You are on page 1of 11

Biodata P.

Ramlee

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau telah dilahirkan di rumah neneknya beralamat di No. 40A, Counter Hall, Pulau Pinang pada tanggal 22 Mac 1929, bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri. Beliau merupakan anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Kebangsaan Francis Light. Seterusnya, beliau

menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.

Perkahwinan Dalam hidup berumahtangga, P. Ramlee pernah tiga kali berkahwin. Junaidah, anak seniman Daeng Haris, adalah isteri pertamanya yang dikahwini selepas berlakon dalam filem Bakti, pada awal tahun 1950an. Namun mahligai mereka runtuh dan kemudiannya bercerai pada tahun 1954. Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955, seorang kerabat DiRaja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih daripada perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir dengan penceraian pada tahun 1961. Pada tahun yang sama, P. Ramlee

bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijabkabulkan pada 21 November 1961 di Tembeling Road, Singapura.

Perkahwinan P. Ramlee dengan Saloma itu dianggap paling ideal kerana mereka adalah pasangan yang cukup serasi bila berduet. Ikatan kasih sayang mereka begitu utuh malah kekal sehingga ke akhir hayat.

Anak-anak P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya tiga orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953) 2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954) 3. Sazali : Anak kandung (lahir 1958) 4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah) 5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan) 6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel) 7. Betty : Anak angkat 8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963) 9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966) 10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH Pelbagai versi mengenai keistimewaan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah diperkatakan oleh masyarakat berbilang peringkat. Namun P. Ramlee tetap insan yang penuh misteri sehingga

meletakkannya sebagai insan seni yang terus dikagumi hingga detik ini. Kelakuannya aneh, suara merdunya terus menjadi kegilaan, kata-katanya berfalsafah, jiwanya amat sensetif dan mesra alam menjurus kepada ketuhanan dan kadang-kadang pemikirannya jauh mendahului zaman. Belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah perfileman dan serantau tanah air, seorang tokohnya diminta oleh semua lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak hinggalah orang tua. Malah sifat-sifat istimewa yang ada pada beliau sentiasa dikenang, disebut, diminati, dikagumi dan diperkatakan. P. Ramlee memiliki segala-galanya seperti yang sepatutnya ada pada orang yang kreatif dan genius. P. Ramlee berhasil menonjolkan kreativitinya sebagai pelakon, penyanyi, pengarah filem, pengubah lagu dan banyak lagi kemahiran kretifnya yang melayakkannya digelar sebagai genius tulen secara peribadi dan genius harian yang memiliki kreativiti yang disesuaikan dengan kehendak masyarakat. Beliau diiktiraf sebagai anak Melayu pertama yang menjadi pemikir keseluruhan otak (whole-bran thinker) melalui kehebatannya memadukan pemikiran kritis dan pemikiran kretif dalam dalam filemnya. Beliau membuktikan kebolehannya memimpin khalayak ramai untuk meminati dan mengikut jejak langkah dan perbuatannya di dalam filem. Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja dipuja dikagumi oleh masyarakat dan peminat, tetapi dikagumi oleh artis-artis yang seangkatan dengannya.

10

Sejarah Muzik P. Ramlee Beliau mula mendekatkan diri dalam dunia seni ketika beliau berusia 13 tahun. P.Ramlee menjadi terkenal bermula dari muzik. Muzik dan lagulah merupakan bidang awal yang diceburi P.Ramlee. Alam seni dalam hidup P.Ramlee tercetus melalui lagu dan muzik dan lagu dan muzik jugalah yang membawa beliau ke dunia perfileman. P.Ramlee hanya hadir ke sekolah sebanyak 10 hari dalam sebulan. Selebih hari-harinya banyak dihabiskan dengan ke sana ke mari mengikut pasukan pancaragam. Sejak kecil lagi P.Ramlee memang berminat bermain muzik. Di tepian tembok-tembok tepian jalan, P. Ramlee sering mengasah bakat dengan menyanyikan lagu-lagu merdu berirama langgam dan keroncong bersama rakan-rakan. Dari situlah beliau mendapat undangan menghibur para tetamu di majlis keramaian sekitar Pulau Pinang dan radio Malaya. Minat P. Ramlee dalam bidang seni suara dan muzik mendorong beliau untuk bergiat dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore. Semasa 1946, bermain dengan Pancaragam Rangkaian Melati tahun

