You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA LATIHAN DALAM KUMPULAN

KEM BINA INSAN GURU ( BIG) TAHUN 2013

Pada 13 Mac 2013 -16 Mac 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Sains Marin UPM,
Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 74 orang peserta dari unit Pemulihan SJK (C),
PJK SK dan PJK SJK(C) telah menyertai program ini. Matlamat program ini adalah
untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian
dan keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Sepanjang program dijalankan, Jawatankuasa Latihan Dalam Kumpulan telah


menjalankan beberapa aktiviti. Pada hari kedua, iaitu 14 Mac 2013, aktiviti Latihan
Dalam Kelas ke-3 telah diadakan pada pukul 9.30 malam sehingga 10.30 malam. Aktiviti
ini dibimbing oleh Encik Yee Yong Fak dan Encik Sufian. LDK ini membincangkan dan
menjelaskan penghargaan kendiri dan perubahan hidup terhadap para peserta. Dalam
LDK ini, ujian-ujian psikologi telah dijalankan terhadap para peserta untuk menguji tahap
keyakinan setiap peserta.

Ujian psikologi ini mengandungi 16 soalan. Setiap soalan hanya mempunyai 2


pilihan, iaitu ‘True’ dan ‘False’. Selepas itu, satu skema penilaian telah ditulis pada
papan putih supaya peserta dapat mengetahui tahap keyakinan mereka. Peserta yang
menjawab ‘true’ sebanyak 15-16 dianggap mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, 12-
14 mempunyai ruangan untuk menambahbaikkan tahap keyakinan, 8-11 pula
mempunyai tahap keyakinan yang rendah, manakala 8 ke bawah sangat kurang
keyakinan pada diri sendiri.

Secara tuntasnya, aktiviti LDK 3 telah berjalan dengan lancar atas kerjasama
antara semua peserta dan bantuan daripada semua ahli jawatankuasa latihan dalam
kumpulan.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH, 20 MAC 2013

_______________________

KOH JIA XIAN

AHLI JAWATANKUASA

LATIHAN DALAM KUMPULAN.

LAPORAN DISEMAK OLEH,

________________________

OOI JOU FEN

KETUA JAWATANKUASA

LATIHAN DALAM KUMPULAN.

You might also like