You are on page 1of 46

BAHASA MELAYU

1
MODUL BAHASA MELAYU

Nama :
Sekolah :

2
Isi kandungan

Muka surat

1. Pendahuluan 4

2. Modul Kertas 1

Set 1 7

Set 2 9

Set 3 11

Set 4 13

3. Modul Kertas 2

Set 1 17

Set 2 24

Set 3 31

Set 4 38

3
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
Program Semarak Kasih bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang diberikan kepada
murid-murid Tingkatan 5 ini merupakan bahan sokongan kepada kurikulum bahasa
Melayu menengah atas. Matlamat utama penghasilan bahan ini untuk membantu murid
melaksanakan pembelajaran di rumah bagi persediaan menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Seterusnya untuk meningkatkan penguasaan dan
pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan murid.

KONSEP
Konsep latihan yang dibangunkan ini memberikan penekanan kepada beberapa perkara
seperti yang berikut:

Berpandukan Kurikulum

Setiap latihan yang diketengahkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk
kepada kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu menengah atas.

Berpusatkan Murid

Aktiviti yang diketengahkan dalam latihan ini berpusatkan murid dan guru berperanan
sebagai pemudah cara sahaja.

Bersifat Luwes

Kandungan latihan ini bersifat luwes dan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan
kesediaan murid.

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu latihan dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu:

i. Karangan

o Karangan Bahan Rangsangan


o Karangan Respons Terbuka

ii. Rumusan

4
ii. Pemahaman

o Pemahaman Teks
o Prosa Moden (Cerpen)
o Prosa Moden (Drama)
o Prosa Tradisional
o Puisi Tradisional
o Puisi Moden

iv. Pengetahuan dan Sistem Bahasa

o Membina Ayat
o Analisis Ayat
o Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
o Kesalahan Penggunaan Kata atau Istilah dan Kesalahan Tatabahasa
o Peribahasa

v. Komsas

o Novel

5
Modul Kertas 1

SET 1
SET 2
SET 3
SET 4

6
SET 1
Bahagian A

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan koperasi
sekolah kepada pelajar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Kebaikan Koperasi Sekolah

 Mendidik pelajar mengurus perniagaan


 Menjimatkan masa
 Memudahkan pelajar membeli barangan dan mendapatkan perkidmatan

7
SET 1
Bahagian B

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Pada masa ini, masyarakat Malaysia hendaklah sedar akan kepentingan


penjagaan kesihatan diri.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan diri.

2. Pembangunan yang tidak terancang telah menjejaskan keindahan alam


semulajadi di negara kita.
Huraikan langkah-langkah untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi di
negara kita.

3. Selaku ahli jawatankuasa kampung, anda telah mengundang seorang pegawai


daripada Perbadanan Industri Kraf Tangan Malaysia untuk memberikan
ceramah tentang langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan industri kraf tangan di negara ini.

4. Pemerdagangan manusia telah menjadi isu global.


Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk
menangani masalah tersebut.

5. Peribahasa ‘bersatu teguh bercerai roboh’ merujuk kepada kepentingan


perpaduan dalam sesebuah masyarakat.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

KERTAS SET 1 TAMAT

8
SET 2

Bahagian A

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara remaja
menjaga nama baik diri sendiri. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

Cara remaja menjaga nama baik diri sendiri

Menjaga Tutur Kata Menjaga Penampilan Diri

Menjaga Batas Pergaulan

9
SET 2

Bahagian B

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Sukan mampu memberikan kebaikan kepada pelajar-pelajar yang menyertainya.


Jelaskan pernyataan tersebut.

2. Kraf tangan Malaysia yang eksotik dan menarik menyebabkan ramai pelancong
asing tertarik.
Huraikan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan
industri ini terus berkembang.

3. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti sikap prihatin,


bertanggungjawab, toleransi, amanah dan lain-lain mampu melahirkan
masyarakat yang aman dan sejahtera.
Jelaskan pernyataan di atas.

4. Peningkatan pelaburan asing boleh dilihat sebagai salah satu kayu ukur kepada
pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Bincangkan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh negara – negara terlibat
dalam pelaburan asing.

5. Drama bertemakan kekeluargaan banyak memberi pengajaran kepada para


penonton.
Bincangkan pengajaran yang diperoleh daripada drama-drama sedemikian.

KERTAS SET 2 TAMAT

10
SET 3
Bahagian A

Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha yang perlu dilakukan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh murid untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaannya. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

USAHA UNTUK MENCAPAI


KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN

PEMIMPIN lain
Menjaga kesihatan Menumpukan
perhatian semasa
pembelajaran

Mengurus masa dengan


bijak

11
SET 3
Bahagian B

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Kesihatan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


Huraikan langkah-langkah yang boleh anda lakukan bagi menjamin kesihatan yang
berpanjangan.

2. Dewasa ini, nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat dikatakan semakin
terhakis ditelan arus pemodenan. Oleh itu, ibu bapa perlu memupuk sikap saling
menyayangi dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.
Ulas penyataan tersebut.

3. Anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar
tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Aktiviti-aktiviti untuk Meningkatkan
Semangat Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat di Negara Kita’.
Tulis rencana itu selengkapnya.

4. Kualiti barangan buatan Malaysia setanding dengan barangan dari luar negara.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia.