Ramlee mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu

keroncong dan mendapat tempat kedua (naib johan) dengan lagu keroncong gubahannya. Pada awal tahun 1947, Ramlee menganggotai pancaragam Coronation Amateur Party yang kemudiannya diubah nama kepada Pancaragam Teruna Sekampung. Dalam tahun 1945, P. Ramlee mencuba bakatnya dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Melaya. Beliau berjaya menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Radio Pulau Pinang itu. Pada tahun berikutnya, P. Ramlee sekali lagi menyertai pertandingan Radio Pulau Pinang dan kedudukannya meningkat lagi nombor dua dan dalam tahun 1947, beliau bergelar johan.Kemerduan vokalnya itu menjadi buah mulut orang kampung, menyebabkan ramai yang ingin mengetahui latar belakangnya yang ketika itu masih kurus dan berjerawat.
11

Lagu ciptaan pertama P. Ramlee ialah Azizah. Ianya ditulis pada tahun 1945 dan ditujukan khas buat gadis idamannya, Azizah. P. Ramlee pertama kali membawa lagu Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai pesta pertanian ria di Bukit Mertajam pada Jun 1948. Tanpa disedari, kemerduan suaranya telah sampai kepada pengetahuannya iaitu BS Rajhans, seorang pengarah filem dari SHAW BROTHERS yang terkenal di Singapura. Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan nasibnya itu daripada Rajhans. Pengarah itu mengajak P. Ramlee ke Singapura untuk bekerja di studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP) sebagai penyanyi latar dalam filem arahannya. Memikirkan ia peluang lumayan, pada 8 Ogos 1948, semasa berusia 19 tahun P. Ramlee berhijrah ke Singapura dengan membawa seribu satu impian dan harapan sebagai seorang seniman.

12

Dunia Lagu Dan Muzik Ramlee juga terkenal sebagai komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Inilah yang meletakkan beliau sebagai seniman serba boleh yang sukar ditandingi artis lain. Semasa hayatnya P. Ramlee mencipta kira-kira 1000 buah lagu. Salah satu kelebihan P. Ramlee ialah beliau mampu menyampaikan sendiri lagu-lagu ciptaannya secara bersolo atau berduet dengan penyanyi lain seperti Saloma dan Normadiah. Ini menjadikan lagu-lagunya meninggalkan kesan lebih mendalam kepada penonton. Lagu ciptaannya yang pertama ialah Azizah dan lagu terakhir yang dinukilkan sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah `Air mata Di Kuala Lumpur. Selain daripada Azizah, beliau juga mencipta lagu bertajuk Baidah, Abang Dollah, Mee Jawa, Joget Melayu, Malam Thaipusam, Padang Kota, dan lain-lain. Pada tahun 1951, lagu-lagu P.Ramlee mula direkodkan di dalam piring hitam. Kebanyakan lagu adalah dari filem-filem lakonannya. Bagi lagu-lagu yang dinyanyikan sendiri oleh P.Ramlee secara solo ataupun berduet samada bersama Saloma, Normadiah, Rahmah Rahmat, Hashimah Yon, Rubiah, Lena, Momo Latif, Nona Asiah mahupun Salbiah. Banyak juga lagu-lagu yang dicipta oleh penggubah lain seperti Ahmad Jaafar, Zubir Said, Osman Ahmad, Yusoff B, Ahmad Nawab dan Kassim Masdor. Nama yang paling banyak tersenarai sebagai penulis lirik bagi lagu-lagu P.Ramlee ialah S Sudarmaji diikuti oleh Jamil Sulong.

13

Alat-alat Muzik P. Ramlee Beliau mula bermain muzik dengan Ukulele, dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Semasa kecil, bapa Ramlee pernah membelikannya sebuah mendolin gitar dan sebuah violin. Dengan gitar dan biola ini, Ramlee

berlatih bermain muzik di rumah 25A Kampung Jawa Baru. Lagu 50-an masih dipengaruhi unsur-unsur klasik yang kuat. Kalau kita dengar lagu-lagunya di radio, terdapat satu melodi klasik yang sukar digambarkan. Penggunaan alat muzik seperti saxophone dan violin banyak digunakan dalam muzik era 50-an. Tambahan pula pada masa itu karya P.Ramlee banyak gunakan saxophone dan viola. Keupayaan P.Ramlee mencipta dan mengubah lagu adalah kerana kemampuan beliau bermain beberapa alat muzik seperti ukulele, gitar, arkodian, piano dan biola. Manakala sebahagian besar daripada lirik-lirik lagunya adalah ditulis oleh sahabat-sahabat beliau sendiri iaitu S Sudarmaji, Jamil Sulong, H M Rohaizad, Ainol Jamil, A R Tompel,S Kadarisman, S HAssan Sahab, Yusnor Ef dan Sasterwan Negara Usman Awang.

