You are on page 1of 17

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN...........................................................................2


2.0 KEPERLUAN BAHAN DAN ALATAN SETTING UP AKUARIUM......................................3
3.0 JENIS IKAN YANG DIPILIH.................................................................................................5
3.1 Ikan strata atas..................................................................................................................5
3.2 Ikan strata tengah.............................................................................................................5
3.3 Ikan strata bawah..............................................................................................................5
4.0 PLAN LANSKAP AKUARIUM YANG BERLABEL...........................................................6
5.0 TEMA LANDSKAP DALAM AKUARIUM...........................................................................7
6.0 PEMILIHAN TEMPAT..........................................................................................................10
6.1 Aspek Keselamatan.............................................................................................................10
6.2 Suhu........................................................................................................................................10
6.3 Kadar cahaya........................................................................................................................10
7.0 REKOD PENJAGAAN IKAN HIASAN..............................................................................11
8.0 BAJET....................................................................................................................................12
9.0 PEMBIAKAN IKAN BETTA SPLENDENS.......................................................................13
9.1 PENGENALAN PEMBIAKAN..............................................................................................13
9.2 Pra pembiakkan....................................................................................................................13
9.3 Penyediaan Tangki Pembiakan.........................................................................................13
9.4 Mencampurkan Induk..........................................................................................................14
9.5 Membuat Sarang Buih.........................................................................................................14
9.6 Mengawan..............................................................................................................................14
9.7 Penjagaan Telur....................................................................................................................14
9.8 Penjagaan Fry.......................................................................................................................15
9.9 Pembotolan............................................................................................................................15
10.0 PENUTUP..............................................................................................................................16
11.0 RUJUKAN..............................................................................................................................17
PERANCANGAN AMALI

1.0 PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN

Memelihara Ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan di
Malaysia. Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli
ikan hiasan. Menurut Yasir Mohd (2006), Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air
Tawar, Pemeliharaan ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang
seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi
antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di
Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung
daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang
memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna
sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang. Malaysia
sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Hal ini kerana, ia mempunyai hampir 250
spesies ikan air tawar dan 1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies
yang popular sudah tentunya spesies eksotik. Antaranya ialah kelah yang sangat terkenal
kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies
ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan.

Penternakan ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan.
Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau
sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau
pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya
dilakukan secara intensif.

Tambahan lagi, menurut Yasir Mohd, Industri Ikan Hiasan merupakan salah satu industri
perikanan yang mampu memberikan pulangan yang besar sekiranya diusahakan secara
berterusan. Ikan hiasan air tawar yang telah dikomersialkan telah menembusi pasaran
antarabangsa. Walaupun bersaiz kecil dengan pengeluaran dometik bernilai RM 80 juta
pada harga lading, ia mempunyai profail antarabangsa. Malaysia merupakan pembekal
dunia ketiga selepas Singapura dan Indonesia dan telah Berjaya menembusi pasaran
Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong, Netherlands dan lain-lain Negara. Bahkan, Malaysia
semakin terkenal di pasaran antarabangsa kerana menawarkan ikan hiasan yang berkualiti
dan kepelbagaian jenis ikan.
2.0 KEPERLUAN BAHAN DAN ALATAN SETTING UP AKUARIUM

