You are on page 1of 9

Bilik darjah, persekitaran sekolah rendah dan kemudahan fizikal di kawasan pedalaman

kebanyakannya didapati tidak kondusif dan serba daif daripada segi fizikalnya. Kebanyakan
murid pula kurang bermotivasi dan kurang aktif di dalam kelas. Sebagai seorang guru yang
baru ditempatkan di kawasan pedalaman, bagaimanakah anda dapat melaksanakan
tanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan dan kondusif.

Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Pendidik di


sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak
sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi
mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan. Pemimpin yang
mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang
baik dengan kelompok yang dipimpin. Maka di peringkat sekolah sudah tentulah guru besar
yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin kepada semua komuniti sama ada
pendidik, pentadbir serta murid-murid. Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah.

Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya dan kepimpinan
seorang guru. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan
keseluruhan aktiviti dalam bilik darjah. Kepimpinan guru dalam kurikulum bilik darjah
dianggap sebagai himpunan kemahiran seseorang guru yang selain daripada mengajar ada
mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di
luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan murid-murid bagi meningkatkan
prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula tuntutan
masyarakat memaksa para guru sebagai pemimpin untuk melakukan pelbagai strategi bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sekolah luar bandar bermaksud sekolah terletak di kawasan luar bandar seperti di
kawasan kampung. Luar bandar bermaksud tempat yang lebih mundur dari segi teknologi,
infrastruktur, tahap kehidupan dan sebagainya. Ini bermaksud sekolah luar bandar kurang
sempurna berbanding dengan sekolah di bandar. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna
murid di sekolah luar bandar lemah dari segi akademik.

Pihak swasta dan kerajaan masing-masing memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan sekolah luar bandar. Bilik darjah, persekitaran sekolah rendah dan
kemudahan fizikal di kawasan pedalaman kebanyakannya didapati tidak kondusif dan serba
daif daripada segi fizikalnya. Kebanyakan murid pula kurang bermotivasi dan kurang aktif di

1
dalam kelas. Sebagai seorang guru yang baru ditempatkan di kawasan pedalaman, saya
perlu mempunyai seribu satu cara dan pelbagai strategi dalam melaksanakan
tanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan dan kondusif.

Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah di kawasan pedalaman, terutamanya di


Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari pelbagai segi. Antaranya ialah dari segi
pemodenan (pembangunan), kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan
sebagainya. Ini disebabkan oleh faktor geografi, di mana kawasan sekolah ini terletak di
kawasan yang terpencil dan tercicir, menyukarkan perhubungan atau komunikasi untuk
berlaku, seterusnya menyukarkan untuk kemudahan infrastruktur disalurkan. Ini akan
meninggalkan impak yang negatif kepada para murid dari segi proses pembelajaran. Oleh
itu, pihak yang wajib terutamanya kerajaan haruslah menyediakan tempat yang kondusif
supaya para murid di kawasan pedalaman mendapat kemudahan yang sama atau sekurang-
kurangnya dapat belajar dalam keadaan yang selesa sama dengan murid di bandar.

Tahap perkembangan sesetengah sekolah di Malaysia menunjukkan kekurangan


yang amat ketara, terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Sekolah-
sekolah di kawasan ini biasanya memiliki prasarana yang amat terhad. Ia ditambah pula
dengan kesukaran pihak kerajaan untuk menyalurkan bantuan ekoran keadaan laluan dan
darjah ketersampaian yang jauh. Antara kekurangan yang lazimnya dialami oleh sekolah luar
bandar ialah seperti ketiadaan kemudahan asas seperti makmal komputer yang
menyukarkan para murid mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang diajar oleh
guru di dalam kelas, masalah kekurangan tenaga pengajar yang merupakan nadi utama
dalam sesebuah institusi pendidikan yang boleh menyebabkan proses P&P terganggu
kerana murid tiada tempat merujuk selain buku teks, kemudahan seperti meja, kerusi dan
lain-lain yang amat daif mengakibatkan konsentrasi murid terganggu.

Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang terhad direkodkan juga sebagai


masalah utama terutama di sekolah-sekolah pedalaman. Seterusnya, jaringan
pengangkutan yang sukar untuk menghubungkan pihak-pihak yang mahu memberi bantuan
kepada murid-murid di kawasan luar bandar. Contohnya sekolah-sekolah di kawasan
terpencil di pedalaman Sabah dan Sarawak menyebabkan mereka mengalami masalah
untuk berhubung. Maka insfrastruktur tidak lengkap sepenuhnya. Selain daripada itu,
penerimaan masyarakat luar bandar terhadap usaha kerajaan bagi memajukan pendidikan di
kawasan mereka dianggap membazir wang masyarakat di negara ini. Hal ini kerana
masyarakat di kawasan luar bandar terutamanya masyarakat orang asli yang masih
mempunyai pemikiran yang sempit.

2
Bagi sesetengah guru terutamanya yang tidak biasa dengan keadaan dan
persekitaran pedalaman atau luar bandar yang serba kekurangan, ditugaskan mengajar di
kawasan itu, bagaikan mimpi ngeri bagi mereka. Ini kerana pelbagai cabaran terpaksa
diharungi antaranya kekurangan bekalan elektrik, masalah jalan raya, ketiadaan kemudahan
telefon dan jaringan komunikasi seperti internet. Kekuatan mental dan fizikal perlu ada dalam
diri seorang guru yang ditugaskan di sekolah luar bandar. Antara cabaran yang dihadapi
oleh guru-guru di kawasan pedalaman ialah kekurangan kemudahan infrastruktur seperti
infrastruktur di kawasan sekolah dan di dalam bilik darjah. Kemudahan di kawasan luar
bandar tidak banyak seperti di bandar-bandar atau pinggir bandar. Selain daripada itu, tahap
pemahaman dan penerimaan murid dalam sesuatu mata pelajaran antara masalah yang
dihadapi oleh saya. Kadang-kadang ada murid yang tidak kenal huruf, jadi saya terpaksa
mengajar mereka membaca walaupun saya ajar mata pelajaran lain. Selain masalah
keadaan jalan raya, bekalan elektrik, air dan kemudahan internet atau talian telefon, masalah
banjir adalah antara yang sering dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah
pedalaman. Bagi saya, pengorbanan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman
dan luar bandar tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih
lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal
harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal
sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana
serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari
pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa
dan di mana murid duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang
lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa
pengurusan persekitaran kelas amatlah penting.

Bagi melaksanakan tanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan


dan kondusif, saya perlulah berfikiran luas dan berpandangan jauh. Maksudnya disini,
dengan prasarana dan infrastruktur yang serba kekurangan, saya haruslah bertindak bijak
dengan melaksanakan pelbagai strategi bagi menarik minat murid ini belajar walaupun
dalam keadaan tidak kondusif dan serba daif dari segi fizikalya. Bagi saya, sebagai seorang
guru, kita sememangnya harus bertolak ansur dari pelbagai segi, walaupun dari segi masa,
kewangan dan sebagainya. Antara cara yang saya lakukan untuk menarik menarik minat
murid untuk belajar ialah, saya akan menyediakan peralatan seperti ICT dengan membelinya
menggunakan duit saya sendiri. Hal ini kerana, bagi saya, untuk menarik minat murid
terutamanya dikawasan pedalaman, saya perlu menyediakan peralatan yang dapat menarik

3
minat mereka untuk belajar dan bahan yang jarang mereka temui seperti komputer, video
dan sebagainya. Prasarana yang lengkap amat penting di dalam bilik darjah agar proses
matlamat p&p yang digariskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
terhadap para murid. Penggunaan ICT adalah langkah yang bijak dalam melahirkan insan
yang sentiasa berkembang ilmunya di samping dapat memperoleh ilmu dengan lebih mudah
dan cepat di internet.

Antara kriteria-kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya ialah aspek fizikal. Antara kriteria dari aspek fizikal ialah di dalam kelas
tersebut mestilah terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah
suai mengikut keperluan aktiviti, mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik,
mengecat dinding dengan warna - warna yang ceria dan lembut, memasang langsir dengan
warna yang ceria, terang dan lembut, melukis mural di sekitar kelas dan yang terakhir ialah
keselamatan yang terjamin perlulah diwujudkan di dalam kelas seperti di dalam kelas
mestilah mempunyai pelan kebakaran dan pemadam api. Seterusnya ialah dari segi sudut-
sudut pembelajaran. Bagi saya, dalam bilik darjah, guru khususnya di kawasan pedalaman
perlulah menyediakan sudut-sudut pembelajaran di dalam kelas. Hal ini adalah kerana
terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan
intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.
Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas
sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya,adalah sesuai sekiranya tema
lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai
kaum etnik di negara ini.

Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh
dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat
memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk
lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk
bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya untuk mewujudkan
persekitaran mesra budaya. Selain itu, keadaan bilik darjah juga hendaklah dihias dengan
warna yang cerah agar timbul suasana yang ceria di dalam kelas. Ini kerana, suasana yang
suram di dalam kelas akan memberi kesan yang negatif kepada suasana dan mood murid.
Pelbagai bahan bantu mengajar boleh digunakan oleh guru-guru semasa mengajar bagi
menjamin berkesannya proses p&p yang dijalankan.

Seterusnya, kaedah yang akan saya gunakan bagi menguruskan bilik darjah secara
berkesan dan kondusif ialah saya akan meletakkan murid duduk secara berpasangan bagi
membolehkan perbincangan tidak formal semasa proses pembelajaran. Sebagai contohnya,

4
murid boleh bertanya pada rakan sebelah sekiranya terdapat kemusykilan sebelum bertanya
pada guru. Hal ini kerana, guru tidak mampu melayan kesemua murid di dalam kelas di
dalam satu masa yang sama. Sementara guru sibuk dengan membantu murid yang lain,
murid yang juga mempunyai masalah dalam pembelajaran boleh bertanya dan berbincang
dengan kawan jika ada perkara yang sukar difahami. Selain itu, untuk meletakkan murid
duduk secara berpasangan, guru tidak seharusnya meletakkan mereka mengikut yang
pandai duduk dengan yang pandai, dan yang kurang pandai, duduk dengan yang kurang
pandai. Hal ini kerana, mereka akan berasa rendah diri dan tidak bersemangat untuk belajar.
Guru seharusnya meletakkan mereka seperti di dalam kedudukan secara berpasangan,
seorang yang pintar dan seorang lagi yang sederhana agar murid yang sederhana boleh
bertanya kepada murid yang pintar sekiranya terdapat kemusykilan.

Bagi saya, kriteria-kriteria fizikal yang spesifik perlukan diwujudkan di persekitaran


bilik darjah bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Antara kriteria
dari aspek fizikal ialah guru haruslah menyusun atur tempat duduk semula murid-murid
dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari
pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu
kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan, ahli-ahli
kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian
kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta
memupuk satu suasana mesra budaya. Ditambah lagi, di kawasan pedalaman seperti di
pedalaman Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kaum etnik yang bercampur. Oleh yang
demikian, dengan menyusun atur tempat duduk secara kesamarataan taburan di antara
murid, dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Kaedah ketiga ialah susun atur perabot harus ringkas supaya tidak terlalu serabut
dan keadaan kelas harus nampak ceria dan lapang. Hal ini kerana, murid akan berasa rimas
dan serabut sekiranya belajar dalam keadaan yang padat dengan bahan bantu belajar yang
pelbagai dan berwarna warni. Dinding kelas seharusnya dicat dengan warna yang lembut,
ceria dan tidak terlalu berat. Warna seperti warna biru lembut, ungu lembut, coklat lembut
dapat memberikan suasana yang sejuk dan tenang. Oleh itu, murid dapat belajar dalam
keadaan yang selesa dan tenang. Selain itu, secara umumnya, kita suka melihat pada
suasana yang indah dan menarik. Ini membolehkan kita menjadi aman tenteram dan senang
untuk melaksanakan sesuatu tugas. Begitu juga dengan susunan fizikal yang sesuai pada
era kini, murid-murid pastinya akan lebih gemar pada suasana yang bukan hanya semata-
mata meja, kerusi dan papan tulis, tetapi lebih kepada suasana yang versatile dan cukup
untuk menimbulkan suasana minat belajar. Sebagai contoh, para guru dan murid-murid

5
bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang fleksibel dan lebih kondusif dan tidak terhad
kepada suasana bilik darjah semata-mata. Sebagai contohnya, guru boleh mewujudkan mini
perpustakaan, komputer dan internet di dalam kelas dan menggunakan LCD dan
sebagainya. Ini semua pastinya akan menarik minat murid-murid untuk belajar dan sangat
sesuai dengan pembelajaran era terkini.

