You are on page 1of 112

Aspek Sintaksis Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu Oleh Abdullah Hassan

KANDUNGAN
Pel 1 Pel 2 Pel 3 Pel 4 Pel 5 Pel 6 Pel 7 Pel 8 Pel 9 Pel 10 Pel 11 Pel 12 Pel 13 Pel 14 Pel 15 Pel 16 Pel 17 Pel 18 Ayat, Klausa, dan Frasa Jenis-jenis Ayat Subjek dan Predikat Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Campuran Ayat Majmuk Pasif Unsur-unsur Subjek Unsur-unsur Predikat Susunan Ayat Tunggal Pola-pola Ayat Tunggal Susunan Ayat aktif dan Susunan Ayat Pasif Binaan Frasa Frasa Nama Frasa Sifat Frasa kerja Frasa Keterangan Frasa Sendi Nama

AYAT
Contoh Ayat : Abang saya seorang askar. Ibu saya sedang memasak.

Menurut Abdullah Hassan : Ayat


Setiap kelompok perkataan tersusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian. Satu bahagian menyebut sesuatu hal, iaitu, orang, benda, tempat, atau perkara. Yang satu lagi menceritakan perihal orang, benda, tempat, atau perkara tersebut. Setiap kelompok mengandungi satu hal dan satu perihal.

AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat.

Ayat Majmuk
Kelompok : Ibu saya pergi ke pasar dan

bapa saya pergi ke pejabat.


Kelompok perkataan di atas terdiri daripada dua ayat. Ayat 1 : Ibu saya pergi ke pasar, Kata Hubung : dan Ayat 2 : Bapa saya pergi ke pejabat Dalam ayat 1 : ibu saya ialah halnya, dan pergi ke pasar ialah perihalnya. Dalam ayat 2, bapa saya ialah halnya dan pergi ke pejabat ialah perihalnya. Kedua-dua auat mempunyai hal dan perihal. Ayat terdiri daripada dua ayat yang berlainan.

AYAT MAJMUK
Jenis ayat majmuk

Majmuk gabungan Majmuk pancangan Majmuk campuran

Majmuk pasif

KLAUSA
Ayat majmuk terdiri daripada dua ayat atau lebih. Ayat yang membentuk ayat majmuk itu dipanggil klausa.

Klausa
Contoh : Ibunya mengatakan bahawa mereka perlu belajar lebih kuat lagi. Dalam ayat majmuk di atas dapat dilihat bahawa, mereka perlu belajar lebih kuat lagi adalah sebuah ayat yang lengkap. Mereka ialah halnya, dan perlu belajar lebih kuat lagi ialah perihalnya. Rentetan Ibunya berkata bahawa juga adalah sebuah ayat. Ibunya ialah halnya, dan berkata bahawa ialah perihalnya, tetapi tidak lengkap. Dalam hal ini, berkata bahawa akan menjadi lengkap apabila digabungkan dengan kelompok perkataan mereka perlu belajar lebih kuat lagi yang disebut di atas tadi.

Klausa
Jadi ayat majmuk terdiri daripada 2 klausa : Klausa 1 : Ibunya berkata bahawa Klausa 2 : Mereka perlu belajar dengan lebih kuat lagi. Klausa 2 dipancangkan ke dalam klausa 1. Jadi klausa 1 ialah klausa utama dan klausa 2 ialah klausa pancangan. Klausa utama juga dikenali sebagai klausa induk, ayat besar, ayat induk, atau kalimat Klausa pancangan juga dikenali sebagai klausa kecil, ayat kecil, klausa subordinat atau anak kalimat.

induk.

Klausa
Kita tidak boleh memanggil klausa 1 klausa bebas. Klausa 1 itu tidak bebas baik dari segi binaannya dan maknanya. Tanpa klausa 2, binaan dan maknanya tidak sempurna. Klausa 1 tidak boleh berdiri sendiri. Yang lengkap dan bebas dari segi binaan dan maknanya ialah klausa 2. klausa 2 boleh berdiri sendiri. Klausa 1 itu menjadi tapak untuk memancangkan klausa 2. Oleh itu klausa 1 dipanggil klausa utama dan klausa 2 dipanggil klausa pancangan.

Klausa
Jadi analisisnya adalah begini: Ayat Majmuk 1 :

Ibunya mengatakan bahawa mereka perlu belajar lebih kuat lagi.


Klausa Utama :

Ibunya berkata bahawa


Klausa Pancangan :

Mereka perlu belajar lebih kuat lagi.

Contoh lain
Ayat Majmuk 2 :

Ibu saya pergi ke pasar dan bapa saya pergi ke pejabat.


Ayat ini terbahagi kepada dua. Klausa 1:

Ibu saya pergi ke pasar Kata Hubung : dan


Klausa 2 :

Bapa saya pergi ke pejabat.

