You are on page 1of 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERJA KURSUS 100


PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
LASS3013
Nama : NURIL NADHRAH BINTI ISMAIL
Angka Giliran : 2018202340101
No Kad Pengenalan : 980627565168
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2018
Kumpulan/Unit : 7.02
Nama Pensyarah Kursus : PUAN AMALINA BINTI SUHAIMI
Tugasan Tarikh Tarikh Markah
Mula Hantar Wajaran
KUIZ 8/12/2021 10/12/2021
PENULISAN LAPORAN 25/11/2021 6/12/2021
LAPORAN REFLEKTIF 2/12/2021 8/12/2021
PEMBENTANGAN 2/12/2021 3/12/2021
BERKUMPULAN
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah.
Tandatangan Pelajar : Nuril Tarikh :
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyelesaikan
tugasan yang telah diberi iaitu kerja kursus bagi subjek LASS3013 Pendidikan Lestari dan Alam
Sekitar. Kerja kursus ini amat penting buat saya kerana melalui kerja kursus ini saya dapat
menambah pengetahuan saya ilmu bercucuk tanam dan cara penjagaannya yang sesuai.

Terima kasih saya ucapkan kepada ketua jabatan Jabatan Sains Kognitif, Puan Hajah
Noreha binti Sarkawi yang banyak membantu saya bagi melengkapkan kerja kursus ini. Sekalung
penghargaan kepada pensyarah saya, Puan Amalina binti Suhaimi yang setia dan sabar melayan
karenah dan pertanyaan yang bertubi-tubi dari saya untuk melengkapkan kerja kursus ini.
Hasilnya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Tidak terkecuali juga kepada Ketua Unit Pusat Sumber Al-Ghazali Institut Pendidikan
Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi, Puan Nor Annisa binti Kadri yang telah memberi
kerjasama dengan menerangkan tentang cara-cara penggunaan internet di pusat sumber. Di
pusat sumber ini, beliau telah membantu saya dari segi urusan peminjaman buku untuk
memperoleh banyak informasi dan maklumat yang saya perlukan bagi melengkapkan kerja
kursus saya.

Seterusnya, terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya, Encik Ismail bin
Shaari dan Puan Nuruzaida binti Zabri yang memberi pertolongan berbentuk kewangan untuk
membeli kertas, dakwat mesin pencetak dan sokongan moral kepada saya bagi melengkapkan
tugasan ini sehingga berjaya dan berpuas hati apabila kerja kursus sudah selesai dilakukan.

Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan serta
pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang
saya melakukan tugasan ini.

i
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i
ISI KANDUNGAN ii

PENDAHULUAN 1

1.0 NAMA PROJEK 1

2.0 PENGENALAN 1

3.0 TARIKH PELAKSANAAN 2

4.0 LOKASI 2

5.0 OBJEKTIF 2

6.0 SASARAN PROJEK 2

7.0 PELAKSANAAN PROJEK

7.1 LAPORAN SEBELUM PELAKSANAAN 3

7.2 LAPORAN SEMASA PELAKSANAAN 9

7.2.1 Pembersihan Tapak Edible Garden


7.2.2 Menggembur Tanah
7.2.3 Penambahan Tanah
7.2.4 Penyediaan Batas
7.2.5 Penyemaian Biji Benih
7.2.6 Penyiraman Tanaman
7.2.7 Sungkupan
7.2.8 Penjagaan Tanaman

7.3 LAPORAN SELEPAS PELAKSANAAN 23

8.0 IMPAK PROJEK TERHADAP INDIVIDU DAN SEKITARNYA 27

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 29

10.0 PENUTUP 31

RUJUKAN 32
LAMPIRAN 33

ii
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI DAN ALAM
SEKITAR KUMPULAN EDIBLE GARDEN.

PENDAHULUAN

Pendidikan alam sekitar sangat penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kualiti alam
sekitar. Menurut Haliza Abd. Rahman dan Roshaliney Hashim (2010), pendidikan alam sekitar
merupakan satu pendidikan yang amat penting bagi melahirkan warga Malaysia yang bukan
sahaja faham malah berkebolehan, berkemampuan bahkan mempunyai keprihatinan terhadap
pengurusan dan pencemaran alam sekitar. Pendidikan merupakan satu wadah yang dapat
melahirkan warga yang mencintai, prihatin dan sensitif tentang setiap perkara yang berkaitan
dengan alam sekitar yang berlaku di persekitaran mereka. Pendidikan alam sekitar tidak terhad
hanya di kelas sahaja tetapi boleh diintegrasikan merentasi kurikulum dan kokurikulum.
Pendedahan yang diberikan dari awal dapat membantu melahirkan warga yang cakna dengan
isu alam sekitar dan berusaha untuk melakukan penambahbaikan serta mengurangkan risiko
pencemaran. Merekalah yang menjadi harapan untuk meneruskan serta memperkasakan lagi
dasar-dasar pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar pada dekad seterusnya.