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Tugasan yang diberikan
oleh guru dapat di bincang diruang ini di mana secara tidak langsung murid-murid ini dapat
berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Selain daripada
sudut-sudut yang biasa, guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut
sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada
pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di
negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar,
toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan
perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti - aktivti multimedia atau
interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik di mana sudut-sudut
ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari
pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur.
Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.
Secara keseluruhan hasil dapatan menunjukkan bahawa kemudahan asas pengajaran dan
infrastruktur adalah pada tahap tinggi. Kelengkapan makmal sains yang baik sangat
diperlukan untuk kemudahan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Sekiranya kelengkapan ini tidak lengkap, proses pengajaran dan pembelajaran akan
terganggu dan mengakibatkan murid akan ketinggalan beberapa proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan eksperimen. Selain itu, berdasarkan pemerhatian saya, saya
mendapati masih terdapat sekolah yang kekurangan kemudahan asas pengajaran seperti
makmal komputer dan makmal sains selain tidak mempunyai kelas yang mencukupi untuk
menampung para muridnya. Hal ini perlu diatasi oleh kementerian untuk menyediakan
kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur yang lengkap bagi memudahkan dan
memberi keselesaan kepada guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Guru juga dapat memberikan komitmen yang terbaik dan murid akan lebih fokus
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran apabila persekitaran kelas dalam keadaan
baik.

6
Secara keseluruhan hasil dapatan menunjukkan bahawa sosiobudaya adalah pada
tahap tinggi. Guru beranggapan faktor ini kurang menjadi cabaran kepada guru-guru yang
mengajar di kawasan pedalaman. Namun situasi ini memberi sedikit cabaran kepada guru
memandangkan guru kurang atau tidak dapat menguasai bahasa tempatan yang digunakan
oleh masyarakat tersebut. Hal ini sedikit mengganggu proses suai kenal dan kemesraan
antara guru dan masyarakat setempat. Oleh itu, amatlah susah sekiranya guru ingin
bekerjasama dan berkomunikasi dengan ibubapa murid. Oleh yang demikian, amatlah
penting untuk guru seperti saya dan guru yang lain untuk belajar sosiobudaya di kawasan
pedalaman tempat kami mengajar agar memudahkan guru untuk berkomunikasi secara dua
hala dengan ibubapa murid dalam usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid.

Selain daripada itu, sebagai guru di kawasan pedalaman, antara inisiatif lain yang
boleh dilakukan bagi murid lebih bermotivasi dan aktif di dalam kelas ialah banyak cara
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan oleh sekolah tersebut. Berdasarkan
pemerhatian saya, setiap ruang disekolah tersebut tidak kira sama ada di kawasan koridor,
tangga dan kebun sekali pun, banyak maklumat yang boleh ditampal dan diletakkan di
kawasan tersebut. Hal ini kerana, bagi saya sesi pengajaran dan pembelajaran boleh
berlaku di mana-mana sahaja. Tambahan di kawasan pedalaman, muridnya kurang memberi
fokus didalam kelas, jadi jika setiap ruang disekolah ditampal dan diletakkan maklumat,
secara tidak langsung pembelajaran boleh berlaku sekiranya murid-murid tersebut tengah
bermain, tengah makan, tengah menunggu ibubapa ambil di sekolah dan sebagainya.

