You are on page 1of 25

MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

1.0 PENGENALAN IKAN HIASAN DI MALAYSIA

Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.
Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap
sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan
pelancongan. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan. Mempunyai hampir
250 spesies ikan air tawar dan 1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan. Spesies yang
popular sudah tentunya spesies eksotik. Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan
untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan
sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan.
Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara
di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung
daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz,
bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.
Memelihara Ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan di
Malaysia. Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli ikan
hiasan. Menurut Yasir Mohd (2006), Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air Tawar,
Pemeliharaan ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan
kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan
ekonomi negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan
penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau
Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang
berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu
pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan
dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya
berenang. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Hal ini kerana, ia
mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar dan 1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan
hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik. Antaranya ialah kelah yang sangat

1
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies
ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan.

1.1 Kepentingan Ikan Hiasan


Memelihara Ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan di Malaysia.
Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli ikan hiasan.
Menurut Yasir Mohd (2006), Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air Tawar, Pemeliharaan
ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada
pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi
negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke
banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang,
Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi
sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-
sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada
warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang. Malaysia
sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Hal ini kerana, ia mempunyai hampir 250
spesies ikan air tawar dan 1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang
popular sudah tentunya spesies eksotik. Antaranya ialah kelah yang sangat terkenal kerana
kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar
tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan.
Penternakan ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan.
Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian
dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan mengikut
saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya dilakukan secara intensif.
Tambahan lagi, menurut Yasir Mohd, Industri Ikan Hiasan merupakan salah satu industri
perikanan yang mampu memberikan pulangan yang besar sekiranya diusahakan secara berterusan.
Ikan hiasan air tawar yang telah dikomersialkan telah menembusi pasaran antarabangsa. Walaupun
bersaiz kecil dengan pengeluaran dometik bernilai RM 80 juta pada harga lading, ia mempunyai
profail antarabangsa. Malaysia merupakan pembekal dunia ketiga selepas Singapura dan Indonesia
dan telah Berjaya menembusi pasaran Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong, Netherlands dan

2
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

lain-lain Negara. Bahkan, Malaysia semakin terkenal di pasaran antarabangsa kerana menawarkan
ikan hiasan yang berkualiti dan kepelbagaian jenis ikan.

1.2 Ciri Istimewa Ikan Hiasan


Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan
tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan
mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan
ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan
serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya
ialah ;
a. Pergerakan
b. Sisik
c. Saiz
d. Sirip
e. Bentuk badan
f. Warna badan
g. Cara makan
h. Jantina
i. Cara pembiakan

1.3 Spesis Ikan Hiasan


Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan
pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan
rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat.
Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

3
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak
sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam
dan Tiger Barb.

Ikan omnivor
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau
pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup
di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

1.4 Jenis-Jenis Ikan Hiasan


Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-pengemar ikan
hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa sepsis ikan hiasan yang terdapat
dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.
Bil Famili Spesis Ciri-ciri Utama
1. Cyprinidae Barb, Seluang (Rasbora), Kecil, berbadan mampat,
Ikan Mas, Kap seperti Kelah bersesungut. Tiada adipos fin
dan Tengas dan gigi.
Ekor terbuka dan berbentuk
fork.
Badan bersisik dan bergerak
pantas.
Kepala tanpa sisik.
Terdapat di Afrika, Amerika
Utara, sebahagian besar dari
Asia Tenggara.
2. Cichildae Ikan Angel,Discus dan Oscar Hanya sepasang lubang hidung
Hanya satu dorsal fin (long
base)
Sirip ekor bulat

4
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

Sangat sayang akan anak-


anaknya dan dikenali sebagai
ikan 'parental care'

Ikan Angel
3. Characidae Semua jenis ikan Tetra. Seakan ikan Barb
Antaranya ialah ikan Black Tiada sesungut
Widow, Black Neon, Serpae Ada gigi dan adiposfin
Berasal dari Amerika Selatan
dan Afrika Tengah

4. Belontiidea Ikan Pelaga Siam (Betta Berbadan lebar dan mampat.


splendens), Gourami Biru Sirip anal yang panjang.
(Trichogaster trichopterus), Mempunyai aksesori
Dwarf Gourami (Colisa respiratory organ untuk
Laila) bernafas di udara.
Terdapat di Korea Selatan,
Asia Tenggara dan Afrika
Barat.

Pelaga
5. Poecillidae Guppy. Platy Molly dan Livebearing tooth carps
SwordTail Melahirkan anak
Mempunyai sedikit persamaan
dengan mamalia.

