You are on page 1of 8

3.0 Projek Amali KERTAS KERJA Lawatan Sambil Belajar ke Taiwan 1.

0 Pengenalan Kebudayaan Taiwan ketika ini mengalami transformasi yang besar hasil pemisahannya dengan tanah besar China yang telah pun mencecah lebih 100 tahun. Republik China di Taiwan kini mempunyai budaya tersendiri dengan bersumberkan budaya China, budaya Jepun dan budaya Amerika Syarikat, terutama dalam politik dan seni binaan. Penduduk asli Taiwan juga mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Kesenian, tradisi moyang, dan budaya popular merangkumi corak pelbagai motif berasaskan Asia dan Barat. Selepas berpindah ke Taiwan, Kerajaan KMT---Nationalis (Kuomintang, KMT) bertindak untuk

mengekalkan budaya China. Kerajaan melaksanakan pelbagai kempen tulisan kaligrafi China, lukisan seni China, seni moyang China dan opera China. Salah suatu tarikan bandaraya Taipei adalah Muzium Kebangsaan China yang mempunyai lebih dari 650,000 koleksi gangsa, jed, kaligrafi, lukisan dan porcelain China. Minuman Taiwan juga telah berjaya dikenali di merata dunia. Teh berbuih dan Teh bersusu merupakan minuman Taiwan yang terkenal di Malaysia, Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat. Kelab pelancongan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan bertujuan untuk mempelajari dialek dan budaya Hakka dalam masa yang singkat. Dialek dan budaya Hakka telah kian dilupai oleh orang ramai kerana dialek Hakka kurang digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, melalui lawatan ini, peserta-peserta dapat melepaskan tekanan melalui pelancongan dan aktiviti-aktiviti yang menarik.

2.0 Objektif 2.1 Menggalakkan penglibatan dan penyertaan ahli-ahli Kelab Pelancongan untuk belajar budaya Hakka. 2.2 Menyemaikan semangat bekerjasama dan tolong-menolong apabila berada di luar negara. 2.3 Mempelajari dialek Hakka dan budaya Hakka dalam masa yang singkat. 2.4 Melepaskan tekanan hidup dan pembelajaran melalui pelancongan. 2.5 Menikmati pemandangan yang indah di luar negara.

3.0 Tarikh, Masa, dan Tempat Tarikh Tempoh Tempat : 8 Disember 2013 hingga 21 Disember 2013 : 2 minggu : Taiwan

4.0 Penyertaan 4.1 Ahli Kelab Pelancongan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. 4.2 Seramai 12 ahli Kelab Pelancongan melibatkan diri dalam lawatan sambil belajar ke Taiwan. 4.3 Syarat-syarat Penyertaan: 1. Peserta harus berada dalam lingkungan umur 16 tahun hingga 21 tahun. 2. Peserta harus mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan tidak ada rekod masalah disiplin. 3. Peserta mesti berupaya hidup secara berkumpulan. 4. Peserta bersedia memberi layanan yang baik kepada ibu bapa angkat seperti keluarga sendiri. 5. Peserta tidak boleh berada dalam keadaan mengandung sepanjang lawatan dilangsungkan.

10

5.0 Atur Cara 1. Menimba pengalaman budaya Hakka melalui muzik Hakka, tarian dan dialek Hakka. 2. Berpeluang untuk menikmati lauk-pauk Hakka. 3. Membuat kraftangan Hakka. 4. Melawat ke kampung Hakka. 5. Melawat ke tempat-tempat pelancongan popular di Taiwan.

6.0 Jadual Lawatan (Rujuk Lampiran 1)

7.0 Senarai JK Pengelola (Rujuk Lampiran 2)

8.0 Anggaran Perbelanjaan (Rujuk Lampiran 3)

9.0 Penutup Harapan kami agar lawatan sambil belajar ke Taiwan ini dapat direalisasikan sepenuhnya agar generasi kami dapat mempelajari budaya Hakka yang kian dilupai oleh orang ramai. Semoga lawatan ini turut mendatangkan manfaat-manfaat lain kepada peserta-peserta. Peserta-peserta dapat menimba pengetahuan melalui pelancongan di Taiwan.