Klausa
Ayat ini mengandungi 2 klausa. Setiap satunya sama penting. Setiap satunya mempunyai binaan dan makna yang lengkap. Tidak ada klausa yang dipancangkan ke dalam klausa lain. Jadi kedua-dua dipanggil klausa utama.

Kesimpulan
Ayat majmuk 1 ialah ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk 2 ialah ayat majmuk gabungan. Ayat majmuk campuran ialah campuran ayat majmuk gabungan dan pancangan.

FRASA
Dalam BM, satu atau lebih perkataan boleh membentuk frasa. Frasa membentuk ayat.

Frasa
Contoh : 1. Adik saya sangat bijak. Ayat ini boleh dipisahkan kepada 2 kelompok perkataan, iaitu: Kelompok 1 : Adik saya Kelompok 2 : sangat bijak Setiap kelompok ini dipanggil frasa.

JENIS JENIS AYAT


Ayat berfungsi menyatakan maklumat, membuat pertanyaan, memberi arahan, dan menunjukkan perasaan.

JENIS JENIS AYAT


Jenis ayat

Ayat penyata Ayat tanya

Ayat arahan Ayat seruan

Ayat penyata Ayat menyatakan maklumat Contoh : Rumah itu rumah papan.

Ayat tanya Ayat menanyakan mengenai sesuatu Contoh : Berapa harga buah ini?

Ayat arahan

Ayat seruan Ayat menyatakan perasaan Contoh : Merdu sungguh suaranya!

Ayat memberi arahan


Contoh : Hentak kaki!

SUBJEK & PREDIKAT


Ayat BM terbentuk dari 2 kelompok. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal. Kelompok kedua menceritakan mengenai hal itu iaitu perihalnya. Hal lazimnya mengenai orang, benda, tempat atau perkara. Perihal menceritakan mengenai orang, benda, tempat atau perkara tadi. Jadi, ayat dalam BM terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian hal dipanggil subjek. Bahagian perihal dipanggil predikat.

Rentetan Subjek & Predikat


Subjek sesebuah ayat diletakkan di bahagian pangkal ayat dan predikatnya di bahagian akhir ayat. Contoh :

Proton ialah perusahaan automobil negara.


Subjek : Proton Predikat : ialah perusahaan automobil

negara.

Rentetan Songsang
Rentetan subjek yang diikuti oleh predikat ialah binaan ayat biasa. Rentetan ini boleh disongsangkan. Contoh ;

Rumah saya + rumah besar itu. Terbang tinggi + burung layang-layang.


Apabila predikat, atau sebahagian daripada predikat mendahului subjek, ayat itu menjadi

ayat songsang.

Subjek Ayat Arahan


Ayat arahan BM boleh hanya mengandungi predikat sahaja, subjeknya digugurkan. Contoh :

Berhentilah (Anda berhentilah) Tolong diam (Tuan-tuan tolong diam)


Dalam contoh-contoh di atas perkataan Anda dan Tuan-tuan yang menjadi subjek digugurkan.

AYAT MAJMUK GABUNGAN


Ayat majmuk gabungan terbentuk dengan menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat-ayat yang digabungkan ini adalah sama taraf dan sama sifatnya.

Unsur Penggabungan
Ayat-ayat dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, maka, lalu, sambil, dan sebaliknya. Ayat-ayat juga boleh dihubungkan dengan koma (,) sahaja. Contoh : Ayat contoh 1 terdiri daripada 2 ayat atau klausa yang sama taraf. Klausa 1 : Saya pergi ke bandar Kata hubung : dan Klausa 2 : Dia pergi ke pasar.

Kaedah Penggabungan
Bahagian ayat yang sama dalam ayat-ayat tunggal boleh dikekalkan atau digugurkan dalam ayat majmuk.

Contoh : Ayat 1 : Dia suka bersukan. Ayat 2 : Dia suka bermain bola. Kata hubung : dan Ayat majmuk : Dia suka bersukan dan

bermain bola.
Sekiranya ada bahagian ayat yang sama, maka satu daripadanya boleh digugurkan.

Kaedah Penggabungan
Contoh : Ayat 1 : Razif bijak bermain badminton. Ayat 2 : Jailani bijak bermain badminton. Kata hubung : dan Ayat majmuk : Razif dan Jailani bijak bermain

badminton.
Satu predikat telah digugurkan.

Kaedah Penggabungan
Contoh : Ayat 1 : Datuk saya menoreh getah. Ayat 2 : Nenek saya menuai padi Kata hubung : dan Ayat majmuk : Datuk saya menoreh getah

dan nenek saya menuai padi.


Kalau semua bahagian ayat yang hendak digabungkan itu tidak serupa, maka semua unsur asal dikekalkan.

