You are on page 1of 24

1.

0 PENGENALAN IKAN HIASAN

Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa
merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan
diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran
yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, pemelihara
hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara
pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak
berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini
dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan
membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai
harga pasaran yang tinggi.

Memelihara Ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan
di Malaysia. Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli
ikan hiasan. Menurut Yasir Mohd (2006), Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air
Tawar, pemeliharaan ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang
seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi antara
negara pengeksport ikan hiasan penting ke beberapa buah negara di dunia. Kebanyakkan
ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada
bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz,
bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang.

Penternakan ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan.
Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau
sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau
pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya
dilakukan secara intensif. Tambahan, industri ikan hiasan merupakan salah satu industri
perikanan yang mampu memberikan pulangan yang besar sekiranya diusahakan secara
berterusan. Secara umunya Malaysia merupakan pembekal dunia ketiga selepas Singapura
dan Indonesia dan telah berjaya menembusi pasaran Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong,
Netherlands dan lain-lain Negara. Bahkan, Malaysia semakin terkenal di pasaran
antarabangsa kerana menawarkan ikan hiasan yang berkualiti dan kepelbagaian jenis ikan.
1.1 KEPENTINGAN MEMELIHARA IKAN HIASAN
Antara kepentingan memelihara ikan hiasan ialah yang perlu kita tahu ialah:
a) Memajukan industri sampingan. Contohnya, pembuatan pam dan penapis,
pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori.
b) Baka ikan hiasan baru tidak akan pupus dan sentiasa dihasilkan bagi
memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat.
c) Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan terus dilakukan untuk meningkatkan
lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.
d) Peningkatan ilmu pengetahuan tentang ikan hiasan berkembang. Contohnya,
apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza
mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan.
e) Merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai
kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Contohnya, ketekunan
dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran
kepada pemelihara ikan hiasan.
f) Sebagai sumber pendapatan. Contohnya, sama ada sebagai sumber
pendapatan utama atau sampingan. Misalnya, membiakkan induk ikan dan
menjual anak-anak ikan.
2.0 PEMILIHAN IKAN HIASAN

Ikan Hiasan Yang Dipelihara

a) Ikan Serata Atas

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar

1. Nama Tempatan: Ikan Guppy 5 ekor


Nama Saintifik: Poecililea reticulate

2. Nama Tempatan: Ikan Sepat 5 ekor


Mutiara
Nama Saintifik: Trichopodus
pectoralis

b) Ikan Serata Tengah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar

Nama Tempatan: Ikan Angel


1. Nama Saintifik: Pterophyllum
Sclare
3 ekor
Nama Tempatan: Ikan tiger bard
2. Nama Saintifik: Barbus tetrazona
3 ekor

3. Nama Tempatan: Ikan Molly


Nama Saintifik: Poecilia sphenops

2 ekor

C) Ikan Serata Bawah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar

Nama Tempatan: Ikan Tikus 2 ekor


1. Nama Saintifik: Corydoras

Nama Tempatan: Ikan Bandaraya 2 ekor


2. Nama Saintifik: Hypostomus
plecostomua
3.0 ALATAN DAN BAHAN
3.1 MEMILIH DAN MENYENARAIKAN PERALATAN DAN BAHAN KEPERLUAN
IKAN HIASAN

Senarai peralatan dan bahan yang digunakan ialah:

BIL JENIS ALATAN KEGUNAAN / CIRI-CIRI

1. AKUARIUM
 Sebagai bekas memelihara ikan
hiasan
 Dihiaskan dengan segala
kelengkapan dan bahan yang
sesuai untuk memelihara ikan
hiasan
 Terdapat pelbagai jenis bentuk
dan saiz

2. PAM UDARA
 Bagi memastikan edaran udara
yang mencukupi, pam udara
diperlukan untuk menambah
kandungan oksigen dalam air.
 Oksigen dari luar akan dipam
masuk ke dalam air
 Udara yang banyak akan
membantu mengekalkan suhu air
3. PENYARING UNDERGRAVEL
 Undergravel iaitu papan yang
diperbuat dari plastik yang boleh
dipasang dengan panjang serta
lebar akuarium.
 Sebagai penapis untuk
memisahkan antara kotoran yang
dihasilkan ikan dan tumbuhan
yang pastinya jatuh ke bawah