5
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

Guppy
6. Catfish Corydoras sp. Ikan bandaran Suckermouth
(Rinelloricaria parva Bersesunggut

7. Anabantidae Pelaga, Sepat, Kalui Bertubuh lebar dan mampat.


Anal fin yang panjang.
Accesory respiratory organ -
utk bernafas di udara.
Membiak - nesting / bubble
nest builder.
Sepat Mutiara
Terdapat dari Korea, selatan
Cina, Asia Tenggara dan Barat
Afrika

6
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

2.0 PENYEDIAAN AKUARIUM IKAN HIASAN

Menurut Heru Susanto, 1996 dalam bukunya yang bertajuk Membuat Akuarium hiasan
akuarium merupakan bahagian terpenting dari pelbagai sudut dan ruang untuk memperlihatkan
keindahan ikan hiasan yang beraneka jenis. Pengetahuan hiasan tentang akuarium memang tidak
ada kerana rupa bentuknya selalu berkembang dari semasa ke semasa. Hiasan akuarium menjadi
tarikan seni kreatif bagi para pemelihara dan para usahawan ikan hiasan serta menjadi sumber
utama mata pencarian yang berpotensi. Menurutnya lagi, hiasan pada akuarium sebenarnya
merupakan suatu kegiatan yang menggabungkan unsur akuarium, ikan, tanaman, peralatan, batu-
batuan, pasir dan bongkol kayu akuarium air tawar manakala bagi akuarium untuk air laut pula
ditambahkan pecahan karang, binatang karang, dan tanpa tanaman air. Kesimpulannya, hiasan
pada akuarium adalah mengikut tema yang dicadangkan si pemelihara.

Kebiasaannya, bahan dan keperluan untuk memlihara ikan hiasan adalah seperti berikut.
Kompenan Utama ;
a) Akuarium
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jenis
akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan),jenis ikan hiasan,bilangan ikan hiasan dan saiz ikan hiasan.
Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para
akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan
pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis
berdasarkan.
Saiz Akuarium
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar,
besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh
dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan
yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga
15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter),
dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter). Akuarium yang terdapat di

7
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air
dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan.
Bentuk Akuarium
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika
Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi
di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama
(rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata
(flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium),
akuarium separa-silinder (semicylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium)
(Rajah A dan B). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di
Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang
dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di
Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama
rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium
silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

8
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A),
berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E) dan
silinder (F)

Bahan Buatan Akuarium


Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium.
i. Akuarium kaca (glass aquarium)
ii. Akuarium akrilik (acrylic aquarium).
Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon.
Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu,
kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai Antara satu sama lain akibat
percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-
kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza
dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat
dalam berbagai bentuk.

Akuarium

b) Sistem Penapis
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium. Fungsi utama sistem
ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari
ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan,
najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran
dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses
yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid)
9
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun
kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium sistem penapisan biologikal dan sistem
penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik
seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran
partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis undergravel filter membantu pembiakan bakteria
di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan
akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti
pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal
beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor
dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam system penapisan, setelah ditapis air
kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya
berjalan terus menerus. Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis
(filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk
saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama
penapis akuarium dijual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan
kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Fungsi
utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya
terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan
berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil kapas penapis (filter
wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon.
Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan
diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke
akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah : Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan
kapas penapis, sejenis media penapisan (C).

10
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

c) Sistem Pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila
udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan
akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah D). Aksesori-
aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium
(aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-injap akuarium
(aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah
memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu
udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh
akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam
angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara
beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara
daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak
membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh
ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem
pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah : Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan
tiub udara (C).

d) Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat
berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut.
Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:
Membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan
Mempastikan pH air pada tahap optima

11
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

Memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan
dapat dipam keluar daripada akuarium
Memastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih
dan lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai
sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat
sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium
ialah:
Aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium
Aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium
Aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium
Tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung
Pasir dan batuan untuk lantai akurium
Model dan poster akuarium
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan
akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian
mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan
hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya
terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah
berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang
boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan
hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu,
akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan
akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi
tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila
memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya
dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi
spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru
dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling
baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna

12
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

cahaya. Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya
lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium
tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk mengukur
kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya
manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah
lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis
ini dibuat dalam berbagai spectrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan.
Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen
tidak begitu sesuai. Lampu jenisjenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum
warna yang sesuai untuk tumbuhan.

