You are on page 1of 16

Tajuk Tugasan Kajian Mini:

PROGRAM KITAR SEMULA DI SEKOLAH NOUR SALAM ISLAMIC SCHOOL (NSIS)

“MEMBUDAYA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR”

GGGD 5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Semester 1, 2022/2023

Nama Pelajar: Nur Fatin Syafikah Binti Mohd Pabir (P122478)

Norizalina Binti Mohamad Azli (P124483)

Shamini A/P M.Sasetharan (P122214)

Farhana Nadia Bt Ahmad Azhari (P122371)

Nama Pensyarah: Dr. Nurfaradilla Mohamad Nasri


LAPORAN

PROGRAM KITAR SEMULA DI SEKOLAH NOUR SALAM ISLAMIC SCHOOL (NSIS)

TARIKH

13 November 2022

MASA

7:00 AM – 12:30 PM

TEMPAT

Nour Salam Islamic School (NCIS)

ANJURAN

Pelajar Darjah 1

TEMA

“Membudaya Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar”


1.0 PENGENALAN

Apa itu kitar semula? Menurut artikel Botolanggun (2022), kitar semula merujuk kepada
proses menukar bahan buangan menjadi objek yang baharu. Kitar semula merupakan salah satu
cara yang terbaik untuk mendapatkan kesan yang positif kepada manusia dan juga alam sekitar
yang mengelilingi kita. Walaubagaimanapun, sebagai manusia kita perlu bertindak dengan
pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, peningkatan populasi, perubahan
gaya hidup, peningkatan pengeluaran makanan yang bungkus, dan lain-lain.

Sementara itu, isu peningkatan bahan buangan boleh diatasi dengan kerjasama pelbagai pihak
seperti pihak sekolah, kerajaan, NGO, dan lain-lain. Pihai-pihak tersebut boleh mengadakan
program mengenai alam sekitar atau program kitar semula untuk memupuk kesedaran dalan
kalangan masyarakat. Dengan ini, pihak sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam
menanam kesedaran mengenai alam sekitar sejak kecil. Pihak sekolah juga boleh mengadakan
pelbagai program seperti program kitar semula untuk memberikan kesedaran kepada murid-
murid tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan contohnya botol
plastik, kertas, dan lain-lain.

Selain itu, program kitar semula sangat baik dan sesuai dijalankan bagi meningkatkan
kemahiran sosial dalam kalangan pelajar melalui mengadakan aktiviti kumpulan, pembentangan
tentang objek yang dihasilkan dengan menggunakan bahan kitar semula, penghasilan objek yang
kreatif, dan lain-lain. Jenis kemahiran sosial yang boleh membangunkan dalam diri pelajar
adalah seperti kerja berpasukan, keyakinan diri, pemikiran kreatif, dan kemahiran
berkomunikasi.

Akhirnya, sesuatu program yang dilaksanakan di sekolah perlulah membantu pelajar dalam
pelbagai aspek seperti meningkatkan kemahiran sosial. Oleh itu, program kitar semula tersebut
akan memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar dan pada masa yang sama ia juga membantu
pelajar untuk membangunkan kemahiran sosial.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

2.1 KURANG PERGAULAN DALAM RAKAN SEBAYA

Dalam era teknologi kini, kemudahan peranti gajet seperti telefon pintar membuatkan murid
cenderung untuk tidak bergaul dengan rakan sebaya. Hal ini menyebabkan terdapat segelintir
murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran sosial terutama dengan rakan sebaya dan
orang sekeliling. Selain itu, sesetengah murid juga didapati lebih suka menyendiri dan suka
memilih bermain gajet bersendirian, mengelak untuk bermain bersama rakan, tidak aktif dan
lebih gemar untuk memerhati rakan yang bermain gajet dan juga focus mereka lebih tertumpu
kepada gajet sahaja. Kesannya membuatkan mereka kurang berkomunikasi dan juga berinteraksi
dengan orang lain. Ia akan melemahkan kemahiran sosial mereka. Sebagai contohnya, kemahiran
komunikasi, membina persahabatan, dan juga kerja berkumpulan. Walaupun ada segelintir murid
yang dapat bergaul dengan baik bersama rakan tetapi masih ada segelintir murid yang tidak
mahu bergaul dan suka bersendirian.

berkongsi peranti gajet dan peralatan permainan bersama. Masalah berkongsi barang ini juga
merupakan salah satu perkara penting yang perlu dikuasi oleh kanak-kanak dalam aspek
kemahiran sosial mereka.

