You are on page 1of 2

KAEDAH PELAKSANAAN BAHAN BANTU BELAJAR

Nama bahan bantu mengajar saya ialah gantung pintar. Objektif bahan bantu
mengajar saya ini dari aspek kemahiran pengamatan penglihatan iaitu dari aspek
diskriminasi ialah berfokus pada mata pelajaran bahasa melayu dan berfokus kepada
haiwan. Antara objektif gantung pintar dari aspek pengamatan ini ialah pertama, murid dapat
mengenal setiap jenis haiwan yang ditunjukkan. Kedua, murid dapat membezakan setiap
jenis haiwan yang ditunjukkan. Ketiga, murid dapat mengeja setiap jenis haiwan yang
ditunjukkan dan yang terakhir, murid dapat mengetahui bunyi haiwan yang ditunjukkan dan
dapat mengetahui habitat haiwan tersebut.

Antara bahan yang digunakan untuk membuat gantung pintar ini ialah mounting
board, reben, gam gajah, klip iaitu pelbagai jenis haiwan, pita pelekat gambar, plastik tag
nama dan tali. Antara kos yang saya gunakan untuk menyiapkan papan gantung pintar ini
ialah sebanyak RM15 iaitu kos pengakutan pergi dan balik sebanyak RM6, mounting board
RM3, reben RM1, gam gajah RM1, klip pelbagai warna RM3 dan ahkir sekali pita pelekat
RM1.

Antara cara pembuatannya ialah pertama, sediakan bahan-bahan. Kedua, gariskan


garisan pembahagi pada mounting board. Ketiga, tampal tali menggunakan gam gajah.
Keempat, tampal pelita pelekat pada garisan pembahagi dan hujung tali. Kelima, tampal
nama alat dan terakhir, letakkan klip secara teratur mengikut perancangan.

Sepanjang perancangan melaksanakan gantung pintar ini, saya telah mengambil kira
pelbagai kekuatan dan kelemahan gantung pintar ini. Antara kekuatan gantung pintar ini
ialah ringan, mudah alih, kos yang rendah, bahan yang mudah didapati di pasaran, pelbagai
guna dan tidak membahayakan. Seterusnya, antara kekuatan yang daya dapati daripada
gantung pintar ini ialah gam gajah yang digunakan untuk melekatkan tali dengan mounting
board mudah meleleh dan mudah mencomotkan gantung pintar.
Antara masalah yang saya hadapi dalam menyiapkan papan pintar gantung ini ialah
pertamanya, tali tidak melekat dengan kuat pada mounting board dan gam gajah mudah
melekat pada tangan yang boleh menyebabkan tangan menjadi keras dan tidak selesa.
Selain itu, kesuntukan masa oleh kerana banyak tugasan lain yang perlu disiapkan juga
antara masalah yang dihadapi sepanjang menyiapkan papan gantung pintar ini, dan yang
terakhir, kekurangan sumber kewangan menyukarkan lagi proses pembuatan papan gantung
pintar ini untuk menjadi lebih sempurna dan menepati cita rasa saya.

Antara langkah yang saya ambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi ialah
antaranya saya meletakkan gam gajah dengan banyak di atas atas tali papan gantung pintar
itu. Selain itu, saya telah menggunakan sarung tangan untuk menggelakkan dari terkena
gam gajah yang melekat pada tangan dan boleh menyebabkan tangan menjadi keras. Selain
daripada itu, saya juga telah menyediakan sebuah jadual waktu yang fleskibel bagi
memastikan saya dapat melaksanakan tugasan dengan cekap dan tugasan dapat disiapkan
pada waktunya dan supaya saya tidak tergopoh-gapah dalam menyiapkan semua tugasan
yang memerlukan saya hantar pada waktu dan tarikh yang sama. Seterusnya, masalah
seperti kekurangan wang dapat saya atasi dengan cara membuat pemantauan harga bahan
dari kedai ke kedai dan saya hanya memilih bahan yang betul-betul saya perlukan dan harga
yang berpatutan untuk dibeli.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan gantung pintar ini ialah saya
meletakkan dua ekor haiwan yang sama antara banyak-banyak haiwan dan saya memilih
beberapa orang murid untuk mengenalpasti setiap jenis haiwan yang saya gantungkan di
papan gantung pintar dan saya akan berikan beberapa soalan pada mereka untuk mereka
menjawabnya. Semua soalan yang saya berikan ialah berkaitan dengan kaedah
pengamatan berfokuskan pengamatan penglihatan. Antara contoh soalan yang saya berikan
pada mereka seperti saya meminta mereka memerhatikan setiap jenis haiwan yang terdapat
di papan gantung pintar dan saya meminta mereka untuk menunjukkan jenis haiwan yang
berbeza daripada haiwan yang lain. Antara objektif aktiviti dan soalan tadi ialah saya ingin
mengenalpasti sama ada murid tersebut memahami dan mengetahui setiap jenis haiwan
yang terdapat dan saya ingin menguji pengamatan mereka sama ada mereka boleh
membezakan setiap haiwan ataupun tidak.

You might also like