1.0 Nama Projek

Edible Garden

2.0 Pengenalan

Pertanian secara organik memiliki kesan positif bagi manusia dan alam sekitar. Pertanian
organik ialah menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan
bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal serangga perosak dan penyakit. Ianya
dapat mengembalikan semula keseimbangan alam sekitar dengan tidak memberi
sebarang kesan yang mencemarkan alam sekitar. Pertanian organik adalah pertanian
yang mesra alam dan menghasilkan produk yang selamat untuk pengguna.

Projek Pendidikan Lestari Alam Sekitar ini dilaksanakan oleh pelajar Elektif
Pendidikan Lestari Alam Sekitar LASS3013 sebagai salah satu usaha untuk menyambut
nilai dan etika profesional berdasarkan 9 tema IPG Lestari serta sebagai langkah
penyelesaian kepada isu alam sekitar setempat. Melalui projek ini, kami dapat menimba
ilmu dan pengalaman secara langsung bermula daripada proses semaian biji benih,

1
penjagaan tanaman sehinggalah proses penuaian hasil tanaman. Antara tanaman
sayuran yang terlibat ialah bayam, kangkung, pegaga, ulam raja, kacang botor dan daun
kesum. Projek ini berlangsung selama 7 minggu bermula 8 November 2021 sehingga 24
Disember 2021 di tapak Edible Garden IPG Kampus Pendidikan Islam.

3.0 Tarikh Pelaksanaan

8 November 2021 – 24 Disember 2021

4.0 Tempat

Tapak Edible Garden, IPG Kampus Pendidikan Islam

5.0 Matlamat dan Objektif

Berikut adalah beberapa matlamat dan objektif yang telah ditetapkan sebelum
melaksanakan projek ini:

1. Menggunakan sumber tenaga manusia yang ada untuk menyumbang kepada


usaha pengeluaran tanaman makanan secara organik.

2. Meningkatkan ilmu dan kemahiran pengurusan tanaman dari sudut pemantauan


serta pemerhatian pokok seperti pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan
rumpai dan perosak serta tuaian.

3. Meningkatkan kesedaran individu mengenai kepentingan penanaman dan


penjagaan tumbuhan secara organik.

4. Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menyumbang usaha dalam


melestarikan kawasan kampus.

6.0 Sasaran Projek

Sasaran bagi projek ini ialah pelajar elektif terbuka LASS3013 Pendidikan Lestari Alam
Sekitar sebagai agen perubahan kepada masyarakat kampus. Mereka dapat memulakan
langkah awal untuk memberikan kesedaran kepada warga kampus tentang kepentingan
mengamalkan tanaman organik.

2
7.0 PELAKSANAAN PROJEK

7.1 Laporan Sebelum Pelaksanaan Projek

Sebelum melaksanakan projek bagi subjek Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013),
kami telah mendengar satu taklimat ringkas berkenaan tugasan yang perlu kami
laksanakan bagi menunjukkan amalan gaya hidup ke arah kelestarian IPG Kampus
Pendidikan Islam. Taklimat ini telah disampaikan oleh pensyarah-pensyarah pembimbing
iaitu Puan Amalina, Puan Fazida dan En. Mohd Puzi. Kami telah mendapat banyak ilmu
dan pengetahuan yang baharu daripada pensyarah-pensyarah ini. Contohnya, seperti
perkara-perkara yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan untuk menjaga tanaman yang
kami pilih.

Selain itu, kami juga telah mendapat pengetahuan dan khidmat nasihat daripada
pensyarah tentang cara untuk mendapatkan sumbangan bagi projek yang akan
dijalankan. Seterusnya, kami telah memilih untuk mewujudkan satu taman yang diberi
nama Edible Garden bersesuaian dengan matlamat utama kami iaitu untuk membina satu
taman sayur-sayuran secara organik, segar, mudah dikendalikan dan mempunyai khasiat
yang baik untuk kesihatan. Kami telah memilih projek Edible Garden kerana tujuan utama
kami ialah untuk menghasilkan sayur sendiri secara organik bersesuaian dengan moto
projek kami iaitu Start Growing Your Own Food : From Garden to Plate.

