You are on page 1of 19

CADANGAN PERLAKSANAAN PROJEK

TERNAKAN IKAN KELI DALAM KOLAM SIMEN


BERLANTAI TANAH
http://zikrihusaini.com/ikan-keli/
http://www.scribd.com/doc/98290165/KERTAS-KERJA

1. PENDAHULUAN
1.1 Senario Industri Akuakultur Di Malaysia

Definasi akuakultur ialah menternak spesis hidupan (samada haiwan atau tumbuhan) air tawar,
air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi
segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. Suatu ketika, pelbagai
masalah telah melanda industri perikanan. Antaranya adalah penangkapan berlebihan yang melanggar
undang-undang yang menghadkan penangkapan, sistem kuota serta larangan penangkapan spesis
tertentu. Selain itu masalah pencemaran air samada daripada pembuangan sisa toksik dari kilang,
tumpahan minyak atau racun serangga dan rumpai juga telah menggugat industri perikanan dan
akuakultur. Akuakultur bukanlah penyelesaian kepada masalah industri perikanan. Ia adalah salah satu
cara untuk menampung bekalan makanan dari laut.
Matlamat utama industri akuakultur di malaysia adalah:
1. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan dan,
2. Untuk menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada.

Sejarah akuakultur di Malaysia bermula sejak 1930an yang dilakukan secara kecil-kecilan.
Industri ini mula berkembang pada sekitar tahun 1970an terutamanya dalam ternakan udang, kerang dan
ikan (termasuk ikan hiasan) yang kini menjadi industri komersil yang menjanjikan pulangan lumayan.
Menurut perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia, di seluruh negara terdapat kawasan perairan tasik dan
empangan seluas 89,260 hektar yang boleh digunakan untuk ternakan dalam sangkar, manakala kawasan
tanah seluas 30,000 ha untuk ternakan kolam. Di samping itu, seluas 3,000 hektar lagi di Tasik Kenyir
telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan akuakultur. Antara kawasankawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan, kolam,
konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium. Manakala spesis-spesis ternakan pula (berdasarkan
maklumat daripada Jabatan Perikanan Malaysia) adalah seperti tilapia, keli, baung, patin, temoleh,
jelawat, lampam, karp, haruan, udang galah dan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan kerapu, siakap,
jenahak, udang harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.

1.2 Sejarah / Latarbelakang Ikan Keli


Nama asal Ikan keli ialah Clarias Batrachus (Linn) atau dipanggil cat fish (ikan kucing) yang
bermisai seperti kucing. Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati di negara ini adalah Ikan Keli
Kayu, Ikan Keli Bunga, Ikan Keli Eksotika, Ikan Keli Limbat, Ikan Keli Mata Kati, Ikan Keli Rusia,
Ikan Keli Afrika, Ikan Keli Jeram dan Ikan Keli Hutan. Di Indonesia, ikan keli ini tidak dipanggil keli
tetapi dipanggil LELE, di Afrika ia dipanggil Mali, di Thailand ia dipanggil Plamond, di Jepun pula
Namazu, manakala di Sri langka pula ia dipanggil Gura Magura. Kini keli merupakan satu hidangan
wajib bagi rakyat Malaysia. Ia mempunyai permintaan yang konsisten dan juga nilai harga yang mahal.
Sejarah penternakan awalnya dikesan bermula beratus-ratus tahun dahulu. Di negara-negara Asia
seperti China, India, Indo-China dan Indonesia, ternakan ikan ini telah menjadi kebiasaan dan
diusahakan secara tradisi. Malah, kolam yang diusahakan oleh keluarga dan pemeliharaan di sawah padi
masih terdapat sehingga ke hari ini. Pada zaman moden ini, penternakan keli yang menyeluruh hanya
bermula selepas Perang Dunia Kedua.
Di Amerika Syarikat, sistem akuakultur bermula sejak kurun ke-19 lagi dengan penternakan ikan salmon
untuk dilepas semula. Berlandaskan sistem ternakan ini, ternakan ikan keli pun mula diusahakan dan ia
bermula sekitar tahun 1960an.
Terdapat tiga jenis ikan keli yang dipelihara sehingga sekarang iaitu dari spesies bullhead, blue catfish
dan channel catfish. Bagaimana pula dengan perkembangan akuakultur di Malaysia? Perkembangan
akuakultur di Malaysia hanya betul-betul bermula sekitar tahun 1970an dan 1980an, khususnya bagi
penternakan ikan keli. Sebelum itu, ikan keli hanya terhad kepada spesies asli seperti keli kayu, keli
bunga dan keli sawah. Namun, disebabkan spesies ini sukar untuk dibiak dan saiznya yang agak kecil,
tiada perkembangan menyeluruh untuk membiaknya secara intensif. Sebaliknya, ikan keli hibrid (clarias
gariepinus) yang merupakan kacukan keli Afrika dan keli Taiwan, yang sudah diperkenalkan seluruh
Asia termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan banyak lagi di negara-negara Asean adalah sejenis
ikan yang cepat membesar. Dengan tempoh penternakan yang sangat pendek serta pengawasan yang
sederhana, maka tidak hairanlah ikan keli jenis ini menjadi pilihan penternak.

