You are on page 1of 24

MEMBINCANGKAN ISU-ISU

BERKAITAN PROFESIONALISME GURU


DALAM PELAKSANAAN PROGRAM
PEMULIHAN KHAS
FAKTOR MURID

A Murid kerap ponteng sekolah.


B Sikap negatif murid terhadap pelajaran –
ada yang malas, tidak berminat belajar,
kurang motivasi, kurang berusaha, tidak aktif
dan tidak berani mencuba.
C Murid yang bermasalah kesihatan tidak dapat
mengikuti pelajaran dengan sempurna.
D Murid cacat anggota/pekak dan bisu
ditempatkan di kelas-kelas pemulihan khas.
E Murid terlalu lemah untuk menguasai pelajaran.
“Sebab kadang-kadang budak-budak ini tak buat
kerja rumah. Kadang-kadang buat di sekolah, kadang-
kadang tiru kawan. Kadang-kadang saya beritahu
siapa tak buat kerja rumah, cikgu tak bagi masuk
kelas pada hari ini. Kena ugut. Kita beri latihan
sama ada dia boleh buat atau tidak, tapi dia tak buat.
Kadang-kadang latihan dalam kelaspun tak habis,
tak siap’”
“Tidak ada alat-alat menulis seperti buku atau pun
pensel – kalau diberi kerja rumah jangan harap
dapat balik kerja rumah itu kerana habis hilang
bahan sekolah itu. Kemahuan untuk belajar mereka
memang tidak ada”.

“Saya sukar membuat follow-up kerja-kerja mereka


kerana buku selalu dihilangkan, kerja tidak pernah
disiapkan dan alat tulis tak lengkap”.
“Budak pemulihan ini pun bermasalah kerana
senang menghilangkan lembaran kerja yang diberi –
diberi tetapi mereka buat roket.
Mereka ini tidak mahu belajar, senang gaduh –
sikap mereka kurang minat terhadap pelajaran”.

“Murid tidak faham, murid tidak ada disiplin,


murid suka main”.

“Guru akan fed-up ajar murid yang degil.


Murid ada inferiority complex – kalau dimarah
tak datang sekolah”.

“Ada yang betul-betul bermasalah, misalnya mereka


malas dan terbiar – mak bapa mereka tidak
mengambil berat tentang mereka”.
FAKTOR GURU
A Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas.
B Kekurangan guru di sekolah menyebabkan
GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta
mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa.
C GPK dibebankan dengan tugas-tugas
menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa
menjalankan tugas-tugas bukan mengajar.
D Sikap negatif sesetengah guru yang tidak
berminat dan tidak komited untuk mengajar
murid-murid pemulihan khas.
E Guru tidak mempunyai kemahiran/tiada latihan
khusus disuruh mengajar.
Masalah yang pertama sekali ialah tidak faham
dengan cara pengajaran pemulihan khas.
Sebab saya tak ada pendedahan.

Saya tidak pernah dapat pendedahan tentang teknik


dan kaedah yang sesuai mengajar kelas pemulihan.
Saya rasa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
tidak berlaku, buktinya dari segi pencapaian murid-
murid masih lemah, keputusan D dan E sahaja.
Ada murid yang mempunyai masalah fizikal tetapi
mereka dimasukkan dalam kelas pemulihan khas.
Sepatutnya mereka perlukan pendidikan khas,
di tempat lain. Tapi parents tak tahu. –

Buku panduan . . . Tidak faham mengikut


pengajaran…..….. mengikut buku ini kerana
tidak ada pendedahan.
KURANG KERJASAMA DARI GURU-GURU ASAS

Guru yang lain tidak faham pemulihan,


bila dipulangkan ke kelas. Mereka hendakkan
murid pemulihan pandai sepertimana murid-murid
lain di kelas biasa.
Guru-guru kelas selalu ‘complain’ murid yang
mengikuti pemulihan tidak pandai.
Mereka harapkan murid-murid ini perfect.
Guru tahun 1 tidak memulihkan murid yang lemah.
Mereka seronok dengan budak yang pandai sahaja.
Tiada peruntukan masa untuk mereka yang tertinggal.
Tahap 1, khususnya tahun 1, bila kekurangan
mereka tidak ditangani, maka ia akan bertimbun
tambah dan akhirnya mereka betul-betul ketinggalan.
SIKAP PENTADBIR SEKOLAH

Sikap GB tidak mengamalkan dasar pendemokrasian


pendidikan seperti yang dinyatakan oleh seorang GB:
‘mana yang lebih penting…..murid pemulihan khas
yang sedikit atau murid biasa yang banyak?’ – JPN

Walaupun sekolah ada kelas pemulihan, ramai GB


juga tidak membantu slow learners. Sikap GB
mesti diubah. Guru bermasalah jiwa dijadikan
guru pemulihan khas. - JPN
BAHAN BANTU MENGAJAR

A Sekolah sukar mendapatkan BBM yang


sesuai dan terkini.
B BBM/bahan rujukan sukar /kurang di pasaran.
C BBM yang berbentuk media elektronik tidak
dibekalkan walaupun sangat diperlukan.
D Tiada buku teks yan g sesuai untuk kegunaan
guru dan murid pemulihan khas.
PERUNTUKAN KEWANGAN

A Tiada bantuan kewangan untuk menyediakan


bilik dan peralatan yang sesuai bagi
murid-murid pemulihan khas.
B Tiada peruntukan kewangan untuk
menyediakan/membeli BBM dan
bahan-bahan rujukan untuk GPK.
C Tiada peruntukan khas untuk memberi latihan
kepada GPK/Guru-guru lain.
KEMUDAHAN FIZIKAL

A Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif


untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan
khas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalu
kecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas di
bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang
tidak sesuai.
B Kekurangan peralatan/perabut di bilik pemulihan
seperti rak dan almari.
Saya tidak diberikan tempat khas. Kelas pemulihan
diadakan di pusat sumber dan terpaksa berebut
dengan guru lain . Kalau bilik digunakan,
kelas terpaksa dibatalkan. – GPK

Tiada bilik khas – berpindah randah.

Bilik pemulihan khas ialah bilik setor yang terletak


di bangunan lama. Kami tak dapat susun alat dan
kerusi meja dengan baik – terdapat banyak anak-anai.
Bilik stor ini panas, udara nak keluar pun susah.
Masalah tiada bilik – kelas dijalankan di kantin,
di pondok rehat, tiada meja ….

Bilik pemulihan – tidak sesuai. Perlu bilik yang lebih


besar. Bilik sekarang ni udara nak mengalir pun susah.

Bilik tidak sesuai, kadang-kadang digunakan oleh


jururawat pergigian, kadang-kadang sampai sebulan
tak ada kelas pemulihan khas kerana bilik digunakan.
FAKTORT IBU BAPA/PENJAGA

A Ibu bapa tidak mengambil berat tentang


pelajaran anak-anak.
B Ibu bapa tidak memberikan kerjasama
kepada pihak sekolah.
C Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap
pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak.
BILANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
YANG RAMAI

A Bilangan murid yang memerlukan


pemulihan khas agak ramai berbanding
dengan seorang guru pemulihan khas.

B Sukar melaksanakan program pemulihan khas


dengan berkesan kerana bilangan murid
pemulihan khas yang ramai.
TAMAT

You might also like