Gambar 1 : Perjumpaan bersama Encik Mohd Puzi dan Puan Amalina di Edible Garden

3
7.1.1 Pemilihan Biji Benih dan Pembahagian Tugas

Pada 9 November 2021, kami telah membuat satu perjumpaan bersama ahli kumpulan
projek Edible Garden sebelum memulakan projek. Pertama sekali, kami telah melantik
ketua dan berbincang mengenai jadual bertugas setiap hari. Selain itu, kami telah
melakukan perbincangan mengenai konsep dan tumbuhan-tumbuhan yang ingin kami
tanam di taman Edible Garden. Kami telah melakukan kajian secara teliti tentang sayur-
sayuran yang ingin ditanam melalui rujukan di Youtube, beberapa jurnal dan juga hasil
perbincangan bersama pensyarah pembimbing. Antara aspek yang diambil kira ialah
sayur-sayuran yang bakal ditanam perlulah senang dikendalikan dan tidak memerlukan
penjagaan yang rumit. Selain itu, sayur-sayuran yang ingin ditanam harus mempunyai
kadar percambahan yang cepat dan membawa hasil pulangan dalam masa yang singkat.
Antara jenis sayur-sayuran yang telah disepakati untuk ditanam di Edible Garden ialah
pegaga (centella asiatica), daun kesum (persicaria odorata), ulam raja (cosmos
caudatus), kangkung (ipomoea aquatica) dan daun ketumbar (coriandrum sativum).

Gambar 2 : Perbincangan bersama Ahli Kumpulan Edible Garden.

4
7.1.2 Persiapan Tapak

Seterusnya, kami telah mencari dan membuat persiapan tapak sebelum memulakan
projek sayur-sayuran kami. Kami telah mendapat tempat yang sangat sesuai bagi
menjayakan projek ini. Permukaan tanah yang rata dan tidak bercerun memudahkan
kerja-kerja penanaman sayuran. Tempat tersebut strategik kerana terdapat sumber
bekalan air yang mencukupi dan kawasan yang terdedah pada pancaran cahaya
matahari. Sumber cahaya matahari dan air sangat penting bagi pertumbuhan pokok. Kami
melakukan pemuliharaan tanah supaya tanah lebih subur. Kesuburan tanah adalah satu
konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung
pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Jadi, kami akan pastikan tanah
mengandungi saliran yang baik, menyimpan nutrien, kelembapan yang sederhana dan
tidak terlalu berasid. Hal ini sangat penting bagi mendapat hasil tanaman yang bermutu
tinggi.

Gambar 3 : Tapak Projek Edible Garden

5
7.1.3 Kutipan Sumbangan

Di samping itu, perkara lain yang kami jalankan sebelum memulakan projek ialah
mengutip sumbangan daripada pelajar dan juga pensyarah IPG Kampus Pendidikan
Islam untuk membeli bahan-bahan untuk memulakan projek seperti peralatan untuk
menanam, tanah, baja, anak pokok dan sebagainya. Sebelum memulakan projek,
beberapa ahli jawatankuasa telah membina satu poster berkenaan hebahan kutipan
sumbangan (lihat gambar 4). Kami sebanyak tiga kumpulan membahagikan tugas untuk
meminta sumbangan di setiap jabatan di IPG Kampus Pendidikan Islam. Selain itu, kami
juga telah menguar-uarkan poster sumbangan di media sosial melalui medium Whatsapp
dan juga Instagram untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak luar. Hasilnya, kami
telah mendapatkan sumbangan yang mencukupi untuk penanaman sayur-sayuran di
Edible Garden dalam masa dua hari sahaja daripada warga IPG Kampus Pendidikan
Islam seperti para pelajar dan juga pensyarah-pensyarah (lihat gambar 5). Kami juga telah
mendapat sumbangan daripada pihak luar melalui pemindahan wang dari bank secara
atas talian daripada poster yang telah dihebahkan.

Gambar 4 : Poster kutipan sumbangan Edible Garden

6
Gambar 5 : Sumbangan daripada warga IPG Kampus Pendidikan Islam

7.1.4 Penyediaan Alatan

Seterusnya, perkara terakhir yang telah kami lakukan sebelum memulakan projek
setelah mendapat sumbangan yang cukup ialah kami telah membeli kesemua peralatan
dan kelengkapan untuk penanaman sayur-sayuran di Edible Garden. Contohnya seperti
sudip tangan, penggembur tangan, gunting pangkas, bekas siraman, baja, tanah bekas
penyimpanan barang dan sarung tangan. Sudip tangan sememangnya sangat sesuai bagi
penanaman pokok kecil seperti pokok herba dan sayur. Penggembur tangan adalah
berfungsi untuk menggembur tanah dan membuang rumpai. Gunting pangkas pula
bertujuan untuk mencantas dan membuang ranting mati. Bekas siraman pula digunakan
untuk menyiram anak-anak benih dan pokok supaya penanaman kami mendapat air yang
cukup. Pembelian baja dan tanah pula dibuat untuk memastikan sayur-sayuran mendapat
nutrien yang cukup. Akhir sekali, dari aspek keselamatan, penggunaan sarung tangan
sangat penting bagi melindungi tangan daripada sebarang kecederaan semasa berkebun.
Begitu juga dengan bekas penyimpanan barang, ianya digunakan untuk menyimpan
kesemua peralatan yang telah digunakan supaya peralatan tersebut tidak hilang dan
berada di tempat merata-rata.

