You are on page 1of 9

ASSALAMUALAIKUM WR.

Alhamdulillah, bersyukur saya Kehdrat Ilahi di atas limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan
folio ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan ribuan
terim kasih kepada En. Rahman Bin Abdul Wahab, Pensyarah Lukisan Kejuruteraan (RBTS 3193), di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Di sini, saya ingin merakamkan tanda
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua A ibu bapa saya, guru-guru serta rakan-rakan yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang merealisasikan kerja-kerja
penghasilan folio ini. Sesungguhnya segala jasa kerjasama yang telah diberikan amat-amat saya
hargai.
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekirannya terdapat
kekasaran bahasa yang menyinggung mana-mana pihak dalam penulisan folio ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
 PENGHARGAAN I
 ISI KANDUNGAN II
 1.0 PENEGENALPASTIAN DAN PENGANALISISAN MASALAH
 1.1 SINOPSIS
 1.2 PERNYATAAN MASALAH
 2.0 PENYELIDIKAN DAN PENYIASATAN
 2.1 PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT
 REKACIPTAAN SEDIA ADA
 PENEMUAN BARU
 2.2 RUMUSAN DARI HASIL DAPATAN
 3.0 MENCIPTA DAN MEREKA BENTUK REKA CIPTAAN
 3.1 LAKARAN IDEA REKA BENTUK
 3.2 LAKARAN PERKEMBANAN REKA CIPTAAN
 3.3 GAMBARAN AWAL REKA CIPTAAN
 3.4 LAKARAN REKA BENTUK SEBENAR DAN ILUSTRASI BERWARNA (“RENDERING”)
 3.5LUKISAN AUTOCAD
 4.0 RUJUKAN
1.2 PENYATAAN MASALAH
Dalam melaksanakan projek ini, beberapa masalah yang berkaitan telah dikenal pasti sebelum projek ini dilakukan. Masalah yang telah di
kenal pasti ialah di mana tempat penyimpanan kasut mahupun di rumah ataupun di asrama kelihatan tidak teratur dan kasut kelihatan masih
berselerak di atas rak walaupun sudah disusun. Di samping itu, rak kasut yang sedia ada juga tidak dapat menampung jumlah kasut yang banyak
untuk disimpan dan juga menyebabkan rak kasut berbau hapak dan busuk. Lebih-lebih lagi ketika cuaca lembab dan sejuk. Selain itu, akibat kasut
yang lembab, ia akan menyebabkan pembiakan kulat dan menjejaskan kualiti kasut. Tambahan, kebanyakkan rak kasut tidak mempunyai sistem
pencahayaan dan sistem pengudaraan yang baik.
Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah rak kasut yang lebih praktikal, selamat, cantik dan multi-fungsi. Rak kasut jenis
ini mempunyai bahagian dalam yang luas, dimana mempunyai 4 bahagian utama. Dengan itu, rak kasut ini boleh menyimpan kasut dalam kuantiti
yang banyak dengan kemas. Di samping itu, rak ini juga dilengkapi dengan tempat duduk, hal ini dapat memudahkan individu untuk memakai kasut,
berehat dan sebagainya. Bagi menyelesaikan masalah kasut lembab, saya mengambil alternatif dengan mencipta ruang terbuka di bahagian tepi rak
bagi memudahkan pengguna atau individu untuk mengeringkan kasut dan kemudian dapat disusun semula di dalam erak tertutup.
Selain itu, design rak kasut ini amat menarik untuk hiasan rumah. Oleh sebab itu, ia dapat mencantikkan lagi struktur perabot di dalam rumah.
Bagi sesiapa yang suka menyimpan kasut di dalam kotak, rak ini amat sesuai dan menarik, tambahan ia juga dilengkapi dengan kemudahan tempat
letak payung. Tuntasnya, di sini saya berharap bahawa hasil penciptaan saya dapat memberi satu kelainan yang mana ia dapat meneyelesaikan
masalah-masalah yang sering kali timbul pada rak kebiasaan rak kasut.
2.1 PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT
 REKA CIPTAAN SEDIA ADA
NAMA REKA CIPTAAN : BRUSALI
FUNGSI : TEMPAT PENYIMPANAN KASUT
KEBAIKAN / KELEBIHAN :
a. MUDAH DIGUNAKAN
b. TERATUR DAN KEMAS
KELEMAHAN:
a. RAK BERBAU HAPAK DAN BUSUK
b. KECIL
SUMBER DATA : IKEA PRODUCTS
2.1 PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT
 PENEMUAN BARU
NAMA REKA CIPTAAN : RAK KASUT
FUNGSI: TEMPAT PENYIMPANAN KASUT MULTI-FUNGSI
KEBAIKAN / KELEBIHAN :
a. PRAKTIKAL DAN MUDAH DIGUNAKAN
b. JIMAT RUANG DAN PRAKTIKAL
C. MULTIFUNGSI (TEMPAT PENYIMPANAN YANG PELBAGAI)
KELEMAHAN:
a. MEMERLUKAN KAWASAN YANG SESUAI DAN LUAS
2.2 RUMUSAN DARI HASIL DAPATAN

REKA CIPTAAN SEDIA ADA


Berdasarkan hasil dapatan yang dinyatakan dapatlah dirumuskan bahawa rak kasut yang sedia ada tidak
mampu meneylesaikan masalah penyimpanan kasut yang lembab. Hal ini kerana, struktur rak tersebut
tidak mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik untuk kasut kering.

Masalah yang telah dikenal pasti ialah di mana tempat penyimpanan kasut mahupun di rumah ataupun
di asrama kelihatan tidak teratur dan kasut kelihatan masih berselerak di atas rak walaupun sudah disusun.
Di samping itu, rak kasut yang sedia ada juga tidak dapat menampung jumlah kasut yang banyak untuk
disimpan dan juga menyebabkan rak kasut berbau hapak dan busuk. Lebih-lebih lagi ketika cuaca lembab
dan sejuk. Selain itu, akibat kasut yang lembab, ia akan menyebabkan pembiakan kulat dan menjejaskan
kualiti kasut. Tambahan, kebanyakkan rak kasut tidak mempunyai sistem pencahayaan dan sistem
pengudaraan yang baik. Oleh itu, satu reka cipta yang baru perlu direka bagi mengatasi masalah tersebut.
Daud, Fadzil, Hanafiah dan Khairul. (2010). Panduan Asas Lukisan
kejuruteraan Edisi Kedua: Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru.
Khairul Anwar Hanafiah. (2010). Lukisan Kejuruteran Berbantu Komputer
Edisi Komputer: Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru.
Abd Samad Hanifn. (1990). Lukisan Kejuruteraan Jilid 1; Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
IKEA. (2016).Brusali. Diperoleh pada 28 Ogos 2018 daripada
https://www.ikea.com/my/ms/catalog/categories/departments/hallway/1
0456/

You might also like