You are on page 1of 9

QGJ3043

PERGERAKAN DAN RITMA


SEM 2 SESI 2012/2013

1. Peranan pertama ialah, anda sebagai seorang guru yang akan melatih sekumpulan murid
bagi mewakili sekolah ke pertandingan pergerakan kreatif anjuran Pejabat Pendidikan
Daerah di kawasan anda.

2. Peranan kedua ialah, anda telah dilantik sebagai urusetia pengadilan pertandingan oleh
Pejabat Pendidikan Daerah yang menganjurkan pertandingan Pergerakan Kreatif.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIKS
LI BEE NGO D20102040559

PENSYARAH E-PEMBELAJARAN :Gunathevan a/l Elumalai

TARIKH SERAHAN :03/05/2013

GROUP :UPSI47(A122PJJ) 32/40%


1.Tajuk : Beautiful Day

2.Persembahan : 15 minit.

3.Objektif:
Kognitif :Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai pengalaman
pergerakan.

Psikomotor:Melakukan aktiviti pergerakan kreatif dengan menggunakan keseluruhan


anggota badan pada tahap kemampuan diri murid tersebut.

Afektif :Mendisiplinkan diri dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap


kumpulan ketika melakukan aktiviti kumpulan.

4.Jumlah murid : 15 orang murid

5.Alatan/props/costume : Piano, radio, cangkul, pencakar, sudip tangan, penyiram


air, tali, kertas, bakul

6.Latar bunyi/irama/lagu yang akan digunakan: Lagu A New Day Has Come, kicauan
burung, bunyi air sungai mengalir, lagu petani, suasana pasar,

7.Aspek keselamatan yang harus diutamakan


a)Keselamatan di pentas
b)Keselamatan penyimpanan alatan
c)Keselamatan peserta dan peralatan peserta.

Page 2
8.Huraian kareografi mengikut segmen:

Permulaan :
Masa :2 minit
Jenis pergerakan :Bukan Lokomotor
Tema pergerakan :Dalam situasi ini, tema yang terdapat dalam perlakuan ini
adalah Tema 3 iaitu kesedaran ruang yang menjurus kepada arah pergerakan
secara terlentang iaitu kedudukan tubuh badan yang berada dalam keadaan tidur
terlentang.
Peralatan :Piano
Muzik latar :A New Day Has Come
Perlakuan :Situasi di atas menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang
tidur di suatu malam di sebuah perkampungan. Kemudian, seorang demi seorang
akan bangun kerana hari beransur siang dan mereka perlu menyiapkan diri untuk
bekerja.
Aspek keselamatan : Memastikan tempat persembahan adalah rata.

Segmen 1
Masa :2 minit
Jenis pergerakan :Lokomotor
Tema pergerakan :Dalam situasi ini, tema yang diterapkan adalah tema 1 yang
mengenai kesedaran tubuh badan manusia. Pergerakan ini mengawal aliran
pergerakan lokomotor tubuh badan.Pergerakan aktiviti berjalan ini boleh dilakukan
secara bebas atau terkawal.
Peralatan :Radio
Muzik latar :Kicauan burung
Perlakuan :Perlakuan seterusnya adalah suatu pergerakan asas yang
biasa dilakukan oleh sekumpulan petani yang berjalan secara berkumpulan menuju
ke kebun sayur untuk menjalankan aktiviti menanam sayur.

Page 3
Aspek keselamatan :Keselamatan peserta di pentas.

Segmen 2
Masa :3 minit
Jenis pergerakan :Lokomotor
Tema pergerakan :Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah tema 8
iaitu ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan. Ianya adalah suatu komponen ritma
yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan
dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa
melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh badan bergerak.
Peralatan :Cangkul, pencakar
Muzik latar :Bunyi air sungai mengalir
Perlakuan :Situasi yang berlaku seterusnya adalah sekumpulan petani
sedang membersihkan kawasan, mengembur tanah dan membuat batas. Perlakuan
ini perlu dilakukan dengan cara berkumpulan. Ia juga dilakukan dengan cara dan
teknik yang betul dan tepat
Aspek keselamatan : Keselamatan peserta dan peralatan peserta.

Segmen 3
Masa :3 minit
Jenis pergerakan :Lokomotor
Tema pergerakan :Dalam situasi ini juga, penyesuaian terhadap rakan dan
persekitaran menjadi tema yang diterapkan dalam pergerakan tersebut. Tema ini
ialah Tema 5. Ia berbentuk kerjasama di dalam satu kumpulan atau pasukan.
Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilakukan melalui ketua dan pengikut
dan antara ahli kumpulan.
Peralatan :Sudip tangan, penyiram air
Muzik latar :Relaxing piano music

Page 4
Perlakuan :Situasi ini pula adalah merupakan suatu pekerjaan yang sudah
menjadi kebiasaan kepada setiap petani iaitu tabur biji benih atas batas dan timbus
dengan lapisan tanah yang nipis. Selepas itu, menyiram anak benih.
Aspek keselamatan :Keselamatan peserta dan peralatan peserta