1.3 Potensi Ternakan


Permintaan ikan keli di pasaran terutama dari pengusaha-pengusaha restoran menyebabkan
bekalannya pada ketika ini tidak mencukupi. Bagi mereka yang meminati akuakultur air tawar, inilah
peluang yang perlu direbut. PENINGKATAN permintaan yang tinggi, merupakan keputusan tinjauan
dari semua negeri di Malaysia. Secara menyeluruh, permintaan ikan keli kebanyakkannya dipengaruhi
oleh permintaan restoran di Malaysia dan juga peningkatan penduduk, hidangan menu ikan keli sudah
tidak asing lagi di Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh
permintaan usahawan pemprosesan makanan yang menjadikan ikan keli sebagai sumber produk hiliran
seperti serunding ikan keli, sardin keli, keli salai dan sebagainya.
Kesan daripada permintaan yang berkembang hebat di Malaysia, lahirlah usahawan-usahawan
keli yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pengusaha pelet ikan juga mendapat tempias daripada
peningkatan yang mendadak terhadap industri ikan keli. Sejauh mana peningkatan ini, jawapannya ia
akan terus meningkat. Perubahan semasa berkenaan tabiat makan manusia yang beralih kepada ikan
berbanding ayam dan daging mendorong kemajuan industri ikan keli. Peluang yang terpampang luas ini
harus direbut. Penguasaan ilmu terhadap ternakan ini perlu dimiliki oleh setiap penternak. Ramai
usahawan yang kecundang disebabkan kekurangan ilmu.
Ikan keli mempunyai perkembangan tumbesaran yang cepat jika dibandingkan dengan spesis
ikan lain seperti tilapia dan sebagainya. Tempoh penternakan yang singkat iaitu hanya mengambil masa
tidak sampai 4 bulan memberi peluang kepada penternak menggandakan pengeluaran dalam setahun.
Ikan keli juga merupakan ikan yang tahan lasak terhadap persekitaran menjadikan ikan ini
pilihan terbaik bagi penternak di Malaysia. Isinya yang sedap dan digemari ramai membuatkan
permintaan ikan keli tidak akan pupus. Di Malaysia, potensi ternakan ikan keli akan terus berkembang.
Ruang dan peluang di Malaysia masih luas untuk diceburi.
1.3.1 Permintaan Ikan Keli
Pertama sekali, ikan keli merupakan ikan yang sangat digemari. Buktinya terdapat banyak menu
daripada resipi-resipi ikan keli di seluruh negara. Antaranya masak lemak keli cili api, keli panggang,
keli salai, serunding keli dan sebagainya. Manakala di tanah seberang jiran kita Indonesia sangat popular
dengan pecel ikan lele. Ikan lele bermakna ikan keli dalam bahasa indonesia. Manakala di restoranrestoran di Malaysia juga sudah menjadi menu utama. Jadi, tidak hairanlah selama saya sendiri sudah
lebih 3 tahun mengusahakan ikan keli ini sepenuh masa masih tidak mencukupi untuk keperluan
permintaan prai ikan keli untuk diagih-agihkan ke restoran-restoran. Melalui kaji sedlidik saya sendiri,
permintaan terhadap ikan keli bagi setiap restoran adalah tidak kurang dari 100 kg seminggu. Ini
bermakna untuk mencukupkan 10 restoran kita memerlukan bekalan 1 tan atau 4 tan sebulan. Itu kalau
10 restoran, kalau 50, 100?
1.3.2 Galakan Usahawan Keli Oleh Kerajaan