Rajah : Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium
yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan Akuatik
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan
mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan
akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari
perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan
perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan
akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas
oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi
sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat
persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan
akuatik. Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium.
Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari
ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan
13
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri
induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah
spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar Penggunaan
tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah:
(i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium
(ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak
(iii) tahap pencahayaan akuarium
(iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium
(v) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium
Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga
mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup
di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai
dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh
itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-
kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan. Lampu yang sesuai
perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana
tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan
akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara
dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak
dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air.
Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.
a) Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium
Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata,
beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga
manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain
spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp.

14
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

Cryptocoryne sp Vallisneria sp

Ludwigia sp Cabomba sp

3.0 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN HIASAN

3.1 Mengenal Dan Memilih Makanan Ikan Hiasan


Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai
bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan swordtail, Guppy atau
Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk
mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau Loach.

Makanan ikan hiasan di dalam akuarium


Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan
kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis
15
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

ikan yang pelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan
hiasan juga perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan
ikan yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran
tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan hiasan akan memakan
apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan.

I. Makanan hidup
Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air), cacing, ulat
roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan

II. Makanan basah


Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang digunakan
kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu
dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

16
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

III. Makanan rumusan


Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang
membuat makanan haiwan.

emping dan pellet

3.2 Menyatakan Kekerapan Dan Memberi Makanan Ikan Hiasan


Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar pemberian
makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan
mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap hidupan ikan.
3.3 Mengenalpasti Mutu Air Akuarium
1) pH air
pH air ialah kemasaman air. Diukurdari nilai 1 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai
14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk
menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya
terlalu asidik.
2) Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi atau
rendah menyebabkan ikan mati.
3) Bahan beracun
Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil dari perkumuhan
ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan
ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan . Kerana, ianya telah ditukan kepada bahan
makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik.

17
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

3.4 Kawalan Penyakit Ikan Hiasan


Secara kebiasaannya penyakit ikan hias dapat di kelompokkan menjadi tiga jenis
penyebabnya iaitu parasit, bakteria dan virus, selain akibat ikan hiasan mengalami stress yang
berlanjutan. Diantara semua penyebab penyakit ikan hiasan yang paling berbahaya adalah penyakit
yang disebabkan oleh virus, apabila tidak segera diubati akan menyebabkan kematian dalam waktu
singkat hanya dalam satuan hari, dan dapat menjadi wabak yang menyebabkan kematian bila ikan
hiasan yang berjangkit tidak segera di kuaranti dan di ubati.
Dalam melakukan pengubatan terhadap ikan hiasan yang sakit hendaknya kita harus terlebih
dahulu mengenali jenis penyakit dan penyebabnya sehingga dapat dengan tepat memberikan ubat
yang sesuai dengan penyakit yang diderita. Pemberian ubat yang salah dapat mengakibatkan hal
yang salah pada ikan hiasan bahkan dapat menyebabkan kematian pada ikan hias. Berikut ini
beberapa jenis penyakit yang biasa menyerang ikan hiasan pada umumnya,

LUKA PADA TUBUH IKAN BOROK ( ULCER )

Penyakit ini biasanya disebabkan oleh perilaku ikan hias itu sendiri biasanya akibat stress,
misalkan merusaha untuk melompat, atau menabrak ornament kolam / akuarium sehingga
menyebabkan luka.
Biasa juga akibat lain seperti gatal akibat kutu sehingga ikan menggesek gesekkan badan yang
bisa menyebabkan luka.
Ada kalanya luka yang sampai mengeluarkan nanah ( lendir berwarna putih susu kekuningan )
atau berlendir lainnya disebabkan oleh infeksi yang sistemik
Pencegahan :
Hindari penggunaan ornament kolam yang permukaannya kasar/tajam
Untuk ikan baru sebaiknya disesuaikan dulu kondisi suhu dengan tempat baru dengan cara
merendam dalam bekas plastik ke dalam lingkungan baru.

18
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

SISIK MENGEMBUNG - DROPSI

( dropsi, sisik mengembung )


Penyakit ini disebabkan bakteria, biasanya penyakit ini timbul karena lingkungan hidup yang
kurang baik, dan lingkungan tercemar sisa makanan atau sisa metabolisme.
Pencegahan :
Hindari ikan dari ikan lain yang terinfeksi, penggunaan filtrasi yang baik, atau perawatan rutin
perangkat filter dan lingkungan hidup secara berkala sesuai kemampuan kapasitas alat filtrasi.
Tanda tanda penyakit ini :
sisik terangkat keatas dan akhirnya terkekupas
sisik yg terinfeksi biasanya tampak seperti duri yang berbentuk seperti pyramid
biasanya menyerang sisik kemudian menyebar ke seluruh tubuh.