5. Belajar perahu ke Kuala Paloh


Membawa serai bersama sayur
Kalau bersatu kita kan teguh
Kalau bercerai bangsa kan hancur
Pantun di atas menjelaskan langkah untuk memupuk perpaduan kaum.
Huraikan langkah-langkah menyuburkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.
KERTAS SET 3 TAMAT

12
SET 4
Bahagian A

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah
koperasi sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

memperoleh ilmu harga barangan


perniagaan yang lebih murah

mudah mendapatkan barangan


dan perkhidmatan

13
SET 4
Bahagian B

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid. Masa cuti
akan menjadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Bincangkan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk memanfaatkan masa cuti
sekolah.

2. Gejala sosial seperti berpelesiran, merokok, melepak dan terlibat dalam gejala
merempit semakin berleluasa dalam kalangan remaja Malaysia. Keadaan ini amat
mengusarkan ibu bapa dan anggota masyarakat.
Huraikan usaha-usaha anda untuk menghindarkan diri daripada pembabitan
dalam gejala sosial.

3. Obesiti kini menjadi suatu masalah dan ancaman kepada anggota masyarakat di
negara kita kerana bilangan penghidapnya semakin meningkat. Perkara yang
membimbangkan ialah penghidap obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga kian
bertambah. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ibu bapa menjadi faktor
kanak-kanak mengalami obesiti.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk


mengelakkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

4. Kemerosotan moral dan kurangnya amalan nilai murni dalam kalangan


generasi muda semakin ketara. Masalah ini boleh diatasi dengan peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan nilai murni dalam kalangan
generasi muda.

Ulaskan pernyataan tersebut.

14
5. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kini semakin luntur. Sebagai
masyarakat yang prihatin akan keadaan ini, anda terdorong untuk menulis sebuah
rencana bagi dimuatkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah
“Langkah dan Usaha untuk Mengukuhkan Semangat Kejiranan dalam Kalangan
Masyarakat”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

KERTAS SET 4 TAMAT

15
Modul Kertas 2

SET 1
SET 2
SET 3
SET 4

16
SET 1

Soalan 1 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
kemurungan dan punca-punca berlakunya kemurungan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemurungan atau istilah lainnya, “depresi” biasanya mendampingi individu yang


berhadapan dengan masalah yang sukar diselesaikan dan terus menghantui mereka.
Kesulitan sebegini biasanya akan menguasai diri remaja sehingga pemikiran mereka
hanya tertumpu pada permasalahan tersebut. Biasanya remaja yang murung menjadi
benci dengan kehidupannya dan sentiasa menyalahkan dirinya sendiri dan orang lain.
Menurut Profesor Dr. Azhar Md Zain, simptom kemurungan agak sukar dikesan, namun
terdapat beberapa perubahan pada diri remaja yang dapat dikaitkan dengan kemurungan
seperti sikap yang agresif, pengambilan dadah, kunjungan ke kelab malam atau
perlakuan yang dapat membahayakan diri sendiri. Kemurungan sering dikaitkan
dengan perubahan emosi negatif yang dapat memudaratkan diri remaja. Kemurungan
merosakkan personaliti remaja dalam kalangan masyarakat sekeliling. Keadaan ini
berlaku kerana remaja sering dihujani perasaan negatif terhadap orang lain atau dirinya
sendiri. Kesan kemurungan emosi remaja turut menjadikan mereka mengalami kesulitan
untuk menenangkan diri dan mengembalikan perasaan-perasaan positif yang wujud
sebelum ini. Terdapat sesetengah individu yang mengalami depresi menjadi agresif dan
amat marah dengan melemparkan objek berdekatan dengannya untuk melepaskan
tekanan yang dialaminya. Dalam melayari usia remaja, depresi yang dialami dapat
melumpuhkan sistem perkembangan tubuh dan minda yang sihat. Misalnya, remaja
mungkin mengalami penurunan berat badan akibat kehilangan selera makan.
Antara kesan fizikal yang dapat dilihat pada remaja ialah penampilan mereka yang
tidak terurus dan tidak mampu menguruskan masa dengan baik. Remaja akan
mengalami kesukaran untuk tidur malam sehingga tubuh mereka tidak berupaya untuk
berkembang dengan baik bagi menggantikan tenaga yang hilang. Namun begitu, situasi
yang lebih ditakuti ialah remaja akan menjadikan tubuhnya sendiri sebagai tempat untuk
melepaskan tekanan yang dihadapinya. Contohnya, pelakon Hollywood, Angelina Jolie
dikatakan pernah mencederakan dirinya sendiri ketika remaja akibat kemurungan yang
dialaminya.
Kemurungan dalam kalangan remaja turut merosakkan hubungan sosial mereka
kerana mereka cenderung untuk menyendiri, terlalu sensitif atau tersinggung dengan
perlakuan orang lain. Depresi yang dialami oleh remaja juga secara langsung akan
menjejaskan pembelajaran mereka di sekolah. Tidak mustahil untuk remaja yang murung
tidak hadir ke sekolah atau hilang fokus ketika belajar. Akhirnya, kemurungan ini akan
menyebabkan masa depan remaja terjejas. Oleh itu, kemurungan tidak seharusnya
dipandang enteng dan remaja yang mengalami kemurungan memerlukan rawatan
segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

17
SET 1
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kesan Kemurungan’
Oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, September 2014

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata merosakkan personaliti.

(ii) Pengarang menyatakan beberapa perubahan yang dapat dilihat terhadap


remaja yang menghadapi kemurungan.
Nyatakan perubahan-perubahan tersebut.

