You are on page 1of 21

KOLEKSI SOALAN

RUMUSAN, SPM

DISUSUN OLEH:

PUAN SALINAH BINTI ABAS

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

SMK CONVENT JALAN PEEL, KUALA LUMPUR

1
PRAKTIS 1

Soalan 9 : Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza. Pergaulan antara
kaum yang terhad menjadi halangan utama kepada kerajaan untuk mewujudkan integrasi nasional.
Sebagai contoh, murid-murid di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum
dengan mereka. Perpaduan kaum boleh disemai dalam kalangan murid sekolah melalui
penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika
guru mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan. Perpaduan juga dapat
diperkukuh dengan cara memupuk semangat setia kawan dan bertolak ansur dalam kalangan rakyat
Malayisia. Semangat setia kawan dan tolak ansur ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang
hidup dalam suasana harmoni.

Perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai menjadi
kekangan dalam usaha memupuk semangat perpaduan. Keadaan ini menimbulkan perbezaan
pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan. Bagi mengatasi
masalah ini kerajaan perlu menggalakkan rakyat menganjurkan aktiviti rumah terbuka yang terbukti
dapat mengeratkan hubungan antara rakyat berbilang kaum. Selain itu, kewujudan surat khabar
pelbagai bahasa juga menjadi penghalang dalam mengeratkan perpaduan kaum. Hal ini secara tidak
langsung menyemarakkan semangat perkauman dan menghalang integrasi nasional dicapai.
Kerajaan perlu memastikan surat khabar pelbagai bahasa ini sentiasa menjaga sensitiviti setiap
kaum di negara kita. Dengan cara ini, masyarakat akan bersatu padu dan keharmonian negara
berkekalan pada masa akan datang. Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat disemai
di sekolah dengan cara menekankan nilai-nilai rohani dan budaya bersama-sama dalam kalangan
murid pelbagai kaum. Nilai-nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral. Dasar penubuhan Sekolah Wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah
rendah iaitu SRK, SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana
‘Cabaran Mengurus Defisit Kepercayaan Antara Kaum di Malaysia’
oleh Syaza Wardina Abd Khalik
Dewan Masyarakat, Februari 2020
2
Bahan 2

HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

Semangat
Kekitaanyang
menebal
11%

Kewujudan
Sekolah
Vernakular
13% Kurang kesedaran
dalam kalangan
generasi muda
46%

Perbezaan
statusekonomi
30%

3
PRAKTIS 2

Soalan 9 : Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
andasendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1
Pencemaran merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam
sekeliling dengan sampah sarap atau bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya
dan tenaga. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 yang menyatakan bahawa
pencemaran ialah perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling. Pencemaran alam
sekitar berlaku disebabkan pembuangan sisa industri ke dalam sungai oleh kilang-kilang yang
berdekatan. Sebagai contoh pencemaran Sungai Kim- Kim, Pasir Gudang yang telah mencemarkan
sungai dan menjejaskan kehidupan masyarakat sekeliling. Oleh itu kerajaan telah membuat
pindaan Akta Kualiti Alam Sekita 1974 untuk mengenakan hukuman lebih berat berbanding nilai
kompaun sedia ada.

Pencemaran sungai juga terjadi akibat tindakan tidak bertanggungjawab para petani dengan
membaja terlalu banyak sehingga bahan kimia mengalir ke dalam sungai. Para petani ini
sepatutnya menggunakan teknik pembajaan yang betul supaya tidak cepat meresap ke dalam
tanah. Pengurusan air kumbahan yang tidak terurus menyebabkan sungai tercemar. Sisa
kumbuhan yang tidak dirawat dengan berkesan boleh mendatangkan pencemaran sungai yang
serius. Selain itu, aktiviti pembalakan di kawasan yang berhampiran dengan sungai juga antara
penyebab berlakunya pencemaran sungai. Kegiatan pembalakan yang semakin menjadi-jadi ini
jika dibiarkan akan memusnahkan khazanah alam di negara kita dan menjejaskan kawasan
tadahan air. Tambahan pula, pembinaan kawasan perumahan yang berdekatan dengan sungai
juga mengundang pencemaran sungai berlaku. Pencemaran sukar dikawal disebabkan sikap
segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sungai. Mereka
yang tidak bertanggungjawab ini gemar mengambil jalan mudah dengan cara melupuskan sampah
dengan membuangnya ke dalam sungai. Kerajaan dan agensi swasta sepatutnya bekerjasama
dengan mengadakan kempen kesedaran kepentingan alam sekitar dengan lebih rancak lagi.
Kerjasama yang erat antara semua pihak ini diharap dapat mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar yang kian bertambah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Menghijaukan Negara Tanggungjawab Bersama’
oleh Loh Chun Chuan
Dewan Siswa, Jun 2018
4
Bahan 2