2.2 TIADA KESEDARAN PENGURUSAN BAHAN BUANGAN

Kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama, walaupun kini banyak


diperkatakan mengenai kesedaran kebersihan alam sekitar masih ramai dalam komuniti setempat
yang tidak mengambil berat isu ini. Terdapat banyak sekitar kawasan setempat masih lagi
mengalami pelbagai masalah seperti pembuangan sampah-sarap yang tidak terkawal,
pembuangan yang tidak dibuang di tempat yang betul dan sebagainya. Dengan ini, pelajar juga
suka membuang sampah tanpa mempedulikan dan berfikirkan sampah itu boleh dikitar semula
ataupun tidak. Mereka juga membuang semua jenis sampah dalam satu tong sampah tanpa
mengetahui perbezaan pengasingan tong sampah.
Selain itu, pelajar suka membuang sampah di merata tempat kerana tiada budaya kitar semula
dalam diri mereka sejak kecil dan tiada amalan tersebut semasa di rumah. Dengan ini, program
kitar semula sebegini seharusnya diterapkan dari peringkat sekolah lagi agar dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri pelajar mulai dari peringkat sekolah, seterusnya melibatkan diri
dalam komuniti setempat untuk menjaga kebersihan alam sekitar bersama.

Program kitar semula ini pernah meletakkan harapan kerajaan agar dapat mengurangkan
sampah isi rumah sebanyak 40% pada tahun 2015 dan 60% komuniti setempat mengasingkan
sampah melalui pengasingan sisa buangan oleh isi rumah pada tahun 2016, selain itu dapat
menaikkan reputasi sebagai komuniti bersih dan masyarakat kitar semula, menjimatkan
sekurang-kurangnya 10% daripada kos penyelenggaraan dan pengurusan bahan-bahan terbuang
dalam masa setahun dan komuniti juga dapat menghantar minyak masak terpakai ke pusat kitar
semula.

Melalui program ini pelajar dapat melibatkan diri dalam masyarakat sekitar dengan
menyedari kepentingan untuk sering bekerjasama menjaga kebersihan alam sekitar seterusnya
pelajar akan lebih berani untuk berkomunikasi dalam masyarakat agar sama-sama menjaga alam
sekitar seterusnya mengamalkan sikap kitar semula dalam masyarakat.

http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-33-12-14.pdf
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memupuk kemahiran sosial dikalangan murid.

Program ini dijalankan bertujuan memupuk kemahiran sosial dikalangan murid.


Perkembangan kemahiran sosial berlaku apabila murid-murid bekerja dalam kumpulan dan ia
akan menyebabkan salah satu cara untuk permulaan interaksi antara satu sama lain. Apabila
murid-murid berinteraksi antara satu sama lain, secara tidak langsung murid-murid akan
mempelajari kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi sesuatu. Murid-
murid juga akan mempelajari menjalinkan persahabatan, belajar berkomunikasi yang positif,
mendengar dengan baik dan mula bergantung antara satu sama lain.

2. Memupuk semangat menjaga alam sekitar.

Program ini juga dijalankan bagi memupuk semangat menjaga alam sekitar. Dengan
menggunakan tema “Membudaya Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar” murid-murid
akan didedahkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar juga cara menggunakan barang
terpakai untuk mencipta sesuatu yang baharu. Program ini akan memupuk kesedaran murid
untuk cinta akan persekitaran yang baik dan mewujudkan persekitaran yang ceria.
4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program yang akan dilaksanakan adalah ‘PROGRAM KITAR SEMULA BARANGAN


TERPAKAI’. Program ini diadakan pada 13 November 2022, bermula pada pukul 7 pagi
sehingga 12:30 tengahari di sekolah ‘Nour Salam Islamic School (NSIS)’. Program ini
berlangsung pada hari terbabit sahaja dan sepanjang waktu persekolahan. Program ini diadakan
didalam bilik darjah, semua para guru dan ibu bapa turut terlibat bagi menjayakan program ini.
Program ini berlangsung bersempena hari sukaneka di sekolah dan bertemakan sukaneka
mencipta melalui barangan terpakai dimana para pelajar dapat menggunakan barang-barangan
terpakai untuk dikitar semula dan mencipta atau menghasilkan sesuatu daripada barangan
tersebut.

Bagi menjayakan program ini penglibatan ibu bapa amat diperlukan bagi membantu
murid-murid dalam mengumpul barangan terpakai. Guru-guru akan memainkan peranan besar
dalam menjayakan program ini. Seterusnya, program tersebut juga memupuk kesedaran dan nilai
murni dalam kalangan pelajar mengenai menghargai alam sekitar. Pelajar yang terlibat dalam
program ini adalah pelajar dari kelas Nour Salam Islamic School (NSIS) Primary 1.
5.0 RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM

Antara aktiviti-aktiviti yang pelajar mengikuti sepanjang program ini adalah seperti berikut :

Masa : 7:00 am-12:30 pm

Tarikh : 13 November 2022 (Sabtu)

Darjah :1

Bilangan pelajar : 20 orang

Bahan-bahan yang digunakan :-

i. Botol plastik terpakai

ii. Tanah liat pelbagai warna

iii. Cuka

iv. Soda bicarbonate

v. Kad board keras

vi. Pewarna merah.