4.
FILTER PAM / PAM PENAPIS  Digunakan untuk menapis udara
dan air daripada kotoran
 Mengasingkan dan menapiskan
sisa pepejal

5. AERATOR  Tekanan udara yang dihasilkan


.6 di dalam motor digunakan
8 untuk menggerakkan air di
7 dalam akuarium sehingga
terhasilnya penyebaran oksigen
6.
UBAT KLORIN  Anti Klorin dititiskan ke dalam
akuarium selepas air
dimasukkan.

 Anti klorin berfungsi untuk


menyahkan klorin yang
terdapat di dalam air bagi
memastikan semua ikan
peliharaan bebas daripada
penyakit

7
MAKANAN  Makanan yang diberikan
bergantung kepada jenis ikan
yang dipelihara.
 Antara makanan tersebut
ialah makanan hidup,
makanan kering, makanan
basah dan makanan
rumusan.

Jadual 3.1: Senarai peralatan dan bahan.


3.2 MEMILIH DAN MENYENARAIKAN AKSESORI

Senarai aksesori yang digunakan ialah:

BIL JENIS AKSESORI KEGUNAAN / CIRI-CIRI

1.
KAPAL BATU DAN MONUMEN  Kapal batu yang mempunyai ciri
keinggerisan digunakan sebagai
hiasan akuarium. Jambatan
digunakan sebagai penghubung
kawasan perumahan dan kolam
dalam taman air yang dibina.

2.  Pasir diletakkan di bahagian dasar


PASIR akuarium sebagai lantai.
Kebanyakan ikan suka substrat
pasir, kerana ikan menjadikan pasir
sebagai tempat bermain dan
mengesel badan.
3.
BATU KERIKIL/ BATUAN  Sesuai untuk akuarium ikan air
tawar. Batu disusun cantik di atas
pasir atau dibuat arca mengikut
citarasa. Sesuai juga dijadikan
hiasan bagi menampakkan
suasana aquarium kelihatan
seperti sebuah kolam yang indah
dan tenang.

4.
POSTER BELAKANG AKUARIUM  Meningkatkan kesan istimewa
akuarium dan memberikan tema.
Contoh: poster yang
menggambarkan suasana di
terumbu karang dengan gambar
ikan menambahkan seri akuarium,
menjadikan akuarium tersebut
kelihatan seolah-olah seperti
sebuah kawasan terumbu karang
mini. Poster mesti sesuai dengan
tema, biasanya poster berwarna
warni serta mempunyai tema yang
bersangkut paut dengan ikan da
kehidupan ikan.
5.
HIASAN AKUARIUM  Objek yang dikeluarkan secara
kormersial untuk hiasan akuarium.
Contoh : Rumah mini yang
digunakan untuk menonjolkan
keindahan "English Village".

83  Digunakan bila tumbuhan asli


45 TUMBUHAN PALSU sukar dipelihara, sukar dijaga
67 atau tidak sesuai dengan
akuarium. Diperbuat dari plastik
menyerupai berbagai spesies
tumbuhan dan pelbagai warna.
Tidak mudah rosak.

Jadual 3.2: Senarai aksesori yang digunakan.


4.0 PENYEDIAAN TEMPAT (AKUARIUM IKAN HIASAN)

4.1 PELAN IKAN HIASAN

Rajah 4.1 menunjukkan lakaran pelan akhir akuarium


4.2 LANGKAH PENYEDIAN AKUARIUM
Langkah pertama untuk menghasilkan akuarium ini ialah kami mencari dan
mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti akuarium, pasir, batu kecil, batu besar,
pokok hiasan, tunggul kayu dan alat penapis air. Semua bahan-bahan ini perlu dicuci dahulu
sebelum dimasukkan ke dalam akuarium.

