You are on page 1of 14

Name:

1. ANIS BATRISYIA PUTRI BINTI MOHD NIZAM


2. HURIN NUR ATIKAH BINTI HAMDAN
3. NUR HAFIZAHTUN NADIYAH BINTI MANAS
4. NUR AFIFA SOFEA BINTI MUKTAR
ID Number :
1. AM2011008205
2. AM2011008434
3. AM2011008220
4. AM2011008229
Lecturer: Lab group / Tutorial group / Tutor (if
applicable)
CIK SITI NOR AIN BINTI IBRAHIM

Course and Course Code Submission Date:


BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK (ECE2103) 1 MAC 2022

Assignment No. / Title Extension & Late submission:


Allowed / Disallowed
MINI PROPOSAL

Assignment type : % of Assignment Mark Returning Date:


KUMPULAN

Penalties:

1. 10% of the original mark will be deducted for every one week period after the
submission date
2. No work will be accepted after two weeks of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating circumstances
you may be eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week

Declaration: I/we the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these
regulations on plagiarism and cheating. I/we confirm that this piece of work is my/our own. I/we
consent to appropriate storage of our work for checking to ensure that there is no plagiarism/
academic cheating

Signature:

This section may be used for feedback or other information.


KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 2

1.1 RASIONAL .................................................................................................................. 2

2.0 OBJEKTIF PROGRAM ................................................................................................... 2

3.0 KUMPULAN SASARAN ................................................................................................. 2

4.0 TAJUK PROGRAM ........................................................................................................ 3

4.1 TARIKH PELAKSANAAN ............................................................................................ 3

4.2 TENTATIF PROGRAM ................................................................................................ 3

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN ............................................................................................ 4

6.0 PENJELASAN TERHADAP PROGRAM ........................................................................ 4

7.0 KOS PROGRAM............................................................................................................. 5

8.0 PENUTUP ....................................................................................................................... 8

9.0 RUJUKAN ...................................................................................................................... 9

10.0 LAMPIRAN ................................................................................................................. 10


1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan bagi mengadakan
Program Kemahiran Bahasa yang melibatkan kanak-kanak dari Intelle-Gen Kindergarten.
Program ini merupakan antara program tahunan Intelle-Gen Kindergarten yang dijalankan
bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Program ini dianjurkan bagi memupuk dan mengukuhkan Kemahiran Bahasa kanak-
kanak tadika yang mempunyai masalah kelewatan literasi, perkembangan komunikasi lisan
yang terganggu dan asas kemahiran literasi yang belum kukuh. Sehubungan dengan itu,
aktiviti Kemahiran Bahasa ini akan menerapkan aspek seni bahasa bagi menyokong
perkembangan bahasa kanak-kanak melalui aktiviti pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan.

1.1 RASIONAL

Penganjuran Program Kemahiran Bahasa ini adalah untuk membantu kanak-kanak


yang mempunyai masalah perkembangan bahasa agar mereka tidak ketinggalan berbanding
kanak-kanak lain. Oleh itu, kanak-kanak akan didedahkan kepada teknik-teknik yang betul
untuk mengukuhkan kemahiran asas bahasa mereka melalui program ini sebagai salah satu
langkah intervensi dalam membantu masalah perkembangan bahasa mereka.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk:-


a) Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
b) Memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan melalui aktiviti
LiteRakyat.
c) Melatih kanak-kanak mengaplikasikan teknik yang betul dalam kemahiran berbahasa
sepanjang pelaksanaan aktiviti.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi aktiviti ini adalah kanak-kanak Intelle-Gen Kindergarten yang
berusia 6 tahun. Hal ini disebabkan oleh, aktiviti yang dijalankan dalam program LiteRakyat
agak mencabar kerana aktiviti ini melibatkan penerokaan yang memerlukan kemahiran berfikir

2
aras tinggi untuk menyelesaikan tugasan ini. Oleh hal yang demikian, pemilihan kanak-kanak
6 tahun adalah pilihan yang tepat untuk menjayakan program ini.

4.0 TAJUK PROGRAM

Perkataan ‘Lite’ adalah singkatan daripada perkataan literasi yang membawa maksud
aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan kanak-kanak seperti
kebolehan membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Seterusnya, ‘Rakyat’ pula merujuk
kepada cerita rakyat yang diselitkan dalam program ini menerusi aktiviti yang dijalankan. Jalan
cerita yang digunakan dalam aktiviti telah diinspirasikan daripada cerita-cerita rakyat iaitu
berkenaan dengan haiwan. Oleh itu, LiteRakyat iaitu hasil daripada gabungan literasi dan
cerita rakyat telah dipilih untuk dijadikan sebagai nama program.