BI JENIS ALATAN KEGUNAAN / CIRI-CIRI


L
1 Akuarium
 Sebagai bekas memelihara ikan hiasan
 Dihiaskan dengan segala kelengkapan dan
bahan yang sesuai untuk memelihara ikan
hiasan
 Terdapat pelbagai jenis bentuk dan saiz
2 Pam air  Bagi memastikan edaran udara yang
mencukupi, pam air diperlukan untuk
menjalankan proses kitaran air .
 Oksigen dari luar akan dipam masuk ke dalam
air
 Udara yang banyak akan membantu
mengekalkan suhu air
3 Penyaring undergravel  Undergravel iaitu papan yang diperbuat dari
plastik yang boleh dipasang dengan panjang
serta lebar akuarium.
 Sebagai penapis untuk memisahkan antara
kotoran yang dihasilkan ikan dan tumbuhan
yang pastinya jatuh ke bawah
4 Penapis pam  Digunakan untuk menapis udara dan air
daripada kotoran
 Mengasingkan dan menapiskan sisa pepejal
5 Aerator
 Tekanan udara yang dihasilkan di dalam
motor digunakan untuk menggerakkan air di
dalam akuarium sehingga terhasilnya
penyebaran oksigen
6 Lampu akuarium  Meningkatkan pencahayaan di dalam akuarium
 Menjadikan ikan lebih aktif
 Menceriakan akuarium
7 Penguji PH air  Menentukan tahap kualiti air
 pH air akuarium yang paling sesuai ialah
6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral
8 Penguji klorin  memastikan tiada kewujudan bahan toksik
 mengenalpasti tahap klorin di dalam air
9 termometer  mengukur suhu air
 suhu air yang normal adalah 20-28 darjah
celsius
10 polisterina  Menampung beban akuarium
 Memastikan akuarium tidak pecah di
bawah permukaannya
11 Makanan ikan
 Di berikan kepada ikan
 Memberi nutrient yang di perlukan oleh
ikan
 Di perlukan untuk tumbesaran ikan
12 Batu hiasan  diletakkan di bahagian dasar akuarium
sebagai lantai
 Memberikan pemandangan yang menarik
di bahagian dasar
 Memerangkap sisa kumbahan ikan
13 Tumbuhan akuatik (hidup)  Sebagai sumber oksigen di dalam air
 Tempat ikan bermain dan berlindung
 Menonjolkan suasana kedamaian dan
kehijauan.
3.0 JENIS IKAN YANG DIPILIH

3.1 Ikan strata atas

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar


1. Nama Tempatan : Ikan Guppy 10 Ekor
Nama Saintifik : Poecililea
reticulate

3.2 Ikan strata tengah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar

Nama Tempatan : Ikan tiger bard


1.
Nama Saintifik : Barbus tetrazona
5 ekor

3.3 Ikan strata bawah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar


1. Nama Tempatan : Ikan Tikus 2
Nama Saintifik : Corydoras
4.0 PLAN LANSKAP AKUARIUM YANG BERLABEL
5.0 TEMA LANDSKAP DALAM AKUARIUM

Landskap akuarium yang telah direka ialah bertemakan English Village. Tema ini
berfokuskan kedamaian suasana sebuah desa Inggeris, yang jelas dapat dilihat daripada
pemilihan aksesorinya iaitu seperti dari segi binaan rumah dan jambatan, tumbuhan, pasir
serta batu. Pemilihan bahan diminimumkan kerana lebih menekankan elemen keringkasan
kerana bahan yang terlalu banyak akan menyebabkan suasana kelihatan serabut dan padat
di samping menghalang ikan bergerak bebas.

Idea pemilihan tema ini tercetus kerana aksesori utama ialah kediaman mini yang
terdapat di sebelah kiri dan kanan akuarium yang sangat unik dan halus binaannya serta
mempunyai ciri keinggerisan. Justeru, keunikan tersebut di tonjolkan sebagai elemen utama
di dalam lanskap. Seterusnya, barulah penambahan aksesori lain bagi melengkapkan lagi
tema English Village ini. Berikut diterangkan justifikasi pemilihan setiap bahan dan aksesori
di dalam lanskap ini.

BAHAN/ JUSTIFIKASI PEMILIHAN BAHAN DAN


BIL.
AKSESORI AKSESORI
 Binaannya yang sangat halus dan cukup
Rumah Mini
terperinci dengan ciri keinggerisan sangat
menepati tema lanskap kami iaitu English

1. Village.
 antara titik fokus utama lanskap.

 Tempat ikan bermain dan berlindung.

Tumbuhan akuatik  Tumbuhan atau pokok merupakan antara


elemen utama bagi sebuah desa. Bersesuaian
dengan tema desa Inggeris.
2.
 Menonjolkan suasana kedamaian dan kehijauan.
 Tumbuhan hijau menimbulkan kontra warna
dengan hiasan yang lain.

 Jambatan batu ini juga mempunyai binaan
Jambatan Batu
bercirikan keinggerisan. Bersesuaian dengan
tema English Village.