Gambar di atas menunjukkan ahli kumpulan sedang bekerjasama membersihkan


akuarium dan aksesori menggunakan garam
Kami meletakkan under gravel di dalam akuarium sebagai tapak asas. Kami
menggunakan pasir yang dicampur dengan batu-batu kecil sebagai tapak utama akuarium.
Kami menyusun batu-batu kecil dan sederhana besar di dasar akuarium dan meletakkan
tunggul kayu di sebelah tepi bagi menimbulkan keseimbangan. Kami telah menyusun pokok-
pokok hiasan yang sesuai di dalam akuarium.

Gambar di atas menunjukkan proses menghias akuarium

Gambar di atas menunjukkan akuarium setelah selesai dihias


Alat penapis kotoran telah dipasang untuk menapis kotoran yang terdapat dalam air.
Ia juga berfungsi membekalkan oksigen kepada ikan hiasan. Selepas itu, kami memasukkan
air ke dalam akuarium perlahan-lahan supaya arus air tidak mengubah kedudukan bahan-
bahan di dalam akuarium.

Gambar di atas menunjukkan proses memasang alat penapis

Setelah air dimasukkan dengan secukupnya, kami memasukkan ubat anti klorin ke
dalam air. Air yang ditakung ini dibiarkan dahulu selama sehari sebelum dimasukkan ikan
hiasan. Kami telah merujuk modul projek dan membuat perbincangan untuk memilih ikan yang
sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium.

Gambar di atas menunjukkan proses memasukkan air ke dalam akuarium


Gambar di atas menunjukkan ubat klorin diletakkan ke dalam akuarium

Ikan dibiarkan dalam plastik dan dimasukkan ke dalam akuarium untuk stabilkan suhu
air. Kejutan suhu dan suasana membawa kepada trauma kepada ikan hiasan. Setelah
seketika,Ikan hiasan yang dipilih dimasukkan secara perlahan-lahan sekali dengan air dari
bekas plastik. Ikan dibiarkan berenang keluar dari bekas plastik sendiri masuk ke dalam
akuarium.

Gambar di atas menunjukkan keadaan akuarium yang telah siap dimasukkan dengan
ikan-ikan hiasan

Kami juga telah mengenal pasti ikan-ikan yang boleh hidup bersama agar sesuai
dengan akuarium yang telah dibina. Terdapat 3 kategori jenis ikan iaitu serata atas, sederhana
dan dasar. Hal ini kerana, hidupan akuarium yang sempurna memerlukan 3 jenis kategori
ikan-ikan ini. Harapan, semoga ikan-ikan ini dapat hidup dengan baik dan selesa di dalam
akurium yang telah disediakan.
•Sediakan semua peralatan, aksesori dan bahan yang ingin digunakan untuk
menyediakan akuarium.

•Masukkan 'under gravel' terlebih dahulu sebagai lapisan pertama.

•Masukkan pasir merah sebagai lapisan kedua pengikut reka bentuk yang
dirancang.

•Masukkan ornamen mengikut pelan yang telah disediakan.

•Masukkan batuan mengikut turutan dan susunan yang betul agar susunan
kelihatan kemas dan teratur.

•Masukkan pam air ke dalam akuarium. Kemudian, pasangkan penapis

•Pasangkan poster latar belakang akuarium.

•Masukkan air kedalam akuarium secara perlahan bagi memastikan air tidak
berkocak dan merosakkan binaan yang dibuat.

•Masukkan 'air bubble' dan tumbuhan palsu.

•Akuarium yang telah siap dimasukkan air seterusnya dititikkan antiklorin dan
anticloudiness dibiarkan sementara sebelum dimasukkan ikan.

•Proses pengapungan dilakukan untuk membiasakan ikan dengan


persekitaran akuarium.

•Letakkan dan pasangkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium.


Hidupkan suis alat penapis dan lampu.

•Masukkan ikan dan kemas semula kawasan kerja.

Rajah 4.2 menunjukkan langkah-langkah penyediaan akurium


4.3 MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM

•Rendamkan beg plastik yang mengandungi


LANGKAH 1 ikan hiasan ke dalam akuarium selama
beberapa minit.

•Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan


LANGKAH 2 hiasan keluar dengan sendirinya bersama-
sama air ke dalam akuarium.

•Setelah semua ikan hiasan keluar dari beg


LANGKAH 3 plastik, keluarkan pula beg plastik tersebut
daripada akuarium.

