You are on page 1of 25

TEKNOLOGI PENGHASILAN

PERALATAN MENANGKAP
IKAN
Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob, Pensyarah Kanan
CWT4232
Teknologi dalam Warisan
TEKNOLOGI PENANGKAPAN IKAN

• Aktiviti perikanan yang dijalankan di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu perikanan air tawar,
perikanan air payau dan perikanan air masin.
• Dalam konteks ini, teknologi penangkapan ikan merupakan penggunaan alatan, mesin, bahan
dan proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia pada masa kini.
• Teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi
menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan
teknikal masyarakat berubah.
MENANGKAP IKAN
• Sejak bertahun lamanya, kegiatan menangkap ikan ini salah satu sumbangan kepada ekonomi di
Malaysia. Ianya merupakan satu pekerjaan yang dimonopoli oleh masyarakat Melayu pada ketika itu.
• Aktiviti menangkap ikan adalah untuk memenuhi keperluan manusia menerusi sumber protein yang
diperolehi di lautan atau sungai.
• Aktiviti menangkap ikan ini terbahagi kepada dua iaitu penangkapan ikan secara komersial serta
penangkapan ikan secara rekreasi (Hiburan atau hobi masyarakat).
• Kawasan penangkapan ikan secara komersial terbahagi kepada dua kategori iaitu Nelayan Laut dalam
(penangkapan ikan secara moden) dan Nelayan Pantai (penangkapan ikan secara tradisional untuk
keperluan diri serta masyarakat setempat sahaja).
• Oleh itu, terdapat perbezaan dalam penggunaan alatan berdasarkan kedua kategori tersebut..
PERALATAN MENANGKAP IKAN TRADISIONAL
JALA
• Jala merupakan suatu jalinan yang diperbuat daripada benang yang berukuran tebal atau tali
taksi yang bertujuan untuk menangkap ikan.
• Kebiasaan jala ini digunakan di kawasan sungai bagi tujuan menangkap spesies ikan air
tawar seperti ikan sikang, ikan belida, ikan kerandang dan lain-lain lagi.
• "Jala" diperbuat daripada benang yang kasar dan disirat dengan alat yang dinamakan "cuban"
dan peregang yang diperbuat daripada buluh.
• Sesebuah "jala" mengambil masa sebulan atau dua bulan untuk menyiapkannya iaitu
mengikut saiz dan yang panjang memerlukan masa yang lebih lagi.
JALA

• Jala ini digunakan oleh penduduk kampung pendalaman yang menghasilkannya untuk
dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri.
• Jala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil, diperbuat daripada benang kapas
yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atau tiga lengan panjangnya,
manakala bagi panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas panjangnya.
• Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar dengan lebih luas.
• "Jala" dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu tali, pucuk, badan, bahagian batu (sama ada
batu timah atau batu besi) dan "kandit jala". Bahagian kandit inilah tempat ikan akan
terperangkap semasa menjala.
JALA

cuban
SERKAP
• Serkap merupakan salah satu alat menangkap ikan yang diperbuat daripada buluh atau rotan.
• Rotan dan buluh tersebut dijalin atau dianyam menjadi menjadi bentuk yang memanjang seperti separuh
silinder.
• Serkap ini bertujuan untuk menangkap ikan dengan menggunakan tangan melalui membuat
pengurungan terhadap ikan yang berada di sungai atau sawah.
• Serkap juga digunakan dengan cara merejam ke dalam air dengan cara berulang kali, apabila terasa
kocakan ikan membelah dinding serkap di dalam air, ini menunjukkan ikan telah mengena.
• Serkap tersebut akan ditekan dengan lebih kuat ke dalam supaya ikan yang berada di dalam serkap tidak
akan keluar, kemudian ikan akan diambil dengan tangan melalui “lubang serkap" dengan berhati-hati
agar tidak disengat ikan yang berduri seperti ikan keli.
SERKAP
BUBU
• Bubu merupakan sejenis alat untuk menangkap ikan di sungai. Ia berupa seperti bakul yang
membolehkan ikan masuk kedalamnya tetapi terhalang untuk ikan keluar semula.
• Bubu ini terdiri kepada beberapa jenis iaitu bubu batang, bubu duduk dan bubu tadah.
• Bubu kebiasaannya diperbuat daripada buluh dan digunakan di kawasan sungai atau tasik yang tidak
begitu dalam.
• Sebuah bubu dibentuk daripada satu tapak berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan buluh.
Dibentuk besar di bahagian hadapan dan mengecil ke belakang.
• Di bahagian hadapan bubu ini dibuat satu pintu masuk yang dipanggil 'injap'. Injap ini berbentuk
seperti kon. Ia membenarkan ikan masuk tetapi menghalang mereka daripada keluar.
• Satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup disediakan di bahagian belakang bagi mengeluarkan
ikan yang terperangkap.
BUBU