JENIS GABUNGAN
Jenis gabungan

Gabungan susunan

Gabungan pertentangan

Gabungan Susunan
Gabungan susunan menyusun ayat tersebut. Ayat-ayat itu digabungkan dengan menggunakan kata hubung, dan, lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, kemudian, malahan dan akhirnya. Kadang-kadang kata hubung tidak digunakan., koma (,) digunakan sebagai ganti. Contoh : Ayat 1 : Dia bangun. Ayat 2 : Dia pergi. Ayat majmuk : Dia bangun lalu pergi.

Gabungan Pertentangan
Dua atau lebih ayat tunggal yang mempunyai makna yang bertentangan dengan menggunakan kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal, dan demi.

Contoh : Ayat 1 : Ali belajar. Ayat 2 : Abu bermain. Ayat majmuk : Ali belajar tetapi Abu bermain.

AYAT MAJMUK PANCANGAN


Ayat majmuk pancangan menggabungkan dua atau lebih klausa. Klausa-klausa itu tidak sama taraf. Mesti ada klausa utama dan klausa pancangan. Klausa pancangan juga dipanggil klausa kecil. Klausa kecil itu dipancangankan atau disisipkan ke dalam klausa utama. Ada 3 cara klausa kecil itu disisipkan ke dalam klausa utama : 1. Menentukan dengan kluasa relatif 2. Melengkapkan dengan klausa komplemen 3. Menerangkan dengan kluasa keterangan

Menentukan dengan Klausa Relatif


Klausa relatif ialah klausa penentu. Klausa itu menentukan sesuatu kata nama yang berkenaan. Dalam bm, klausa relatif ini ditandai oleh ganti nama yang. Yang menentukan kata nama atau frasa berkenaan. Jadi, apabila ada kata nama dalam predikat menjadi subjek dalam klausa berikut, maka berlakulah proses pengrelatifan. Pengrelatifan ialah penentuan. Jadi ganti nama yang digunakan untuk menentukan bahawa kedua-duanya adalah kata nama yang sama.

Contoh :

Saya membeli baju yang berwarna merah. Kluasa utama : Saya membeli baju. Klausa relatif : Yang berwarna merah.
Ayat asal : Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah menjadi : Saya membeli baju yang berwarna merah. Oleh sebab objek ayat 1 serupa dengan subjek ayat 2, maka kedua-duanya digabungkan. Subjek ayat kedua digantikan dengan ganti nama yang.

Melengkapkan dengan Klausa Komplemen


Komplemen bermakna pelengkap. Klausa komplemen ialah klausa kecil. Klausa kecil komplemen akan melengkapkan klausa utama yang belum lengkap. Klausa komplemen akan digabungkan dengan klausa utama oleh kata hubung komplemen seperti bahawa, untuk, demi, supaya, semoga, yang, dan agar. Klausa yang menjadi komplemen ini boleh terdiri daripada klausa nama, klausa sifat, dan klausa kerja.

Contoh 1 :

Dia tahu bahawa sakitnya tenat.


Klausa utama :

Dia tahu
Klausa komplemen : Sakitnya tenat. (klausa sifat)

Kata hubung : bahawa


klausa komplemen itu boleh juga melengkapkan subjek.

Contoh 2 :

Untuk berjaya dalam ujian itu, adalah matlamat mereka.


Klausa utama :

Adalah matlamat mereka.


Klausa komplemen : berjaya dalam ujian. (klausa kerja) Kata hubung : untuk klausa komplemen melengkapkan subjek klausa utama. Ada sesuatu yang tidak dinyatakan atau tidak lengkap.

Contoh 3 :

Bahawa dia pendusta telah diketahui orang.


Klausa utama :

Telah diketahui orang.


Klausa komplemen : Dia pendusta. (klausa nama)

Kata hubung : bahawa


klausa komplemen telah menjadi subjek ayat pasif.

Menerangkan dengan Klausa Keterangan


Ayat majmuk yang mengandungi klausa keterangan terbentuk daripada satu klausa utama dan satu atau lebih klausa kecil keterangan. Klausa keterangan lazimnya menerangkan predikat. Klausa kecil keterangan ini dihubungkan dengan klausa utama. Kata hubung yang digunakan ialah sebab, kerana, dengan, apabila, jika, jikalau, sejak, semenjak, sewaktu, sungguhpun, walaupun, ketika, setelah, dan semoga.

a) Keterangan musabab Contoh : Saya tidak hadir kerana saya Klausa utama : Saya tidak hadir Klausa keterangan : Saya sakit Kata hubung : kerana b) Keterangan waktu Contoh : Dia sampai setelah upacara selesai. Klausa utama : Dia sampai Klausa keterangan : Upacara selesai Kata hubung : setelah

sakit.