7
Gambar 6 : Pembelian alatan dan keperluan bagi penanaman di Edible Garden

8
7.2 Laporan Semasa Pelaksanaan Projek

7.2.1 Pembersihan Tapak Edible Garden

Pada awal pagi, saya bersama ahli kumpulan dua telah ditugaskan untuk
membersihkan kawasan Edible Garden. Terdapat lapan tong yang perlu
dibersihkan. Kami mendapati banyak lalang tumbuhan yang tidak dikenali dan
tanaman ulam raja yang sudah lama terbiar. Langkah ini dilaksanakan bagi
memastikan tanah tidak ditumbuhi tanaman-tanaman yang lain. Pembersihan
tanaman ini sangat penting bagi tanaman sayur kami mendapat nutrisi yang
sepatutnya tanpa berlaku persaingan. Oleh itu, kami bekerjasama membersihkan
kawasan tong dan menggembur tanah untuk tanaman baru.

Gambar 7:Pembersihan tapak Edible Garden oleh kumpulan 1

Gambar 8:Pembersihan tapak Edible Garden oleh kumpulan 2

9
Gambar 9: Kerja pembersihan tapak oleh kumpulan 3

Gambar 10: Edible Garden sebelum dan selepas dibersihkan

7.2.2 Menggembur Tanah

Selepas itu, kami meneruskan aktiviti menggembur tanah menggunakan alatan-alatan


yang telah disediakan. Misalnya cangkul, penggembur tanah dan sudip tangan. Aktiviti
penggemburan ini sangat penting bagi membeaiki saliran dan pengudaraan tanah,
memudahkan pembinaan batas serata menghapuskan rumpai dan organisma perosak.
Sebelum itu, kami mendapati tanah-tanah yang terdapat dalam tong tersebut telah keras
dan terdapat banyak batu-batu, akar-akar kayu. Justeru, kami menggunakan teknik
penggemburan halus bagi memudahkan saluran udara. Tambahan pula, aktiviti
penggemburan ini sangat baik untuk mengelakkan pembiakan anai-anai dan agen
perosak yang lain.

10
Gambar 11: Aktiviti menggembur tanah

7.2.3 Penambahan tanah

Selepas itu, ahli kumpulan tiga Edible Garden telah menambah tanah organik kedalam tong-tong
yang kekurangan tanah. Sebelum menambah tanah, mereka telah meletakkan daun-daun kering
dan melapiskan dengan tanah organik secara berulang. Kaedah ini dipanggil sebagai No Digging
Method dimana tidak perlu menggali tanah untuk bercucuk tanam. Tambahan pula, daun-daunan
kering ini akan menjadi nutrisi atau untuk pokok tumbuh dengan baik dan sihat. Penghasilan
nutrien amino dan karbon hasil pereputan daun kering ini akan memberikan unsur baja semula
atau kompos. Seterusnya, dapat meningkatkan kadar pertumbuhan pokok yang ditanam. Oleh
itu, kaedah ini telah diguna pakai dalam penanaman di Edible Garden

Gambar 12: Aktiviti meletakkan tanah ke dalam tong

11
7.2.4 Penyediaan batas.

Setelah itu, kami bersepakat untuk membina batas sebelum menyemai biji benih kangkung dan
bayam. Penyediaan batas ini dilakukan supaya dapat mengelakkan air bertakung, menambah
kesuburan tanah dengan meningkatkan pengudaraan tanah dan dapat mengawal kawalan
rumpai. Cara penyemaian biji benih bayam adalah dengan jarakkan mengikut ukuran yang
disyorkan ialah 8-10 cm antara pokok dan 2-3 cm antara barisan. Manakala batas bagi sayuran
kangkung mempunyai ketinggian 15 cm, lebar 1 cm dan panjang 4-5 cm (mengikut keluasan
tong). Kami juga diminta untuk mencari tanah halus seperti yang dicadangkan oleh pensyarah
En. Muhamad Fauzi.