PENYAKIT LUMPUR
Penyakit ini biasanya menyerang ikan akibat dari system filtrasi yang tidak mumpuni atau
pergantian air yang terlambat. Biasanya timbul akibat pemberian pakan yang berlebihan terutama
makanan yang mengandung protein tinggi, akibat kulit ikan iritasi serta timbulnya bakteri yang
menginfeksi pembuluh darah.
Pencegahan :
Penggunaan system filtasi yang baik dan hindari pemberiaan pakan berlebihan.
Tanda tanda penyakit ;
Badan ikan seperti terlumuri lumpur berwarna putih kekuningan hingga kecoklatan /keunguan.

19
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

4.0 PEMBIAKAN IKAN HIASAN GUPPY/GAPI

IKAN GUPPY

Ikan Guppy merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar. Ikan jenis ini mudah dipelihara
kerana mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jantina ikan ini boleh dibezakan dari segi
ukuran, bentuk dan warnanya.

Gambar Ikan Guppy Jantan Dan Betina

Kebiasaannya ikan guppy jantan kelihatan lebih menarik daripada ikan guppy betina. Ikan guppy
jantan mempunyai warna yang hampir menutupi seluruh badannya dan mempunyai betuk ekor
yang panjang bewarna menarik seperti merah, hijau, kuning, biru dan sebagainya. Manakala ikan
guppy betina pula mempunyai ekor yang pendek dan tidak lebar, bewarna-warni hanya pada
ekornya, mempunyai perut yang lebih buncit dan warna badannya agak pudar serta kurang
menarik.
Dari segi saiz ukurannya pula, ikan guppy jantan dewasa di antara 2-3cm, manakala ikan guppy
betina di antara 4-6cm.

20
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

PEMBIAKAN IKAN GUPPY


Untuk pembiakan, umur guppy dewasa mestilah mencapai 1-2 bulan. Iamya akan membiak dengan
secara melahirkan anak-anaknya melalui pengeraman telur di dalam perutnya.
Tempoh kehamilan ikan guppy betina bergantung kepada suhu air iaitu diantara 21 hingga 30 hari.
Ikan guppy yang hamil akan mempunyai perut yang besar dan tompok bewarna hitam pada
perutnya.

Guppy Betina (Hamil)

Berikut cara untuk membiakkan ikan guppy :


1. Sediakan ikan guppy yang telah cukup dewasa. Jumlahnya seekor ikan guppy betina dan
2-4 ekor guppy jantan.
2. Tempatkan ikan guppy tersebut di dalam bekas yang berukuran lebih kurang 30cm x 30cm
x 30cm.
3. Setelah ikan guppy hamil alihkannya ke bekas pembiakan. Kehamilan ikan guppy ini boleh
dipastikan dengan kewujudan tanda-tanda hitam diperutnya.
4. Asingkan induk betina guppy setelah melahirkan anak.
5. Berikan anak-anak guppy jentik-jentik atau baja halus.
6. Ikan Guppy adalah salah satu ikan dengan penampilan yang lucu dan menarik. Selain itu
ikan jenis ini juga mudah sekali dikembangbiakkan dan pemeliharaannya pun tidak begitu
rumit. Jika Anda tertarik dengan pengembangbiakan ikan Guppy ini, sebaiknya belajar
terlebih dahulu tentang berbagai hal penting yang memang bisa memberikan Anda banyak
manfaat tentunya seperti masalah perawatan induk misalnya. Meskipun gampang, namun
tanpa cara yang tepat, hasilnya tidak akan semaksimal yang diharapkan.

21
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

7. Ikan Guppy bisa diternakkan sendiri, dan jika ingin mengetahui lebih lanjut
tentang perkawinan induk, maka belajarlah dari awal pemilihan induk kerana ini akan
sangat bermanfaat.

Memilih Induk Guppy


Pemilihan induk Ikan Guppy ini sangat berguna sekali untuk dilakukan kerana memang
diperlukan induk yang bagus agar hasilnya pun bagus. Untuk memudahkan pemilihan, ada
beberapa ciri yang bisa diketahui. Ikan Guppy jantan berwarna tajam dan juga memiliki
tubuh yang ramping. Untuk Ikan Guppy betina sendiri memiliki tubuh yang pendek dan
gemuk serta warna pada tubuhnya biasanya berwarna suram.