Rajah 4.3: Langkah-langkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium


5.0 PENJAGAAN IKAN HIASAN

5.1 PENYUSUNAN JADUAL KERJA


Selepas merancang dengan teliti langkah-langkah penyediaan akuarium, kami
telah berbincang dan mengagihkan tugas masing-masing semasa amali
penyediaan akuarium dijalankan. Setiap ahli kumpulan perlu mengikut jadual kerja
tersebut bagi memastikan amali penyediaan akuarium berjalan dengan lancar.

BIL PERKARA AMIR RAFI FATIN FARIS MUTIAH

1. Menyediakan peralatan ikan dan bahan


serta aksesori ikan hiasan.

Alatan dan kelengkapan :


- Akuarium
- Pam air
- Penyaring undergravel
- Air bubble

Aksesori :
- Pasir
- Batu-batuan
- Tumbuhan tiruan
- Jambatan batu
- Rumah mini
- Poster latar belakang
- Itik hiasan

2. Bersihkan Akuarium

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan.


- Pasir
- Batu
- Tumbuhan tiruan

4. Masukkan penyaring “undergravel”


5. Masukkan ke dalam akuarium dengan
berhati-hati.
- Pasir
- Batu

6. Masukkan
- Pam air
- Penapis

7. Pasangkan latar belakang

8. Masukkan air tadahan ke dalam akuarium.

10. Masukkan air bubble

11. Letakkan dan tumbuhan tiruan

12. Titiskan larutan antiklorin dan anti


cloudiness ke dalam akuarium

15. Masukkan ikan hiasan

16. Kemas semula peralatan dan tempat agar


elok dipandang.

Jadual Penyusunan Jadual Kerja


5.2 JADUAL TUGASAN PENJAGAAN HARIAN IKAN HIASAN

HARI / ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD


TUGASAN
Memberi RAFI FATIN FARIS MUTIAH AMIR RAFI FATIN
Makanan
Kawalan AMIR RAFI FATIN FARIS MUTIAH AMIR RAFI
Penyakit Dan
Perosak
Memeriksa MUTIAH AMIR RAFI FATIN FARIS MUTIAH AMIR
Kualiti Air
(Tukar Jika
Perlu)
Memeriksa FARIS MUTIAH AMIR RAFI FATIN FARIS MUTIAH
Peralatan Dan
Aksesori
5.3 PENJAGAAN AKUARIUM

a) Penjagaan Harian
Dalam proses penjagaan harian, proses pemeriksaan sistem penapisan amat
penting. Ia digunakan untuk memastikan tiada kotoran dan sisa dalam penapisan
air supaya kualiti air dalam keadaan yang memuaskan. Selain itu, pemberian
makanan ikan hanya diberi dua kali sehari sahaja. Pemberian yang berlebihan
akan menyebabkan air akuarium cepat kotor dan menjejaskan kehidupan seharian
ikan hiasan.
Seterusnya, pergerakan dan tabiat ikan hiasan juga perlu diperhatikan dari
masa ke semasa. Hal ini kerana jika terdapat ikan yang berjangkit penyakitnya,
ikan tersebut perlu diasingkan daripada ikan lain untuk mendapatkan rawatan di
dala akuarium lain. Di samping itu, tumbuhan akuatik juga perlu dijaga dengan
membuang daun yang rosak supaya ia tidak mencemarkan kualiti air. Akhirnya,
nilai ph dan klorine perlu diukur pada masa ke semasa untuk memastikan
kehidupan ikan hiasan sentiasa dalam keadaan yang baik.

b) Penjagaan Bulanan
Sistem penapisan akuarium akan ditukar dan dicuci dalam tempoh dua minggu
sekali. Air akuarium akan ditukar sebanyak 80 peratus setiap bulan sekali untuk
memastikan kualiti air dalam keadaan bersih. Air yang baru ditukar perlu diletakkan
anti klorin dan menilai nilai ph nya. Tapisan akuarium wajib ditukar pada setiap 6
bulan. Ini adalah untuk memastikan sisa dan kotoran boleh ditapis dan dapat
memastikan tahap kualiti air dalam keadaan baik.
6.0 LANGKAH KESELAMATAN

a) DIRI

1. Memakai pakaian yang sesuai ketika menjalankan amali. Pakaian yang kemas dan
rapi supaya tidak mengganggu ketika menjalankan proses amali.

b) PERALATAN

1. Peralatan dan aksesori yang digunakan dalam keadaan selamat, tidak pecah dan tidak
membahayakan diri.

2. Menggunakan peralatan yang sesuai ketika menjalani amali. Sebagai contoh,


menggunakan skop untuk menceduk pasir ke dalam akuarium.