3.  Kesinambungan daripada laluan pejalan kaki


dan sebagai laluan untuk ke rumah mini kerana
terdapat kolam yang merentangi di hadapan
rumah.

 Poster berlatar belakangkan tumbuh-tumbuhan

Poster Latar Belakang semata-mata dipilih agar fokus audien tertumpu


kepada suasana desa dan diyakini dapat
menimbulkan suasana kedamaian.
 Poster berlatar belakangkan pemandangan yang
4.
tidak berkaitan tidak dipilih kerana ia akan
menenggelamkan suasana desa di samping
nampak serabut kerana rimbunan tumbuhan
hiasan sudah diletakkan sebagai aksesori
lanskap.
 Sebagai dasar akuarium. Batu warna-warni
Batu warna-warni
diletakkan di bahagian pemukaan atas
undergravel filter
5.  Boleh juga dijadikan hiasan apabila dilihat dari
sisi dan hadapan akuarium.

6.
Batu Besar
 Membentuk dan mencantikkan lanskap
Diletakkan di bahagian dalam sekeliling
akuarium
 Sebagai aksesPori tambahan yang menarik
Hiasan Gua
 Menimbulkan suasana aman damai di sekitar
kawasan kediaman

7.

 Diletakkan di hadapan kediaman. Sebagai


Pagar Buluh
penghadang yang menghalang penceroboh

8.
6.0 PEMILIHAN TEMPAT

6.1 Aspek Keselamatan


Akuarium perlu diletakkan ditempat yang sesuai dan selamat. Hal ini kerana, jika akuarium
diletakkan di tempat yang sembarangan ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada
persekitaran. Ini kerana, akuarium diperbuat daripada kaca dan sememangnya mudah
pecah. Oleh itu, elakkan untuk meletakkan akuarium ditempat yang mudah dicapai oleh
kanak-kanak terutamanya.

6.2 Suhu
Suhu juga mempengaruhi dalam pemilihan tempat untuk meletakkan akuarium ini. suhu
boleh mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan , penghadaman,
selera makan, tumbusaran, dan pembiakan. Semakin meningkat suhu air semakin sikar
untuk ikan bernafas.

6.3 Kadar cahaya


Lampu floresen akan dipasangkan pada akuarium untuk membekalkan cahaya yang
mengcukupi kepada ikan dan tumbuhan akuatik hidup. Kadar cahaya yang diberikan ialah
5000 lux dalam masa 10-12 jam dalam sehari.
7.0 REKOD PENJAGAAN IKAN HIASAN

HARI /
TUGASAN ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD

Memberi
Makanan

Kawalan
Penyakit
Dan
Perosak

Memeriksa
Kualiti Air
(Tukar Jika
Perlu)

Memeriksa
Peralatan
Dan
Aksesori
8.0 BAJET

Berikut disenaraikan alatan dan aksesori bagi akuarium hiasan.

Bil Bahan / Alatan Kos


1 Akuarium 1 biji ( RM 50.00)
2 Batu hiasan 1 kampit (RM 12.00)
3 Tumbuhan hiasan hidup 3 batang ( RM 5.00)
4 Gambar hiasan luaran 1 keping (RM 5.00)
5 Anti Klorin 1 botol (RM3.50)
6 Tiub getah 15 cm ( RM 1.00)
7 Pam udara / penapis 1 biji (RM 35.00)
8 Hiasan aksesori gelembung udara ( siput) 1 biji ( RM 12.00)
9 Kayu hiasan 1 batang (RM 7.00)
10 Penapis under gravel 1 keping (RM 5.00)
11 Pasir berwarna 1 kampit (RM 7.50)
12 3 jenis ikan pelbagai kategori (tiger barb,ikan RM 20.00
tikus, dan ikan guppy)
13 Jumlah RM 158.00
9.0 PEMBIAKAN IKAN BETTA SPLENDENS

9.1 PENGENALAN PEMBIAKAN

Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Sleeker pada tahun
1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu Wader Bettah,Bettah bermaksud sifat yang
tahan lasak dan Wader membawa maksud ikan kecil. Sebagai ikan yang membina
sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ‘parental care’
mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri.