• Bubu merupakan sejenis alat penangkapan yang bersaiz sederhana dan mudah dibawa ke mana-
mana tempat pengairan oleh masyarakat.
• Kegunaannya dilabuh di dasar-dasar sungai selalunya di kawasan yang mempunyai reba di mana
ikan atau udang galah suka berkumpul.
• Tempat diletak "bubu" akan ditanda untuk mengecam kedudukannya. Biasanya "bubu" akan
dibawa dengan perahu.
• Bubu ini mengunakan umpan seperti isi kelapa yang diletakakan untuk menarik perhatian ikan
masuk ke dalamnya.
BUBU
SEMPILA
• Sempila bertujuan untuk menahan ikan-ikan yang bersaiz kecil seperti ikan puyu, sepat dan selat dan lain-
lain lagi.
• Sempila ini selalunya ditahan di bahagian alor sungai iaitu di laluan air atau kedalam air sehingga paras atas
lutut.
• Bahagian mulut sampila dihalakan ke arah laluan air keluar dan diletakkan daun-daun kering di atasnya
supaya ianya teduh.
• Ikan-ikan akan bermain-main di kawasan yang teduh dan masuk ke dalam "sempila". "Sempila" ditahan dan
dibiarkan sehari atau semalaman barulah diangkat.
• "Sempila" diperbuat daripada buluh duri dan akar "penyarom". Akar “Penyarom” adalah sejenis akar kayu
yang berselirat mampu untuk dilentuk dengan baik.
• Umpan digunakan untuk sempila ialah buah kelapa sawit yang direndam hingga masam dan isi biji getah.
SEMPILA

Bentuk sempila yang digunakan


Daun kering digunakan untuk menutup
oleh masyarakat
bahagian atas sempila
JUT
• Jut biasanya digunakan di parit tali air, sawah, gelung air dan di tempat yang menjadi
laluan air. Ikan yang ditangkap ialah ikan puyu dan ikan sepat.
• Jut diperbuat dengan menggunakan sebatang buluh yang panjang, dawai dan pukat.
• Dawai tersebut dibentuk menjadi bulat dan diikat di hujung buluh serta pukat pula dijalin
di sekeliling dawai tersebut. Ianya bertujuan untuk menangguk ikan pada dasar sungai
atau sawah sahaja.
• Penggunaan jut adalah dengan menahan di arus air akan disentak sekiranya terasa ikan
membelah "jut" tersebut. Semasa menyentak pukat yang mengelilingi dawai akan
mengingcup dan tertutup. Ikan yang masuk ke dalam "jut" akan terperangkap serta tidak
mampu untuk keluar lagi.
JUT
JUT

Pukat yang digunakan untuk menampung Kayu Panjang sebagai alat pemegang utama kepada jut yang
ikan yang berjaya ditangkap oleh jut bertujuan untuk menangguk ikan di dasar sungai
BELAT