Oleh kerana ikan keli sangat berpotensi, maka pihak kerajaan melalui jabatan PERIKANAN pun
sentiasa mempromosikan masakan ikan keli ini melalui ekspo-ekspo setiap tahun. Selain itu, banyak
kursus-kursus yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dalam promosi untuk memajukan industri
ternakan ikan air tawar khususnya ikan keli.
1.3.3 Ikan Keli Sumber Protein
Sebagai pengganti daging dan ayam, ikan keli merupakan pilihan terbaik. Selain mengandungi lemak
Omega yang tinggi, ikan ini juga baik untuk mencegah penyakit jantung. Salah satu kelebihan ikan keli
ialah, ia mudah diternak. Jadi, tidak hairanlah ia dapat dipasarkan secara konsisten tanpa bermusim.
Sedangkan ikan laut sangat bermusim ditambah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu akibat
pengaruh kepanasan global. Perlu diingat, permintaan terhadap ikan akan sentiasa meningkat sejajar
dengan pertumbuhan manusia. Jadi, ikan keli adalah salah satu alternatif bekalan protein kepada
manusia sepanjang masa, Ini yang menjadikan ia sangat berpotensi.
Oleh kerana permintaan ikan keli untuk dimakan sentiasa meningkat, maka pertumbuhan
usahawan juga meningkat. Maka wujudlah juga permintaan terhadap benih ikan keli, makanan ikan,
kolam kanvas dan peralatan-peralatan lain. Rantaian ini sudah tentulah menjadi satu industri yang
memberangsangkan. Perlu kita fikirkan bahawa, manusia perlukan makanan untuk hidup. Makanan
merupakan sumber utama untuk manusia untuk terus hidup. Perkembangan manusia yang semakin
meningkat, makanan perlu ditingkatkan. Pada masa sekarang ni ikan laut pun tidak dapat menampung
bekalan untuk keperluan negara. Kita terpaksa mengimport sebahagiannya melalui negara jiran. kita
perlukan makanan ikan setiap hari, jadi , fikir-fikirkanlah.
Manusia terpaksa kembali kepada pertanian dan akualkutur. Keperluan ikan segar untuk
kesihatan manusia perlu dititikberatkan. Kerana pada zaman moden ini kebanyakkan makanan melalui
proses pengawetan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Oleh itu, manusia akan mencari
sesuatu yang segar, halal dan bersih. Alangkah baiknya kalau makanan tersebut hasil dari tangan kita
sendiri seperti ternakan ikan keli.
Namun bagi yang berminat untuk menjadi usahawan ikan keli, buatlah bersunggu-sungguh, fokus dan
sabar.

1.4 Data Dan Fakta

Pengeluaran akuakultur 2010


Jumlah pengeluaran akuakultur bagi 2010 adalah sebanyak 362,155 tan
metrik bernilai RM2.522 juta.
Pengeluaran akuakultur air payau ialah 205,931 tan metrik bernilai RM1.783
juta.
Jumlah pengeluaran akuakultur air tawar ialah sebanyak 156,224 bernilai
RM738 juta.
Jumlah pengeluaran ikan tilapia merah pada 2010 ialah sebanyak 29,013.94
tan metrik bernilai RM192.99 juta.
Jumlah pengeluaran ikan tilapia hitam pada tahun 2010 ialah sebanyak
9,629.33 tan metrik dengan nilai RM56.3 juta.
Negeri pengeluar utama ialah Selangor, Perak, Pahang, Sabah dan Negeri
Sembilan.
Jumlah pengeluaran ikan tilapia ialah 25 peratus dari jumlah keseluruhan
pengeluaran akuakultur air tawar.
Secara purata, seorang rakyat Malaysia memakan hanya lima kilogram (kg)
ikan air tawar setahun dan 46 kg ikan setahun.
Jumlah permintaan
Ikan keli pasaran tempatan ialah 1,000 tan sebulan.
600 tan pasaran Kuala Lumpur/Lembah Klang.
200 tan pasaran Ipoh.
200 tan pasaran Seremban.
Harga
Ikan Keli : RM4.00 RM5.00 / kg.
(Harga Purata = RM 4.50)
Sumber: http://amgagro.muamalah.com/dokumen/KURSUS y
: http://www.fishdept.sabah.gov.my

