You are on page 1of 3

Novel yang telah saya baca ialah novel yang bertajuk Timulak Kapal Perang.

Di dalam novel
ini terdapat pelbagai nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan pedoman. Pengajaran atau
nilai yang terdapt dalam novel ini merupakan salah satu cara penulis untuk menyampaikan
mesej-mesej tertentu iaitu bertujuan untuk menyampaikan pengajaran dan unsur-unsur nilai
murni untuk dijadikan panduan dan pedoman kepada pembaca.

Sebuah novel remaja yang ditulis oleh Azmah Nordin. Mendapat tempat ketiga peraduan
Anugerah Novel Sejarah Kebangsaan 1988. Uniknya tiada pemenang untuk tempat pertama
dan kedua. Novel ini mula diterbitkan pada tahun 1989 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kemudiannya dicetak beberapa kali. Pernah digunakan sebagai buku komsas tingkatan dua.

Novel ini mengisahkan tentang Andayu, Unong, Suri dan Sirah adalah anak-anak gadis di
daerah Inanam yang berani dan bersemangat waja dalam menentang penjajah Inggeris.
Mereka berjuang bersama-sama dengan pejuang yang lain di bawah pimpinan Penghulu
Inanam, iaitu Paduka Mat Salleh. Penduduk Inanam tidak senang dengan tindak-tanduk
penjajah Inggeris yang memaksa mereka membayar cukai. Dalam pertempuran dengan pihak
Inggeris di Pulau Gaya, pengikut Paduka Mat Salleh berjaya menewaskan pihak Inggeris.
Pihak Inggeris kemudiannya bertindak balas dengan membakar harta benda orang kampung.
Selepas itu, pihak Inggeris menyerang kubu kuat Paduka Mat Salleh di lereng Gunung
Kinabalu. Dalam pertempuran tersebut, banyak askar upahan Inggeris yang mati. Namun,
Paduka Mat Salleh mengarahkan para pengikutnya supaya berundur ke tempat yang lebih
selamat. Dia ingin menyusun strategi pertempuran bagi menghadapi kemungkinan serangan
daripada pihak Inggeris kelak.

Tema bagi novel ini ialah perjuangan seorang gadis remaja dan rakan-rakannya dengan
memberi kerjasama kepada Paduka Mat Salleh dalam perjuangan membebaskan bangsa dan
tanah air daripada penjajah Inggeris.

Dalam novel ini, watak utama Andayu dan beberapa orang rakannya telah berjuang
membebaskan bangsa dan tanahairnya daripada cengkaman penjajah Inggeris semasa
campur tangan Inggeris di negeri Sabah. Penjajah Inggeris yang bernaung di bawah Syarikat
British Borneo Utara. Andayu menerima tentangan hebat daripada bapanya yang tidak
menyokong perjuangannya itu. Walaubagaimanapun, Andayu dan rakan-rakannya telah
berjaya menentang penjajah Inggeris hasil daripada semangat keberanian, kegigihan dan
semangat patriotik yang padu dalam diri mereka beserta bantuan Paduka Mat Salleh dan
orang-orangnya.
Antara nilai yang saya dapati terdapat di dalam novel ini ialah nilai keberanian, kerjasama,
kebijaksanaan, kesabaran, kesetiaan dan kasih sayang. Nilai pertama yang ingin saya
huraikan ialah nilai keberanian. Nilai keberanian telah digambar oleh pengarang menerusi
watak-watak seperti Andayu serta rakan-rakan seperjuangannya. Keberanian mereka
berjuang menentang pihak Inggeris serta konco-konconya menyerlah. Begitu juga dengan
keberanian pejuang-pejuang seperti Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung, Pak Cik Ali,
Pak Cik Jonan dan ramai lagi semasa berjuang menentang campur tangan orang-orang
Inggeris.

Nilai kedua yang terdapat di dalam novel ini ialah kerjasama. Pengarang berjaya
menonjolkan nilai kerjasama menerusi novel ini. Semangat kerjasama digambarkan melalui
watak pengikut-pengikut Datu Paduka Mat Salleh dalam menghadapi sesuatu kesukaran atau
rintangan. Misalnya semasa bertempur, ada yang bertempur dan ada pula yang merawat
mangsa yang tercedera.

Kebijaksanaan juga merupakan nilai yang terdapat di dalam novel ini. Sesuatu
tindakan atau keputusan yang dibuat memerlukan kebijaksanaan seseorang menilai kembali
tindak tanduknya. Andayu merupakan gambaran tentang kebijaksanaan seorang gadis dalam
menghadapi detik-detik perjuangannya. Kebijaksanaannya boleh dilihat apabila dia berjaya
mendapatkan maklumat tentang penangkapan Pak Cik Tidung.

Seterusnya, kesetiaan juga merupakan salah satu nilai yang terdapat di dalam novel
ini. Semangat setiakawan negara ini merupakan satu nilai yang ingin disampaikan oleh
pengarang. Menerusi watak Andayu, Halipan, Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung dan
Haji Utih dapat kita lihat bagaimana nilai tersebut digambarkan. Misalnya, Andayu merupakan
watak yang banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh kerana semangatnya yang cintakan
negara dan tidak mahu orang Inggeris menjadi tuan di daerahnya. Begitu juga dengan Haji
Utih, yang bukan sahaja menyumbangkan tenaganya tetapi juga memberikan sumbangan
moral dan material kepada pasukan pejuang keamanan secara sukarela.

Selain itu, nilai kesabaran juga terdapat di dalam novel ini. Contohnya, Kesabaran
Andayu serta rakan-rakannya semasa bersembunyi di celah-celah daun simpur berhampiran
pangkalan untuk menyiasat peristiwa penangkapan Pak Cik Tidung serta pengikut-
pengikutnya. Kesabaran mereka banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh mengatur
strategi seterusnya.

Nilai terakhir yang saya dapat daripada novel ini ialah kasih sayang. Perasaan kasih
sayang ini telah digambarkan oleh pengarang melalui beberapa watak. Perasaan kasih dan
sayang seseorang bapa kepada anaknya, perasaan kasih ibu saudara kepada anak
saudaranya, perasaan kasih isteri kepada suami dan perasaan kasih sayang sesama ahli
masyarakat, semuanya dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini dan digarap dengan baik
serta berkesan.

Bagi saya, novel ini merupakan novel yang sangat nagus untuk dibaca dan dijadikan
contoh di dalam kehidupan kita. Hal ini kerana novel ini mempunyai pelbagai nilai murni dan
pengajaran yang boleh kita jadikan pedoman. Sebagai contohnya, novel ini memberi mesej
bahawa perjuangan bukan hanya orang yang tertentu sahaja, misalnya hanya orang lelaki,
hanya orang dewasa. Tetapi semua pihak termasuk remaja dan orang perempuan. Selain itu,
novel ini juga memberi pengajaran kepada semua bahawa kita semua perlulah bersatu pada
dan bekerjasama dalam melaksanakan apa jua tugasan. Novel ini juga menyentuh isu bangsa
dan negara dimana kita seharusnya mempertahankan hak nega kita dan hak sendiri daripada
jatuh ke pihak musuh. Selain itu, kita tidak boleh menjual maruah bangsa kita sendiri.

You might also like