c) Keterangan syarat Contoh : Saya seteju kalau anda membelinya. Klausa utama : Saya setuju Klausa keterangan : Anda membelinya. Kata hubung : setelah d) Keterangan pertentangan Contoh : Walaupun dia diramalkan kalah Yoke Klausa utama : Yoke Meng bermain

Meng bermain bersungguh-sungguh.

bersungguh-sungguh Klausa keterangan : Dia diramalkan kalah


Kata hubung : walaupun

e) Keterangan harapan Contoh : Dia makan ubat supaya lekas betah. Klausa utama : Dia makan ubat Klausa keterangan : Lekas betah Kata hubung : supaya f) Keterangan cara Contoh : Dia memukul lawannya dengan

menggunakan pembaris. Klausa utama : Dia memukul lawannya Klausa keterangan : Menggunakan pembaris
Kata hubung : dengan

AYAT MAJMUK CAMPURAN


Ayat majmuk gabungan mengandungi ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan sekaligus. Ayat majmuk campuran juga dipanggil ayat berkait atau ayat kompleks.

Contoh :

Ipoh dan Taiping menjadi maju kerana bijih timah, sedangkan Kuala Sepetang yang terletak di Kuala Sungai Sepetang menjadi penting sebagai pelabuhan.

Ayat majmuk ini terdiri daripada 2 ayat majmuk iaitu: Ayat majmuk 1 :

Ipoh dan Taiping menjadi maju kerana bijih timah


Ayat majmuk 2 :

Kuala Sepetang yang terletak di Kuala Sepetang menjadi penting sebagai pelabuhan.

Ayat majmuk 1 adalah ayat majmuk gabungan. Ada 2 klausa yang terkandung di dalamnya iaitu :
Klausa utama 1 :

Ipoh menjadi maju kerana bijih timah.


Klausa utama 2 :

Taiping menjadi maju kerana bijih timah.

Ayat majmuk 2 adalah ayat majmuk pancangan. Ada 2 klausa yang terkandung di dalamnya iaitu :

Klausa utama : Kuala Sepetang menjadi penting sebagai pelabuhan.

Klausa relatif : Yang terletak di Kuala Sungai Sepetang


Kata hubung : sedangkan

AYAT MAJMUK PASIF


Ayat majmuk gabungan, pancangan, dan campuran menggunakan ragam aktif. Sekarang kita akan melihat bentuk ayat majmuk pasif pula.

Bentuk Pasif Majmuk Gabungan


Ayat aktif dalam ayat majmuk gabungan boleh dipasifkan. Contoh : Aktif :

Saya membeli buku tetapi abang saya membeli akhbar.


Pasif :

Buku saya beli tetapi akhbar dibeli oleh abang saya.

Bentuk Pasif Majmuk Pancangan


Ada 3 jenis ayat majmuk pancangan iaitu : pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangan. Dalam ayat majmuk pancangan ada klausa utama dan klausa kecil. Hanya klausa utama yang dipasifkan.

a) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Relatif Aktif : Mereka menerima hadiah yang lumayan Pasif : Hadiah yang lumayan itu diterima oleh mereka. b) Contoh Ayat Majmuk Pancangan komplemen Aktif : Guru besar menerangkan bahawa sekolah ditutup minggu ini. Pasif : Bahawa sekolah ditutup minggu ini diterangkan oleh Guru besar.

itu.

a) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Aktif : Abu akan membeli barang itu setelah mendapat wang. Pasif : Barang itu akan dibeli oleh Abu setelah mendapat wang.

UNSUR UNSUR SUBJEK


Subjek ialah hal yang hendak diceritakan. Hal ini terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Ada 4 jenis frasa nama yang boleh menjadi subjek : a. Kata nama b. Kata ganti nama c. Kata kerja yang berkuasa nama d. Kata sifat yang berkuasa nama

Frasa Kata Nama


Sebarang kata nama, sama ada tunggal atau terbutan boleh membentuk frasa nama dan menjadi subjek ayat.

Contoh : Osman abang saya. Bandar Ipoh adalah ibu negeri Perak. Fikiran adalah berharga bagi manusia.
Kata nama Osman, Bandar Ipoh dan Fikiran adalah kata nama yang berfungsi sebagai frasa nama dalam ayat. Frasa nama menjadi subjek dalam ayat.

Frasa Kata Ganti Nama


Semua kata ganti nama boleh membentuk frasa nama dan berfungsi sebagai subjek ayat. Contoh : Saya membaca novel baru. Dia membawa khabar baik. Mereka menuntut di universiti. Perkataan saya, dia dan mereka adalah kata ganti nama yang menjadi subjek.

Frasa Kata Kerja yang Berkuasa Nama


Kata kerja boleh menjadi frasa nama dan berfungsi sebagai subjek ayat. Contoh :

Bersenam itu menyihatkan badan. Bersedekah itu besar pahalanya. Menyanyi boleh meriangkan hati.
Perkataan bersenam, bersedekah dan menyanyi adalah kata kerja. Kata kerja tersebut berfungsi sebagai kata nama dan membentuk frasa nama yang kemudiannya menjadi subjek ayat.

