You are on page 1of 6

ANALISIS KONTRASTIF BAHASA

MELAYU (BMP 458)


JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA
MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

NAMA : NURBADRINA BINTI ABD


RAHIM
KELAS : LG2412Ci
NO PELAJAR : 2019217732
JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU
Dalam bahasa Melayu jenis-jenis ayat terbahagi kepada empat iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah.

1. Ayat penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan
atau menerangkan sesuatu hal.Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita
atau ayat keterangan.
Contoh ayat: 
a. Hazman suka menonton rancangan televisyen
b. Kami sekeluarga akan pergi melancong ke Sabah.

2. Ayat tanya 
 Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
hal.Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan
ayat tanya dengan kata tanya.
a) Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan
nada suara pada akhir ayat penyata.
Dalam tulisan, ayat tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
Contoh : Peperiksaan itu akan diadakan pada minggu hadapan?

b) Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya
seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
Contoh ayat : Barang apa itu?
Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan
diletakkan di hadapan ayat. Contohnya, bilakah hari lahir kamu?

2. Ayat perintah 
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan.
Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah memberi arahan atau memerintah seseorang membuat
sesuatu.
Contoh : Siapkan kerja sekolah ini.
b) Ayat larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
Contoh : Jangan petik bunga itu.

c) Ayat silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang.
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
Contoh : Jemputlah makan hidangan ini.

d) Ayat permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
Contoh : Tolong uruskan perkara ini dengan segera.

4. Ayat seruan
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut,
marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan
sebagainya.
Contoh : Wah, besarnya rumah banglo itu!
JENIS - JENIS AYAT DALAM BAHASA INGGERIS

Kumpulan kata yang mempunyai kaitan disebut sebagai sentences. Ia


mengandungi subjek dan predikat dan mampu berdiri sendiri. Dalam bahasa
Inggeris, terdapat empat jenis ayat iaitu :

1. Assertive or declarative sentence (a statement)


Assertive or declarative sentences adalah ayat yang menyatakan fakta. Ayat
seperti itu adalah pernyataan yang mudah. Mereka menyatakan, menegaskan,
atau menyatakan sesuatu.
Contoh : This is a museum.

2. Interrogative sentence  (a question)


Interrogative sentences adalah ayat yang mengemukakan soalan.
Interrogative sentences akan diakhiri dengan tanda tanya (?).
Contoh : Where is my car key?
3. Imperative sentence (a command)

Imperative sentence adalah ayat yang memberikan perintah,


membuat permintaan, atau menyatakan keinginan.
Contoh : Please go to the next counter.

4. Exclamatory sentence (an exclamation)

Exclamatory sentences adalah ayat yang menggambarkan perasaan


yang tiba-tiba dan kuat, seperti kejutan, keajaiban, rasa kasihan,
simpati, kebahagiaan, atau rasa syukur.
Exclamatory sentences akan diakhiri dengan tanda seru (!)
Contoh : What fine weather we are having today!

You might also like