You are on page 1of 12

NAMA KUMPULAN :

- Kawasaki
NAMA AHLI KUMPULAN :
1) MUNIRAH BINTI MOHD NOR
2) NURUL ASYIQIN BINTI MOHD ASROR
3) NURUL SABRINA BINTI MOHAMMAD FATHIL
4) NOOR SYAFIQAH BINTI DAHLAN
 Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:194) ayat yang mengandungi unsur arahan
atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar.

 Ayat ini diujarkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

 Perintah ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak, engkau, yang
biasanya digugurkan.

 Ayat perintah terdiri daripada ayat yang bertujuan untuk menyuruh melarang
mempelawa dan meminta seperti contoh yang berikut :

1. Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki peperiksaan.

2. Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.

3. Silakan ke pentas utama.

4. Tolong jaga kebersihan kawasan rumah masing-masing.


• Ayat perintah perlu diujarkan dengan intonasi perintah, iaitu

intonasi yang menurun dengan nada yang keras pada mana-

mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya.

• Nada sedemikian bertujuan untuk mendapatkan respons

daripada pendengar.

• Ayat perintah ditandai oleh penggunaan kata khusus seperti

jangan, usah, sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya.


Ayat Ayat
suruhan larangan

Ayat perintah

Ayat Ayat
silaan permintaan
• Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan suatu tindakan berupa
arahan kepada pendengar.
• Secara umum, ayat ini mempunyai susunan subjek yang terdiri
daripada kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh pediket.
• Subjek ini digugurkan seperti contoh berikut:
1. Duduk ditempat masing-masing.
2. Tutup pintu itu.
• Ayat yang sama boleh dilengkapi subjek seperti yang berikut:
1. Kamu semua duduk ditempat masing-masing.
2. Awak tutup pintu itu.
• Partikel –lah boleh digunakan pada bahagian prediket ayat suruhan
yang bertujuan untuk penegasan seperti yang berikut:
1. Duduklah di tempat masing-masing.
2. Tutuplah pintu itu.
• Ayat yang bertujuan untuk menegahkan atau menahan seseorang
daripada melakukan sesuatu perkara atau tindakan.
• Ayat ini merupakan satu bentuk perintah atau arahan kepada
pendengar.
• Ayat ini mempunyai maksud yang berlawanan dengan ayat suruhan.
• Ayat ini menggunakan kata larangan seperti jangan, usah dan tak
usah.
• Contoh:
1. Jangan buang masa.
2. Usah termenung sahaja.
3. Tak usah dikenang orang yang jauh.
4. Usah kau sakiti hatinya lagi.
• Ayat larangan boleh menggunakan partikel –lah pada kata
larangan untuk maksud penegas dan melembutkan larangan
tersebut.
• Contoh:
1. Janganlah buang masa.
2. Usahlah termenung sahaja.
3. Tak usahlah dikenang orang yang jauh.
4. Usahlah kau sakiti hatinya lagi.
• Ayat yang bertujuan untuk membuat pelawaan atau ajakan
terhadap pendengar atau orang kedua.
• Ayat ini berbeza sedikit daripada ayat suruhan atau larangan
dari segi tindakan yang ditunjukkan.
• Tindakan itu bukan sahaja diharapkan oleh pendengar, tetapi
boleh turut disertai oleh penutur sekali.
• Kata silaan yang sering digunakan ialah sila, jemput dan mari.
• Contoh:
1. Sila rujuk papan kenyataan di bilik guru.
2. Jemput datang esok hari.
3. Mari masuk ke kelas.
• Ayat silaan boleh menggunakan partikel –lah untuk tujuan
menggambarkan kemesraan dan melembutkan pelawaannya.
• Contoh:
1. Silalah rujuk papan tanda di bilik guru.
2. Jemputlah datang esok hari.
3. Marilah masuk ke kelas.
• Ayat yang dilafazkan oleh penutur dengan tujuan untuk menyatakan
kehendaknya kepada pendengar dengan nada yang halus dan
hormat.
• Ayat ini berbeza daripada ayat suruhan yang mempunyi nada yang
tegas dan keras.
• Ayat permintaan ini mempunyai nada yang lembut bagi
memperlihatkan sifat berbudi bahasa dan bersopan terhadap
pendengar.
• Ayat ini menggunakan kata permintaan seperti minta, tolong dan
mohon.
• Contoh:
1. Minta perlahankan muzik itu.
2. Tolong kemas barang-barang yang bersepah itu.
3. Mohon semua orang bertenang dan bersabar.

You might also like