Gambar 13: Aktiviti membina batas bagi sayuran bayam dan kangkung

7.2.5 Penyemaian Biji Benih

Selepas selesai penyediaan batas, kami telah menyemai biji benih sayuran bayam dan kangkung
ke dalam tong yang berasingan. Kami telah membuat lubang kecil dalam kedalaman 1-2 cm.
Misalnya, bagi tanaman kangkung dan bayam di sarankan meletakkan dua biji benih bagi setiap
lubang. Kedalaman lubang ini akan membentuk pencambahan biji benih dengan cepat. Selain
itu, kami juga turut menyemai biji benih ketumbar, kacang botor, kangkung dan bayam di dalam
tapak semaian. Bagi biji benih ketumbar, kami telah mengambil inisiatif dengan menyemai biji
benih ketumbar yang baharu. Kami telah menggunakan kaedah dengan merendam biji benih
selama satu malam sebelum disemai. Jika didapati biji benih ketumbar yang timbul di permukaan
air. Maka biji ketumbar itu sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi untuk tanaman. Oleh itu,

12
penjagaan yang sangat rapi perlu diberikan kepada anak-anak pokok kerana dikhuwatiri akan
mati. Oleh itu, anak-anak pokok ini telah diletakkan di tempat yang teduh daripada cahaya
matahari.

Gambar 14: Aktiviti menyemai anak benih ke dalam tempat semaian

13
Gambar 15: Aktiviti menyemai biji benih Ketumbar

7.2.6 Penyiraman Tanaman

Selepas itu, kemi melakukan langkah penyiraman pada peringkat awal. Tanaman yang dipilih
sangat memerlukan air yang banyak kerana kelembapan tanah mampu mempercepatkan proses
percambahan biji benih. Rentetan itu, satu jadual tugasan telah disediakan bagi aktiviti
penyiraman sebanyak dua kali sehari. Justeru teknik penyiraman yang betul mestilah dikuasai
oleh setiap ahli kumpulan di mana air perlu berada pada tekanan yang rendah. Tekanan yang
tinggi akan menyebabkan anak pokok yang baru bercambah patah, rosak dan layu. Berikut
merupakan jadual bertugas bagi penyiraman pokok.

Hari Kumpulan

Isnin Kumpulan 2

Selasa Kumpulan 1

Rabu Kumpulan 2

Khamis Kumpulan 3

Jumaat Kumpulan 3

14
Sabtu Kumpulan 1

Ahad Kumpulan 1/ kumpulan 2

Jadual 1: Jadual Penyiraman Dan Penjagaan Tanaman

7.2.7 Sungkupan

Seterusnya, kami bersepakat untuk melakukan sungkupan atau mulching iaitu aktiviti menutup
biji benih daripada mati. tujuan sungkupan ini adalah untuk melindungi biji benih. Memandangkan
kawasan Edible Garden sangat terdedah dengan cahaya matahari dan keadaan cuaca yang tidak
menentu maka kami bersepakat untuk meletakkan net hitam dari tong bayam sehingga tong
kangkung. Hal ini disebabkan oleh anak-anak pokok tidak boleh terkena cahaya matahari dan air
hujan secara langsung kerana dibimbangi cepat mati dan kering. Oleh itu, Kami telah
membahagikan jadual untuk pemasangan net hitam. Saya telah meminta ahli kumpulan untuk
mengumpul kayu atau buluh untuk dijadikan tiang bagi memasang net hitam tersebut.
Seterusnya, kami bekerjasama mengorek lubang dan memasang net hitam mengikut jadual.
Pemasangan sungkupan ini membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan
pengewapan air tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai di atas batas.

15
Gambar 16: Pemasangan Sungkupan Net Hitam

Gambar 17: Selepas Pemasangan Net Hitam

7.2.8 Penjagaan tanaman

Penjagaan tanaman sangat penting dalam memastikan kelangsungan hidup dan percambahan
anak pokok. Penjagaan tanaman ini bermula daripada awal proses penanaman pokok. Antaranya
adalah seperti berikut.

16
a) Penanaman anak pokok

Kami juga turut membeli anak pokok sayuran pegaga, daun kesum dan juga pudina. Kami telah
mengalihkan anak-anak pokok yang ada pada polybag ke dalam tong yang telah di khaskan dan
juga pasu yang lebih besar. Ini adalah untuk memastikan proses pertumbuhan anak pokok lebih
cepat. Tambahan pula, kami mendapati terdapat anak-anak pokok ulam raja yang tumbuh di
sekitar kawasan Edible Garden. Kami juga mencari anak-anak pokok Ulam Raja yang tumbuh
meliar di sekitar kawasan Edible Garden. Anak-anak pokok Ulam Raja ini akan ditanam ke dalam
tong yang telah disediakan agar dapat tumbuh dengan penjagaan yang betul. Selain itu, anak-
anak pokok kangkung, kacang botor, bayam dan ketumbar turut dialihkan ke dalam tong secara
berperingkat. Anak pokok yang telah membesar dan bercambah dengan baik akan ditanam
ditempat semiaan yang lebih besar.