(iii) Masalah kemurungan dalam kalangan remaja perlu diatasi agar golongan ini
dapat menjalani kehidupan dengan ceria, dan seterusnya dapat memberikan
sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu
bapa untuk membantu anak mereka yang menghadapi masalah
kemurungan?

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda
memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini.
Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut
dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota.
Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang
membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun - temurun.
Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman - berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak - anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai

18
SET 1

maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus
perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan

kita yang masih ada, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati
Allah.”

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan dua alasan bonda tidak membenarkan Mel bermastautin di kota?

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda sekarang terlalu mudah
terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat?

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu lagi nilai lain dalam
keseluruhan cerpen tersebut.

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente
mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah
tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”

Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi
maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

19
SET 1

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala
Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara
patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Jangankan
membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun
masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan MelaluTeladan’dalam antologi


Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa penjurit yang terlalu buas seperti yang
terdapat dalam petikan?

(ii) Apakah pandangan Bendahara setelah Laksamana masuk mengadap Raja


Melaka?

(iii) Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil
terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang
telah membunuh Kertala Sari?

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU
Mohd. Haikal Aminuddin

Terkedu aku
di sejadah rindu
menguncup kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

20
SET 1
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Kalam Pertama, 2013


Dewan Bahasa dan Pustaka
Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak, nyatakan bukti – bukti yang menunjukkan
penyajak benar – benar insaf?

(ii) Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi


selepas itu kembali semula melakukan kesilapan tersebut. Pada pendapat
anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

21
SET 1

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) dilema
(ii) delima
(iii) bendang
(iv) gendang
(v) sarat
(vi) surat

(b) Tukar cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.

“Saya bercadang menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah


syarikat rakaman,” kata Mira kepada sahabat baiknya, Azila. “Tapi saya bimbang
jika ibu bapa saya tidak mengizinkannya,” ujar Mira kepada Azila. “Awak katalah
awak ada harapan untuk menang dan berjanji akan menjaga diri serta nama baik
keluarga,” cadang Azila kepada Mira.

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Ibu bapa hendaklah menjadi tauladan kepada anak-anak dalam


memupukkan minat membaca dalam kalangan generasi muda.

(ii) Kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dan


bahasa pentadbir di negara ini tidak boleh dipertikaikan.

(iii) Pakar kewangan meramal bahawa pada suatu masa nanti ekonomi
dunia akan menjadi ekonomi tanpa mata wang berikutan pengunaan
kad kredit.

22
SET 1

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Pokok jati itu jatuh kerana hujan turun dengan lebatnya di malam tadi.

ii. Semenjak menghidap selesema demam, badan Salwa semakin susut dan
matanya bertambah lengkung.

iii. Puan Salmi terpaksa menambah bilangan penolong di restorannya kerana


pelanggannya semakin bertambah dari bulan ke sebulan.

(e) Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya.

i. kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya

ii. bagai aur dengan tebing

iii. bagai gunting dalam lipatan

Soalan 4: Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor


(ii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari.

(b) Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persamaan dari
segi persoalan dalam setiap novel.

KERTAS SET 1 TAMAT

23
SET 2

Soalan 1 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat-
manfaat penglibatan remaja dalam e-sukan dan usaha-usaha memperkasakan e-
sukan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada era serba canggih dan moden ini, sukan elektronik atau e-sukan telah menjadi
fenomena dalam kalangan masyarakat dunia, terutamanya golongan remaja. Sukan
elektronik merupakan satu bentuk sukan yang menggunakan medium elektronik, iaitu
permainan video untuk bersaing dengan individu lain secara dalam talian. Di Malaysia,
e-sukan merupakan antara bidang sukan yang baharu dan sedang berkembang. Kini, e-
sukan telah mengalami evolusi yang luar biasa dan diperkenalkan dalam pertandingan
e-sukan.
Dahulu, kegiatan bermain permainan video dianggap tidak mendatangkan faedah
dan sekadar hobi yang membuang masa serta melalaikan. Namun, persepsi negatif ini
harus diubah apabila e-sukan telah diiktiraf pada peringkat global. Terdapat kajian yang
menunjukkan bahawa individu yang bermain permainan video mempunyai kemahiran
kognitif yang tinggi dan tindakan yang pantas. Hal ini sekaligus menjadikan mereka
individu yang berkemahiran untuk menyelesaikan masalah, berfikiran kolektif dan kreatif,
kuat daya ingatan dan mudah menerima maklumat baharu. Selain itu, persaingan sengit
dalam e-sukan yang memerlukan strategi dan tumpuan yang tinggi secara tidak langsung
menanamkan sikap berdaya saing dan tidak mudah berputus asa dalam kalangan para
pemainnya. Malahan penglibatan para pelajar dalam e-sukan juga mampu
menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan gejala sosial.
Bagi mereka yang sudah biasa bermain permainan video, mereka dapat mengasah
kemampuan mereka untuk membuat keputusan dengan tepat selain kemahiran
menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tindakan. E-sukan juga
menjana pendapatan yang lumayan dengan hadiah dan ganjaran lumayan. Selain itu, e-
sukan dapat membangunkan industri lain yang terlibat secara langsung seperti perekaan
grafik komputer, pengaturcaraan komputer, pembangunan permainan video, dan perisian
baharu. Di samping itu, e-sukan turut dapat memperluas jaringan sosial para pemain
tanpa mengira sempadan dunia. Hal ini demikian kerana setiap pemain perlu berinteraksi
dengan pemain lain untuk mendapatkan keserasian ketika bermain bersama-sama.
Justeru, pelbagai budaya dan bahasa yang terdapat di seluruh dunia dapat dipelajari oleh
individu yang terlibat dalam bidang ini. Sesungguhnya, e-sukan merupakan kegiatan
sukan yang perlu dititikberatkan pada masa kini.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Manfaat E-sukan Terhadap Remaja’
Oleh M. Farhan Zaman,
Dewan Siswa, Mac 2019

24
SET 2

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengalami evolusi.