SUNGAI KITA SEMAKIN SAKIT

Kempen
Kitar Semua
(3R) di ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB Gotong-royong
perengkat BERSAMA membersihkan
sekolah. sungai

Bahan 3

5
PRAKTIS 3

Soalan 9 : Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiritanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Kesihatan amat berkait rapat dengan amalan berdiet. Amalan berdiet boleh didefinisikan sebagai
seseorang yang mengamalkan pemakanan tertentu, berpantang atau mengehadkan pengambilan
makanan bagi tujuan kesihatan atau kecantikan. Umumnya pengamalan diet bergantung pada tujuan
yang ingin dicapai. Oleh itu, pengamalan diet akan berbeza-beza mengikut matlamat seseorang. Tidak
kira apa- apa pun tujuannya, seseorang itu diwajibkan mengikut diet yang disarankan oleh pengamal
perubatan. Pengamalan diet yang seimbang sudah pasti dapat membantu mengekalkan bentuk badan
yang ideal malah berupaya memberikan kecantikan yang diidamkan. Tidak dapat dinafikan kebanyakan
masyarakat hari ini mengamalkan diet bertujuan untuk kelihatan cantik semata-mata. Keperluan
pemakanan seseorang juga berbeza-beza bergantung kepada usia, jantina dan aktiviti fizikal
seseorang.

Dalam hal ini, setiap individu seharusnya menghindari diri daripada mengamalkan diet yang tidak
tepat dan berbahaya kepada kesihatan. Pengamal diet perlu akur bahawa diet yang seimbang
hendaklah diimbangi antara pengambilan makanan dan aktiviti fizikal. Seseorang individu itu boleh
mengamalkan diet seimbang dengan mempelbagaikan jenis makanan setiap hari berpandukan piramid
makanan. Keperluan pemakanan seseorang juga berbeza-beza bergantung kepada usia, jantina dan
aktiviti fizikal seseorang. Apabila seseorang itu mengamalkan diet yang seimbang dan teratur, sudah
pasti tubuh badan akan berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit
berbahaya. Kajian telah membuktikan bahawa penyakit kencing manis, obesiti dan penyakit jantung
mudah menyerang individu yang mengabaikan diet seimbang. Diet seimbang juga penting untuk
membekalkan nutrien yang cukup kepada badan. Seterusnya, amalan berdiet secara seimbang juga
dapat merangsang otak untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan kerja seharian.
Sesungguhnya, amalan cara hidup yang sihat merupakan kunci untuk kita kekal sihat dan cantik secara
dalaman mahupun luaran.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sihat Semestinya Cantik’
Oleh Mohamad T. Abdullah,
Dewan Siswa, Julai 2020

6
Bahan 2

7
Praktis 4

Soalan 9 : Rumusan

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1
Pelbagai hasil barangan kraf tangan dihasilkan sejak zaman datuk nenek moyang dahulu seperti
tikar mengkuang sebagai alas tempat duduk atau tidur, tempayan atau labu tembikar untuk
menyimpan air yang kini kurang digunakan lagi. Produk kraf tangan tradisional tempatan mampu
menembusi pasaran antarabangsa sekiranya pihak kerajaan menyediakan landasan pemasaran yang
lebih meluas. Jika dibanding dengan pengguna tempatan, masyarakat di Eropah, umpamanya lebih
menghargai produk seni kraf tangan tradisional yang berkaitan warisan budaya. Kerajaan juga
sewajarnya berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kualiti dan kreativiti seni
kraf tangan tradisional. Tidak mustahil juga kita mampu mencetus aliran global menerusi produk
tempatan. Di samping itu, pengusaha kraf tangan tempatan perlu menghasilkan kraf tangan yang lebih
unik, kreatif dan mengekalkan keaslian. Penghasilan kraf tangan yang unik mampu menarik minat
pelancong untuk bertandang ke negara kita.