Di tahun 2010, Malaysia menghasilkan 600 ribu tan metrik ikan setahun daripada Industri
akuakultur untuk menampung keperluan dan kehendak pasaran. Permintaan hasil perikanan dijangka
akan terus meningkat dari 40kg/orang setahun kepada 56kg/orang setahun pada 2010 berkadaran terus
mengikut peningkatan populasi penduduk negara. Oleh yang demikian, ternyata pengeluaran ini
tidak mencukupi bagi menampung permintaan semasa pengguna yang semakin meningkat. Dengan
wujudnya perdagangan antarabangsa dalam bidang akuakultur dan spesis akuatik, permintaan pasaran
luar negara semakin bertambah. Bagi mengimbangi keperluan pasaran tempatan dan luar negara , pihak
syarikat telah mensasarkan 80% pengeluaran hasil untuk pasaran tempatan dan 20% untuk dieksport ke
luar negara. Pembangunan dalam bidang sains dan teknologi yang berterusan dapat memperbaiki kualiti
hidup dan kesejahteraan rakyat yang akan meningkatkan hasil, mengurangkan kos dan penggunaan
buruh

bagi menampung

keperluan

pasaran

dimasa

depan.

Bagi

merealisasikan

matlamat

tersebut, kaedah penternakan secara tradisional perlu ditukarkan kepada yang lebih moden yang dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti ikan yang diternak. Penggunaan sains dan teknologi dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti akuakultur dengan kerjasam semua pihak. Langkah ini penting

bagi memodenkan industri perikanan menjadi lebih komprehensif dan berdaya maju bagi nembantu
menigkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara.

2.0 CADANGAN PROJEK


2.1 SPESIS TERNAKAN YANG DI PILIH ( IKAN KELI )
Spesis ternakan yang menjadi pilihan ialah ikan keli. Ia jadi pilihan kerana :
-

Produk ikan keli kaya dengan Omega 3,6, dan 9.

Produk ikan keli yang dihasilkan mengandungi protein tinggi dan tanpa karbohidrat.

Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin halal, bersih dan berkualiti di mana bahan-bahan
makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran organ-organ dalaman binatang.

Harga yang berpatutan.

Saluran agihan yang besar.

http://ternakikankolam.blogspot.com/

2.2 SISTEM TERNAKAN YANG DIPILIH SISTEM KOLAM TANAH


Sistem ternakan yang menjadi pilihan ialah Sistem Kolam Tanah.
Kelebihan Sistem Kolam Tanah :i. Ruang kolam yang luas - mempunyai kadar oksigen terlarut atau dissolve oxygen (DO) yang tinggi
hasil dari pancaran cahaya matahari dan angin yang bertiup.
ii. Ruang yang luas, ikan hidup lebih bebas. Mengurangkan stress kepada ikan. Ikan lebih cepat
membesar
iii. Kadar kematian ikan minima.
iv. Boleh menghasilkan ikan dalam jumlah yang besar. (Tan)
v. Suhu air pada malam hari adalah suhu alam semulajadi, suhu dalam kolam tanah 33 C - 35 C.
Suhu badan manusia normal ialah 35 C. Suhu dalam kolam simen 30 C (sejuk). Suhu dalam kolah
PVC 33 C. (sila uji sendiri guna termometer)
Sebab itulah pembenihan ikan dalam kolam simen jarang yang berjaya kecuali menggunakan alat
pemanas dan alat bantuan oksigen. Pembenihan dalam kolam tanah selalunya berjaya menghasilkan
ribuan anak benih ikan tanpa perlukan sebarang alat pemanas atau alat bantuan oksigen.

2.3 LOKASI PROJEK

Pelan Lokasi Tapak Projek Cadangan


Projek penternakan ikan air tawar yang akan diusahakan ini akan beroperasi di sebuah tanah terbiar
seluas 1 ekar yang terletak di Kg Tersusun, Selangor.
Maklumat tapak projek adalah sepertimana dibawah:
Lot No