Frasa Kata Sifat yang Berkuasa Nama


Kata sifat boleh menjadi frasa nama dan menjadi subjek ayat. Contoh : Putih melambangkan kesucian. Harumnya memikat hati. Sihat menjadi matlamat kita. Perkataan putih, harum dan sihat dalam ayat di atas menjadi inti frasa nama. Frasa nama ini boleh menjadi subjek dalam ayat.

UNSUR UNSUR PREDIKAT


Predikat ialah bahagian ayat yang menceritakan perihal orang, benda, tempat dan perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terbina daripada 4 jenis frasa iaitu : a. Frasa nama b. Frasa kerja c. Frasa sifat d. Frasa sendi

Frasa Nama
Frasa nama ialah frasa yang mempunyai inti kata nama. Contoh : Ini buku. Ibunya Puan Rohani Ahmad. Hantarannya sebuah rumah banglo. Unsur buku, Puan Rohani Ahmad dan sebuah rumah banglo adalah frasa nama yang menjadi predikat di dalam ayat.

Frasa Kerja
a. b. c. d. e. f. Frasa kerja mempunyai kata kerja sebagai inti frasa. Ada 6 jenis frasa kerja iaitu : Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Frasa kerja tak transitif berpelengkap Frasa kerja transitif satu objek Frasa kerja transitif dua objek Frasa kerja dengan kata bantu Frasa kerja dengan keterangan

1. Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Kata kerja tak transitif dapat membina frasa kerja yang menjadi predikat ayat. Contoh : Adik kecil bermain. Harga saham naik. Dia berlari-lari.

2. Frasa kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap boleh membentuk frasa untuk menjadi predikat ayat. Pelengkap boleh terdiri daripada kata sifat, kata nama atau kata sendi nama. Contoh : Langit menyinar merah. (pelengkap kata sifat) Dia berbantalkan lengan. (pelengkap kata nama) Ayahnya menetap di Pulau Pinang. (pelengkap kata sendi nama)

3. Frasa kerja transitif satu objek Kata kerja transitif juga membentuk frasa kerja. Frasa kerja transitif memerlukan satu kata nama objek. Contoh : Kakak menemani ibu ke bandar. Ayat membaca kitab. Mahasiswa mengkaji isu tersebut.

4. Frasa kerja transitif dua objek Frasa kerja transitif juga boleh mempunyai 2 kata nama objek. Frasa begini juga menjadi predikat ayat. Contoh : Ayah menghadiahi ibu seutas rantai. Mereka menyampaikan kami sebuah lagu. Ibu membelikan adik sebuah buku cerita.

5. Frasa kerja kerja dengan kata bantu Frasa kata kerja boleh berlaku dengan kata bantu yang menunjukkan ragam atau aspek, atau kedua-duanya sekali. Contoh : Dia akan pulang. (aspek) Bapanya sungguh yakin akan perkara itu. (ragam) Ibunya pasti akan datang. (ragam dan aspek)

6. Frasa kerja kerja dengan kata keterangan Frasa kata kerja boleh juga diperluas dengan frasa keterangan. Contoh : Pelari itu lari dengan pantas. (keterangan cara) Lewis berlari semacam ribut. (keterangan bandingan) Kereta itu berhenti keranan keselamatan. (keterangan musabab)

Frasa Sifat
Predikat juga boleh terdiri daripada frasa yang mempunyai binaan kata sifat sebagai inti. Ada 2 jenis frasa sifat iaitu frasa kata sifat dan frasa kata sifat dengan kata bantu dan kata penguat. Contoh : a. Frasa kata sifat Buku itu tebal. b. Frasa sifat dengan kata bantu dan kata penguat Abangnya sudah sihat. (kata bantu)

Frasa Sendi Nama


Kata sendi yang diikuti oleh kata nama menjadi frasa sendi nama. Frasa sendi nama ini boleh berfungsi sebagai predikat ayat. Contoh : Kereta saya di rumah. Pisang emas di atas peti. Nama tuan dalam ingatan saya.

SUSUNAN AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal terbentuk dengan menggabungkan subjek dengan predikat. Satu unsur subjek boleh bergabung dengan satu unsur predikat untuk membentuk ayat tunggal.

2 SUSUNAN AYAT TUNGGAL


Susunan ayat tunggal

Susunan biasa

Susunan songsang

Susunan Biasa
Subjek sesebuah ayat terletak di pangkal ayat. Predikatnya terletak di belakang subjek. Contoh :

Ramai orang datang menonton.

Ayat dia atas mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek : Ramai orang Predikat : datang menonton.

