You are on page 1of 1

Refleksi Oleh: Thng Jia Ling

Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dapat membuat tugasan ini bersama dengan rakan-rakan sekumpulan secara lancar. Rakan-rakan sekumpulan saya telah memberi kerjasama yang baik dan hal ini telah meringankan beban antara satu sama lain. Seterusnya, saya telah mempelajari tentang graf garis, histogram dan plot taburan melalui kuliah. Histogram yang paling menarik perhatian saya kerana histogram agak mencabar dan menarik bagi saya. Antara yang telah saya pelajari ialah titik tengah, sempadan bawah, sempadan atas, mod, saiz kelas, kekerapan dan sebagainya. Tuntasnya, saya berharap agar kuliah-kuliah matematik teras ini dapat meningkatkan penguasaan matematik saya.

You might also like