You are on page 1of 9

BAHASA MELAYU

TAHUN 1

Tatabahasa:
Kata Perintah
Buku teks muka surat 70

Cikgu Masitah Hayati


SK Rumbia, Alor Gajah, Melaka
Objektif pelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

1. memahami dan mengenal pasti kata perintah


2. menggunakan kata perintah dengan betul
Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang


digunakan untuk memberikan perintah, iaitu
suruhan, arahan, larangan, silaan atau
permintaan.

Contoh : sila, tolong, minta, jangan


Ayat Perintah

Ayat Ayat Ayat Ayat


Suruhan Larangan Silaan Permintaan

√ √ √
Ayat Larangan
• Ayat larangan ialah ayat yang menegah
daripada melakukan sesuatu
• Ayat ini menggunakan kata perintah jangan
dan usah
• Contoh :
1. Jangan bermain di tepi jalan raya.
2. Usah kamu berbohong lagi.
Ayat Silaan
• Ayat silaan ialah ayat yang mempersilakan
atau menjemput
• Ayat ini menggunakan kata perintah sila dan
jemput
• Contoh :
1. Sila duduk di sini.
2. Jemputlah makan.
Ayat Permintaan
• Ayat permintaan ialah ayat untuk memohon
sesuatu
• Ayat ini menggunakan kata perintah tolong, minta
dan harap
• Contoh :
1. Tolong ambilkan saya segelas air.
2. Harap kamu bersabar semasa menunggu giliran.
BAHASA MELAYU
TAHUN 1

Tatabahasa:
Kata Perintah
Buku teks muka surat 70

Cikgu Masitah Hayati


SK Rumbia, Alor Gajah, Melaka

You might also like