: Lot 437, Persiaran Sentosa, Bukit Sentosa

Luas Kawasan

: Satu Ekar

Jenis Geran

: Lot Bumiputera

Mukim / Daerah

: Bukit Sentosa, Rawang

Tapak ini dilengkapi dengan bekalan air sedia ada yang mengalir di keliling tanahtersebut. Ia juga
dihubungkan oleh mini tar pada jarak 20 meter daripada jalanraya. Selain dari itu, ia juga dilengkapi
dengan kemudahan elektrik dan air daripada penempatan berdekatan. Bekalan elektrik 3 fasa sedia ada
disalurkan bagi memenuhi keperluan penggunaan elektrik di tapak projek tersebut. Walaupun tapak yang
dicadangkan mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menjayakan projek ini, pihak syarikat akan
menggunakan sebahagian (3/4 bahagian) daripada keluasan tapak satu ekar sahaja bagi mengusahakan
projek penternakan ikan keli. Ini adalah inisiatif pengusaha dalam memfokus ternakan dan optimasi
penggunaan tanah satu ekar. Kos infrastruktur dan pembinaan tapak tersebut memerlukan modal yang
besar untuk diusahakan. Fokus dan komitmen yang tinggi diperlukan bagi kemajuan dan perkembangan
syarikat ini di masa hadapan.
Projek penternakan ini akan dijalankan di sebahagian daripada keluasan tanah satu ekar atau kurang
keluasan tapak. Di atas tapak tersebut akan didirikan infrastruktur bangunan pusat pengumpulan, kolam
asuhan simen, kolam pembesaran. kolam tadahan dan kolam punca air.

2.4 JANGKAAN / ANGGARAN KOS PROJEK


Kos projek ini dianggarkan berjumlah RM350,000.00. Sumber pembiayaan adalah daripada pembiayaan
institusi dan juga modal sendiri. Institusi pembiayaan yang akan dipilih ialah pihak MARA berjumlah
RM332,500 manakala budget sendiri pula berjumlah RM17,000.00. Ini bermakna pembiayaan daripada
MARA adalah sebanyak 95% manakala bajet sendiri adalah sebanyak 5%.

SUMBER PEMBIAYAAN
INSTITUSI MARA
BAJET SENDIRI
RM332,500.00 (95%)

RM17,000.00 (5%)

JUMLAH PEMBIAYAAN
RM350,000.00

3.0 SPESIFIKASI & KOS

BIL

(A)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22

BUTIR KEPERLUAN

KOS TETAP
Pelbagai Deposit
Pembersihan/Penyediaan Tapak
Penyediaan Kolam / Bangunan
Pemasangan Paip / Saliran
Pemasangan Bumbung / Netting
Pemasangan Pagar
Penyediaan Kolam Tadahan
Pendawaian Eletrik & Lampu
Centrifugal Pump-2 HP
Pam Angin (Blower) - 3 HP
Karcher HWP Jet
Jaring / Tangguk / Hapa
Peralatan Sistem Kualiti Air
Tangki Oksigen
Peralatan Proses Pembenihan
Peralatan Pembungkusan Benih
Bakul Pengumpulan Hasil
Timbang - 200kg
Peralatan Am & Alatulis
Yuran Konsultan
Daftar Syarika
Yuran / Caj Prose
JUMLAH

KOS
PROJEK
(RM)
5.500
8.500
124,000
9,600
12,500
21,600
8,000
12,800
1,600
1,650
1,650
3,300
2,680
350
2,650
750
1,500
340
3,600
4,000
120
200
227,000

SUMBER PEMBIAYAAN
(RM)
MARA

SENDIR
I

5,500
8,500
124,000
9,600
12,500
21,600
8,000
12,800
1,600
1,650
1,650
3,300
2,680
350
2,650
750
1,500
340
3,600

216.520

4,000
120
200
10,570

JUMLA
H

5,500
8,500
124,00
9,600
12,500
21,600
8,00
12,800
1,600
1,850
1,650
3,300
2,680
350
2,650
750
1,500
340
3,600
4,000
120
200
227,090

(B)
1

KOS BERUBAH
Kos Barangan Jualan(KBJ)
a. Benih Anak Ikan Keli (500,000 ekor)
b. Makanan Permulaan (Starter) (5,000 kg)
c. Makanan Tumbesaran(Grower) (12,000 kg)
d. Induk Ikan Keli (100 ekor)
e. Makanan Rega (Artemia) (10 tin)
f. Hormon Ovaprime (5 botol)
g. Bahan Pre bio (Starbio) (15 kg)
h. Ubat-ubatan (5 jenis)
JUMLAH KBI
Modal Kerja (6 bulan) / Pekerja
JUMLAH (1+2)
JUMLAH (A+B)
PERATUSAN PEMBIAYAAN

10,000
10,250
23,400
1,000
2,250
900
300
500
52,100
70,810
122,910

10,000
10,250
23,400
1,000
2,250
900
300
500
52,100
63,880
115,980

6,930
6,930

10,000
10,250
23,400
1,000
2,250
900
300
500
52,100
70,810
122,910

350,000

332,500
95%

17,00
5%

350,000
100%

3.1

SPESIFIKASI & KOS SISTEM (KOLAM)

