You are on page 1of 2

Bahagian B: Tiga soalan – jawab 2 soalan)

3.Pelan tindakan yang komprehensif perlu diwujudkan bagi


membantu Orang Asli, indigenous dan pedalaman agar tidak
ketinggalan dalam arus pembangunan pendidikan negara.

Berikan pendapat anda bagaimana infrastruktur dapat


membantu orang asli, indigenous dan pedalaman untuk
mencapai pembangunan pendidikan negara. (20m )

Pada pendapat saya,infrastruktur yang baik dapat membantu orang


asli,indigenous dan pedalaman untuk mencapai pembangunan pendidikan
negara. Hal ini kerana, infrastruktur yang mencukupi dikatakan penting kerana
tanpa infrastruktur dan kemudahan yang mencukupi akan menyebabkan
mereka ketinggalan, infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti papan
tulis,kerusi dan meja murid dan sebagainya. Hal ini sangat penting bagi
membangunkan masyarakat pedalaman kerana kebiasaannya mereka
kekurangan dari segi infrastruktur.

Infrastruktur yang mencukupi sekolah akan menghasilkan proses PdP yang


berkesan.Keadaan sekolah yang tidak sempurna dengan kondisi kerusi dan meja
murid yang tidak memuaskan amat mencacatkan pemandangan dan juga yang paling
teruknya ialah menggangu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Perpustakaan pula hendaklah dipastikan keadaan dan kerelevenan bahan-bahan
bacaan kepada tahap murid. Tidaklah nanti buku-buku banyak namun penggunanya
tiada kerana bahan bacaan tersebut terlalu tinggi tahapnya untuk dijangkau oleh para
pelajar. Oleh itu, keadaan sekolah yang kondusif dan sempurna akkan menyebabkan
proses pdp itu lebih berkesan.

Selain itu, dengan adanya infrastruktur yang mencukupi akan menarik minat murid
untuk datang ke sekolah. Hal ini sangat penting kerana kebiasaannya murid dari
golongan Orang Asli, indigenous dan pedalaman ini tidak minat datang sekolah
kerana mereka melihat sekolah mereka yang uzur atau tidak cantik. Mereka berasa
tidak selesa berada di sekolah dengan infrastruktur yang serba kekurangan. Oleh itu,
pentingnya infrastruktur yang mencukupi bagi menarik minat murid untuk datang ke
sekolah.

Infrastuktur dan kemudahan yang serba lengkap diharapkan tetapi dengan kadar
yang mencukupi ini dapat mudahkan pengajaran dan pembelajaran.Perpustakaan
misalnya memudahkan pelajar untuk membuat rujukan dan mencari bahan-bahan
bacaan tambahan selain dari di dalam kelas.Kepentingan kemudahan dan infrastruktur
ini dapat di lihat dengan jelas membantu pelajar dan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran, contohnya murid dapat mempelajari dan mempraktikkan kemahiran
kerja tangan mereka di bengkel reka bentu dan teknologi. Guru pula mudah untuk
memberikan pengajaran secara praktikal dengan alatan dan bahan maujud yang ada
dan tidak bergantung kepada teori semata-mata. Hal ini sangat penting bagi golongan
Orang Asli, indigenous dan pedalaman kerana mereka berkemungkinan tidak
pernah melihat atau menyentuh alat-alat tersebut.

Infrastruktur yang baik untuk guru di kawasan Orang Asli, indigenous dan
pedalaman adalah perlu kerana bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan guru
perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
Bahan-bahan rujukan yang banyak boleh didapati melalui internet. Sehubungan
dengan itu ada sekolah-sekolah dengan inisiatif sendiri membekalkan internet tanpa
wayar percuma untuk kemudahan guru-guru membuat rujukan pantas bagi membantu
pengajaran dan pembelajaran. Hal yang demikian sangat penting agar Orang Asli,
indigenous dan pedalaman tidak ketinggalan dari segi TMK.

Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini dapat menaikkan
taraf pendidikan di sesebuah insitusi tersebut. Penggunaan pelbagai sumber dan
kemudahan ini dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan
yang paling pentingnya ialah pelajar dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka
dengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini terutamanya kepada golongan
Orang Asli, indigenous dan pedalaman ini.

You might also like