Selain itu, antara inisiatif lain yang saya rasakan boleh dilaksanakan di sekolah di
kawasan pedalaman ini ialah sekolah tersebut juga boleh mengamalkan pengajaran secara
sukarela. Sistem ini diambil contoh dari sistem persekolahan di luar negara. Pengajaran dan
pembelajaran di sana membabitkan banyak aktiviti bersama ibu bapa. Kemungkinan ibu
bapa mempunyai kaedah atau cara mereka yang tersendiri untuk menarik minat murid
semasa sesi pembelajaran. Seperti yang kita ketahui, ibubapa sama ada di kawasan
pedalaman atau luar bandar dan ibubapa yang tinggal dibandar, bagi saya tidak ramai
ibubapa yang mengambil tahu hak berkaitan pembelajaran anak-anak mereka. Hal ini
kerana, ibubapa yang tinggal di bandar, mereka terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing
sampaikan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka, manakala
ibubapa yang tinggal dikawasan pedalaman pula kurang peka dengan hal pembelajaran
anak-anak mereka di sekolah kerana mereka kurang berpelajaran dan mereka sendiri
merasakan mereka tidak mampu menguruskan dan menolong anak-anak mereka berkenaan
hal yang berkaitan dengan kerja sekolah dan hal yang berkaitan dengan sekolah. Oleh yang
demikian, bagi saya sebagai guru dikawasan pedalaman, amatlah besar tanggungjawab
untuk membantu murid disamping untuk membantu ibubapa menyedarkan mereka betapa

7
sokongan dan pertolongan mereka amatlah diperlukan dalam usaha untuk membantu anak-
anak mereka di dalam pembelajaran. Pelbagai aktiviti yang melibatkan ibubapa boleh
dilakukan dalam usaha untuk melibatkan ibubapa di dalam aktiviti pengajaran bersama
anak-anak mereka. Guru boleh mencadangkan pelbagai aktiviti yang menarik dan dirasakan
sesuai untuk digunakan bagi menjayakan program ini.

Selain itu, guru di kawasan pedalaman juga perlulah lebih mesra dengan masyarakat
setempat dan lebih cuba untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam lagi. Hal ini
adalah kerana guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman ini, mereka mungkin kurang
memahami budaya di tempat tersebut. Oleh itu, jika guru tersebut lebih cuba mendekati dan
mengenali budaya di tempat tersebut, secara tidak langsung, guru tersebut dapat memahami
anak murid mereka dengan lebih mendalam lagi dan hal ini guru boleh mencuba untuk lebih
rapat dengan anak-anak murid mereka lagi. Oleh yang demikian, murid-murid ini akan
merasa selesa dengan guru baru mereka dan mereka akan lebih bersemangat untuk belajar.
Bagi saya, guru seharusnya berbuat baik dan tidak menunjukkan sikap terlalu tegas dan
garang dengan anak murid mereka. Hal ini kerana, komunikasi antara guru dan murid
amatlah penting dalam proses pembelajaran murid. Sekiranya guru menunjukkan sikap yang
garang, murid akan berasa takut dan tidak bersemangat untuk pergi ke sekolah dan ini akan
menyebabkan murid tidak akan pergi kesekolah. Lebih-lebih lagi, di kawasan pedalaman, ibu
bapa kurang menitikberatkan soal pembelajaran anak-anak mereka. Oleh itu, sesetengah
daripada mereka kurang kisah sekirannya anak mereka tidak pergi kesekolah. Oleh yang
demikian, bagi saya amatlah penting untuk guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman
untuk berbuat baik dan mengambil hati anak-anak murid mereka agar mereka rajin dan
bersemangat untuk ke sekolah dan belajar.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru


dan juga murid. Guru perlu menggunakan kreativiti semasa mengajar. Murid mengikuti
aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Dapatlah saya huraikan bahawa
amatlah penting untuk setiap guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman untuk
mempunyai nilai-nilai murni seperti sikap sabar, semangat yang tinggi dan sentiasa
bermotivasi tinggi untuk mendidik anak bangsa. Guru seharusnya sentiasa menanam azam
pada setiap masa untuk mendidik anak bangsa walau dimana jua guru tersebut ditempatkan.
Hal ini bersesuaian dengan sikap jati diri yang sememangnya harus dimiliki oleh semua
insan yang bergelar guru. Guru perlu ikhlas dalam mendidik walau siapa jua anak murid kita,
walau dimana jua dan walau apa jua keadaan sekali pun. Hal ini adalah kerana kerjaya
sebagai seorang guru adalah salah satu kerjaya yang sangat murni dan dipandang tinggi
oleh semua golongan masyarakat.

8
9

You might also like