Gambar 18: Aktiviti mengalihkan tanaman pegaga ke dalam tong

Gambar 19: Aktiviti mengalihkan tanaman Daun Kesum ke dalam tong

17
Gambar 20 : Aktiviti penanaman anak pokok Ulam Raja

Gambar 21: Aktiviti mengalihkan pokok pudina ke dalam pasu.

18
Gambar 22: Aktiviti mengalih anak pokok kangkung ke dalam tong tanaman.

Gambar 23: Aktiviti mengalihkan anak pokok ketumbar ke dalam tong tanaman.

Gambar 24: Aktiviti menanam anak pokok bayam ke tong tanaman

19
b) Merumput

Kami telah membahagikan tugas penyiraman dan penjagaan anak pokok. Penjagaan anak pokok
ini termasuklah aktiviti merumput atau mencabut rumput. Aktiviti ini perlu dilakukan setiap hari
bagi mengelakkan persaingan antara pokok untuk mendapatkan nutrisi yang secukupnya.
Contohnya seperti persaingan sumber air, nutrien-nutrien seperti kalsium magnesium dan amino
yang boleh menyebabkan tanaman tidak dapat membesar dengan baik.

Gambar 25: Aktiviti mencabut rumput di kawasan pokok Ulam Raja dan Daun kesum

20
c) Membaja

Aktiviti membaja telah dilakukan sebanyak sekali seminggu. Baja yang telah digunakan adalah
daripada sumber yang organik. Pembajaan ini akan menyebabkan tanaman tumbuh sihat dan
segar.

Gambar 26: Aktiviti Meletakkan Baja Organik pada Sayuran Bayam dan Kangkung

d) Penyemburan racun serangga

Kami juga melaksanakan langkah berjaga-jaga dengan menyembur racun tanaman organik.
Aktiviti penyemburan ini perlu dilaksanakan dua kali sehari supaya tanaman tidak dimakan oleh
serangga perosak. Peyemburan ini hendaklah dilaksanakan pada awal pagi dan waktu senja bagi
mengelakkan terkena sinaran matahari. Tambahan pula, tanaman kami telah diserang oleh
serangga menyebabkan sayur bayam berlubang-lubang. Oleh itu, kami telah menyembur racun
serangga yang organik pada tanaman kangkung, kacang botor dan bayam.

Gambar 27: Aktiviti Penyemburan Serangga Organik

21
Gambar 28: Sayuran Bayam Sebelum dan Selepas Disembur dengan Racun Organik

e) Penggemburan tanah

Walaupun tanaman telah ditanam, namun aktiviti menggembur tanah turut dijalankan secara
berperingkat. Penggemburan tanah ini adalah untuk memastikan tanah tidak mandat dan saliran
air dapat mengalir dengan baik. Tambahan pula, dapat mengelakkan pembiakan serangga
perosak seperti anai-anai atau semut.

Gambar 29: Aktiviti Penggemburan Tanah

22
7.3 Laporan Selepas Pelaksanaan Projek

Selepas minggu keenam pelaksanaan projek Edible Garden, kami mendapati segala hasil
tanaman kami membesar dengan baik sekali. Kesemua anak pokok yang kami tanam
semakin membiak dan meninggi. Kami berasa sangat bersyukur kerana projek Edible
Garden kami berjalan dengan lancar.

Gambar 30: Pertumbuhan Sayur-sayuran Membesar dengan Baik

Langkah terakhir adalah penuaian tanaman atau sayuran. Penuaian sepatutnya


dilakukan setelah tanaman menunjukkan pertumbuhan yang baik dan membuahkan hasil
(Halimathul Saadiah A. Shafiei, 2016). Kami melakukan penuaian dengan cara memotong
lima sentimeter batang sayuran dari pangkal. Cara ini membolehkan tanaman dapat
menumbuh semula.

