You are on page 1of 4

MODUL AKTIVITI PERKHEMAHAN TKRS

MODUL PENGUJIAN IKATAN DAN GAJET

Pengenalan :
Pengujian ikatan dan gajet ialah suatu aktiviti untuk menguji peserta menggunakan pelbagai kemahiran yang telah
dipesetujui seperti mengetahui jenis-jenis ikatan dan gajet dan kegunaannya, jenis-jenis ikatan yang sesuai dan fungsi
setiap ikatan, kreativiti dalam merangka serta membina gajet dan sebagainya.

Objektif :
1. Melahirkan individu yang berkebolehan merancang, memimpin dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan
sesuatu aktiviti.
2. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan.
3. Menguji kreativiti peserta
4. Kadet dapat mempraktikan sekurang-kurangnya 2 daripada 4 jenis ikatan.

Kaedah Perlaksanaan :
1. Aktivit terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan . Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada
kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil dianggotai oleh 5 orang peserta.
2. Aktiviti dijalankan dalam betuk pangkalan, mengambil masa selama sejam setengah bagi .
3. Setiap kadet mempelajari 2 jenis ikatan (buku sila, manuk) dan 1 jenis ikatan (silang tungku, seraya)
4. Kadet diuji untuk keempat-empat simpulan dan ikatan.
5. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu gajet tripod mengikut kreativiti pasukan masing-masing
dengan ketinggian 1 meter.
6. Penilaian dibuat berdasarkan :
a. Keteguhan, kerjasama, kekemasan, kesesuaian ikatan dan kreativiti
b. Gajet yang disediakan perlu menggunakan sekurang-kurangnya 2 jenis ikatan.
7. Bahan-bahan & peralatan pertandingan disediakan oleh penganjur.
8. Peserta diberi taklimat keselamatan aktiviti.
9. Penyediaan ikatan dan gajet dilakukan dalam masa 1 jam.
10. Demostrasi dan tunjuk cara dilaksanakan terlebih dahulu sebelum penilaian dilaksanakan.
11. Penilaian dijalankan semasa dan selepas penyediaan gajet.
12. Setiap kadet bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan aktiviti semasa dan selepas.

Tempat : Dewan Terbuka SK Tasik Puteri 2

Petugas : 6 orang jurulatih

Pakaian : Jurulatih : Uniform KRS No. 4 b (Pakaian aktiviti)


Kadet : Pakaian aktiviti ( Tshirt hijau, seluar track hitam, kasut hitam, Beret wajib)

Bahan-bahan& peralatan :

a. Buluh/kayu
b. Tali guni / parcel
c. Gunting

Sekretariat TKRS Selangor Page 1


MODUL AKTIVITI PERKHEMAHAN TKRS

Jenis-jenis ikatan

1. Simpulan Buka Sila

Kegunaan tali

Ikatan dan simpulan untuk menyambung dua tali yang sama besar. Ia juga mudah dibuka.
Simpulan Buka Sila hendaklah digunakan untuk mengikat pembalut atau andoh.

2. Simpul Manok

Kegunaan Tali
Simpulan ini digunakan untuk mengikat objek dan lain-lain

Sekretariat TKRS Selangor Page 2


MODUL AKTIVITI PERKHEMAHAN TKRS

Sekretariat TKRS Selangor Page 3


MODUL AKTIVITI PERKHEMAHAN TKRS

Sekretariat TKRS Selangor Page 4

You might also like