(ii) Dalam petikan, pengarang mengemukakan beberapa tanggapan negatif tentang


e-sukan.
Nyatakan tanggapan-tanggapan tersebut.
(iii) E-sukan belum mendapat sambutan dan penerimaan sepenuhnya daripada
masyarakat khususnya ibu bapa.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AH TIAU : Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk masuk
Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor. Seronoknya.
Dapat juga saya tengok kawasan lain.
SUNDARANI : Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.
AH TIAU : Awak pula Aiman, kem mana?
SUNDARANI : Dia dapat masuk Kem Majidi.
AH TIAU : Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?
AIMAN : Boleh tak kita cerita tentang perkara lain, bosan aku dengan cerita
PLKN. Baik kau bagi tahu aku keputusan perlawanan bola sepak
malam tadi. Aku terlepas, terlelap sampai pagi.
SYUHADA : Aiman… kita dapat kem yang sama.
SUNDARANI : Kem mana?
SYUHADA : Dari jauh aku tengok kau asyik bercerita dengan Aiman, tak bagi
tahu kem mana yang dia akan masuk untuk PLKN nanti?
SUNDARANI : Kem Majidi kata dia.
SYUHADA : Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama Aiman
tersenarai di Kem Teluk Sari, Mersing.
AIMAN : Mersing? Hmmm.
SYUHADA : Kenapa? Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai
menghadap Laut China Selatan lagi.

25
SET 2 Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

i. Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan lokasi penempatan kem yang bakal
disertai oleh Aiman dan rakan-rakannya.

ii. PLKN merupakan program yang memberi impak positif kepada remaja namun
terdapat segelintir remaja yang tidak berminat untuk menyertainya.
Pada pandangan anda, apakah sebab remaja kurang berminat untuk menyertai
PLKN?

iii. Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan drama di atas dan satu
perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama?

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di
tanah sama- sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta
kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda
mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang
lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa
Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil
tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu
pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka
barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan
pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan,
jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang
bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di
dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah
pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh
Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah
maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali.
Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia
berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-
sungguh.”
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke
bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar
seperti kata Tun Perak itu.”

26
SET 2

Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun
Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di
Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

i. Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya.

ii. Apakah reaksi Duli Yang Dipertuan setelah Seri Amerta mengadukan perbuatan Tun
Perak?

iii. Peperangan merupakan suatu peristiwa yang membawa kesan negatif kepada
sesebuah negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan peperangan antara
dua buah negara?

Soalan 2(d) – Puisi Tradisional

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Dua Belas


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

27
SET 2

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Puisi Melayu Tradisi,1996
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

i. Berdasarkan gurindam di atas berikan maksud rangkap pertama?

ii. Seseorang yang mempunyai sikap baik akan mempunyai ramai


kawan.
Pada pendapat anda, apakah sikap yang perlu ada pada seseorang supaya
orang suka berkawan dengan kita.
iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam ini.

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) cirit-birit
(ii) gopoh-gapah
(iii) kaya-raya
(iv) riuh-rendah
(v) saki-baki
(vi) segar-bugar

28
SET 2

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa
Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa
Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN +
FS).

(i) Barang kemas mewah itu keluaran syarikat terkenal.

(ii) Pencemaran alam sekitar akan mengancam kehidupan flora dan fauna.

(iii) Reban ayam itu di belakang rumah nenek.

(iv) Perkhidmatan jalur lebar syarikat itu sangat luas liputannya.

(v) Kami sedang menikmati keindahan Pulau Redang.

(vi) Baju pengantin ini rekaan pereka tersohor iaitu Datuk Tom Abang Saufi.

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Tabiat buruk sebilangan angota masyarakat di negara ini yang masih tidak
bijak menguruskan buangan sampah dan sisa pepejal amat dikesali. Orang ramai
samada percaya atau tidak, harus terima hakikat bahawa jika sampah sarap yang
dibuang oleh rakyat Malaysia dikumpulkan akan mampu menenggelamkan
bangunan setinggi Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bagi mengelak masalah
ini bertambah serius, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
melaksanakan pelbagai pogram termasuk kitar semula.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Waktu pelajaran di negara ini dapat dipecahkan pada sesi pagi dan sesi
petang.

(ii) Shawn menuntun perlawanan bola sepak di mini stadium Pasir


Gudang pada malam tadi.

29
SET 2

(iii) Aktiviti pendidikan dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan


secara konstruktif, kreatif dan inovatif oleh para guru-guru.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan


peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Adat berinai yang lazimnya dijalankan sebelum majlis perkahwinan masih
diamalkan sehingga kini.

(ii) Sikap Liza mula berubah selepas dia menjadi kaya dan tidak menghiraukan
ibu bapanya lagi.

(iii) Pelbagai iklan jualan murah dipamerkan di Pasar Raya Gergasi, sebaliknya
harga sebenar adalah mahal.

