You are on page 1of 6

BAHASA MELAYU

TAHUN 3SJ

11 NOVEMBER 2021
TATABAHASA
AYAT PERINTAH
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu:
1. Ayat suruhan bertujuan untuk memberikan arahan.
2. Ayat larangan ialah ayat dengan kata larangan jangan dan usah yang bertujuan untuk menegah seseorang
melakukan sesuatu.
3. Ayat silaan ialah ayat dengan kata silaan seperti sila dan jemput yang bertujuan untuk mempersilakan seseorang.
4. Ayat permintaan ialah ayat dengan kata permintaan seperti minta dan tolong yang bertujuan untuk memohon
pertolongan atau membuat permintaan.
Ayat permintaan
Aliya, tolong rebus pulut hitam.
Ayat suruhan
Kemudian, masukkan daun pandan.
Ayat larangan
Jangan lupa masukkan santan cair dahulu.
Ayat permintaan
Tolong masukkan garam, gula putih dan gula Melaka. Biarkan hingga mendidih.
Ayat suruhan
kemudian, masukkan pula satu cawan santan pekat.

Ayat silaan
Sila hidangkannya apabila telah masak.

You might also like