You are on page 1of 3

SULIT 1103/1

1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
Oktober UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
2020 SMK SUNGAI KARANGAN

2 ¼ Jam

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020


(PEPERIKSAAN PERCUBAAN)
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
(1103/1)
Dua jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

(MEGANATHAN A/L LACHIMANAN) (LADDA JULAPHONG A/P EDENG)


Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Kanan Bahasa
SMK Sungai Karangan

1103/1 1 SULIT
SULIT 1103/1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri murid cemerlang.


Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri murid cemerlang. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI MURID CEMERLANG

mengamalkan bijak menguruskan


nilai-nilai murni masa

memberi tumpuan
ketika guru mengajar

1103/1 2 SULIT
SULIT 1103/1

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1 Penjagaan kebersihan amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang cinta akan
kebersihan.
Huraikan cara-cara anda menjaga kebersihan diri.

2 Semangat kejiranan perlu dipupuk bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Anda
berminat untuk menulis rencana bertajuk ‘Langkah-langkah Memupuk Semangat
Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat’.
Tulis rencana anda selengkapnya.

3 Amalan rumah terbuka sering diadakan pada setiap musim perayaan di Malaysia
sekali gus dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Ulas pernyataan tersebut.

4 Hutan banyak memberikan sumbangan dalam kehidupan manusia sejagat.


Berikan komen anda.

5 Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
SAJAK : GURU OH GURU
DATUK USMAN AWANG

Bait sajak di atas cukup jelas menerangkan bahawa guru merupakan insan yang banyak
berjasa dalam mendidik murid menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sebagai murid, jelaskan cara-cara anda untuk menghargai jasa guru.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/1 3 SULIT

You might also like