14

Ciri-ciri Muzik P. Ramlee Ragam irama lagu-lagu ciptaan P.Ramlee adalah pelbagai termasuk Melayu Asli, langgam, joget, inang, zapin, masri, keroncong hinggalah kepada unsur-unsur pengaruh muzik barat seperti twist, rock-n-roll, samba, andante, bolero, march serta gubahan ala barat dalam dendangan kumpulan

Pancasitaranya. Lagu yang dinyanyi oleh P. Ramlee mempunyai unsur irama. Dalam penciptaan lagu-lagunya, P. Ramlee gemar menerapkan pelbagai rentak muzik. Rentak Melayu tradisional seperti inang, asli, zapin, masri dan joget adalah pilihannya. Berselang-seli dengan rentak tradisional, Lagu P. Ramlee juga mempunyai unsur ekspresi. P. Ramlee menyelitkan rentak waltz, rumba, cha-cha, twist, timur tengah, Cina, dan Hindustan mengikut kesesuaian babak dalam filem-filemnya. Selain itu, beliau juga mempamerkan dinamik dalam nyanyianya. Apabila sampai pada korus lagu, dinamiknya akan menjadi kuat berbanding dengan bahagian hadapan lagu. Di samping itu, beliau juga menunjukkan mudnya semasa menyanyi lagu. Lagu yang berbeza mempunyai mud yang berbeza. Bagi lagu Senandung Malam, mud yang ditunjukkan ialah sedih. Manakala bagi lagu Getaran Jiwa, mudnya ialah bersemangat. Dalam lagu P. Ramlee, terdapat unsur warna ton. Dalam video lagunya Jangan Tinggal Daku yang kami cari, terdapat keluarga membranofon, idiofon, kordofan dan aerofon. Alat bagi keluarga membraofon ialah jazz drum set, alat bagi keluarga idiofon ialah simbal yang terdapat dalam jazz drum set, alat bagi keluarga kordofon ialah double bass serta piano dan alat bagi keluarga aerofon ialah saxofon dan akordion. P. Ramlee juga menunjukkan unsur tekstur dalam lagunya. Dalam video lagu Getaran Jiwa yang kami cari, teksturnya ialah homofoni kerana beliau menyanyi dengan iringan piano sahaja. Bagi video lagu Jangan Tinggal Daku yang kami cari, teksturnya ialah polifoni kerana P. Ramlee menyanyi melodinya
15

dengan iringan pelbagai jenis alat. Misalnya jazz drum set, double bass, saxofon, piano, akordion dan maracas. Lagu P. Ramlee memperlihatkan unsur harmoni. Beliau menggunakan guitar untuk mengiringi kord lagunya. Kisah-kisah dalam lagunya adalah berkisar kepada melodi cinta, rancak, lucu, dan romantis.

16

Kata-kata daripada Artis-artis yang Seangkatan dengan P.Ramlee Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja dipuja dikagumi oleh masyarakat dan peminat, tetapi dikagumi oleh artis-artis yang seangkatan dengannya. Ahmad Daud, pelakon dan penyanyi (Petikan Utusan Malaysia 28 mei 1983) P.Ramlee seorang seniman yang luar biasa. Dia sukakan kepada pembaharuan dan selalunya setiap perkara yang dilakukannya mudah berjaya dan mendapat sambutan.

Aziz Satar, pelakon dan pelawak (Utusan Malaysia, 28 mei 1983 ) P.Ramlee begitu menghormati dan mempraktikkan pendapat mahupun teguran yangdiberikan oleh para pelakon dan pekerja dibawahnya.

Omar Rojik, pengarah filem, (cenderamata: P. Ramlee AMN sempena 10 tahun pemergiannya) Beri beliau sesuatu yang baik, beliau akan membuatnya lebih baik, satu daripada keistimewaan beliau yang sangat saya hargai sehingga ke saat ini.

Syed Hussein Al-Attas, ahli akademik (Mingguan Malaysia : 29 Mei 1983) P. Ramlee merupakan seorang seniman yang ada menyelitkan idea politik dalam filem arahannya, seperti Antara Dua Darjat (1960), Penarek Beca (1959) dan beberapa filem lain bila diteliti memang ada ciri politiknya.

17

You might also like