Menyatakan jenis , saiz dan kuantiti, kos per unit dan jumlah kos.
Projek penternakan ini akan dijalankan di sebahagian daripada keluasan tanah satu ekar atau
kurang keluasan tapak. Di atas tapak tersebut akan didirikan infrastruktur bangunan pusat
pengumpulan, kolam asuhan simen, kolam pembesaran simen. kolam tadahan dan kolam punca air
sepertimana berikut :
Bil
.
1

Item

Saiz

Kuantiti

Kolam Pembesaran

(40x 10x 4)

40 buah

RM600

RM24000

Kolam Asuhan

(10x 10X 2)

18 buah

RM650

RM11700

Kolam Punca Air

(40x 20X10)

1 buah

RM1200

RM1200

Pusat Pengumpulan / Stor

(20X 90X10)

1 buah

Kolam Tadahan & Punca Air

1 buah

Kolam Fiber

4 buah

g) Kos sewa tapak = RM2000.00 setahun dan perjanjian selama 5 tahun

Melampirkan Ilustrasi berdimensi / gambar

Kos per unit

Jumlah kos

Pelan Lakaran Tapak Projek

http://ikankluang.blogspot.com/

3.2

SPESIFIKASI & KOS SISTEM PERALATAN


Bil.
1
2
3
4
5

Senarai Peralatan
Poly Tank
Grading Net
pH Test
Garam
Sauk Ikan

Spesifikasi

Kuantiti

Kos per unit Jumlah kos


RM600

3 in & 4 in

3.3 SPESIFIKASI DAN KOS BENIH


Sumber Benih Ikan Keli
Anak benih ikan keli
Induk Ikan Keli

Kuantiti
10,000 ekor
100 ekor

Kos per unit


RM 0.35
RM 10.00

Jumlah kos
RM 3,500.00
RM 1,000.00

3.4 JENIS-JENIS DAN KOS MAKANAN SERTA UBAT-UBATAN DAN ANTIBIOTIK

Makanan Ikan

Bio-aquatik

Grading net

KOS PER UNIT


/ PER BEG
MAKANAN IKAN - (% PROTEIN)
Starter 32%
RM 42 (20kg)
Starter 28% CP
5,000 kg
RM 38 (20kg)
Starter 18% CAGILL
RM 45 (20kg)
Grower 28%RM39 (20kg)
Grower 30%
12,000 kg
RM 35- 41 (20kg)
Finisher 23%RM 35 (20kg)

SENARAI JENIS-JENIS

1
2
3
4
5
6

Garam

KUANTITI

JUMLAH KOS
(RM)

RM 10,250.00
RM 23,400.00

7
8

Finisher 26%
Makanan Rega (Artemia)

RM 32-38 (20kg)
RM 225.00

RM 2,250.00

1
2
3
4

UBAT-UBATAN & ANTIBIOTIK


Hormon Ovaprime
5 botol
RM 180.00
Bahan Pre bio (Starbio)
15 kg
RM 20.00
Ubat-ubatan
5 jenis
RM 100.00
Ubatan dan vaksin
2400 kg ikan
RM 0.50

RM 900.00
RM 300.00
RM 500.00
RM 1,200

10 tin

4.0 RANCANGAN PEMASARAN


Pasaran Tempatan
Sasaran pasaran bagi projek perikanan ini adalah 100% bagi pasaran tempatan di mana ianya difokuskan
kepada pengusaha-pengusaha makanan, gerai menjual makanan, restoran dan pemborong yang terdapat
di sekitar kawasan Kedah. Buat masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada pengusahapengusaha makanan setempat dan peratusan ini menunjukkan peningkatan yang drastik dari masa ke
semasa terutamanya di sekitar bulan Ramadhan. Oleh itu pihak syarikat telah merancang untuk
mengeluarkan hasil secara berterusan dan berperingkat-peringkat bagi memastikan kesinambungan
bekalan ikan di pasaran bagi setiap masa.
Harga pasaran tempatan ikan air tawar adalah :
a. Ikan Keli : RM4.00 RM5.00 / kg. (Harga Purata = RM 4.50)
b. Ikan Talapia Merah : RM4.00 RM 6.00 / kg. (Harga Purata = RM5.00)
Pengeluaran ikan air tawar sebanyak 21,000 tan metrik setahun bagi pasaran tempatan adalah dihasilkan
oleh 90% pengusaha kecil dan sederhana. Sedangkan pengusaha komersial pula banyak memfokuskan
kepada pasaran luar negara yang lebih global dan mempunyai pulangan yang konsisten dan tinggi.