23
Gambar 31: Penuaian Pokok Ulam Raja

Selain daripada itu kami turut menjual anak-anak pokok bagi tanaman kacang
botor. Hal ini kerana ruang tanaman yang terhad dan bilangan anak pokok kacang botor
yang terlalu banyak. Bertitik tolak daripada itu, kami bersepakat untuk melakukan jualan
anak pokok kacang botor selaras dengan keharusan berjual beli dalam Islam melalui
Firman-Nya:

“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

(Surah al-Baqarah: 275)

Kumpulan sasaran jualan adalah kepada para pensyarah dan orang luar. Kami
telah membuat hebahan iklan tentang jualan melalui media sosial seperti aplikasi
Whatsapp kepada warga kampus yang berminat untuk membeli anak-anak pokok
tersebut. Setelah beberapa hari hebahan jualan dijalankan, kami memperoleh banyak
pemintaan daripada beberapa orang pensyarah yang berminat untuk membeli anak pokok
kacang botor daripada kami. Menariknya, jualan kami telah menggunakan barangan kitar
semula seperti botol plastik dan beg plastik kurier untuk dijadikan sebagai bekas anak-
anak pokok.

24
Gambar 32: Bekas Anak Pokok Kacang Botor Menggunakan Barangan Kitar
Semula

Pada 7 Disember 2021, satu lawatan daripada pihak Universiti Putra Malaysia
(UPM) telah dijalankan bagi Program Lawatan Tapak Kajian Pembangunan Garis
Panduan dan Modul Pembentukan Kampus Lestari - Anugerah Alam Sekitar. Program ini
dijalankan supaya para pensyarah UPM dan IPGKPI dapat bertukar idea dan pandangan
serta meningkatkan jalinan kerjasama antara UPM dan IPGKPI dalam amalan
melestarikan alam sekitar. Daripada sisi lainnya, program ini juga mampu mengeratkan
hubungan sesama manusia sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim
dalam hadis Rasulullah S.A.W.:

“Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkan
hubungan silaturahim (dengan ihsan)”

Gambar 33: Lawatan dari Para Pensyarah UPM ke Edible Garden

25
Gambar 34: Pembelian Anak Pokok Kacang Botor oleh Pensyarah UPM

26
8.0 Impak Projek Terhadap Diri Pelajar dan Sekitarnya

Berikut adalah beberapa impak positif yang diperoleh terhadap kelestarian alam sekitar.
Antaranya, kumpulan penulis mula menyedari akan kepentingan terhadap kelestarian alam
sekitar menerusi penggunaan baja secara organik dan semula jadi. Penanaman secara
organik adalah bersifat mesra alam yang mana ia mampu meningkatkan kesuburan tanah
serta meningkatkan pengeluaran produk pertanian secara sihat dan selamat untuk
dimakan oleh orang ramai tanpa menggunakan bahan kimia yang membahayakan
kesihatan. Penghasilan tanaman secara organik ini dapat menghasilkan sumber makanan
yang lebih berkualiti di samping meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan manusia.
Berbeza dengan penggunaan bahan kimia dan baja yang boleh membawa kepada
kerosakan pada sel-sel badan dan penyakit-penyakit berbahaya seperti barah, tumor dan
komplikasi dalam darah.

Selain itu, kumpulan penulis juga berjaya mengenalpasti bahawa penghasilan


projek Edible Garden dengan bertemakan organic gardening mampu menjimatkan
penggunaan duit. Pelajar mahupun pensyarah tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke
pasar dan berbelanja semata-mata untuk membeli sayur-sayuran. Cukup sekadar
bercucuk tanam di rumah, mereka dapat memperoleh hasil tanaman secara berlipat ganda
malah boleh dipasarkan secara kecil-kecilan. Hal ini sudah pasti dapat memberikan
keseronokan terhadap diri sendiri dan mendatangkan keuntungan yang lebih lumayan jika
ia dipasarkan secara besar-besaran. Bak kata pepatah belayar sambil memapan, merapat
sambil belayar. Maka tidak dapat dinafikan, kepentingan pertanian tanaman seperti edible
garden mula membuka mata masyarakat untuk memulakan penanaman dari kawasan
rumah sahaja dan boleh menerjah ke dunia pasaran global.

Seterusnya, pelaksanaan projek ini berjaya melahirkan siswa pendidik yang


berilmu khususnya dalam bidang pertanian. Penulis dapat belajar secara jelas berkaitan
prosedur menanam serta metod penanaman tanaman atau sayuran dengan betul dan
efektif. Pelbagai kemahiran telah dipelajari seperti kemahiran menggembur, menyemai,
menyiram, menuai dan membaja. Kemahiran-kemahiran ini sudah pasti sukar didapati di
luar kampus. Maka dengan adanya projek ini, penulis dapat melaksanakannya secara
praktikal dan memperoleh pengalaman yang sebenar. Ilmu lain yang dapat diperoleh
adalah berkaitan langkah penyediaan baja organik daripada garam dan racun serangga
menggunakan bahan dari dapur sahaja. Langkah ini sangat mudah dilaksanakan dan

27
meningkatkan pertumbuhan pokok. Maka dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan projek
“Edible Garden" ini berjaya mendatangkan manfaat kepada kumpulan penulis atas hasil
usaha titik peluh bersama.

