You are on page 1of 13

KATA PERINTAH DISEDIAKAN OLEH

SARVEENA THAYALAN
DEFINISI KATA PERINTAH

 Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang
diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

 Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis.


JENIS AYAT PERINTAH

AYAT
LARANGAN

AYAT AYAT
SILAAN PERMINTAAN

AYAT
SURUHA
N
AYAT SURUHAN

 Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau
arahan.
 Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti
awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
 Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.
CONTOH AYAT
 Pergi kamu dari rumah ini!
 Engkau tunggu Fateha di sini.

Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan
predikat.

. Pergilah kamu dari rumah ini!


. Engkau tunggulah Fateha di sini.
AYAT LARANGAN

 Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah
atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan
sesuatu.
CONTOH AYAT

 Jangan ambil harta orang.


 Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
 Awak tak usah datang lagi ke pejabat.
Samb…………

 Ayat tersebut dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah,seperti berikut :

 Janganlah ambil harta orang.


 Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
 Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.
Samb………
 Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan
tidak menerima partikel –lah.

 Dilarang merokok.
 Dilarang memancing

 Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian
hadapannya :

 Harap jangan merokok.


 Harap jangan berludah.
AYAT SILAAN
 Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja
dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.
 Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut :

 Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.


 Jemput masuk.
AYAT PERMINTAAN
 Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan
tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

 Minta kamu semua bertenang.


 Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.
PENTING!!!!!!!!!!!!!!!
 Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang negatif
sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

 Oleh sebab itu contoh ayat berikut dianggap salah:

 Sila jangan merokok.


 Tolong jangan ambil.
 Minta jangan bermain dikawasan ini.
Terima kasih

You might also like