You are on page 1of 6

Rancangan Pelajaran Harian 2020

Bahasa Melayu

Kemahiran Bahasa Membaca


Tingkatan 4 Amanah
Masa 10:00 – 11:00 pagi
Tarikh 13 Jun 2020
Jumlah Murid 20
Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tajuk Pencemaran Alam
2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata,
Standard Kandungan istilah,serta ungkapan dan ayat dalam pelbagai bahan.
Standard 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan
Pembelajaran tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.
Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
Objektif
i. Membaca petikan rumusan berkaitan pencemaran alam dengan betul.

ii. Membaca dan menyatakan sekurang-kurangnya enam isi tersurat yang


terdapat dalam petikan.

iii. Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua isi tersirat berkaitan dengan


isu dalam petikan.

Elemen Merentas Kelestarian Alam Sekitar


Kurikulum
Nilai: Kerjasama, Tanggungjawab

KBAT Menganalisis petikan

PAK 21 Gallery Walk

Kaedah Pentaksiran Pemerhatian

BBB Video Animasi,Lembaran Kerja, Nota Berpelekat, Petikan 1 dan 2

Refleksi
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Murid menonton video animasi berkaitan Video Animasi


pencemaran alam sekitar.

2. Murid berinteraksi dengan rakan dan guru tentang


Set induksi
peristiwa yang berlaku dalam video yang ditonton.

Langkah 1

3. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu petikan Petikan 1 atau


yang berlainan berkaitan pencemaran alam. Petikan 2

4. Setiap kumpulan akan membaca menggunakan satu Teknik Bacaan


teknik bacaan CHATT. CHATT

Langkah 2

5. Kumpulan murid mencari sekurang-kurangnya 6 isi Kritis


Aktiviti
tersurat daripada petikan. Komunikasi
Kritis
6. Kumpulan murid mempamerkan hasil perbincangan
kepada kumpulan lain melalui aktiviti Gallery Walk. Gallery Walk
Langkah 3

8. Kumpulan murid mengenal pasti sekurang- Kolaboratif


kurangnya 2 isi tersirat daripada hasil perbincangan
kumpulan lain dengan mencatat pada helaian nota
berpelekat.

9. Murid membuat penilaian tentang pembelajaran hari Kritis


Penutup ini dan guru membuat peneguhan. kreatif
BORANG CHATT
NAMA :……………………………………………..
TOPIK :……………………………………………. TARIKH:……………………

KATA KUNCI/ISTILAH IMEJ (DEFINISI) DEFINISI

IDEA UTAMA: IDEA SAMPINGAN:

RUMUSAN GURU:
PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Kira-kira 45
peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus
bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri
daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang
suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila isi
rumah membuang apa-apa yang tidak perlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah
tidak sempurna, sampah mula bertimbun di tempat sendiri.

Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya
mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu,
amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg
plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan
sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan
polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu,
terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat
pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang
begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut
menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan
melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat
Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang
gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah
longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar
semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Malangnya, amalan kitar semula di negara kita
kurang mendapat sambutan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat pengumpulan bahan
kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula
disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya
secara berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam
sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan
masalah longgokan sampah yang tidak terkawal. Contohnya, penggunaan lampin pakai buang
yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah
longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi
pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu,
masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini,
pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak
demi kesejahteraan hidup manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah’
oleh Amlir Ayat,
Dewan Masyarakat, November 2011
PETIKAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
membendung pencemaran alam sekitar dan kepentingan mewujudkan alam sekitar yang
bersih. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

“Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa.” Begitulah
antara bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin. Seni kata lagu itu menceritakan kemusnahan
alam sekitar akibat kerakusan manusia. Sikap manusia memang menjadi faktor utama
pencemaran alam sekitar. Buktinya, kini berlaku perubahan cuaca yang tidak menentu,
penipisan lapisan ozon, banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air
bertoksin. Ketika ini, pelbagai pihak tampil mempromosikan usaha memelihara alam sekitar
menerusi media secara serius. Namun usaha tersebut masih di peringkat awal, kerana majoriti
masyarakat seolah-olah belum peka dengan masalah alam sekitar. Banyak pihak yakin cara
terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan
awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Pepatah “melentur buluh biarlah
dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.

Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan termasuk mengasuh mereka menggunakan sumber
alam secara berhemat terutamanya penggunaan air dan elektrik.Sebagai contoh, air mandian
dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Contoh yang lain, lampu dan
peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan lagi. Selain itu, menggalakkan mereka
membuang sampah di tempat yang disediakan. Didik mereka untuk kitar semula dengan
mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol,
plastik, kaca, dan kertas. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut.
Malah, kita perlu mengajar anak-anak mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan
surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Cara ini boleh menambahkan
tabungan. Didik anak-anak membuat baja kompos dengan sisa makanan. Baja tersebut
digunakan untuk pokok bunga atau sayur-sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini,
mereka akan turut dididik dengan konsep “berbakti kepada tanah.”

Majalah-majalah dan surat khabar boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara
mengumpulkan atrikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku skrap atau ensiklopedia peribadi
tentang topik yang menjadi minat mereka. Pendekatan ini akan membantu menjana pemikiran
mereka. Terapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang lama dan
dijadikan kraf tangan seperti beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh
diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis, atau arca. Pakaian anak-anak yang tidak lagi
digunakan mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. Cara
ini dapat mendidik mereka menjadi pemurah selain menggalakkan mereka menyertai program
berkaitan pemeliharaan alam sekitar, misalnya menyertai program gotong-royong
membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar.

Kita perlu sedar bahawa walaupun usaha tersebut kelihatan kecil tetapi jika semua orang
melakukannya, usaha ini banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha
terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah alam sekitar tanggungjawab kerajaan
sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan
alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak
sebelum nasi menjadi bubur.

(Dipetik dan diubah suai daripada‘Surat Pembaca’


Utusan Malaysia, 18 November 2009

You might also like