Susunan Songsang
Ada 2 jenis susunan songsang. Pertama, seluruh predikat dikedepankan. Kedua, sebahagian daripada predikat dikedepankan. a. Pendepanan seluruh predikat. Contoh : a. Bunga di taman itu cantik benar. b. Cantik benar bunga di taman itu.

Susunan Songsang
b. Pendepanan sebahagian predikat. Ada 3 jenis pendepanan sebahagian predikat iaitu : i. Pendepanan Frasa Kerja Frasa kerja dalam predikat dikedepankan. Contoh : a. Para pelajar itu belajar bersungguh-sungguh semasa di universiti. b. Belajar bersungguh-sungguh para pelajar itu semasa di universiti.

Susunan Songsang
ii. Pendepanan keterangan Hanya keterangan dalam predikat dikedepankan. Contoh : a. Buah tembikai itu dibelah dengan pisau. b. Dengan pisau buah tembikai itu dibelah.

iii. Pendepanan kata sendi nama Frasa sendi nama sahaja boleh dikedepankan. Contoh : a. Pemain itu menendang bola ke gol. b. Ke gol, pemain itu menendang bola.

POLA-POLA AYAT TUNGGAL


Bil Subjek 1 2 Frasa nama Frasa nama Predikat Frasa nama Frasa kerja

3
4

Frasa nama
Frasa nama

Frasa sifat
Frasa sendi nama

Pola 1 : Frasa Nama dengan Frasa Nama


Binaan pola 1 terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa nama juga sebagai predikat.

Contoh : Ayat : Ini buku. Subjek : Ini (frasa nama) Predikat : buku (frasa nama)

Pola 2 : Frasa Nama dengan Frasa Kerja


1. 2. 3. 4. 5. Pola 2 terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat. 5 jenis frasa kerja iaitu : Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Frasa kerja tak transitif berpelengkap Frasa kerja transitif satu objek Frasa kerja transitif 2 objek Frasa kerja dengan keterangan

Subjek frasa nama bercantum dengan predikat frasa kerja tak transitif yang tidak ada pelengkap.

Pola 2 a : Frasa Nama dengan Frasa Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Contoh : Ayat : Dia sedang berlari-lari. Subjek : Dia (frasa ganti nama) Predikat : sedang berlari-lari (frasa kerja tak transitif)

Subjek frasa nama bercantum dengan predikat frasa kerja tak transitif berpelengkap. Contoh : Ayat : Kawannya sudah menjadi pensyarah. Subjek : Kawannya (frasa nama) Predikat : sudah menjadi pensyarah (frasa kerja tak transitif)

Pola 2 b : Frasa Nama dengan Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Subjek frasa nama bercantum dengan predikat frasa kerja satu objek. Contoh : Ayat : Ustaz sedang membaca kitab. Subjek : Ustaz (frasa nama) Predikat : sedang membaca kitab. (frasa kerja transitif)

Pola 2 c : Frasa Nama dengan Frasa Kerja Transitif Satu Objek

Subjek frasa nama bercantum dengan predikat frasa kerja dua objek. Contoh : Ayat : Mereka menyanyikan kami sebuah lagu. Subjek : Mereka (frasa nama) Predikat : menyanyikan kami sebuah lagu. (frasa kerja transitif 2 objek)

Pola 2 d : Frasa Nama dengan Frasa Kerja Transitif Dua Objek

Subjek frasa nama bercantum dengan predikat frasa kerja dan diperluas dengan frasa keterangan.

Pola 2 e : Frasa Nama dengan Frasa Kerja dengan Keterangan

Contoh : Ayat : Kereta itu berhenti kerana Subjek : Kereta itu (frasa nama) Predikat : berhenti kerana keselamatan. (frasa kerja keterangan)

keselamatan.

Pola 3 : Frasa Nama dengan Frasa Sifat


Binaan pola 3 terdiri daripada frasa nama bercantum dengan predikat daripada frasa kata sifat.

Contoh : Ayat : Buku itu tebal. Subjek : Buku itu (frasa nama) Predikat : tebal (frasa sifat)

Binaan pola 3 terdiri daripada frasa nama bercantum dengan frasa sendi nama. Contoh : Ayat : Bahan ini daripada tanah liat. Subjek : Bahan ini (frasa nama) Predikat : daripada tanah liat (frasa sendi nama)

Pola 4 : Frasa Nama dengan Frasa Sendi Nama

SUSUNAN AYAT AKTIF DAN SUSUNAN AYAT PASIF


Susunan lazim, subjek diletakkan di depan predikat. Dalam susunan songsang, predikat atau sebahagian daripada predikat dikedepankan. Ayat aktif mempunyai susunan lazim. Ayat pasif mempunyai satu jenis susunan songsang.