Aktiviti yang dijalankan:

Aktiviti 1: Potong ditengah botol plastik terpakai kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan
bahagian bawah botol

Aktiviti 2: Tampal botol plastik bahagian pada kad board keras menggunakan tanah liat

Aktiviti 3: Tampal tanah liat keseluruh permukaan botol bahagian atas sehingga botol betul-
betul ditutupi tanah liat dan tiada lubang pada sekelilingnya

Aktiviti 4: Bancuh larutan cuka dan pewarna merah ke dalam bekas botol plastik bahagian
bawah tadi.

Aktiviti 5: Tuang larutan cuka pewarna kedalam model volcano yang siap ditampal tanah liat

Aktiviti 6: Akhir sekali masukkan


secara pantas larutan soda
bikarbonat kedalam model Volcano dan
lihat letusan akan berlaku

Gambar 5.0 Aktiviti program


Melalui program ini pelajar dapat menghasilkan satu letusan gunung berapi dengan
menggunakan bahan kitar semula berdasarkan panduan daripada guru dan juga kreativiti pelajar
sendiri. Para pelajar juga dapat bekerjasama dalam menjayakan program ini dan memupuk nilai
saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Melalui program ini juga pelajar dapat
memahami kepentingan menjaga alam sekitar dengan mengitar semula barangan terpakai.

5.1 PELAKSANAAN PROGRAM

Kejayaan program ini dapat sokongan dari ibu bapa kepada pelajar dalam penyediaan barangan
terpakai untuk menggunakan dalam program kitar semula.

Program ini bermula pada awal sesi persekolahan dan pelaksanaan program dibuat mengikut
tentatif seperti berikut:

7:00pagi- Ambil kehadiran dan maklumat pelajar


7:30 pagi
7:30 pagi – Sarapan pagi
8:00 pagi
8:00 pagi – Taklimat berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar dan kitar semula.
8:30 pagi Kesedaran untuk kitar semula barang terpakai kepada alam sekitar dan
kesan kepada maysrakat setempat yang mengamalkan sikap kitar semula
dan syangi alam sekitar dengan kitar semula

8:30 pagi – Ice Breaking untuk pelajar


8:45 pagi
8:45 pagi –  Pembahagian pelajar ikut kumpulan
9:15 pagi  Memberi panduan atau cara-cara menghasilkan gunung berapi
menggunakan bahan kitar semula.
 Penyediaan bahan untuk memulakan aktiviti.
11:30 pagi -  Mempersembahkan gunung berapi yang telah siap mengikut
12:30
tengahari kreativiti pelajar.
 Penyampaian hadiah

12:30 Program tamat dan bersurai.


tengahari

6.0 PERBINCANGAN

6.1 Impak kajian terhadap kemahiran sosial pelajar.

Program ini dijalankan adalah bertujuan memupuk kemahiran sosial dalam kalangan
murid. Kemahiran sosial boleh meningkat apabila murid-murid bekerja dalam kumpulan
dan berinteraksi antara satu sama lain. Apabila murid-murid berinteraksi antara satu sama
lain, secara tidak langsung murid-murid akan mempelajari beberapa kemahiran sosial
seperti bertolak ansur, bekerjasama, berkongsi idea, membina kepercayaan, kepimpinan,
dan pengurusan konflik. Murid-murid juga akan mempelajari penjalinan persahabatan,
kemahiran berkenalan, kemahiran berbahasa, kemahiran berbudi bahasa, berkomunikasi
yang positif, menerima pendapat dan mula bergantung antara satu sama lain.

Secara keseluruhannya, impak kemahiran sosial yang jelas terlihat selepas program ini
adalah bekerjasama, berkomunikasi, persahabatan dan berkongsi alatan dengan rakan
semasa aktiviti. Berdasarkan hasil pemerhatian yang dilakukan pada program ini, didapati
peningkatan kemahiran sosial dalam kalangan murid-murid tahun 1 di sekolah Nour
Salam Islamic School (NSIS).

Dalam pada itu, pernyataan bekerjasama menunjukkan peningkatan yang baik.


Semasa progran dijalankan, guru juga membantu dalam aktiviti membina gunung berapi.
Dengan penglibatan guru dalam program ini dapat mengubah presepsi murid dan dapat
menerapkan nilai bekerjasama dalam kalangan murid. Hal ini menyebabkan, murid-
murid juga akan mempelajari untuk bertolak ansur, menerima pendapat yang berbeza dan
mula bergantung antara satu sama lain.

