You are on page 1of 5

Nota Pembelajaran Kadet Bomba Sekolah

Ikatan dan Simpulan Tali


Pembuatan Tali

1. Tali ialah salah satu peralatan penting dalam kerja-kerja menyelamat.


2. Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan tali dapat membantu penyelamat
menyelamatkan mangsa.
3. Terdapat dua jenis tali dalam bomba, iaitu sabut asli dan sabut buatan manusia.
4. Sabut asli diperbuat daripada bahan semulajadi seperti pokok ramai, kelopak daun
abaka, sabut kelapa, dan kapas.
5. Sabut buatan manusia pula terbahagi kepada dua jenis iaitu nilon dan polister.
6. Sabut buatan manusia lebih sesuai untuk kerja menyelamat kerana tahan lasak dan
boleh digunakan dalam pelbagai keadaan.
7. Umur tali tidak melebihi 10 tahun daripada tarikh dikeluarkan.

Penjagaan Tali

1. Jauhkan daripada panas matahari.


2. Jauhkan daripada asap kenderaan.
3. Jangan simpan tali di tempat yang basah.
4. Jemur tali basah di tempat yang teduh sehingga kering.
5. Simpan tali di dalam beg atau gulung dengan teknik yang betul.
6. Simpan tali di tempat yang teduh dan gelap.
7. Tali perlu sentiasa diuji.
8. Gunakan pelapik jika digunakan di bucu-bucu tajam.

Cara pengujian bagi semua tali

1. Ikat satu hujung dan tarik satu hujung lagi dengan kekuatan 3 orang selama 20
saat.
2. Tali selamat digunakan jika tidak rosak selepas ditarik.
Jenis-jenis ikatan

1. Simpul mati (Overhand knot) – digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan
menjadi penahan pada takal. Ikatan ini susah untuk dibuka.

2. Tindih kasih (Bowline) – Digunakan untuk mengikat anggota semasa memasuki tempat
gelap. Diikat pada pinggang anggota.
3. Simpulan angka lapan (Eight knot) - digunakan untuk mematikan ikatan. Kelebihan simpulan
ini ialah lebih mudah dibuka berbanding simpulan mati. Walau bagaimanapun, simpulan
angka lapan berkembar (double figure eight loop) lebih selamat untuk digunakan semasa
melakukan aktiviti seperti pendakian.
4. Simpul belit (Two half hitches) – Digunakan untuk mengikat tali khemah pada tiang pancang,
mudah dibuka dan susah untuk terlucut.

5. Menggulung tali (Coiling rope) – Tali perlu digulung sebelum disimpan. Tali yang sudah
digulung senang dibawa semasa operasi menyelamat atau aktiviti luar. Paling penting, ia
senang terlerai apabila dilontarkan. Teknik di bawah digunakan untuk mengikat tali yang
panjang.

You might also like