You are on page 1of 2

ATIQAH ENTERPRISE

PENGENALAN PERNIAGAAN Saya Nur Atiqah Bt Mhd Abd Fatah meneruskan perniagaan Atiqah Enterprise pada 1 April 2012 dengan tunai di tangan sebanyak RM60 000 dan sebuah kenderaan bernilai RM30 000 sebagai modal perniagaan.Perniagaan saya adalah perniagaan milikan tunggal yang menjual pelbagai jenis baju seperti baju sejuk,baju bermusim,uniform sekolah dan sebagainya.Perniagaan ini mula beroperasi pada 1 April 2008 dengan dibantu oleh seorang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1400 sebulan. Saya memilih untuk menubuhkan perniagaan yang menjual baju kerana: 1)Kurangnya perniagaan yang menjual baju dilokasi perniagaan saya. 2)Mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk setempat. 3)Mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Saya memilih perniagaan ini kerana keuntungan yang bakal diraih adalah amat tinggi berikutan di kawasan sekitar perniagaan saya tidak mempunyai banyak kedai yang menjual baju pelbagai jenis.Selain itu,saya mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam untuk mengurus perniagaan ini. Saya percaya dengan menjalankan perniagaan milikan tunggal yang menjual baju,saya terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko seperti persaingan dengan kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya yang berhampiran.Selain itu,saya juga harus menanggung sendiri segala kos dan kerugian dalam perniagaan saya.

NUR ATIQAH FATAH

ATIQAH ENTERPRISE

RUMUSAN ATIQAH ENTERPISE berpotensi untuk berkembang di bawah pengurusan saya dengan perancangan yang rapi.Perniagaan saya akan mampu bersaing dengan perniagaan baju seperti baju sejuk,baju bermusim,uniform sekolah dan sebagainya yang dikenali seperti Butik Murid-Murid. Saya menjangkakan pada tahun 2015,bentuk organisasi perniagaan saya akan bertukar dan milikan tunggal berkembang menjadi perkongsian atau Syarikat Sdn.Bhd.Dengan demikian,mampu merealisasikan impian saya untuk membuka cawangan ATIQAH ENTERPRISE di seluruh negeri. Saya juga berharap dapat mempunyai kilang membuat baju sendiri bagi memastikan mutu dan kualiti baju terjamin.Saya juga berhasrat untuk bekerjasama dengan pengeluaran baju terkemuka untuk memasarkan baju saya menembusi pasaran antarabangsa.

NUR ATIQAH FATAH

You might also like