You are on page 1of 3

KEK KAEDAH ENJUT

Pengenalan
Kek kaedah enjut dibuat dengan cara mengenjut telur bersama-sama gula sehingga
kembang dan naik, sambal udara dimasukkan seberapa banyak yang boleh. Bahan penaik
tidak digunakan kerana telur yang dienjut boleh menampung udara. Kek ini bertekstur
ringan, lembut dan gebu. Kek kaedah enjut sesuai dimakan selepas dimasak kerana jika
disimpan, kek mudah menjadi kering.

Jenis Kek Kaedah Enjut


Kek kaedah enjut terbahagi kepada empat jenis iaitu:
i. Kek span
ii. Kek baulu gulung
iii. Kek chiffon
iv. Baulu

BAULU
kek ini dikenali sebagai KEK CHIFFON
kek tanpa lemak. kek ini kek chiffon mempunyai
biasanya dibuat dengan tekstur yang lembut,
saiz yang kecil. lembap dan ringan. kek
contohnya seperti baulu ini boleh disimpan lama
cermai

KEK SPAN BAULU GULUNG


kek span ialah sejenis Kek ini ringan dan
kek foamy . kuning telur bertekstur lembut. kek
dan putih telur ini digulung dan
digunakan untuk biasanya berintikan jem
menaik kek atau krim mentega
JENIS KEK
KAEDAH ENJUT
Peraturan Membuat Kek Kaedah Enjut
1. Ketuhar mestilah dipanaskan terlebih dahulu.
2. Suhu, tetingkat dan masa membakar mestilah betul.
3. Sukatan bahan-bahan mestilah tepat.
4. Telur dan gula dipukul sehingga menjadi buih pekat.
5. Ayak tepung untuk memerangkap udara dan meyeratakan bahan-bahan kering
seperti serbuk penaik, serbuk koko dan bahan perasa.
6. Tepung mestilah dikaupbalikkan dengan berhati-hati supaya udara tidak terlepas
keluar.
7. Adunan mestilah segera dibakar bagi mengelakkan kekurangan isi padu udara.
8. Telur mestilah pada suhu bilik sebelum digunakan supaya hasil makanan lebih baik.
Ciri-Ciri Kek Kaedah Enjut

naik sama rata dan


berwarna kuning
RUPA keemasan.
tidak merekah pada
permukaannya.

teksturnya halus, terbuka


CIRI-CIRI KEK TEKSTUR dan poros.
KAEDAH ENJUT lembut dan gebu.

kurang berlemak kerana


kek ini menggunakan
lemak yang minimum dan
RASA kadangkala tidak
menggunakan lemak
sama sekalii

Kek Span Baulu Gulung Chocolate Gatuex Kek Chiffon


Kesilapan dan sebab kesilapan membuat kek kaedah enjut

Kek kaedah enjut yang dihasilkan boleh dikenal pasti sama ada menepati ciri-ciri dari segi
tekstur, rupa dan rasa. Sekiranya tidak, kita boleh mengenal pasti kesilapan dan sebab yang
menyebabkan hasil kek kurang memuaskan.

Bi Kesilapan Sebab
l
1 Tekstur kek terlalu padat Gula dan telur tidak dipukul secukupnya
2 Permukaan tidak rata Suhu ketuhar terlalu tinggi
3 Tekstur kek kasar Tepung tidak dikaupbalikkan dengan rata
4 Kek kering berderai Masa membakar terlalu lama
Suhu ketuhar teralu rendah
5 Kek mempunyai kerak kering Masa membakar terlalu lama
Suhu ketuhar terlalu tinggi
dan keras

You might also like