Soalan 4: Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor


(ii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Huraikan pengajaran dalam novel yang telah anda pelajari.

(b) Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menimbulkan simpati kepada pembaca dalam setiap novel.

KERTAS SET 2 TAMAT

30
SET 3
Soalan 1 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah e-sukan dan langkah-langkah untuk membangunkan e-sukan. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dahulu, kegiatan menghabiskan masa dengan permainan komputer atau telefon


pintar dianggap sebagai tidak mendatangkan manfaat, satu hobi yang membuang masa
dan melalaikan. Kini, selaras dengan perkembangan teknologi komputer dan internet, e-
sukan atau sukan elektronik telah mendapat sambutan yang hangat terutamanya dalam
kalangan golongan muda di negara kita. Tambahan lagi, dengan kewujudan dan
perkembangan pesat teknologi telefon pintar, permainan seperti Mobile Legends, Player
Unknown’s Battlegrounds (PUBG) sudah tidak asing lagi dalam dunia e-sukan. Siapa
sangka dengan bermain permainan komputer atau telefon pintar, menjadi wadah baharu
kepada generasi muda untuk berekreasi dan bersaing secara sihat.
E-sukan memberikan banyak manfaat kepada pemainnya. Sebagai contoh, pada
Ogos yang lalu, atlet e-sukan negara, Yap Jian Wei telah menjadi jutawan segera selepas
pasukannya, PSG. LGD muncul sebagai naib juara perlawanan Dota 2, The International
8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada. Dalam hal ini, tidak dapat disangkal lagi
bahawa e-sukan mampu dijadikan sebagai kerjaya yang dapat memberikan pendapatan
lumayan kepada pemainnya. Di samping itu, atlet e-sukan juga mampu mengharumkan
nama negara di persada antarabangsa apabila berjaya meraih tempat dalam
pertandingan tersebut.
Di samping itu, e-sukan juga mampu memberikan impak positif terhadap
pengukuhan sektor pelancongan negara. Sebagai contoh, penganjuran Kejohanan Major
Kuala Lumpur Dota 2 di Bukit Jalil yang menampilkan 16 pasukan dari seluruh dunia itu
menawarkan hadiah wang tunai berjumlah ASD 1 juta atau RM4.15 telah berjaya menarik
minat ribuan peminat sukan elektronik tempatan dan luar negara. Selain menawarkan
hadiah yang cukup lumayan, e-sukan juga memberikan peluang kepada sesebuah
negara untuk menganjurkan pertandingan bertaraf antarabangsa. Hal ini demikian
kerana peminat e-sukan yang datang dari luar negara dapat meningkatkan kunjungan
pelancong ke Malaysia seterusnya, mampu mempromosikan negara di mata dunia.
Selain itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan turut berhasrat untuk menjadikan
Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia, sekali gus berupaya membuka peluang pekerjaan
kepada anak muda, terutamanya dalam bidang perkomputeran. Di Malaysia, peminat e-
sukan di Malaysia pula mencecah 1.8 juta orang menurut statistik pada tahun 2016.
Pendapatan yang diperoleh menerusi e-sukan pula iaitu hampir mencecah ASD 600 juta
atau RM 2.5 bilion. Hal ini secara tidak langsung memberikan pendapatan yang cukup
lumayan kepada negara. Oleh itu, e-sukan mempunyai potensi untuk maju pada masa
hadapan. Penglibatan golongan muda dalam industri sukan ini seharusnya diiktiraf pada
peringkat yang lebih tinggi kerana tidak mustahil suatu hari nanti mereka bakal
mengharumkan nama negara melalui e-sukan.

31
SET 3
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘E-sukan Alternatif Baharu untuk Berekreasi’
Oleh Zulfiqar Mohd Yusuf,
Dewan Siswa, Mac 2019)
Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Apakah maksud rangkai kata meningkatkan kunjungan.

(ii) Dalam petikan, pengarang ada menyatakan bahawa e-sukan mampu


meningkatkan sektor pelancongan negara.
Nyatakan bukti peningkatan tersebut.

(iii) E-sukan merupakan satu bidang sukan yang semakin digemari oleh golongan
remaja pada masa kini. Namun terdapat beberapa kekangan yang
mengehadkan pelibatan mereka dalam bidang ini.
Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan tersebut?

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim perlu membina sebuah reban tertutup. Dia memulakan segala kerja,
menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak
kawasan yang memang rendah dan berair. Wang simpanannya telah habis di situ.
Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan
peralatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah
beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek
pertanian. Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman
diluluskan. Pinjaman sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain
selain tanah Pak Kaduk yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang
Yang Berhormat sanggup campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan
pinjamannya. Dengan pinjaman itu terbinalah sebuah reban ayam yang boleh
memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.
Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang
petani moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan
menyumbangkan ke arah penambahan makanan negara.

Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan,
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

32
SET 3

(i) Apakah perkara-perkara yang menyebabkan wang simpanan Hakim habis?

(ii) Sekiranya anda ingin menjadi seorang petani atau penternak moden yang
berjaya, apakah persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan?

(iii) Jelaskan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu perwatakan lain Hakim yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri
Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah
tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku
tiada mengaku, semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua
orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka
Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka
Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga;
beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri
Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah
dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir
di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya
tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka
dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud senantiasa beringgit.

(ii) Apakah yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang
besar?

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya
pemimpin tidak bermuafakat?

