You are on page 1of 23

NOTA GEJET PERKHEMAHAN

Posted: July 17, 2009 in gajet perkhemahan

1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT

 Aktiviti paling menarik bagi pengakap.

 Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari.

 Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal,


mental dan kematangan berpengakap.

2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN

 Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.

 Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan.

 Mengenal gejet perkhemahan:

o lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan
sekitar perkhemahan.

o kedudukan gadjet.

o aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.

3. TUJUAN MEMBUAT GEJET

 Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.

 Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah.

 Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi.

 Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan.

 Semangat pertandingan yang sihat.

 Dapat melahirkan idea-idea yang baru.

 “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.

 Meninggikan mutu perkhemahan.


 Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet
yang berfaedah.

4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET

 Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.

 Diperbuat dari bahan semulajadi.

 Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET

 Yang boleh dibeli.

 Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.

 Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.

 Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.

 Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang
berhampiran.

6. JENIS-JENIS GEJET

 Gadjet kawasan pintu.

 Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.

 Gadjet kawasan tempat basuhan.

 Gadjet kawasan tempat tinggal.

 Gadjet kawasan pengeringan.

 Lain-lain gadjet.

7.GEJET KAWASAN PINTU

 Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:

o Bahagian pintu hadapan


o Bahagian pagar

o Bahagian pintu belakang

 Variasi-Variasi pintu hadapan

o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi

o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).

o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.

 Bahagian Pagar

o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan
adanya kawalan keselamatan.

o Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan
menggunakan batang kayu.

8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR

 Buat dari bahan semulajadi

 Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:

o Rak pinggan mangkuk

o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.

o Meja makan

o Penyangkut cawan / gelas.

o Rak menyimpan kayu api / tong gas.

o Gejet gerobok (camp larder).

o Gejet lubang basah dan kering.

9. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH

 Gejet tempat meletak besen air.

 Gejet tempat menyimpan alat pergigian.


 Gejet tempat menyimpan sabun.

 Gejet mengantung tuala mandi.

 Gejet kawasan tempat basuhan.

10. GEJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL

 Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.

 Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut,
penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu,
penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN

 Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

12. GEJET-GEJET LAIN

 Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:

o Tiang bendera

o Menara memerhati

o Gendang / Kantung kem

o Gejet pembawa barang (Indian Travois)

o Gejet pondok lalang (tempat berteduh)

13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN

 Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan
kering.

 Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji
dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
 Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak
tongkat.

14. PRINSIP MEMBUAT GEJET


Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap.

 Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.

 Gunakan ikatan yang betul.

 Ikatan pada gadjet hendaklah betul.

 Gunakan bahan semulajadi.

 Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.

 Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.

 Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.

 Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.

 Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.

 Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.

 Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.

15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET


Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu
supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
 Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat
pada tiang yang telahg diikat.
 Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang
berbentuk serong.
 Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar.
 Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan
gadjet berbentuk tiga segi.
 Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil
diikat kepada batang yang lebih besar.
 Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
 Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
 Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk
membuat sesuatu loop pada tali.
 Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.
KRAF PERKHEMAHAN

PENGENALAN….

Kraf perkhemahan membawa erti kerja-kerja tangan yang diperlukan dalam aktiviti
perkhemahan.Selain itu,pembuatan gajet-gajet daripada bahan-bahan yang terdapat
disekeliling kawasan perkhemahan tanpa merosakkan alam sekitar.

Matlamat kraf perkhemahan

 Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad.


 Menguji kebolehan dan keupayaan seseorang menghasilkan kraf yang berkualiti.
 Menanamkan semangat kerjasama dalam sesuatu kumpulan.
 Menimbulkan minat dan keseronokkan terhadap aktiviti luar.
 Meluaskan daya kreativiti seseorang.
 Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar

Back-packing

 Senarai alatan yg perlu dibawa adalah seperti pakaian sukan,pakaian solat,alatan


mandi,ubat-ubatan seperti panadol,minyak angin,plaster luka dan sebagainya.

 Lampu suluh,mancis pisau lipat serbaguna serat sleeping bag juga antara brg yg pentibg
semasa perkhemahan.

Penyediaan makanan
 Mee segera , roti atau nasi merupakan pilihan yang baik kerana ianya agak ringan
berbanding dengan makanan yang lain.

 Buah-buahan,kekacang,makanan bertin seperti sardin dan pes ikan bilis juga amat
sesuai kerana senang dimasak.
 Makanan yg dibawa perlulah seimbang dari segi khasiatnya kerana aktiviti luar sebegini
memerlukan byk tenaga.