• Belat merupakah salah satu alat yang digunakan oleh masyarakat untuk
menangkap ikan pada zaman dahulu.
• "Belat" ini ditahan di parit, anak sungai dan alor. Buluh-buluh yang dibelah
halus dan dijalin dipacak merentangi tempat tersebut bagi menyekat arus
aliran air. Secara tidak langsung, ia menyekat pergerakan ikan yang lalu bagi
memerangkap ikan di dalam bubu yang dipasang di mulut "belat".
• Belat ini digunakan secara bersama-sama dengan bubu. Hal ini kerana belat
hanya mampu untuk menahan ikan di sesuatu kawasan serta penggunaan
bubu adalah untuk memerangkap ikan dalam waktu yang lama.
BELAT

Belat bagi tujuan menahan Bubu berada di tengah


ikan pada Kawasan yang untuk menampung
mempunyai arus deras ikan yang diperolehi
PEMBAHARUAN DALAM PENANGKAPAN
IKAN
• Pada masa kini, peralatan tradisional penangkapan ikan kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat
pada hari ini. Hal ini kerana terdapat teknologi yang mampu untuk mengeksploitasi hidupan di laut
• Oleh itu, masyarakat kini gemar mengunakan teknologi moden yang mampu untuk meningkatkan taraf ekonomi
mereka.
• Hal ini menggalakkan teknologi seperti alat “Fish Finder”, mesin “Net Hawler”, “Chiller” ais batu dan bot
gentian kaca digunakan dalam kalangan masyarakat.
• Alat “Fisher Finder” merupakan kaedah GPS untuk mengetahui lokasi hidupan maritime di lautan. Hal ini
membuatkan masyarakat lebih cenderung fokus kepada satu kawasan pengairan sahaja untuk menangkap ikan.
• “Net Hawler”merupakan satu sistem penggunaan pukat yang lebar seperti pukat tunda yang mampu menampung
hidupan laut yang banyak. Ia mampu menangguk hidupan hingga pada dasar laut.
PEMBAHARUAN DALAM PENANGKAPAN
IKAN
• Penggunaan bot dan peralatan tangkapan berteknologi moden membolehkan nelayan
menjalankan aktiviti perikanan laut dalam dan meningkatkan hasil tangkapan.
• Oleh itu, penggunaan radar pengesan ikan (ecosonar) mampu untuk memudahkan nelayan
mengenal pasti lokasi perikanan dengan mudah. Hal ini bertujuan untuk menjimatkan kos
penangkapan ikan.
• Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akukultur berjaya menghasilkan bernih ikan yang
bermutu seterusnya meningkatkan pengeluaran akuakultur di Malaysia.
PEMBAHARUAN PENANGKAPAN IKAN

Pancing menggantikan penggunaan jut

Pembinaan kelong bagi menggantikan


penggunaan belat
PEMBAHARUAN DALAM PENANGKAPAN
IKAN

Alat Perambut menggantikan penggunaan umpan Ketika


memancing

Penggunaan pukat cincin bagi


menangkap hidupan laut menggunakan
bot
PEMBAHARUAN PENANGKAPAN IKAN

Penangkapan ikan menggunakan jaring “Seine”


menggantikan kaedah belat
PEMBAHARUAN DALAM PENANGKAPAN
IKAN

Mesin “Net Hawler” untuk menggulung pukat


tunda yang digunakan untuk menangguk hidupan Alat “Fish Finder” yang digunakan untuk
laut Mengesan kedudukan hidupan laut
KESIMPULAN

• Secara tuntasnya, peralatan penangkapan ikan secara tradisional mampu untuk menampung
kehidupan masyarakat terdahulu
• Penggunaan penangkapan ikan berteraskan teknologi ini mampu untuk meningkatkan ekonomi
dalam bidang perikanan di Malaysia menerusi kaedah pemasaran digital yang memberi input
positif kepada para nelayan
• Hal ini kerana sektor perikanan ini penting bagi menyalurkan sumber protein kepada masyarakat
setempat di samping meningkatkan ekonomi negara.

You might also like