33
SET 3

Soalan 3(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapkan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

34
SET 3

Mohd. Haikal Aminuddin


Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan rangkap terakhir, nyatakan hasrat penyajak.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga hubungan dengan Tuhan?

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jawab semua soalan.

a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata dalam pasangan kata di bawah supaya jelas
menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama
khas.

(i) pandemik
(ii) polemik
(iii) fitnah
(iv) fitrah
(v) taksir
(vi) tafsir

b) Cerakinkan ayat-ayat di bawah ini kepada subjek dan predikat.


subjek :
predikat :

(i) Semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam


menjanakan kehidupan masyarakat setempat.

(ii) Agak kurang diberikan perhatian promosi dan kempen penggunaan minyak
sawit.

(iii) Penubuhan badan amal dapat menentukan keperluan bantuan sebenar


pesakit dari segi jenis dan kos rawatan.

35
SET 3

c) Dalam petikan di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan


capaian kepada apliekasi Internet. Golongan remaja berangsang melayar Internet
kerana tarikannya lebih menyeronokkan berbanding gajet-gajet yang lain.
Kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomina ini kerana budaya hedonisma di
Internet akan melalai kepentingan pelajaran anak-anak.

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan dari tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Anak Raja Gondang yang tinggal di Istana Kayangan itu berahi kepada
Tuan Puteri Bongsu yang cantik jelita.
(ii) Guru mata pelajaran yang mempunyai kerja khusus sentiasa memberi
perhatian terhadap kesulitan pelajar menyiapkan kerja sebelum tarikh
penghantaran tamat.
(iii) Pakaian basah yang tersadai atas ampaian itu jatuh bertaburan kerana
ditiup angin petang.

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
sesuai dengan situasi dalam dialog tersebut.

Puan Ramlah : Ibu amat bersyukur kerana kamu telah kembali ke tanah air kita
ini Saiful. Walaupun sudah lama kamu menetap di Australia,
namun kamu masih tidak melupakan asal-usul kamu di sini.
Ahmad : Ya ibu. Saya juga merindui abang Saiful. Walaupun dahulu kami
sering bertengkar dan bertelagah pendapat. Namun kami tidak
pernah lupa untuk bertanya khabar dan bercerita tentang kisah
hidup kami melalui e-mel dan telefon.
Saiful : Ya ibu. Saya juga tidak pernah melupakan ibu dan Ahmad semasa
di perantauan. Ibu ialah insan yang telah membesarkan saya dan
Ahmad ialah teman sepermainan saya ketika kecil dahulu. Saya
tidak mahu menjadi seorang anak yang melupakan jasa orang
tuanya dan melupakan asal-usul dirinya.

36
SET 3

Soalan 4 : Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

i. Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor


ii. Silir Daksina karya Md Nizar Parman

(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan
novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggambarkan teknik saspens yang terdapat dalam novel tersebut.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persoalan yang
menunjukkan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua buah novel.

KERTAS SET 3 TAMAT

37
SET 4

Soalan 1 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang implikasi
negatif tekanan terhadap kesihatan dan cara-cara mengatasi tekanan. Panjangnya
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini, tekanan jiwa merupakan penyakit yang sangat berbahaya kerana
boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain yang lebih serius bahkan
menyebabkan kematian. Profesor Dr. Bruse McEwen, ahli sains dari Amerika Syarikat
mengkaji kaitan antara hormon dengan tekanan jiwa dalam tempoh lebih empat dekad.
Beliau mengatakan bahawa tekanan menyebabkan kerosakan struktur saraf otak yang
mengawal daya ingatan pembelajaran dan emosi. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
didapati individu yang gagal mengurus tekanan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi
badan disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.
Selain itu, tekanan mental, fizikal atau emosi yang melampau menyebabkan
seseorang itu menghidap penyakit kardiovaskular, kerosakan neuron dan sistem imun
serta kecelaruan mental. Mekanisme tindak balas tingkah laku dan fisiologi bermula
apabila otak menerima bebanan tekanan secara berterusan. Pendedahan melampau
terhadap perantara sistem neuroendokrin mengaktifkan sistem imunisasi badan.
Akhirnya, tindak balas patologi lain seperti keradangan pada tisu badan berlaku. Penyakit
autoimun seperti rheumatoid arthritis, penuaan dan kanser ialah contoh penyakit yang
berkaitan dengan tindak balas imun.
Tekanan di tempat kerja biasanya disebabkan oleh pelbagai punca. Berdasarkan
kajian yang dilakukan di hospital dan pusat kesihatan di Itali, pekerja yang melahirkan
rasa tidak puas hati akibat tekanan akan mengalami peratusan kemurungan yang tinggi
di samping penyakit kronik yang berkaitan dengan tekanan seperti hipertensi.
Kemurungan akan menyebabkan pekerja kurang bermotivasi dan bersikap acuh tak acuh
dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kemurungan akibat daripada tekanan psikologi di
tempat kerja juga dianggap sebagai penyebab utama kegemukan abdominal. Pekerja
yang berada dalam keadaan tertekan biasanya mengambil makanan yang tinggi
kandungan gula dan lemak untuk menghilangkan tekanan yang berterusan seterusnya
menyebabkan kegemukan.

