You are on page 1of 3

Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Contoh :
1.

Datuk (subjek) berkerusi roda (predikat).

2.

Kami (subjek) bercuti di Pulau Langkawi (predikat).

3.

Ibu (subjek) membeli sayur (predikat).

Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.
Contoh :
1.

Saya membuat kerja rumah semasa adik tidur dalam buaian.


Ayat 1 : Saya membuat kerja rumah
Ayat 2 : Adik tidur dalam buaian
Kata Hubung : semasa

2.

Dia kesunyian sejak kakaknya tinggal di asrama.


Ayat 1 : Dia kesunyian.
Ayat 2 : Kakaknya tinggal di asrama.
Kata Hubung : sejak.

Selain daripada ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat juga terdiri daripada empat
jenis iaitu ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seru.

Ayat Penyata
Ayat penyata ayat yang diucapkan dengan tujuan membuat kenyataan. Misalnya
menyatakan sesuatu keterangan berkenaan sesuatu hal atau berita.
Contoh :
1.

Adik sedang makan.

2.

Ayah mencuci kereta.

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan nada
suara dan penggunaan tertentu. Ditandai (?) pada akhir ayat.
Contoh :
1.

Pernahkah kamu melancong ke Melaka ?

2.

Apakah yang kamu buat ?

Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan atau memberi suruhan, larangan atau permintan. Ayat ini ditujukan
kepada orang kedua menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau, dan sebagainya. Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu ayat
suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat suruhan ialah ayat
yang diucapkan untuk menyampaikan perintah atau arahan. Contoh:
1.

Tolong ambil gambar saya.

2. Jangan duduk di situ.


3. Sila datang ke rumah saya.

Ayat Seru
Ayat seru ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi tertentu
berdasarkan sesuatu situasi untuk melahirkan perasaan seperti marah, terkejut,
hairan, geram, seronok dan sebagainya. Ayat ini ditandai dengan tanda seruan (!)
pada akhir ayat. Contoh:
1.

Amboi, garangnya!

2.

Cis, pengkhianat bangsa!

3.

Aduh, pedihnya!

4.

Nah, ambiilah wang ini!

You might also like