Untuk membiakkan ikan ini tidaklah terlalu sulit. Ianya boleh dijalankan
sebagai aktiviti sambilan. Keperluan untuk pembiakan ikan adalah seperti tangki
pembiakan, tangki pembesaran, sedikit ruang untuk memeliharanya disamping
pengetahuan asas penjagaan induk dan frynya. Ramai orang telah berjaya
membiakkannya baik secara sambilan,sepenuh masa atau komersial. Masing-
masing ada teknik dan rahsianya tersendiri. Tidak kira sama ada jenis biasa atau
‘fancy’ asas membiakkan ikan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa
langkah untuk membiakkan ikan Betta.

9.2 Pra pembiakkan

Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah
bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan
boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina sp., tubifex
worm dan blood worm.

9.3 Penyediaan Tangki Pembiakan

Tangki berukuran 30 cm x 25 cm x 25 cm adalah memadai. Tangki diisi


separuh penuh dengan air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian
bawah tangki diletakkan satu keratin paip PVC 16 cm untuk induk betina
bersembunyi ketika induk jantan bertindak agresif.
9.4 Mencampurkan Induk

Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia


telah membina sarang buih,ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk
menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan ke dalam sebuah botol dan
diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.

9.5 Membuat Sarang Buih

Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan
menghembuskan satu biuh yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-
buih ini bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula
diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk setelah bersedia
mengawan,ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.

9.6 Mengawan

Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya


antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa
kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan
mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan
segera memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang
rosak akan dibaiki oleh ikan jantan dari masa ke semasa. Proses tersebut akan
berulang – ulang dan mengambil masa 1 jam hingga 1 ½ jam.

9.7 Penjagaan Telur


Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu segera dikeluarkan dari
tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk
jantan mengawasi telur sehingga menetas.

9.8 Penjagaan Fry

Telur menetas selepas 24 jam hingga 30 jam selepas disenyawakan. Ikan


jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak ,
menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3
hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik
untuknya ialah makanan semulajadi yang terdapat dalam air hijau (green water)
yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia atau keli yang telah lama.
Kaedah lain ialah dengan menyediakan brice shrimp nauplii (Artemia) yang baru
menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok.
Fry berumur 7 hari hingga 10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan
yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan Moina sp. Atau blood
worm yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

9.9 Pembotolan

Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai agresif dan perlu diasingkan
secara individu di dalam botol. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan ikan
berlawanan sesame sendiri dan untuk menjamin kualiti ikan sebelum dipasarkan.
Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan
komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk
menyimpan jantan.
10.0 PENUTUP

Kesimpulannya, pemeliharaan hiasan pada masa kini menjadi satu trend dan semakin
diminati ramai. Ikan hiasan ini juga mampu memdatangkan sumber pendapatan kepada
mereka yang meminati bidang ini. Selain itu, melalui tugasan ini juga telah memberi
manfaat kepada diri saya sendiri di mana memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan
lain yang melaksanakan tugasan ini. Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi ikan hiasan
banyak mengajar saya. Selain memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Oleh itu, saya bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih
sebagai persediaan menjadi seorang guru kelak.
11.0 RUJUKAN

Aizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam Kultur Ikan
Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu

Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup Tahun 5:


Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L

Yasir Mohd,( 2012).Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy Media :K.L

Aceda. (2011, March 27). Ikan Hiasan. Retrieved from http://roundbeauty.blogspot.my:


http://roundbeauty.blogspot.my/2011/03/10-pengenalan.html

Balmond ( 2013 April 1). Akuarium dan Jenis Ikan Hiasan from http://blogsyarih.com
http://blogsyarih.com/ikan/akuarium-dan-jenis-jenis-ikan-hiasan

http://content.yudu.com/Library/A1n7w7/PengenalanIkanHiasan/resources/index.htm?
referrerUrl=http%3A%2F%2Fwww.google.com.my%2Furl%3Fsa%3Dt%26source%3Dweb
%26cd %3D5%26ved%3D0CEAQFjAE%26

You might also like