Pasaran Luar Negara


Pasaran luar negara menghasilkan 20% daripada nilai jualan. Negara yang menjadi potensi bagi
penjualan hasil ikan air tawar ini adalah Thailand, Singapura, Amerika & Timur Tengah. Walaupun
begitu, kebanyakkan hasil ikan air tawar yang dieksport adalah dalam bentuk yang sudah diproses
seperti fillet, surimi dan makanan sejuk beku. Harga pasaran bagi ikan air tawar ke luar negara adalah :
1) Ikan Keli : USD1.50 2.00 / kg.
2) Ikan Talapia Merah : USD 4.00 8.00 / kg
Walaupun pihak syarikat mempunyai keyakinan terhadap pasaran di luar negara namun buat masa
terdekat ini, pihak syarikat tidak akan mengeksport hasil perikanan ke luar negara. Ini adalah disebabkan
kos logistic dan penghantaran adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pengeluaran hasil
syarikat dalam jangka pendek. Tambahan pula kadar pengeluaran syarikat tidak mencukupi bagi
menampung keperluan negara luar yang begitu tinggi permintaannya. Oleh yang demikian, syarikat akan
berusaha untuk memperluaskan dan mempertingkatkan hasil penternakan bagi memenuhi permintaan
eksport. Diharap dengan galakkan kerajaan dalam membangunkan sumber ekonomi pertanian dan
penternakan dapat memajukan hasrat pengusaha-pengusaha kecilan dan komersial bagi memenuhi
permintaan pasaran di dalam dan luar negara.
3.2

4.0

Peralatan http://ikan2keli.blogspot.com/2009/09/peralatan-penting-ternak-keli.html

Anggaran Margin keuntungan (6M)


1. Tiada anggaran kos yang dibentangkan.(0)
2. Menunjukan pengiraan kos pengeluaran bagi satu pusingan tuaian
3. Menyatakan harga pasaran , anggaran % tuaian matang dan pengiraan hasil jualan satu
pusingan Menyediakan jadual bagi menunjukkan kejayaan projek mula menghasilkan
keuntungan
4. Membuat anggaran dan mengemukakan kriteria 1 dan kriteria 2 sahaja dengan pengiraan
yang tepat (4.5-BAIK)
5. Membuat anggaran yang tersusun dan mengemukakan semua kriteria dengan pengiraan yang
tepat. (6-CEMERLANG)

Pengiraan jumlah kos :

Butir
Kos ternak ikan keli
Kos buruh langsung
Kos overhed
Jumlah

RM
15000
10500
4500
30000

Pengiraan untung kasar :


Gred
A
B
Jumlah

Harga seunit
6
4

Unit jualan
10000
10000

Untung kasar

=
=
=

Jumlah jualan - jualan kos


RM 100000 RM 30000
RM 70000

Kos berubah seunit

RM 30000
20000

Mark up

RM 1.50

Untung kasar x 100%


Kos jualan
RM 70000 x 100%
RM 35750
195 %

=
=
Margin keuntungan

Syer pasaran

( 10000 + 10000 ) unit

Untung kasar x 100%


Jualan bersih

RM 70000 x 100% RM 100000

70 %

RM 100000 x 100%
RM 1000000

=
Tempoh

10%
Jumlah jualan

Harga jualan
60000
40000
100000

Bulanan
Tahunan

5.0

RM 100000
RM 1200000

TEKNIK PEMASARAN YANG DIGUNAKAN


Teknik pemasaran yang tidak bersesuaian. (0)
Menyatakan teknik pemasaran yang digunakan.
Menerangkan teknik pemasaran dengan jelas dan terperinci.
Menyediakan jadual bagi menunjukkan kejayaan projek mula menghasilkan keuntungan
Menghuraikan sebab / alasan pemilihan teknik berkenaan.
Mengemukakan penerangan aspek pemasaran dengan jelas dan memenuhi kriteria 1 dan
kriteria 2 sahaja. (4.5-BAIK)
Mengemukakan penerangan aspek pemasaran dengan jelas dan memenuhi semua kriteria. (6CEMERLANG)