Pelaksanaan platform e-dagang menjadi medium usahawan kraf tempatan untuk berkongsi
pengalaman mengenai kraf dan budaya antara satu sama lain. Platform ini bertujuan untuk
mempromosikan produk-produk kraf tangan dan produk kreatif seperti lukisan, anyaman bakul, batik,
dan arca. Selain itu, Perbadanan Kraf tangan Malaysia membantu mengkomersialkan produk seni
kraf tangan melalui pembangunan pasaran, produk dan usahawan. Para belia yang berminat dalam
industri kraf tangan perlu diberikan pendedahan tentang pelbagai teknik membuat pembuatan kraf
tangan seperti bakul, mencanting batik, menenun songket dan sebagainya. Pendedahan yang
diberikan secara tidak langsung mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia di
negara kita. Seni kraf tangan ini juga mampu melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.
Produk seni dan kraf tangan tempatan mempunyai nilai dan keunikan tersendiri, sekiranya dikemas
kini mengikut permintaan aliran semasa.

Dipetik dan diubah suai


daripada‘Inovasi Memperkasakan Industri
Kraf Tempatan’
oleh Jamil Hashim,
Dewan Budaya, Mei 2020

8
Bahan 2

Dicanai ditempa dengan


semangatDipahat diukir
penuh berhemat Digali
dilukis menyentuh jiwa
Tinggi mutu nilai seninya
Rasakan biasakan.

Luangkan kegunaan
Dengan kraf buatan Malaysia
Di desa di bandar ataupun
di kotaGuna pakai
barangan kita Galak
membeli galak memakai
Ekonomikita pun turut
berkembang Cintai tiap
masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa
saja Beli guna pakailah
kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan
Nilai seni tinggi tiada
bandingan Sayangilah
warisan kraf Malaysia
Lambang jati diri bangsa.

Diubah suai daripada


Lagu Cintailah Warisan Kraf Malaysia
Lagu: Pak Ngah
Lirik: Siso
Penyanyi: Siti Nurhaliza

9
PRAKTIS 5

Soalan 9 : Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Pencapaian atlet sukan negara di arena antarabangsa tidak konsisten akhir-akhir ini terutamanya
dalam sukan utama seperti bola sepak, badminton dan hoki. Oleh itu, untuk mempersiapkan
Malaysia muncul sebagai jaguh sukan peringkat antarabangsa atlet sukan perlu sentiasa siap siaga
menjalani latihan yang giat dan berterusan bagi memastikan kemahiran dan pencapaian mereka
berada pada tahap yang terbaik. Namun begitu, tumpuan atlet remaja yang lebih mementingkan
bidang akademik menyebabkan prestasi sukan di Malaysia kurang membangun. Bagi melahirkan
lebih ramai atlet pelapisdalam bidang sukan kerajaan telah membina sekolah sukan di setiap negeri.
Pembinaan sekolah sukan ini bertujuan untuk memastikan golongan atlet mendapat bimbingan
daripada jurulatih yang pakar dari dalam dan luar negara. Sekolah sukan juga dibina bagi mengatasi
masalah sistem persekolahan harianbiasa yang tidak begitu memartabatkan kepentingan sukan.

Di samping penubuhkan institusi pendidikan berkaitan sukan, pembangunan sukan pada


peringkat daerah dan negeri perlu dijalankan secara berterusan bagi melahirkan atlet yang
berwibawa dan berkebolehan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sukan negara
tidak akan maju sekiranya masyarakat beranggapan bahawa bidang sukan tidak menjamin masa
depan. Selain itu, kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara maju yang lain
menyebabkan mutu sukan negara merosot. Sebagai contoh, kemudahan gelanggang sukan seperti
gelanggang sepak takraw, gelanggang badminton dan gelanggang tenis menjadi faktor sukan ini
kurang diminati. Walaupun bidang sukan merupakan satu kerjaya yang menjamin masa depan para
atlet, namun masih terdapat ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak terlalu fokus dalam
bidang sukan. Mereka lebih berbangga apabila anak mereka berjaya dalam akademik berbanding
kejayaan dalam bidang sukan. Oleh yang demikian, semua pihak berperanan memainkan peranan
mereka dalam memajukan sukan negara agar dapat memastikan negara Malaysia terkenal dengan
kemajuan dalam bidang sukan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kemerosotan Mutu Sukan Negara’
oleh Amir Hussain,
Dewan Siswa, Jun 2018
10
Bahan 2

