You are on page 1of 4

1 A, B dan C adalah beberapa istilah berkaitan pemasaran.

A Pemasaran

B Komunikasi

C Pengiklanan

Padankan maksud berikut dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

Proses untuk menyampaikan maklumat dan perihal mengenai produk dan


perkhidmatan

Sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak


peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada


pengeluar kepada pengguna
[3 markah]

2 Susun mengikut urutan yang betul sebahagian aliran dalam bidang pemasaran dengan
menulis 1, 2, 3 dan 4 pada petak yang disediakan.

Nilai

Pasaran

Urus niaga

Pertukaran
[4 markah]
3 A, B dan C adalah elemen dalam bidang pemasaran.

A Produk

B Urus niaga

C Pasaran

Padankan maksud berikut dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

Kawasan tempat penjual dan pembeli berkumpul melakukan jual beli

Tawaran yang boleh memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

Urusan yang direkodkan setelah berlaku pertukaran antara pihak yang


terlibat
[3 markah]

4 A, B dan C adalah beberapa aktiviti yang terlibat dalam pemasaran.

A Perniagaan

B Promosi

C Pengangkutan

Padankan penerangan berikut dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

Kegiatan membeli dan menjual produk untuk mendapat keuntungan

Kegiatan mengagihkan produk dari satu tempat ke tempat yang memerlukan

Kegiatan memperkenalkan produk melalui aktiviti pengiklanan, promosi


jualan, jualan langsung dan publisiti
[3 markah]
5 Berikan maksud bagi istilah berikut.
Pengguna akhir
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[1 markah]
Pengguna organisasi
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[1 markah]

6 J, K, L dan M adalah sebahagian daripada elemen dan aktiviti yang terdapat dalam
pemasaran.

J Pengeluar

K Produk

L Permintaan

M Perniagaan

Lengkapkan jadual berikut dengan menulis J, K, L dan M dalam ruang jawapan.

Elemen pemasaran Aktiviti pemasaran

[4 markah]
7 Tandakan (√) bagi peranan reka bentuk dalam pemasaran yang betul dan (×) bagi yang
salah pada petak yang disediakan.

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

Menjadi saluran untuk mendapatkan keuntungan yang banyak


[3 markah]

8 Nyatakan tiga ciri produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
(i) _________________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________________
(iii) _________________________________________________________________
[3 markah]

9 Maklumat berikut adalah ciri produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna dalam pemasaran.

A Fungsi produk

B Trend

Padankan dengan pernyataan yang betul dengan menulis A dan B pada petak yang
disediakan.

Ditentukan oleh permintaan dan penawaran ke atas sesuatu produk,


perkhidmatan, gaya hidup, teknologi dan sebagainya

Pengguna akan membeli dan menggunakan sesuatu produk untuk


memudahkan urusan harian mereka
[2 markah]

You might also like