You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM KITAR

SEMULA

1.1 Pengenalan

Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) telah
mendefinisikan kitar semula sebagai satu usaha memungut dan mengasingkan sisa
pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Dianggarkan sebanyak 38 123.28 tan
sisa pepejal dijana setiap hari pada tahun 2020. Bagi membendung isu ini setiap
lapisan masyarakat perlu diberikan pendidikan yang sewajarnya bagaimana untuk
menguruskan sisa pepejal yang dijanakan.

Oleh itu, program ini dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada warga
sekolah tentang bagaimana cara yang betul untuk mengasingkan sisa di punca dan
membudayakan amalan kitar semula untuk mengurangkan penjanaan sisa. Program ini
juga diharapkan dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar untuk mereka cipta sesuatu
benda baharu daripada barang-barang terpakai.

1.2 Objektif program

1.2.1 Memberikan pendedahan kepada murid mengenai cara yang betul dalam
pengasingan sisa di punca.

1.2.2 Mendidik murid untuk membudayakan amalan kitar semula.

1.2.3 Memupuk pemikiran kreatif pelajar dalam mereka cipta daripada barangan
terpakai.

1.3 Tarikh dan hari

Tarikh cadangan ialah pada 11 November 2022 bersamaan hari Jumaat.

1.4 Masa

Program ini dicadangkan untuk dilaksanakan selama 2 jam setengah sahaja dari jam
9.30 am sehingga 12.00 pm.

1.5 Penganjur

Pelajar Diploma Lepasan Ijazah, UKM.

Penasihat : Guru Besar Sekolah


Pengarah : ANIYAH FAQIH BINTI ANUAR
Setiausaha : ADILAHSIA MAJUNING
Tim. Setiusaha : RACHEL RACHA STEPHEN
AJK Dokumentasi : NOOR ASHIKIN BINTI NOORZAN
AJK Aktiviti : NAJIHAH BINTI ROSLAN
NUR FAZIRA BINTI MAHASAN
KERTAS CADANGAN PROGRAM KITAR
SEMULA

1.6 Penganjur bersama

1.6.1 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Iman (dan)

1.6.2 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan awam (atau)


1.6.3 Jabatan alam Sekitar (atau)
1.6.4 Pusat Kitar semula sekitar Lembah Klang

1.7 Tentatif
11 November 2022 (Jumaat)
Masa Aktiviti
9.30 pagi Pendaftaran
10.00 pagi Bacaan doa + ice breaking
10.30 pagi Ceramah kitar semula dan demonstrasi pengasingan sisa
pepejal
11.30 pagi Pameran hasil karya kreatif pelajar
12.00 tengah hari Bersurai

1.8 Penutup

Jumlah penjanaan sisa dianggarkan akan terus meningkat setiap tahun sejajar dengan
peningkatan populasi, kepesatan urbanisasi dan industrialisasi serta pertumbuhan
ekonomi negara. Cara hidup kitar semula amatlah wajar untuk diterapkan dalam diri
pelajar demi kelestarian alam sekitar. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan
program ini kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amatlah diharapkan.

Disediakan oleh,

_____________________________
(ANIYAH FAQIH BINTI ANUAR)
Pengarah Program Kitar Semula
KERTAS CADANGAN PROGRAM KITAR
SEMULA

You might also like