Faktor pemilihan tapak perkhemahan

ANGIN

 Pastikan kawasan ruang dipilih agak terlindung dari angin kencang.Elakkan mendirikan
khemah di kawasan terbuka.

KECERUNAN

 Pastikan tidak mendirikan khemah di kawasan permatang dan di tebing bukit untuk
menggelakkan kejadian tanah runtuh.

PUNCA AIR

 Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih.
 Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.

BENTUK MUKA BUMI

 Pastikan permukaan tanah adalah rata kerana ianya akan mengelakkan daripada
berlakunya air bertakung atau menjadi laluan air ketika hujan turun.

Kraf perkhemahan berkumpulan


 Perkhemahan statik berkumpulan adalah khemah-khemah didirikan di tapakyang
ditetapkan untuk beberapa waktu secara baramai-ramai. Contohnya camping semasa
mengikuti sesuatu kursus di tempat yang sama yang telah ditentukan penganjur kursus
terlebih dahulu.

 Setiap perkhemahan berkumpulan, ahli-ahli kumpulan hendaklah melantik/memilih


seorang Ketua Perkhemahan. Dan Ketua Perkhemahan yang dipilih tadi hendaklah
membahagikan ahli-ahli tadi kepada beberapa kumpulan kecil dan seterusnya setiap
kumpulan kecil tadi melantik seorang Ketua kumpulan

Aspek keselamatan

 Ketua Perkhemahan mesti kenal pasti tapak berada di dalam keadaan persekitaran yang
selamat daripada ancaman binatang atau pun ancaman semula jadi contohnya banjir kilat,
tanah runtuh, pokok tumbang atau dahan runtuh. Lokasi pertemuan selepas waktu
kecemasan juga hendaklah ditetapkan oleh Ketua Perkhemahan.

 Ketua Perkhemahan akan berbincang dengan semua Ketua Kumpulan untuk memilih
dan merancang Jadual Kawalan Malam. Kawalan Malam/Sentri perlu dilakukan bagi
memantau dan menjaga keselamatan anggota perkhemahan dan juga harta yang ada.
Kawalan biasanya dilakukan sekurang-kurang oleh dua orang pada setiap masa/sesi.

Lokasi perkhemahan

 Pemilihan tapak yang bersesuaian adalah faktor penting sebelum mendirikan sesuatu
khemah.
 Bertujuan memberikan keselesaan kepada penghuni khemah sepanjang perkhemahan
serta memastikan keselematan dan kelancaran aktiviti yang akan dilakukan
cahaya

 Seboleh-bolehnya dirikan khemah di kawasan yang teduh dan juga tidak menerima
sinaran cahaya matahari yang terus.

BENTUK MUKA BUMI

 Pastikan permukaan tanah adalah rata,tidak berbatu dan juga tidak menjadi laluan air
hujan ketika mengalir

halangan semulajadi

 Pastikan tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan
tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain
itu juga elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai.

Alatan dalam kraf perkhemahan

 Khemah
 Flysheet
 Kanvas Tali kermental dan tali rafia
 Ground sheet dan pole

Cara mendirikan khemah

 Bentangkan hamparan (Ground sheet)


 Pasang dan sambungkan tiang dan pancang dengan betul
 Ketuk pancang dikeempat -empat penjuruBentangkan pelindung (flysheet)
 Ikat tali khemah kepada pancang dikeempat-empat penjuru untuk mengukuhkanya.
LANGKAH-LANGKAH KESELEMATAN PERKHEMAHAN

 Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
 Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah(khemah moden)
 Digalakkan makan dan minum diluar khemah bagi mengelakkan serangga dan binatang
memasuki khemah.
 Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
 Pastikan khemah yang dipasang adalah selamat dan kukuh.

PENJAGAAN KHEMAH

 Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.


 Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
 Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi
bahan kimia.
 Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman
haiwanperosak dan ditempat yang kering.
 Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum
disimpan.
Kraf Perkhemahan | Kraf Tali

Kraf tali merupakan kemahiran asas yang berkaitan dengan ikatan dan simpulan tali.
Ikatan tali ini perlu dipelajari oleh para peserta dan juga boleh digunakan dalam kehidupan
seharian. Dalam kraf tali, ia sangat penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf
dalam aktiviti perkhemahan.