Kata Kerja Transitif dan Tak Transitid


Untuk mempelajari ayat aktif dan pasif, kita perlulah mengetahui perbezaan antara kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif mempunyai perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu kata nama pelaku. Perbuatan itu kena pada satu kata nama lain.

Kata Kerja Transitif dan Tak Transitid


Contoh :

1.

Ali membaca buku. Kata nama khas Ali melakukan perbuatan membaca. Perbuatan membaca itu kena pada kata nama buku. Ali ialah pelaku kata kerja transitif membaca. Buku ialah objek atau yang kena oleh perbuatan kata kerja transitif membaca. 2. Ali berjalan Perbuatan berjalan dilakukan oleh Ali. Perbuatan itu tidak kena pada suatu kata nama
lain. Ia perbuatan tak transitif.

Bentuk Pasif
Ayat Ali membaca buku adalah dalam bentuk aktif. Ayat ini boleh dipasifkan. Aktif : Ali membaca buku. Pasif : Buku dibaca oleh Ali. Dalam ayat aktif, kata nama Ali, iaitu pelaku ditegaskan. Dalam ayat pasif, kata nama buku, iaitu objeknya pula ditegaskan.

Bentuk Pasif
Aktif : Ayah membelikan adik buku. Pasif : Adik dibelikan buku oleh ayah. Ayat aktif di atas mempunyai 2 objek. Ada 2 kata nama yang terkena oleh perbuatan membelikan iaitu adik dan buku. Adik dikenai tepat oleh perbuatan dipanggil objek tepat. Buku dikenai sipi oleh perbuatan dipanggil objek sipi. Objek tepat betul-betul dikenai oleh perbuatan. Objek sipi juga terlibat dalam perbuatan yang sama tetapi secara tidak tepat. Objek tepat mesti menjadi subjek ayat pasif.

Ayat Pasif Orang Pertama dan Kedua


Subjek pelaku terdiri daripada orang pertama : aku, -ku, saya, kami, kita Subjek pelaku terdiri daripada ganti nama orang kedua : engkau, kamu, kalian Susunan ayat pasif orang pertama dan Kedua. Contoh : Orang Pertama Aktif : Saya telah menerima surat tuan. Pasif : Surat tuan telah saya terima. Orang Kedua Aktif : Engkau telah mengambil buah itu. Pasif : Buah itu telah engkau ambil.

Ayat Pasif Lain


1. 2. 3. 4. Ayat pasif ialah susunan yang menegaskan kata nama yang dikenai oleh perbuatan. Kata nama yang ditegaskan itu menjadi subjek. Jadi, ayat yang meletakkan objek tepat di pangkal ayat untuk penegasan adalah ayat pasif. Ini berlaku dengan 4 cara lain : Menggunakan perkataan kena Menggunakan apitan ke--an Menggunakan awalan terMenggunakan awalan ber-

1. Menggunakan perkataan kena Ayat yang menggunakan kena juga menunjukkan subjeknya kena oleh perbuatan. Jadi ayat ini juga dianggap pasif. Contoh : Tuan Lim kena puji semalam. 2. Menggunakan apitan ke--an Apitan ke--an juga boleh menegaskan subjek yang kena oleh perbuatan. Contoh : Pantai Timur kebanjiran setiap bulan Disember.

3. Menggunakan awalan ter Awalan ter- juga boleh membentuk ayat yang menegaskan kata nama yang dikenai oleh perbuatan dengan meletakkannya di pangkal ayat. Contoh : Kunci itu tersimpan dalam laci. 4. Menggunakan awalan ber Awalan ber- juga menegaskan kata nama yang dikenai oleh perbuatan. Contoh : Baju bergosok.

BINAAN FRASA
Dalam BM, satu perkataan boleh membentuk satu frasa. Lazimnya terdapat 2 perkataan atau lebih Frasa kemudiannya membentuk ayat.

INTI FRASA
Inti frasa ialah perkataan utama yang membentuk frasa itu. Perkataan ini sahaja boleh menjadi frasa satu perkataan. Frasa yang terdiri daripada 2 perkataan atau lebih dikatakan terdiri daripada inti dan satu atau lebih perkataan lain. Perkataan lain berfungsi sebagai penerang, penguat, pembantu, atau unsurunsur lain.

Jenis Frasa
Frasa dinamakan menurut golongan perkataan intinya.