11

Disediakan oleh:

_______________________ (WONG CHI YIN) Setiausaha

Disahkan oleh:

_______________________ Pengarah

12

Lampiran 1

Tarikh (Disember) 8

Pagi

Tengah hari

Malam

Tempat TInggal

Tiba di lapangan Pendaftaran, terbang di Taipei

Majlis

Hotel Taoyuan

kemasukan hotel, perasmian dan orientasi.

Pengenalan budaya dan menyanyi

Projek

Menonton Hakka 1895

Fuhsing

Hakka pengembaraan belajar bukit lagu

Movie- Youth Activity Center

popular Hakka 10 DIY sos limau Belajar tarian Kuiz Hakka Hsin Chu

Hakka

tradisional Hakka

Golden Age Hotel

11

Melawat

ke Membuat kraf tangan Hakka

Sun

Moon

kampung Hakka di Peipu dan

Lake Youth Activity Center

mengenali budaya Hakka 12 Gunung Ali teh

Melawat ke kampung Hakka Miaoli, Homestay Jambatan Lungteng lama dan

Stesen kereta api Shenghsing 13 Bersenam di Berbasikal di Bersiar-siar sekitar kampung Hakka bersama keluarga angkat Homestay di Homestay

bukit dan minum Tianwei Garden teh bukit di puncak dengan

keluarga angkat 14

Belajar berlakon Kilang pembuatan Majlis dalam opera cincau perpisahan keluarga angkat

Hakka di Miaoli

13

15

Melawat ke Chi Bersiar-siar di sekitar Kaohsiung Kaohsiung Jin dan pasar malam Kaohsiung yang Hero House terkenal susu dengan minuman betik

16

Menghias payung kertas

Mengenali pakaian tradisional Hakka

Kaohiusng Love Kaohsiung River Hero House

17

Jhihben National Forest Recreation Mata air panas Jhihben Area Jhihben Rising Hotel Sun

18

Taiwan Tower

101 Muzium

Istana Jalan Tamsui

Lama Chientan Youth Activity Center

Kebangsaan

19

Aktiviti bebas

Pasar Shihlin terkenal

Malam Chientan yang Youth Activity Center

20

Majlis penutupan dan persembahan Majlis kebudayaan Hakka perpisahan

Chientan Youth Activity Center

21

Bertolak ke lapangan terbang

14

Lampiran 2 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Jurugambar : En. Wan Mahamad Saad bin Wan Chik : Thng Jia Ling : Cheang Jia Yi : Wong Chi Yin : Lee Pey En : Fiona Ng

Ketua Pengurusan Pengangkutan : Wong Zhi Heng Ketua Buku Program Ketua Cenderamata Ketua-ketua Kumpulan 1) Hendry Then 2) Lee Kongdi 3) Wong Teck Yong 4) Ng Huah Lin : Yeong Ji Shun : Koh Jia Xian

15

Lampiran 3 Anggaran Belanjawan (A) Sumber Kewangan i. ii. iii. iv. v. Y.B. Dato Chng Toh Yang Nestle Gardenia Blackmores J.W. Marriot Jumlah = RM 10 000 = RM 15 000 = RM 10 000 = RM 5 000 = RM 10 000 = RM 50 000

(B) Perbelanjaan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Buku program Baju kemeja-T Jaket Kecemasan dan keselamatan Penginapan Makanan dan minuman Subsidi tiket penerbangan Jumlah = RM 1 500 = RM 500

= RM 2 500 = RM 3 000 = RM 15 000 = RM 16 000 = RM 11 500 = RM 50 000

Tiket penerbangan dua hala (Tanggungan peserta)

= RM 1700 seorang

16

You might also like