Selain itu, tekanan jiwa boleh menyumbang kepada risiko kanser payudara dalam
kalangan wanita dan keupayaan kognitif yang rendah dalam kalangan yang labih muda.
Malahan tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan tidur
yang berulang dalam tempoh 24 jam atau dikenali sebagai ritma sirkadin. Gangguan
sirkadin yang kronik menyebabkan fisiologi otak dan tingkah laku menjadi tidak teratur,
hormon metabolik berubah dan berat badan mula bertambah. Tekanan emosi juga boleh
mengubah proses kawal atur tenaga antara sistem imun, sistem saraf dan tisu adipos
yang menggalakkan lagi penyusupan makrofaj (monosit yang ada pada dinding
pembuluh darah dan tisu perantara, terutamanya di kawasan yang mengalami jangkitan)
dan menyebabkan keadaan radang semakin serius. Individu yang menghadapi tekanan
mengalami penyahrencatan yang lebih tinggi dan makan lebih banyak terutamanya snek
serta mempunyai kualiti diet yang rendah. Hal ini berdasarkan kajian tentang kaitan

38
SET 4

antara tekanan dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat bagi wanita yang
berpendapatan rendah.

Konklusinya, tekanan menberi kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang.


Oleh itu, usaha-usaha untuk mengatasi masalah tekanan perlu dipandang serius oleh
setiap orang agar dapat menikmati kehidupan yang sejahtera.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tekanan Punca Penyakit’


oleh Nurul Shazini Ramli, Dewan Kosmik, Mac 2018)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata acuh tak acuh.

ii) Berdasarkan petikan, pengarang mengemukakan beberapa implikasi


kemurungan akibat tekanan di tempat kerja.
Nyatakan implikasi-implikasi tersebut.

iii) Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor berlakunya tekanan?

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda,
ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus
hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata
bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya
dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang
diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan social yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi

39
SET 4

bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai

maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus
perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek
moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan
warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita
bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah”.

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat
lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk
menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan
keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai
warga kota.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” dalam


Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, DBP)

(i) Apakah alasan yang telah diberikan oleh bonda setiap kali penulis meluahkan
hasratnya untuk bermastautin di ibu kota?

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah bonda mengungkapkan kata-kata “sudah


hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa
yang dilaknati Allah”

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu nilai kemanusiaan yang tidak terdapat dalam petikan.

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis
kecurian, syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata
lagi.”
Maka sembah Laksamana,“Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit
itu ke istana kita ini.
Maka titah raja,“Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”

40
SET 4

Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada sesuatu perbuatan, hikmat itu
daripada penjurit yang patik peroleh.”
Maka titah baginda, “segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu.”

Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi
berkawal, tiada jauh.”
Maka baginda pun bertitah, “Baiklah.”
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu,
lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oelh Laksamana berkeliling istana itu. Maka
dibubuhnya hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun
palu-memalu, yang terlalu gemuruh bunyinya.

(Dipetik daripada “Kepimpinan Melaui Teladan”dalam antologi


Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata segeralah perbuat berdasarkan
petikan tersebut?

(ii) Nyatakan tiga tindakan yang dilakukan oleh Laksamana untuk memastikan
penjurit tidak dapat masuk ke istana?

(iii) Masalah jenayah patut dibenteras supaya negara tidak porak-poranda.


Pada pendapat anda, selain berkawal apakah tindakan-tindakan yang perlu
dilakukan untuk mengelakkan negara daripada dimasuki penjenayah?

Soalan 2(d) - Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

41
SET 4

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusuf Md Nor dan Abd Rahman Kaeh


(Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, nyatakan kebaikan menjaga telinga dan lidah?

(ii) Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.


Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu mudah melakukan kesalahan
terhadap orang lain?

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam gurindam tersebut?

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai kata nama khas.

i) Kembang
ii) Berkembang
iii) Pengembang
iv) Mengembang
v) Perkembangan
vi) Pengembangan

42
SET 4

(b) Tulis ayat majmuk yang diberikan di bawah ini semula supaya menjadi enam ayat
tunggal.

Azrin tidak akan meninggalkan kampung halamannya walaupun dia dicaci oleh
rakan-rakannya sendiri. Dia akan membuktikan bahawa dia tidak melakukan
perbuatan sumbang itu tetapi dia telah difitnah oleh rakan karibnya sendiri.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa
menulis ayat itu semula.

(i) Bangunan mencakar langit itu menunjukkan kebolehan akiteknya yang


bijak merancang pembinaannya dengan teliti.

(ii) Bunga anggrik yang ditanam oleh ibu sedang mengembang.

(iii) Para pekerja sektor awam sangat gembira apabila kerajaan


mencadangkan memberi bonos dua bulan gaji pada hujung tahun ini.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa
menulis ayat itu semula.

(i) Sebelum melapaskan jawatannya sebagai pengarah di syarikat itu, dia


berwasiat kepada para pekerja syarikat untuk terus menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi.

(ii) Ikan-ikan mati yang bergelimpangan di tepi pantai telah mengganggu


pemandangan indah pada pulau itu.

(iii) Demi untuk menjaga keselamatan anaknya daripada usikan orang jahat,
hartawan itu sanggup mengupah seorang pengawal peribadi.

43
SET 4

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

(ii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

(iii) Menangguk di air keruh

Soalan 4: Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

Di Sebalik Dinara (Tingkatan 4)


Silir Daksina (Tingkatan 5)

(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan
kasih sayang.
Huraikan dua persoalan kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.

(b) Satu daripada nilai yang terdapat di dalam dua buah novel yang anda kaji ialah
nilai kegigihan.
Huraikan satu peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan bagi setiap novel
tersebut.