11
PRAKTIS 6

Soalan 9: Rumusan

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada
tahun 2019 sebanyak 1,081 kes rasuah dilaporkan di negara kita. Keadaan ini menunjukkan
peningkatan kes rasuah sebanyak 23 peratus berbanding tahun 2018. Amalan rasuah jika dibiarkan
akan menjadi barah yang merosakkan negara. Bagi menangani masalah ini kerajaan akan
mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah rasuah. Langkah ini diambil untuk
memastikan pemberi dan penerima rasuah takut untuk terlibat dengan amalan rasuah jika hukuman
berat dikenakan kepada mereka. Selain itu, anggota SPRM perlu turun padang dan perlu menyiasat
aduan yang dilaporkan oleh orang awam berkaitan kes rasuah.

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis-habisan sejak awal lagi akan memberi kesan buruk
terhadap sistem pentadbiran negara. Sistem pentadbiran negara menjadi tidak cekap akibat budaya
korupsi dalam kalangan penjawat awam. Oleh itu, budaya kerja berintegriti perlu diamalkan dalam
kalangan penjawat awam di negara kita. Penjawat awam juga dinasihatkan agar menjauhi sifat tamak
yang boleh menyebabkanperbuatan rasuah berlaku. Gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa ini
jika dibiarkan akan mencemarkan imej negara kerana negara akan dipandang rendah oleh negara lain
jika amalan rasuah berleluasa. Rasuah juga menyebabkan taraf hidup rakyat menjadi semakin
rendah. Hal ini terjadi kerana bantuan-bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat miskin
tidak dilaksanakan akibat penyelewengan, salah guna kuasa dan amalan rasuah. Penerapan didikan
agama yang sempurna dalam diri rakyat Malaysia juga perlu dipergiatkan. Pengamalan nilai agama
yang sempurna menyebabkan mereka terhindar daripada amalan rasuah. Kesedaran tentang bahaya
rasuah perlu diterapkan kepada masyarakat sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, semua pihak
perlulah berganding bahu dalam usaha mengatasi amalan rasuah agar Malaysia bebas daripada kes
rasuah.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Rasuah dan Virus’
‘Mohamed Hatta Shaharo’,
Dewan Masyarakat, Mac 2021

12
Bahan 2
Lagu Rasuah Musuh Negara

Bertekad memerangi rasuah habis-habisan


Juga penyelewengan dan salah guna kuasa
Tidak akan mungkin terlepas dari pendakwaan
Pemberi dan penerima rasuah bertaubatlah
Rasuah itu ibarat najis yang menjijikkan
Jika tertangkap keluarga akan hilang maruah
Kasihan ibu bapa menanggung malu tak sudah.

Cukuplah, hentikanlah
Rasuah juga salahguna kuasa
Penyelewengan pasti terdedah, ibarat menyembunyi bangkai gajah
Hindarilah, jauhilah,
Rasuah itu jenayah
Insaflah, bertaubatlah.
Rasuah Musuh Negara. oohh.ohhh.
SPRM berikrar dan tekad memerangi rasuah habis habisan.

Lagu: SPRM
Lirik : SPRM

13
PRAKTIS 7
Soalan 9: Rumusan

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui Internet amat popular di Malaysia. Laman
sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat kini.
Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet sebagai medium untuk
mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman
sosial yang canggih dapat menarikperhatian masyarakat di Malaysia.

Penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baharu di samping hubungan
yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu
medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka akan mengetahui
kerjaya rakan dan berinterasi antara satu sama lain. Selain itu, ramai remaja juga dapat
membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial. Secara tidak langsung
mereka juga dapat menambahkan pendapatan bulanan mereka. Seterusnya, media sosial
dijadikan medium untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, dengan kecanggihan laman
sosial, kad kahwin boleh diletakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Permintaan
bantuan cemas juga dapat disebarkan. Di samping itu, dapat berkongsikan maklumat dan ilmu.
Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan televisyen untuk mengetahui berita terkini.
Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengan serta merta melalui twitter dan laman web
tertentu.

Namun begitu, penggunaan laman sosial menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau
pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya
dalam kalangan remaja perempuan. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang
diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Selain itu, penggunaan laman sosial
menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan sehingga
menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntukkan untuk
mengulang kaji pelajaran. Menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan
perbalahan sesama pengguna media sosial. Apatah lagi jika status peribadi itu menular dan
menjadi bahan kutukan dan kejian masyarakat. Pengguna akan mengalami stres yang
berpanjangan akibat tindakan memuat naik status yang boleh dijadikan bahan fitnah. Pihak
berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang
tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap
perkara yang buruk. Peribahasa ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada
mengubati”.
Dipetik dan diubah suai daripada,
‘Media sosial dan remaja’,
Sumber internet, Februari 2020.

14
Bahan 2

Di Media Sosial

Di media sosial Mengapa tidak sebagai insan


banyak berita aneh merenung dan berfikir
banyak khabar pelik menyaring setiap kisah
menggemparkan suasana damai datangnya silih berganti
melingkari maya menerobos realiti manusia bukan robot
bercampur antara kepalsuan mengikut menerima tanpa soal
beberapa minit lebih pantas sehingga telefon lebih pintar
tersebar merata luas daripada manusia.
lava emosi melimpah tak tertahan
ditular kepada kenalan MUHAMAD HISHAM LEE
jauh dan dekat Majalah Pendidik, Oktober 2017
mencetus cemas menimbul gundah
terhasil kacau merebak cepat.

15
PRAKTIS 8
Soalan 9: Rumusan

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak pantas.
Di Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat, iaitu kira-kira
20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk memiliki telefon pintar
kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga
turut dipengaruhi oleh rakan sebaya terutamanya yang telah memiliki telefon pintar. Kewujudan
telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai guna menyebabkan murid
sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih yang canggih ini. Setelah memiliki
peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka dengan peranti masing-masing dan seterusnya
membawa perubahan ketara terhadap tingkah laku mereka. Akibat penggunaan telefon pintar ini
juga menyebabkan murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa seperti
penggunaan singkatan dan bahasa slanga dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp
dan Instagram.
Keasyikan menggunakan telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan tanggungjawab
terhadap pelajaran seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran.
Selain itu, keasyikan bermain telefon pintar sehingga larut malam menyebabkan murid hilang
fokus semasa di dalam kelas kerana mengantuk akibat tidak cukup tidur. Lebih buruk lagi,
terdapat murid yang bermain telefon ketika di dalam kelas hingga mengganggu sesi
pembelajaran. Impak lain telefon pintar ini ialah murid mudah menerima dan mempercayai
maklumat tersebut tanpa mengetahui kesahihannya.
Oleh itu, larangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap murid yang
membawa telefon bimbit atau telefon pintar di sekolah ada asasnya dan peraturan ini mesti
difahami dan dipatuhi untuk manfaat semua pihak. Dalam hal ini ibu bapa juga perlu memainkan
peranan penting untuk mengatasi masalah ini. Tanggungjawab ibu bapa adalah dapat
menerangkan keburukan penggunaan telefon pintar kepada anak-anak dan mengehadkan
penggunaan telefon pintar. Di samping itu, ibu bapa menasihati anak-anak supaya tidak
membawa telefon pintar ke sekolah dan tidak memberikan wang untuk membeli telefon pintar.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah’
Oleh Sa’adiah Shuib,
Dewan Masyarakat, April 2015

16
Bahan 2

17
PRAKTIS 9
Soalan 9: Rumusan

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

18
Bahan 2

19
PRAKTIS 10
Soalan 9: Rumusan

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

20
Bahan 2

- KERTAS SOALAN RUMUSAN TAMAT -

21

You might also like