Bil
1 2

Jenis Frasa
Frasa nama Frasa sifat

Inti
Kata nama Kata sifat

3
4 5

Frasa kerja
Frasa sendi Frasa Keterangan

Kata kerja
Kata sendi nama Memberi keterangan mengenai perbuatan atau keadaan

JENIS FRASA
5 jenis frasa Frasa nama
Frasa sifat Frasa kerja Frasa sendi Frasa keterangan

FRASA NAMA

Frasa nama mempunyai inti kara nama 6 unsur yang menbentuk frasa nama: 1. Kata nama inti 2. Kata bilangan 3. Kata penjodoh bilangan 4. Kata gelaran 5. Kata penerang 6. Kata penentu
Gelaran Kata Nama Inti Penerang Penentu

Bilangan Penjodoh

KATA NAMA INTI


Inti frasa nama mesti terdiri daripada kata nama. Inti boleh terdiri daripada satu atau 2 kata nama. Contoh : 1. rumah itu (inti satu kata nama) 2. pemuda pemudi dari kampung (inti 2 kata nama)

KATA NAMA INTI DENGAN PENERANG


Penerang kata nama inti boleh terdiri daripada sebarang perkataan sama ada kata nama, kata kerja, atau kata sifat. Penerang terletak di belakang kata nama inti. Contoh : 1. orang Amerika (penerang kata nama khas) 2. pegawai ukur (penerang kata kerja) 3. rumah hijau (penerang kata sifat)

KATA NAMA INTI DENGAN PENENTU

Unsur yang terakhir dalam sebuah frasa nama ialah penentu. Unsur penentu boleh terdiri daripada kata ganti nama penunjuk ini, dan itu. Perkataan penerang sekiranya digunakan, diletakkan sebelum kata penentu. Unsur penentu mengunci sebuah frasa nama. Kita tidak boleh meletakkan perkataan lain selepas penentu. Contoh : motokar ini

GELARAN DENGAN KATA NAMA INTI


Kata nama khas yang menjadi inti bolehlah didahului oleh kata gelaran. Kata nama profesion juga bolehlah didahului oleh kata gelaran. Kata nama profesion juga boleh didahului oleh kata gelaran. Contoh : 1. Haji Hassan 2. Leftenan Adnan

BILANGAN & PENJODOH BILANGAN DENGAN KATA NAMA INTI


Bilangan dan penjodoh bilangan boleh digunakan di depan kata nama inti. Contoh : 1. dua helai kertas 2. lima bilah pedang

PENGGUNAAN UNSUR-UNSUR
Bilangan, penjodoh bilangan, gelaran, kata nama inti, penerang, dan penentu boleh digunakan semuanya sekaligus. Lazimnya tidak semua digunakan serentak. Contoh: 1. empat orang panglima tentera baru itu (bilangan dengan penjodoh dengan gelaran dengan inti dengan penerang dengan penentu)

FRASA SIFAT
Inti frasa sifat ialah kata sifat. Frasa sifat menerangkan keadaan atau sifat kata nama atau frasa nama. Unsur-unsur yang membina frasa sifat : 1. Kata sifat inti 2. Kata bantu 3. Kata penguat depan 4. Kata penguat belakang
Kata bantu Penguat depan Kata sifat Penguat inti belakang

FRASA SIFAT INTI


Satu kata sifat boleh membentuk frasa sifat : Contoh : 1. besar 2. harum 3. kesat 4. pahit 5. merdu

KATA BANTU DENGAN KATA SIFAT


Kata bantu yang menerangkan kata sifat diletakkan di depan kata sifat. Kata bantu ini boleh menjelaskan aspek kata sifat itu. Contoh : 1. sudah besar 2. belum masak 3. sedang sakit

KATA SIFAT DENGAN KATA PENGUAT


Kata penguat menerangkan makna kata sifat. Ia memberi tekanan kepada makna kata sifat itu. Contoh : 1. terlalu besar 2. besar sekali

KATA SIFAT DENGAN KATA BANTU DENGAN KATA PENGUAT


Kata bantu dan kata penguat boleh berlaku serentak untuk menerangkan kata sifat. Kata bantu aspek diletakkan di depan kata penguat. Contoh: Masih agak muda (bantu dengan penguat dengan sifat)

PENGGUNAAN KATA PENGUAT


Hanya satu kata penguat digunakan dalam satu frasa sifat. Ia diletakkan di depan atau di belakang kata nama. Kata penguat tidak boleh digunakan di depan dan di belakang kata sifat sekaligus. Contoh: 1. terlalu besar 2. besar sangat

FRASA KERJA
Frasa kerja terdiri daripada kata kerja inti atau kata kerja inti dengan unsur-unsur lain. Ada 5 unsur yang membentuk frasa kerja. 1. Kata kerja inti (transitif dan tak transitif) 2. Kata bantu (aspek dan ragam) 3. Objek 4. Pelengkap 5. Keterangan
Kata bantu

Kata kerja inti transitif dan tak transitif

Pelengkap Objek

keterangan

FRASA KETERANGAN

Frasa keterangan digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu ayat. 8 jenis keterangan dalam BM 1. Tempat 2. Waktu 3. Cara 4. Tujuan 5. Alat 6. Penyertaan 7. hal 8. bagai

You might also like