Seterusnya, pernyataan berkomunikasi pula, dapat dilihat melalui aktiviti yang


dijalankan sebahagian murid yang pada mulanya mempunyai masalah komunikasi seperti
malu untuk memulakan perbualan. Selepas beberapa minit murid-murid tersebut mula
menunjukkan perubahan yang baik apabila mereka berkenalan dan bergaul antara satu
sama lain. Melalui pergaulan ini, murid yang mempunyai masalah komunikasi ini mula
bergantung dengan rakan lain dan meniru perlakuan rakan yang mereka lihat. Hal ini
menyebabkan mereka mula berkomunikasi antara rakan yang lain dan secara tidak
langsung menaikkan kemahiran berkomunikasi mereka.

Selain itu, melalui program ini dapat mengembangkan persahabatan antara murid
apabila mereka perlu melakukan aktiviti membuat gunung berapi dengan membentuk
kumpulan kecil bagi membina gunung berapi tersebut. Aktiviti berkumpulan ini
memberikan mereka ruang untuk berinteraksi dan secara tidak langsung ia membuatkan
murid untuk menjalinkan persahabatan antara satu sama lain.

Selain daripada itu, kemahiran berkongsi alatan dengan rakan semasa aktiviti.
Kemahiran ini juga dapat dilihat peningkatanya yang baik ketika aktiviti program ini.
Aktiviti pembuatan gunung berapi ini mereka perlulah membina satu gunung berapi
bersama-sama dengan ahli kumpulan. Hal ini mebuatkan mereka perlu berkongsi alatan
yang disediakan untuk menggunakan bersama dan secara tidak langsungnya mereka
belajar cara berkongsi peralatan untuk menjayakan sesuatu pembinaan gunung berapi.

Sementara itu, pendidikan mengenai alam sekitar adalah berhubung dengan


perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman
manusia dan tingkah laku. Pendidikan mengenai alam sekitar menggalakkan murid
meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan salah satu cara
untuk menangani isu-isu alam sekitar. Sebagai contohnya, pembelajaran alam sekitar
melalui pendidikan atau program yang melibatkan pengetahuan dan amalan
penambahbaikan isu-isu alam sekitar.
Di samping itu, program ini bertujuan untuk memperkembangkan pemikiran kreatif,
aktiviti penyelidikan yang dibuat oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu
dan kemahiran menyiasat serta komunikasi dalam kalangan pelajar. Ia berlaku dengan
cara penggunaan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini
adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan
formal. Sekiranya program sebegini tidak diberi diterapkan daripada peringkat sekolah,
tiada jalan penyelesaian untuk masalah sampah dan tidak dapat di atasi pada masa
hadapan.

7.0 KESIMPULAN

Terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang
menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu
Pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan melalui
ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib,2008). Menurut Palmer dan Neal
(1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam
sekitar serta pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait mengait.
Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan diambil kira semasa membina
kurikulum Pendidikan Alam Sekitar.

Selain itu, pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan
perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh pelajar, membentuk pengalaman individu
dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara
menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah
sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal bagi
mengembangkan kemahiran dan nilai-nilai yang ada dalam diri setiap pelajar bermula daripada
peringkat sekolah seterusnya melibatkan diri dalam masyarakat setempat.

Akhirnya, program mengenai pendidikan alam sekitar adalah berhubung dengan


perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia
dan tingkah laku dalam masyarakat. Ia amat penting dalam membina kesedaran,
mengembangkan etika, motivasi dan kesediaan untuk terlibat. Pendidikan ini juga menggalakkan
pelajar meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar
iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat
terhadap alam sekitar dari peringkat sekolah rendah.

RUJUKAN

Jenis Bahan Kitar Semula Yang Semakin Dilupakan. (2022, April 21). Botol Anggun.
https://botolanggun.com.my/jenis-bahan-kitar-semula/

Kartini, A.M. (2008). Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem Hutan Trapika


dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. Tesis PhD. Fakulti Pengajian Alam
Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan.

Khairul Ziana Kinainah (2014) . UPM pupuk amalan kitar semula di kalangan komuniti Serdang.

Palmer, J. & Neal, P. (1994). The Handbook of Environmental Education. London.


Routledge.

Yusop, A.H., Jailani, M.Y. & Esa. A. (2003). Meningkatkan Pengetahuan,


Amalan dan Sikap terhadap Pendidikan Alam di kalangan Pelajar. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran. Bangi :Universiti Kebangsaan
Malaysia.
LAMPIRAN

You might also like