Proses Pemindahan
Yang pertama kali dilakukan saat akan memulai pemindahan adalah dengan
mempersiapkan kolam pemindahan. Biasanya bisa bekas plastic berupa tembok atau bak
plastik yang memiliki ukuran 1x1x0,5m. Untuk air sendiri biasanya memiliki pH sekitar 6-
7 dan dengan rata-rata suhu 24-28 Celsius.

Penjagaan Ikan Guppy

cara penjagaan anak ikan guppy :

Meninjau persediaan tangki anda: Anak ikan Guppy adalah satu sumber makanan yang sangat baik
untuk kebanyakan jenis ikan (walaupun ibu bapa mereka). Jika boleh anak ikan diasingkan dari
ikan dewasa. Meletakkan mereka di dalam tangki yang berasingan adalah yang terbaik, tetapi jika
anda tidak mempunyai akuarium tambahan, anda perlu menggunakan jaringan "tangki

22
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

pembiakan". Gunakan jaringan ini di dalam akuarium anda yang sedia ada, dan ia berfungsi
sebagai kandang bagi anak ikan atau dewasa.

Periksa kualiti Air: Anak ikan guppy akan berkembang dengan baik apabila kualiti air mereka
adalah baik. Pastikan air dalam keadaan baik dengan menggunakan alat ujian untuk ammonia,
nitrit, nitrat dan. Pastikan ammonia pada 0 ppm, Nitrit pada 0 ppm, dan nitrat pada kurang daripada
10 ppm. Pastikan 25% air ditukar setiap minggu.

Pastikan anda memberi mereka makan dengan baik: Anak ikan guppy memerlukan makanan yang
berkualiti tinggi untuk membersar dan menjadi sihat. Apabila ikan guppy mula-mula dilahirkan
gunakan makanan anak ikan atau makanan dikisar halus.

Gunakan penapis span atau kuasa yang sangat rendah untuk menukar air bersih. Pastikan penapis
mempunyai beberapa jenis span perlindungan untuk mengelakkan anak-anak kecil daripada
disedut.
Kekalkan suhu air pada 75-80F. Jangan biarkan suhu air di luar julat ini.

Kenalpasti penyakit: Anak ikan berpenyakit mempunyai peluang yang sangat rendah untuk terus
hidup. Keluarkan anak-anak ikan berpenyakit dengan segera.

Lihat ikan-ikan guppy membesar: Pantau pertumbuhan dan letakkan kembali ke akuarium utama
setelah cukup besar tidak boleh dimakan. Pastikan semua berkembang agak seragam. Setelah
semua cukup besar, lepaskan dan lihat ikan guppy berinteraksi dengan dunianya.

23
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

KESIMPULAN

Penternakan ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kegiatan ini
memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian dari proses
pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan mengikut saiz untuk
mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya dilakukan secara intensif.

Tambahan lagi, menurut Yasir Mohd, Industri Ikan Hiasan merupakan salah satu industri
perikanan yang mampu memberikan pulangan yang besar sekiranya diusahakan secara berterusan.
Ikan hiasan air tawar yang telah dikomersialkan telah menembusi pasaran antarabangsa. Walaupun
bersaiz kecil dengan pengeluaran dometik bernilai RM 80 juta pada harga lading, ia mempunyai
profail antarabangsa. Malaysia merupakan pembekal dunia ketiga selepas Singapura dan Indonesia
dan telah Berjaya menembusi pasaran Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong, Netherlands dan
lain-lain Negara. Bahkan, Malaysia semakin terkenal di pasaran antarabangsa kerana menawarkan
ikan hiasan yang berkualiti dan kepelbagaian jenis ikan.

24
MODUL PANDUAN ASAS IKAN HIASAN

RUJUKAN

Abdul Rahman, Mohd. Yaccob and Mohd. Yusoff, Mohd. Rashid (1989) Teknik
perlucutan udara bagi penyingkiran amonia dari akuakultur. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan
Air & airsisa, 20-21 June 1989, Kuala lumpur.

Suib hj. Ibrahim,Ruhani Arnan (2009) HBLS4203 AkuakulturMeteor Doc. Sdn. Bhd,
Selangor.

Portal RAsmi Jabatan Perikanan Malaysia, Kementeraian Pertanian dan Asas Tani
Malaysia http://www.dof.gov.my/528

Teng Ching Sing, Wahiza A. Wahab Panduan Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium
Synergy Media Books

25

You might also like