Segmen 4
Masa :3 minit
Jenis pergerakan :Lokomotor
Tema pergerakan :Tema yang diterapkan dalam perlakuan atau pergerakan di
atas adalah ritma berkaitan dengan pekerjaan. Ianya adalah suatu komponen ritma
yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan
dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa
melakukan pekerjaan itu diulangkan dengan cara tubuh badan bergerak.
Peralatan :Tali, kertas, bakul
Muzik latar :Lagu petani

Perlakuan :Situasi seterusnya adalah saat-saat yang dinantikan oleh setiap


yang bergelar petani adalah mengutip hasil tanaman mereka yang terdapat di kebun
sayur. Kerja-kerja menggred, membersih, membungkus/mengikat perlu dilakukan
sebaik sahaja sayur-sayuran siap dituai untuk dijual nanti.
Aspek keselamatan : Keselamatan penyimpanan alatan

Penutup
Masa :2 minit
Jenis pergerakan :Lokomotor
Tema pergerakan :Tema 2 yang dapat diterapkan dalam situasi ini iaitu kesedaran
rintangan kepada beban dan masa. Tema ini adalah suatu pergerakan yang dikawal
dan mendapat rintangan. Seseorang yang memikul barang yang berat dapat
menghasilkan kesan berat-kuat kepada pergerakan tersebut.

Page 5
Peralatan :Bakul
Muzik latar :Relaxdaily
Perlakuan :Setelah tiba di pasar, petani terus mengangkat hasil tanaman
mereka untuk dijual kepada pemborong atau untuk keperluan sendiri. Situasi di atas
di mana sekumpulan petani sedang memikul bakul yang berisi sayur-sayuran
untuk dijual kepada pemborong.
Aspek keselamatan : Keselamatan penyimpanan alatan

Penutup:

Melalui kertas kerja ini, ia telah banyak meningkatkan kefahaman saya


tentang pergerakan asas. Saya telah banyak memperoleh pengetahuan dalam
bidang ini kerana telah banyak mencari maklumat ketika dalam proses menyiapkan
kertas kerja ini. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam
stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti saya dengan menjana idea
yang baru. Aktiviti atau persembahan seperti ini dijalankan sebenarnya mempunyai
tujuan dan sebab yang amat besar terutama sekali berkaitan dengan pengaplikasian
ke atas murid-murid sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid-murid
boleh diterapkan dengan pelbagai gerakkan yang mampu melatih motor halus dan
kasar mereka dengan lebih baik dan bersesuai serta mendorong murid
menggunakan pergerakkan ini sebagai aktiviti sampingan kecergasan yang boleh
membuka minda ke atas kreativiti gerakan badan manusia secara umum. Saya
memilih kerjaya ini kerana rata-rata pekerjaan ibu bapa anak murid di sini adalah
sebagai pekebun sayur. Saya rasa persembahan ini dapat mengeratkan lagi
hubungan antara ahli keluarga kerana murid-murid dapat merasai kepenatan ibu
bapa semasa bekerja. Sebagai seorang jurulatih, saya rasa saya perlu cuba sedaya
upaya membimbing anak murid saya bagi menjayakan persembahan yang unik ini.
Harap-harap apa yang dipelajari dapat memanfaatkan anak murid saya pada masa
akan datang. Ingin saya sampaikan sebuah pantun, “ramai orang membeli jamu, di
bawah pokok cuaca redup, bersungguh-sungguh mencari ilmu, ilmu dicari penyuluh
hidup.” 

Page 6
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN PERGERAKAN KREATIF

SEKOLAH RENDAH TAHUN 2013

BIL KAREOGRAFI / KOORDINASI PECAHAN PENGGUNAAN KESANTUNAN BUSANA JUMLA


KEASLIAN MUZIK DAN TARI DAN RUANG DAN
TARI GERAKAN POLA PENTAS TATARIAS
LANTAI
30 % 25 % 15 % 10 % 10 % 10 % 100 %

Page 7
BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kuala

Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo Joo Sim 19930 Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills

Champaign II, : Human Kinetics, Fajar Bakti Kuala Lumpur.

Bimbingan Intesif Sains Sukan (2005). Kualiti Books Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

HBPE 2103, Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan (2007),Open University

Malaysia.

Gonzales, Joseph (2004). Akademi Seni Kebangsaan. Choreography A Malaysian


Perspective.Kuala Lumpur.

Humphrey ,Doris. (1987).The Art of Making Dances : Princeton Book Company.

Open University Malaysia, (2007) HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-

kanak,Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Sandra Cerny Minton. 1986. Choreography –A Basic Approach Using Improvisation (2nd
edition). Human Kinetics
Siegel, Marcia B. The Shapes of Change: Image of American Dance.Houghton Miflin
Company. Boston. 1979.

Page 8
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik_artistik"

Page 9

You might also like