Antara jenis-jenis tali ialah:


Prinsip Asas Ikhtiar Hidup

Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan
hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Oleh
kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip asasnya sahaja. Dengan
masa yang sama saya akan mencadangkan satu bungkusan yang harus kita bawa bersama
semasa kita setiap masa kita memasuki hutan. Saya juga akan menceritakan cara-cara kita
mencari makanan dari tumbuhan-tumbuhan liar dengan mempelajari cara membuat ujian
makan terhadap tumbuhan yang kita tidak kenali. Saya juga ingin memperkenalkan disini
beberapa adapt dan pantang larang kaum Orang-Orang Asli sekiranya kita bertembung dan
berkomunikasi dengan mereka di hutan.

Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari
makanan dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga, binatang,
siput dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan kemahiran kerana
pencemaran dan boleh membawa penyakit jikan tidak tahu cara yang betul.
Untuk menakap binatang kita juga mesti tahu membuat jerat dan perangkap. Ini juga
memerlukan ilmu dan kemahiran. Binatang sekecil-kecil burung dan tupai hinggalah sebesar
rusa dan seladng.

Ilmu medan seperti pergerakan dan panduarah dalam hutan, membuat danau atau
pondok, senjata, mata pancing, menyalakan api tanpa mancis, membuat tali dari akar dan juga
kulit kayu, mengenal tumbuhan untuk ubatan, racun, dan makanan adalah di antara ilmu yang
harus di pelajari untuk terus hidup apabila kita terpisah dari termadun manusia.

Berikut adalah perkara asas yang setiap Pengakap harus mengetahui dari segi berikhtiar hidup
didalam hutan.
PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau


kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan yang
dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah
makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan
Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana
hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam
hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama
dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan
keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus
hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita
sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had
maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari
kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu
kemahuan untuk terus hidup.

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak
mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain. Cuba
Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir yang ianya
akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan
tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar
hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan
berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya.
Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi,
dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup
semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau
kapal di laut.


KETAKUTAN

Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan


takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila
keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh
kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah
seperti berikut:

Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,

Takut disebabkan ketidak selesaan,

Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.

Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah
anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan.

Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang
sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli
akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.

Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan


terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas.
Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa sahaja
yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai
keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah
objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan dan pisikal setiap
masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan –
saya juga boleh”

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang
kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan.
Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.
Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan
sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.
Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring
dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.

Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan
apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja.
Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan
langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan
kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk
memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk
memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.

KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki pesawat
terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya namakan Kit Ikhtiar hidup. Oleh
yang demikian saya mencadangkan supaya setiap Pengakap harus membawa Kit Ikhtiar Hidup
ini setiap kali membuat latihan di hutan. Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda
yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan
ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini
harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan.
Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan
bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah
mengandungi barang-barang berikut:

Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)

Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.
Barangan Kegunaan Am.
(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/

buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.

PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI

Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berh
ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka boleh
membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan
keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat
anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang
sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan mereka.
Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam
keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di
Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut:

Yang Harus Di Buat

(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri.

(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik.

(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin)

(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat.

(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-apa barang
kepunyaan Orang Asli.

Yang Tidak Harus Di Buat

 Jangan ketawa atau memperolok – olokkan adat atau tabiat mereka walaupun ianya
Nampak macam ganjil.
 Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin.
 Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat mereka
mandi.
 Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu.
 Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak
benarkannya.
 Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan perjanjian
adalah penting.
 Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan dapat
bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda dan
menghilangkan diri.
 Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”.
 Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak ketiga.
 Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang nya.
Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu.
 Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai.
 Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah.
 Jangan sentuh orang asli di kepala mereka.
 Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan Orang
Asli.
 Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan burung
kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang buruk.

Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah sentiasa
berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan bersama mereka.

TENTANG MAKANAN

Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang
mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi
adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh
mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan
keadaan.

Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-
sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya pada perut kita yang
mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-muntah.

Makanan dari Haiwan

Semua makanan dari haiwan seperti burung-bururng dan telur nya, katak, ular, cicak,
tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan
yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk
ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan.
Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan

Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun dari
tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-
tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakan nya. Satu pentunjuk yang jelas
adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang
burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walau bagimana pon untuk membuat
permerhatian in agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia.
Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga
umbut.

Untuk hidup, seorang Pengakap harus tahu apakah tubuhan termasuk buahnya yang
boleh di makan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang
boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah di makan.Ujian untuk memastikan samaada
sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak.

You might also like