You are on page 1of 14

HABA LEMBAP

Memasak di dalam cecair panas atau dengan mengewap makanan.


Kaedah haba lembap bergantung kepada :

-suhu
-tekanan
-masa

Makanan boleh dimasak di dalam periuk atau kuali.

Dalam kaedah memasak dengan haba lembap , protein di permukaan


makanan tidak akan membeku dan melesap.
KAEDAH MENGUKUS
• Makanan dimasak dengan wap dari air mendidih.
• Penutup pengukus ditutup rapat sepanjang masa memasak untuk
mengelakkan wap air terkeluar.
• Hasil makanan yang ringan dan mudah dihadam ini, sesuai digunakan
dalam penyediaan makanan untuk pesakit dan kanak-kanak.
• Air kukusan hendaklah sentiasa mendidih.
• Tambahkan air mendidih Jika perlu untuk mengekalkan suhu air kukusan.
• Banyak jenis kuih tempatan dihasilkan dengan cara mengukus contohnya
kuih seri muka, , kuih apam, kuih talam, abok-abok dan kuih lepat.
• Contoh masakan lain adalah seperti ikan kukus, telur kukus dan pau daging.
Mengukus secara Langsung
Ciri Hasil Masakan :
• Bentuk makanan kekal
• makanan lembap
• warna pucat
• tekstur lembut
• tidak berminyak

• Contoh Masakan : Lepat ubi

• Kaedah memasak : periuk tekanan, pengukus bertingkat, pengukus


khas
Mengukus secara tidak langsung
Kaedah Memasak :
• Bekas bertutup yang berisi makanan diletakkan di dalam periuk yang
lebih besar dan berisi air 2/3 penuh.

Ciri Hasil Masakan :


• Tekstur lembut dan berkuah

Contoh Masakan : Ikan kukus


Mencelur
Mencelur ialah kaedah memasukkan makanan ke dalam air mendidih dengan
tu uan melembutkan makanan itu.

Prinsip Mencelur :
• Pastikan air mendidih
• Elakkan daripada mencelur terlalu lama kerana akan memusnahkan
vitamin C dan mineral.

Ciri Hasil Makanan :


• Makanan yang keras yang dicelur di dalam air mendidih akan men adi
lembut.
Contoh Makanan : Sayur celur
Mereneh
Mereneh ialah kaedah memasak dengan air mendidih menggunakan api
perlahan dan makanan dimasak dalam tempoh yang lama.

Contoh Makanan : Kari Ayam

Prinsip Mereneh :
• Memasak makanan secara perlahan dalam periuk bertutup.
• Makanan dimasak menggunakan haba yang rendah dalam tempoh yang
lama

Ciri Hasil Makanan :


• Lembut
• lembap
Merendidih
Merendidih ialah kaedah memasak secara perlahan dengan menggunakan
api sederhana dalam periuk bertutup rapat.

Prinsip Merendidih :
• Dimasak perlahan-lahan dengan sedikit cecair dalam periuk dan bertutup
rapat supaya tidak kekeringan.
• Tempoh memasak yang lama antara 1 setengah jam hingga 3 jam
• Makanan yang direneh seharusnya pekat, lazat dan berkhasiat rasanya.

Ciri Hasil Makanan : lembut, berkuah

Contoh Masakan : Rendang


Merebus
• Merebus ialah kaedah memasak makanan di dalam air mendidih 100 darjah
celcius dan dibiarkan masak sehingga lembut.

Prinsip Merebus:
• Makanan dimasukkan dalam cecair sejuk atau mendidih
• Periuk hendaklah bertutup rapat.
• Jangan merebus makanan protein terlalu lama supaya tidak menjadi liat.

Ciri Hasil Masakan


• Lembut dan lembab
• Banyak mengandungi cecair
• Tidak berminyak

Contoh masakan : kentang, telur


• https://www.scribd.com/presentation/326956783/Haba-Lembap

You might also like