You are on page 1of 5

IKATAN DAN SIMPULAN TALI

Terdapat 3 jenis tali:


-fibre Asli : tali belati,manila hemp,sabut jut dan sebagainya.
-fibre tiruan : nylon dan terrylane (polyster)
-fibre dawai : wire rope

FIBRE ASLI :
Manila hamp : sejenis pokok tempatan di Manila
Sisal : sejenis pokok yang kekuatannya seperti Manila Hamp
Sabut : diperbuat daripada sabut kelapa ringan,kurang kukuh dan mudah
terapung digunakan oleh fire boat di laut.
Kapas : senang memanjang dan memendik lembut dan mudah rosak (jika
bengkok)-disapu minyak khas yang kalis air untuk mengelakkan cepat rosak.

FIBRE TIRUAN :
Jenis yang biasa digunakan oleh pasukan penyelamat ialah:
Nylon
Polyster (terrylane)
Fibre tiruan biasanya lebih halus,lembut dan llebih kukuh dari fibre asli.
Tali yang biasa digunakan untuk aktiviti lasak seperti abseiling dikenali sebagai
tali kemmentle iaitu jenis:
Static
Dinamik

FIBRE DAWAI :
Tali dawai biasanya 9 kali lebih tahan dari tali belati. Biasanya digunakan di
tangga escape dan cakara putar.

SEBAB-SEBAB KEROSAKKAN TALI :


Geselan
Penggunaan takal yang tidak sesuai
Kerap dibengkokkan atau terlalu bengkok
Terluka,terguris,tetas
Terlalu lame atau reput
Terkena bahan kimia
Terdedah kepada keadaan cuaca
Basah/terendam terlalu lama
Dikenakan beban yang berlebihan
Disalah gunakan
Dikenakan beban secara mengejut(disentap)

PENJAGAAN TALI :
Sentiasa menguji tali pada masa-masa berikut:
- Masa baru dibeli
- Sebelum digunakan
- Selepas digunakan
- Ujian bulanan
- Selepas tali dibaiki

Simpul mati
Untuk menahan tali daripada tercabut dari BLOCK PULLY
atau untuk kegunaan semantara mengikat hujung tali
supaya tidak terburai.

Simpul buku sila


Untuk menyanbung dua tali yang sama saiz ,mudah di
lucutkan dan merupakan satu ikatan yang berguna untuk
maksud umum.sebagai contoh digunakan untuk megikat
balutan .

Simpulan angka 8
Sebagai penahan dan biasanya digunakan untuk mencegah
hujumg tali daripada menggelunsur jauh dari block.

Bunga geti tunggal


Menyambung dua tali yang tidak sama saiz. mempunyai
kebaikan kerana tidak akan terlucut apabila basah atau
licin.

Bunga geti berganda


Menyambung dua tali yang sama besar tetapi kekuatannya
tiga kali lebih kukuh daripada bunga geti tunggal

Simpulan Tindih kasih


Untuk mengelak menjurut atau menyakitkan mangsa
sewaktu menurun dan menaik mangsa.

Ikatan balak
Ikatan sementara waktu untuk mengikat tali batang kayu
atau papan dan ikatan mudah dibuka.

Ikatan manuk
Selalunya digunakan untuk mengikat usungan iaitu pada
awal dan akhir ikatan pengusung .ikatan ini kukuh dan
mudah dilucutkan .

Triple bowline
Menurunkan atau menaikkan mangsa dan sebagai tali
pandu keselamatan kepada seseorang.

Simpul pengail
Menyambung dua tali yang licin atau berajal .ikatan ini
sangat berkesan jika tali tersebut basah.

You might also like