema,


Cepatlah adik, nanti terlambat,
Wau gasing permainan lama,
Bagaimana mungkin mahu dimartabatkan?

Huraikan cara-cara untuk memartabatkan permainan tradisional di negara kita.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 3 Lihat Sebelah

You might also like