2.7 Pemasaran.
2.7.1 Harga.
Biasanya ada tiga kategori harga untuk memasarkan ikan iaitu
a. Harga Ladang.
Harga di ladang ditentukan oleh kos pengeluaran bagi setiap kilogram ikan yang dihasilkan dan
dicampur dengan keuntungan yang bakal diperolehi oleh penternak. Di samping itu harga di ladang juga
ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran.
b. Harga borong.
Harga borong adalah harga yang ditentukan oleh pemborong. Harga ini meliputi harga ladang campur
kos pengendalian, kos pengangkutan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pemborong. Biasanya
harga borong lebih tinggi dari harga di ladang.
c. Harga runcit.
Harga runcit merupakan harga yang akan dibayar oleh pengguna. Harga ini jauh lebih tinggi dari harga
borong. Harga runcit meliputi harga borong campur dengan beberapa kos yang ditanggung oleh peruncit
seperti kos upah, kos menyimpan, kos sewa, keuntungan dan sebagainya.
Sekiranya penternak menjual sendiri hasilnya secara runcit, maka keuntungan yang diperolehi adalah
lebih lumayan berbanding dengan menjual hasil kepada pemborong. Namun begitu tidaklah mudah
untuk memasarkan hasil yang banyak secara runcit oleh penternak kerana banyak faktor yang perlu
dipenuhi.
2.7.2 Pasaran.

Biasanya ikan dipasarkan dalam dua kategori iaitu

a. Pasaran tempatan.
Pasaran tempatan terbahagi kepada dua iaitu
i. Pasar awam.
Ikan-ikan yang dijual di pasar awam adalah dalam dua bentuk iaitu ikan yang dijual secara segar seperti
ikan hidup atau ikan basah dan ikan yang disejukbeku. Ikan hidup yang dijual ditempatkan di dalam
tangki atau bekas yang diberi bekalan oksigen. Biasanya ikan ini mendapat permintaan yang tinggi dan
harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding dengan ikan yang disejukbeku.
ii. Pasaraya.
Ikan yang dijual di pasaraya biasanya dalam bentuk sejukbeku dan ikan yang telah siap dibersihkan.
Ikan-ikan tersebut dibungkus dengan teliti dan kelihatan cantik untuk menarik minat pengguna. Terdapat
juga pasaraya yang menjual ikan yang telah diproses seperti fillet ikan yang siap sedia untuk dimasak.
Selain dari itu terdapat juga pasaraya yang menjual ikan hidup seperti ikan keli dan tilapia merah.

b. Pasaran Luar Negara.

Sebahagian dari ikan yang dihasil di negara ini dipasarkan ke luar negara. Ikan hidup dipasarkan ke
Singapura. Ikan-ikan tersebut diangkut dengan lori dan dihantar ke Singapura. Selain dari ikan hidup,
ikan yang disejukbeku dan juga ikan yang telah diproses menjadi fillet dieksport ke luar negara.4.0

4.0

Anggaran Margin keuntungan (6M)


6. Tiada anggaran kos yang dibentangkan.
7. Menunjukan pengiraan kos pengeluaran bagi satu pusingan tuaian
8. Menyatakan harga pasaran , anggaran % tuaian matang dan pengiraan hasil jualan satu pusingan
9. Menyediakan jadual bagi menunjukkan kejayaan projek mula menghasilkan keuntungan
10. Membuat anggaran dan mengemukakan kriteria 1 dan kriteria 2 sahaja dengan pengiraan yang
tepat (4.5-BAIK)
11. Membuat anggaran yang tersusun dan mengemukakan semua kriteria dengan pengiraan yang tepat.
(6-CEMERLANG)

5.0

Pemasaran
Teknik pemasaran yang tidak bersesuaian.
Menyatakan teknik pemasaran yg digunakan.
Menerangkan teknik yang dipilih dengan jelas dan terperinci.
Mennghuraikan sebab menggunakan teknik pemasaran yang dipilih.
Mengemukakan penerangan aspek pemasaran dengan jelas dan memenuhi kriteria 1 dan kriteria 2
sahaja. (4.5-BAIK)
Mengemukakan penerangan aspek pemasaran dengan jelas dan memenuhi semua kriteria. (6CEMERLANG)

Organisasi - Persembahan disusun mengikut logik dan naratif yang berkesan, menepati tempoh masa
dan menggabungkan unsur animasi dan grafik yang menarik.
Rujukan - Menyenaraikan rujukan 4 rujukan atau lebih dengan format yang betul.
Pembentangan - Disampaikan dengan yakin, lancar, menepati masa dan menjawab semua
pertanyaan dari panel.

SENARAI RUJUKAN
Latarbelakang ikan keli http://kumpow.blogspot.com/2012/12/ikan-keli.html
Kajian Lapangan http://www.slideshare.net/ZulkifliHamzah/kajian-lapangan-ladang-ternakan-ikan

You might also like