28
9.0 Cadangan Penambahbaikan

Sepanjang pelaksanaan projek yang telah kami lakukan, terdapat beberapa


kekurangan yang kami hadapi. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan
untuk mengatasi kelemahan yang ada ialah sediakan jaring hitam sekeliling tumbuhan
untuk mengelakkan serangan serangga perosak. Hal ini kerana, tapak projek Edible
Garden yang berada berdekatan dengan pokok besar menyebabkan serangga dari pokok
besar menyerang anak pokok.

Selain itu, setiap tanaman perlu mempunyai jarak yang bersesuaian mengikut
jenis tumbuhan. Jarak tanaman yang sesuai dapat memudahkan pelajar mengurus
tanaman, memberi ruang yang cukup untuk tanaman tumbuh dan mengeluarkan hasil
serta mengelakkan persaingan bagi mendapatkan keperluan asas seperti air dan nutrien
antara tanaman tersebut.

Tambahan lagi, susunan pokok mestilah tepat untuk mengelakkan serangan


serangga. Sebagai contoh, bayam sesuai ditanam berdekatan dengan tanaman yang
mempunyai bau seperti daun kesum atau pudina. Hal ini demikian kerana serangga tidak
suka dengan aroma dan bau yang keluar daripada daun kesum. Posisi tanaman
penghalau serangga juga perlu dititikberatkan. Ianya dapat dibuat dengan menanam
secara selang selik beberapa tanaman antara pokok sayuran atau tanamkan di penjuru
kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau
semula jadi pada serangga perosak di kebun. Antara tumbuhan penghalau serangga yang
lain ialah serai wangi, daun kesum, daun pandan, bawang dan sebagainya.

Seterusnya, cuaca yang terlampau panas yang menyebabkan tumbuhan layu dan
tanah kering dapat diatasi dengan menggunakan teknik sungkupan (mulching)
menggunakan daun kering, kotak dan cebisan kotak. Sungkup dapat dihasilkan daripada
bahan berasaskan tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi permukaan
tanah. Ianya berfungsi untuk menekan pertumbuhan rumpai yang menjadi persaingan
kepada tanaman, menjimatkan air, membina kesuburan tanah dan mengurangkan kerja-
kerja perkebunan. Bagi sayur semusim yang tumbuh dan mati selepas berbunga dan
berbuah seperti kangkung dan bayam, keadaan panas sepanjang tahun boleh
mendatangkan stress. Apabila sayur stress, hasil akan berkurangan, mudah berbunga
awal serta senang diserang serangga perosak. Oleh itu, sangat penting untuk

29
mengekalkan kelembapan tanah agar air tidak mudah tersejat dan mengekalkan
kesihatan tanah.

Akhir sekali, gambar perkembangan tumbuhan perlu diambil setiap hari untuk
memudahkan urusan pendokumentasian dan dapat melihat bukti pertumbuhan setiap
tumbuhan dengan lebih jelas dan berkesan. Pelajar juga dapat membuat banding beza
antara kadar kelajuan pembesaran antara jenis sayuran yang telah disemai.

30
10.0 PENUTUP

Kesimpulannya, projek Edible Garden yang diusahakan selama tujuh minggu ini telah
menunjukkan perubahan yang positif sedari awal. Tidak dapat disangkal lagi bahawa projek yang
telah dilaksanakan mampu memberikan ilmu baharu kepada kami tentang aktiviti bercucuk
tanam. Sesungguhnya projek dalam subjek ini merupakan satu pengalaman yang berharga untuk
mengisi masa lapang dan dapat diaplikasikan oleh kami ketika berada di lapangan sekolah kelak.

31
RUJUKAN

Halimathul Saadiah A. Shafiei. (2016). Pengeluaran Bijih Benih Tanaman Ladang. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haliza Abd. Rahman dan Roshaliney Hashim. (2010). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam
Sekitar di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

32
LAMPIRAN

Gambar 35: Kumpulan 2 Edible Garden

Gambar 36: Proses menyemai biji benih dan menanam anak pokok pada 15 Nov – 18 Nov.

33
Gambar 37: Biji benih mula tumbuh seawal 20 November.

Gambar 38: Proses mengalihkan anak pokok ke dalam batas.

34
Gambar 39: Tanaman yang ditanam oleh Kumpulan 2 Edible Garden.

35

You might also like