3. Pastikan peralatan, bahan dalam keadaan tersusun supaya tidak terpijak semasa
menyedia dan menghias akuarium.

c) IKAN HIASAN

1. Pilih ikan yang berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada sebarang jangkitan
dan penyakit.

2. Menggunakan peralatan yang yang sesuai dengan proses kerja amali seperti
menggunakan penyauk untuk mengambil dan meletakkan ikan ke dalam akuarium.

d) PERSEKITARAN

1. Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadan kemas dan tersusun supaya
tidak mengganggu ketika proses perjalanan amali.

2. Memastikan air tidak tumpah dan mengganggu persekitaran ketika proses kerja amali.
Air yang tumpah akan menyebabkan lantai licin dan boleh mencederakan.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan amali yang telah dijalankan. Pelajar dapat mengetahui lebih
mendalam mengenai pemeliharaan ikan hiasan. Pelajar mengetahui tujuan sesuatu
pemeliharaan ikan hiasan itu adalah sebagai hobi, untuk menenangkan fikiran, memupuk
sikap sayangkan binatang dan mengindahkan persekitaran dalaman atau luaran rumah.
Selain itu, secara umumnya untuk memelihara ikan hiasan, terdapat ciri-ciri yang perlu
dipertimbangkan iaitu warna, sisik, saiz, asal, jenis makanan, cara menjaga, jantina dan
cara pembiakan di samping pemilihan ikan hiasan juga dititiberatkan dari segi jenis, saiz,
kesihatan, harga serta pengurusan dan penjagaan ikan.

Tuntasnya, saya berpendapat bahawa tugasan kali ini bertujuan untuk mencungkil
minat dan kerjasama berpasukan dalam menghasilkan sesuatu projek Ikan Hiasan yang
kreatif dan inovatif. Saya amat berminat dengan tugasan ini walaupun langkah
pelaksanaannya agak rumit dan perlu penjagaan serta perhatian yang lebih bagi
menghasilkan satu projek yang baik. Sepanjang amali dilaksanakan, banyak kemahiran
dan pengetahuan yang dapat dipelajarioleh pelajar berkaitan dengan ikan hiasan ini. Hal
ini kerana, untuk menyediakan akuarium ikan hiasan yang menarik ia memerlukan
kreativiti dan kesabaran yang tinggi supaya mendapat hasil yang baik.
8.0 RUJUKAN

Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup Tahun 5:


Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L
Aizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam Kultur
Ikan Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu
Karimah, A., Gumilar, I., & Hasan, Z. (2012). Analisis Prospektif Usaha Budidaya Ikan
Hias Air Tawar Di Taman Akuarium Air Tawar (TAAT) Dan Taman Mini
Indonesia Indah (TMII Jakarta. Jurnal Perikanan Kelautan, 3(3).
Moe, M. A. (1989). The marine aquarium reference: systems and invertebrates (pp. 170-
187). Plantation, Florida: Green Turtle Publications.
Priono, B., & Satyani, D. (2012). Penggunaan berbagai jenis filter untuk pemeliharaan
ikan hias air tawar di akuarium. Media Akuakultur, 7(2), 76-83.
Yasir Mohd, (2012). Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy Media:K.L
Pflueger, J. M., & Hutcheson, W. A. (1977). U.S. Patent No. 4,037,563. Washington, DC:
U.S. Patent and Trademark Office.
Cheah Huck Chee. (1997). Kemahiran hidup sekolah rendah tahun lima. Selangor:
Pustaka Delta Pelajaran.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Buku sumber kemahiran hidup sekolah rendah
tahun lima. Putrajaya: PPK KPM.

You might also like