You are on page 1of 4

FILEM SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEJARAH

(1) SARJAN HASSAN (1958)

SIAPA tidak tahu filem Sarjan Hassan, kisah ikon yang menjadi lagenda fiksyen
Rejimen Askar Melayu yang berjuang semasa zaman Perang Dunia Kedua? Dia
seorang anak yatim piatu yang kehilangan ayah ketika berusia 10 tahun dan tidak
lama selepas itu, kehilangan ibunya pula. Hassan kemudian diambil oleh majikan
arwah ayahnya jadi anak angkat.

Filem yang dibintangi oleh Tan Sri P. Ramlee itu menjadi bukti ketabahan seorang
pemuda yang bertatih dalam bidang ketenteraan sehingga akhirnya menjadi Sarjan
dan berjuang demi kedaulatan negara.

Dalam filem itu, ada watak Buang yang dilakonkan oleh penjahat filem Melayu,
Salleh Kamil. Watak itu mengkhianati bangsanya dengan bekerja sebagai polis
rahsia Jepun. Kisah penduduk tempatan yang menjadi tali barut musuh bukan
cerita baru. Watak inilah sebenarnya yang menghidupkan jalan cerita di dalam
novel-novel atau filem sejak dahulu.

Penonton yang terkesan dengan watak Salleh Kamil — termasuk dalam filem-
filem lain — sanggup mengherdik dan membenci beliau seolah-olah itulah
perangai sebenarnya di luar layar perak. Orang jadi terlalu emosional sehingga
tidak sedar bahawa semua itu hanya lakonan dalam babak-babak wayang.

Katalah filem apa pun, daripada cerita tentang komunis, drama kehidupan, kisah
cinta atau lakon komedi, matinya watak pengkhianat akan disambut gembira oleh
penonton dan dianggap salah satu kejayaan babak pengakhiran sesebuah cerita
Seniman agung negara yang tidak asing lagi iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
mencipta sejarahnya tersendiri apabila menghasilkan filem patriotik pertama
tempatan.

Mengadaptasi kisah yang berlaku semasa zaman Perang Dunia Kedua, filem ini
mengisahkan tentang Hassan yang bercita-cita besar ingin menyertai Rejimen
Askar Melayu tetapi mendapat tentangan daripada ayah angkatnya yang mahukan
dia menjaga kebun keluarganya.

Akibat tertekan dengan ejekan rakan sekampung, Hassan tekad melarikan diri dari
kampung dan menjadi askar. Selepas itu, Hassan bersama askar lain berjuang
bermati-matian demi kedaulatan negara apabila Jepun menyerang Tanah Melayu.

Filem yang diterbitkan oleh Malay Filem Production di Singapura ini dilakonkan
oleh Datin Saadiah, Tan Sri Jins Shamsuddin dan Salleh Kamil.

(2) BUKIT KEPONG (1981

Sebuah filem yang dihasilkan berdasarkan kisah sebenar serangan komunis


terhadap Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di Muar, Johor.

Peristiwa bersejarah yang terjadi pada 23 Februari 1950 ini telah menyaksikan
pertempuran darah di antara 180 orang komunis dan 25 orang anggota polis yang
mengorbankan 17 anggota polis dan 40 orang pengganas komunis.

Filem yang dibintangi oleh Datuk Yusof Haslam, Hussein Abu Hassan dan A.
Rahim ini telah diterbitkan selepas 31 tahun peristiwa hitam tersebut oleh Tan Sri
Jins Shamsuddin di bawah syarikat penerbitannya sendiri iaitu Jins Shamsuddin
Production.
(3) LEFTENAN ADNAN (2000)

Filem yang dihasilkan sempena sambutan kemerdekaan pada tahun 2000 ini telah
diterbitkan oleh Kementerian Pertahanan yang diarahkan oleh pengarah terkenal
Aziz M. Osman.

Watak Adnan telah digalas oleh pelakon Hairie Othman dan filem ini mengangkat
kisah Leftenan Adnan Saidi yang berasal dari Kajang, Selangor dan mula
menyertai Rejimen Askar Melayu sejak berumur 18 tahun. Adnan cukup dikenali
apabila ditugaskan di Bukit Chandu, Pasir Panjang, Singapura.

Beliau akhirnya telah terkorban apabila sedang bertempur dengan tentera Jepun
dan Tanah Melayu akhirnya jatuh ke tangan pihak musuh.

(4) EMBUN (2002)

Diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia (FNM, filem yang bertemakan drama,
peperangan dan romantis ini dilakonkan oleh Umie Aida, Aqasha, Izi Yahya dan
Allahyarham Hani Mohsin.

Mengisahkan seorang wanita bernama Embun yang sentiasa bersemangat dalam


memperjuangkan matlamat abangnya Bayu yang telah ditawan oleh tentera Jepun
kerana menentang penjajahan.

Filem yang pernah meraih lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-16 ini
walau bagaimanapun turut mencetuskan kontroversi apabila memaparkan adegan
rogol sehingga mendapat kritikan negatif pelbagai pihak.
(5) PALOH (2003)

Walaupun kurang mendapat sambutan ketika ditayangkan di pawagam, namun


filem ini menyajikan jalan cerita yang menarik berbanding filem-filem patriotik
sebelum ini.

Berkisar mengenai cabaran kehidupan penduduk di Tanah Melayu pada tahun


1944 selepas berlakunya konflik di antara pihak komunis dan tentera Jepun.
Ahmad yang berkhidmat sebagai tentera Jepun telah jatuh cinta kepada seorang
gadis Cina bernama Siew Lan. Pada masa yang sama, Ahmad telah dipergunakan
oleh keluarganya sendiri demi mendapatkan maklumat mengenai tentera Jepun.

Filem arahan Adman Salleh ini membariskan pelakon handalan seperti Janet Khoo,
Ellie Suriati, Hasnul Rahmat dan Gibran Agi.

(6) 1957 : HATI MALAYA (2007)

Cuba lari daripada klise filem berunsukan patriotik, filem arahan Datin Paduka
Shuhaimi Baba ini lebih menjurus kepada sekumpulan anak muda yang
menghayati sejarah negara, erti kemerdekaan dan semangat nasionalisme.

Menumpukan kepada pejuangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang


merupakan mantan Perdana Menteri yang pertama. Walaupun telah bebas daripada
penjajah, namun kesukaran tetap dihadapi apabila pihak British sengaja
melambatkan proses kemerdekaan Malaya.

Filem ini menampilkan Mohd. Kamarulzaman Taib, Rusdi Ramli, Maya Karin,
Adlin Aman Ramlie, Sharifah Amani dan Dougla

You might also like