KERTAS SET 4 TAMAT

44
DIHASILKAN OLEH:

NAMA PEGAWAI / GURU PPD / SEKOLAH MODUL


Tn. Hj Zambri bin Ismail (Ketua) SMK Petra Jaya, Kuching
Pn.Yustina Hendon Khadijah (Penolong) SMK St.Teresa, Kuching
Pn. Zalina binti Awi SMK St.Teresa, Kuching
Pn. Maimunah binti Ibrahim Kolej DPAH Abdillah, Kuching
Pn. Rosni binti Man SMK Bandar Kuching No.1
Pn. Nurlydiana binti Junaidi SMK Green Road, Kuching
Pn. Muhibah binti Haji Bedan SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching
En. Tambi bin Bakeri SMK Padungan, Kuching
En. Khairul Azemir bin Annuar SMK Bandar Kuching No.1
Pn. Suriyati binti Ahmad SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching
Pn. Saptuyah binti Tambi SMK Sains Kuching Utara, Padawan
Modul Kertas 1&2
Pn. Nordiah binti Abang Alias Sebli SMK Matang Hilir, Padawan
Panduan Jawapan
En. Hazman bin Majri SMK Sri Matang, Padawan
En. Mohd Ghazali Riyyin bin Abdullah SMK Tun Abdul Razak, Padawan Set 1
En. Fakhrulrozi bin Sunip SMK Asajaya, Samarahan Set 2
Pn. Sapiah binti Ariffin SMK Sadong Hilir, Samarahan
En. Ismail bin Hadadak SMK Sadong Jaya, Samarahan
Pn. Dayang Salina binti Mat Saat SMK Muara Tuang, Samarahan
Pn. Lin anak Asit SMK Kota Samarahan
Pn. Lucy anak Serian SMK Muara Tuang, Samarahan
Pn. Siti Hajar binti Ahmad SMK Wira Penrissen, Samarahan
En. Abdul Talib bin Ochar SMK Simunjan No.1, Simunjan
Pn. Hamsiah binti Lazim Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan
Pn. Dayang Timiah binti Rashidi SMK Senibong, Lundu
Pn. Alfizah binti Putit SMK Senibong, Lundu
Pn. Rohana binti Sat SMK Lundu

NAMA PEGAWAI / GURU PPD / SEKOLAH MODUL


En. Affendi bin Sanawi (Ketua) SMK Kampung Nangka, Sibu
En. Fathi bin Jali (Penolong Ketua) SMK Lanang, Sibu
Pn. Hasiah binti Pukim Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Hajjah Siti Mariam binti Abdul Rahman Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Pn. Norfaraliza binti Sabri SMK Deshon, Sibu
Pn. Nadhirah binti Abdullah SMK Agama Sibu
Pn. Norleza@ Norlega binti Hossen SMK Sacred Heart, Sibu
Pn. Siti Amirah binti Abdullah SMK Chung Hua Sibu
Pn. Dayang Shaliza binti Sahari SMK Kampung Nangka Sibu Modul Kertas 1&2
Panduan Jawapan
Pn. Norazua binti Ibrahim Kolej Vokasioal Sibu
Pn. Faizah binti Abdul Rahim SMK St. Anthony, Sarikei
Set 4
Pn. Afizah binti Mohamad Ali Fauzi SMK St. Anthony, Sarikei
Pn. Hamsiah binti Kunggi Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
Pn. Zubaidah binti Dan SMK St. Anthony, Sarikei
En. Zulkarnain bin Norshen SMK St. Patrick, Mukah
Pn. Ayang binti Abdul Hadi SMK Agama Igan Mukah
En. Juni bin Nor SMK Dalat
Pn. Mary Hayati binti Rosli SMK Dato Patinggi Kedit, Betong
En. Abang Mostapha bin Abang Mentaril SMK Pusa, Betong
En. Julkaria bin Abdul Rahim SMK Sri Aman

45
DIHASILKAN OLEH:

NAMA PEGAWAI / GURU PPD / SEKOLAH MODUL


Pn. Dayang Zakiah binti Abang Johny Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu
(Ketua)
En. Zambri bin Zainal (Penolong Ketua) Pejabat Pendidikan Daerah Miri
Pn. Jerrah binti Pandin SMK Baru Miri
Pn. Lilywati binti Merais SMK Dato Permaisuri, Miri
En. Erman Ngah bin Mauzi SMK Agama Miri
En. Mardianto bin Hamid Kolej TDTH Bujang, Miri Modul Kertas 1&2
En. Mohamad Shahril Bakri bin Abdullah SMK Pujut, Miri Panduan Jawapan
En. Sii Kiong Ming SMK Asyakirin, Bintulu
Set 3
Pn. Sabtuyah binti Wasli SMK Bintulu
En. Shah Rizan Bin Suif SMK Agama Limbang
Pn. Siti Hotimah binti Muhazir SMK Bandar Sarikei
Pn. Srikandi @ Saemah binti Samaon SMK Mukah
Pn. Siti Hajar binti Basir SMK Tatau
Pn. Daina Anthony Paru SMK St. Columba, Miri
En. Sapiie bin Morinie SMK Agama Miri

PENYELARAS

NAMA PEGAWAI JABATAN


En.Sairi bin Adenan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Sarawak
Pn. Kariah@ Sariah binti Haji Mos Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Sarawak
En. Rakin anak Sebastian Rumpang Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Sarawak

46

You might also like