You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL

TAJUK 1. MINUMAN
2. KUIH TEMPATAN
KUMPULAN 1. AMIRUL AMIN BIN SAARONI
2. SURIN SERRY WONG
NAMA PENSYARAH PN ROHANI BINTI SEMAN
DESKRIPSI TUGASAN TUGASAN BERKUMPULAN
LAPORAN AMALI MINGGUAN
AMALI KE-2

Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang


aktiviti plagiat. Dengan ini kami mengakui tugasan ini adalah hasil kerja kami
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan
sumbernya.

Tandatangan: Tarikh:

____________________________ _____________________________
____________________________ _____________________________

Untuk kegunaan jabatan


Tarikh hantar: __________________ Diterima oleh: _____________________
Tarikh semak: __________________ Disemak oleh: _____________________
Markah:

Amali : Dua

Tarikh : 24/ 02 / 2016 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi 01.00 petang

Tema : Kuih tempatan

Menu : Lepat Pisang

Kaedah : Mengukus

RESEPI 1 : KUIH LEPAT PISANG


Bahan-bahan:

4 biji pisang emas yang besar atau 3 biji pisang raja

45g gula pasir

30g tepung gandum (diayak)

3 camb kelapa parut (dibuang kulit arinya)


Digaul
Sedikit garam bersama

8 helai daun pisang (anggaran 17.512.5 cm)

1 helai daun pandan (dipotong 8 keping tiap-tiap satu 5cm)

BAHAN BASAH
BIL BAHAN KUANTITI HARGA PENGIRAAN JUMLAH
BASAH SEUNIT (RM) (RM) KOS (RM)
1 Pisang 4 biji 0.80 3.20 3.20
emas
2 Kelapa 3 camb 3.00 0.80 0.80
parut
3 Daun 8 helai 3.00 0.30 0.30
pisang
4 Daun 1 helai 2.60 0.30 0.30
pandan
JUMLAH RM 4.60

BAHAN KERING

BIL BAHAN KUANTITI HARGA PENGIRAAN JUMLAH


KERING SEUNIT (RM) (RM) KOS (RM)
1 Gula pasir 45g 2.48 0.50 0.50
2 Garam sedikit 2.48 0.02 0.02
3 Tepung 30g 2.80 0.20 0.20
gandum
JUMLAH RM 0.72

PENGURUSAN MASA

MASA SUSUNAN KERJA CATATAN


8.00 pagi Menyediakan bahan dan alatan Pisang emas, kelapa
Digaul
untuk membuat kuih tempatan. parut (dibuang kulit bersama
arinya), daun pisang,
daun pandan, gula
pasir, garam, tepung
gandum.
8.10 pagi Menyediakan kuih tempatan 1. Adunan mesti digaul
1. Jerang air di dalam pengukus. dengan rata.
2. Kupas pisang dan lecekkan 2. Kelapa parut dan
dalam mangkuk adunan. sedikit garam digaul
3. Campurkan gula, tepung dan
bersama.
kelapa parut. Kacau rata-rata.
4. Bubuh 1 cams campuran pisang
di atas daun pandan di tengah
daun pisang.
5. Balut adunan.
6. Lipat kedua-dua hujung daun itu
ke bawah supaya menjadi
lipatan berukuran 1.211 cm.
7. Kukuskan di dalam pengukus
selama 15-20 minit.
8. Hidangkan dalam pinggan, sama
ada panas atau sejuk.
10.30 pagi Mengemas tempat kerja. 1. Plastik sampah
dibuang ke dalam
tong sampah besar.
2. Alatan yang telah
dibasuh dilap
sehingga kering dan
disusun di tempat
asalnya.

LANGKAH-LANGKAH

KUIH LEPAT PISANG

1. Sediakan semua bahan. Pisang emas, kelapa parut (dibuang kulit


arinya), daun pisang, daun pandan, gula pasir, garam, tepung gandum.
2. Jerang air di dalam pengukus.
3. Kupas pisang dan lecekkan dalam mangkuk adunan.
4. Campurkan gula, tepung dan kelapa parut. Kacau rata-rata.
5. Bubuh 1 cams campuran pisang di atas daun pandan di tengah daun
pisang.
6. Balut adunan.
7. Lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan
berukuran 1.211 cm.
8. Kukuskan di dalam pengukus selama 15-20 minit.
9. Hidangkan dalam pinggan, sama ada panas atau sejuk.

LAPORAN HASIL MASAKAN

Porsi : 1 pinggan

Rupa : kekuningan

Rasa : manis
Tekstur : lembut

Cara menghidang : dihidang dalam balutan

REFLEKSI

1. Persepsi
Saya selalu makan kuih lepat pisang ini namun tidak pernah tahu cara
membuatnya.

2. Kekuatan
Kuih yang dihasilkan tidak begitu keras dan rasanya manis.
Proses menghasilkan tidak begitu rumit dan mudah membuatnya.

3. Kelemahan
Bahan asalnya adalah pisang emas yang besar, namun terpaksa
digantikan dengan pisang emas yang kecil dengan kuantiti yang
banyak supaya mencukupi bilangan pisang emas yang diperlukan
Tepung gandum yang diletakkan terlebih sedikit menyebabkan rasa
pisang kurang sedikit.

4. Masalah yang dihadapi


Sebelum
Pisang yang disediakan kecil dan terpaksa menggunakannya
dalam kuantiti yang banyak.
Semasa
Sukar untuk dilecekkan menggunakan pelecek.
Selepas
Lipatan kulit pisang tidak sama besar.

5. Pengkayaan
Kuih ini dibuat daripada pisang yang mengandungi banyak khasiat.

6. Kesimpulan
Saya dapat menghasilkan kuih lepat pisang walaupun baru pertama
kali melakukannya.

7. Rujukan
http://resepibonda.com/cara-buat-lepat-pisang/
http://aziejaya.blogspot.my/2014/11/lepat-pisang.html
https://www.youtube.com/watch?v=IlChyPh5CUM
http://ninamirza.com/2015/06/24/resepi-iftar-mudah-kueh-
lepat-pisang-senang-aje-buat-rupanya/
http://www.rasa.my/resipi-pilihan/kuih-muih/lepat-pisang-
1.328414

You might also like