4.1 TARIKH PELAKSANAAN

Tempat : Dewan Serbaguna Taman Harmoni


Tarikh : 20 Oktober 2022
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta : Kanak-kanak 6 tahun, Intelle-Gen Kindergarten

4.2 TENTATIF PROGRAM

Ketibaan peserta dan ibu bapa


8.00 pagi
Sesi Pendaftaran Peserta

Sarapan Pagi
8.30 pagi
Aktiviti Senamrobik

Majlis Perasmian
9.00- • Bacaan Doa
9.30 pagi • Ucapan alu-aluan dari Guru Besar Intelli-Gen Kindergarten
• Perasmian Program oleh Guru Besar Intelli-Gen Kindergarten

Pelaksanaan Aktiviti
9.30 - • Mengumpulkan kanak-kanak
11.00 pagi • Memberi taklimat cara untuk bermain
• Bahagikan kanak-kanak 5 kumpulan

3
• Aktiviti LiteRakyat

Majlis Penutup
11.15 pagi
• Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata

12.00 tengahari Majlis Bersurai

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN


Program ini akan menerapkan pendekatan belajar melalui bermain sepanjang aktiviti
dilaksanakan. Pendekatan belajar melalui bermain adalah aktiviti yang dijalankan secara
spontan yang membawa kepada pembelajaran. Bermain merupakan ekspresi kendiri yang
kreatif dan perkembangannya adalah yang paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Bermain
juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak
(Kraus, 1990).
Seterusnya, bermain juga merupakan penentu penting bagi perkembangan kekuatan
sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanak-kanak.
Selain itu, pendekatan belajar melalui bermain bukan sahaja menyokong perkembangan
kognitif dan bahasa kanak-kanak, malah pendekatan ini turut menyokong aspek
perkembangan fizikal, sosial emosi, serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap
yang maksimum. Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain dipilih bagi memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk meneroka dan meningkatkan kemahiran bahasa mereka melalui
aktiviti yang menyeronokkan.

6.0 PENJELASAN TERHADAP PROGRAM


Program LiteRakyat akan dijalankan bersama kanak-kanak berumur enam tahun dari
Intelle-Gen Kindergarten. Aktiviti ini merangkumi kesemua aspek perkembangan bahasa iaitu
kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar. Sebelum aktiviti dimulakan, kanak-
kanak akan dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan akan terdiri daripada 4
peserta.
Terdapat enam stesen yang akan disediakan untuk aktiviti ini dan setiap stesen akan
dijaga oleh seorang guru yang akan membimbing peserta untuk melaksanakan tugasan
mereka dan memastikan setiap kumpulan berada di stesen yang betul. Setiap kumpulan perlu
berhenti di setiap stesen bagi mendapatkan petikan ayat untuk melengkapkan jalan cerita
mereka. Selain itu, stesen-stesen ini akan dibezakan mengikut maskot haiwan yang akan

4
diletakkan pada stesen tersebut sebagai petunjuk yang akan membantu kanak-kanak
menentukan giliran stesen untuk setiap pusingan permainan.
Sebelum permainan bermula, setiap kumpulan akan menerima satu potongan petikan
yang merupakan permulaan cerita yang mereka perlu lengkapkan. Selepas itu, setiap
kumpulan akan menerima petunjuk untuk bergerak ke stesen seterusnya. Di setiap stesen,
kanak-kanak akan diberikan sambungan petikan cerita melengkapkan jalan cerita. Sebagai
contoh, cerita Sang Kancil dan Sang Buaya, Musang dan Segugus Anggur, dan Kura- kura
dan Arnab. Dari stesen pertama, mereka akan bergerak ke stesen kedua untuk mencari
petunjuk seterusnya seperti potongan ayat ringkas sebagai petunjuk. Berikut merupakan
contoh petikan dan petunjuk kepada salah satu stesen atau ‘check point’.

Rajah 1: Contoh petikan Cerita Rakyat yang bakal digunakan

Rajah 2: Contoh petunjuk stesen atau ‘check point’ serta jawapan

Setelah mereka melengkapkan jalan cerita, aktiviti LiteRakyat diteruskan lagi dengan
aktiviti kedua iaitu Radio Rosak. Rajah 3 menunjukkan pelan lantai aktiviti Radio Rosak.
5
Rajah 3: Pelan Lantai Aktiviti Radio Rosak

Permainan ini akan dimulakan oleh ketua kumpulan dimana ketua kumpulan akan
membaca satu potongan ayat berdasarkan cerita yang disusun daripada aktiviti satu kepada
ahli di hadapannya. Ahli yang seterusnya akan meneruskan permainan dengan berbisik
sehingga ke ahli yang terakhir. Setelah itu, ahli yang terakhir harus menulis potongan ayat
yang disampaikan dengan betul di papan putih yang disediakan. Akhir sekali, wakil setiap
kumpulan akan membentangkan hasil jalan cerita yang dilengkapkan melalui permainan
Radio Rosak. Pemarkahan akan dinilai melalui ejaan, susunan ayat, kerja dalam kumpulan
dan sebagainya. Kumpulan yang mendapat jalan cerita yang tepat serta kerjasama yang baik
akan memenangi aktiviti program ini.

7.0 KOS PROGRAM

Bil Bahan / Barang Kuantiti Harga Jumlah Nota


(RM/Unit)

1 Kos Penyewaan Dewan + 5 RM35.00 RM175.00


Sistem PA /jam

2 Sepanduk (Banner) 1 RM45.00 RM45.00


4 x 8 kaki

3 Brosur Tiada had - - Pemberian


melalui atas
talian kepada
ibubapa

6
4 Kos Perjalanan - - - Kanak-kanak
dibawa oleh ibu
bapa ke Dewan

5 Maskot Haiwan (Onesies) 6 RM25.00 RM150.00

6 Papan Putih Mini 10 RM5.00 RM50.00

7 Pen Penanda Papan Putih 10 RM1.20 RM12.00


(Hitam)

8 Pen Hitam (Penggunaan 6 RM1.20 RM7.20


Am)

9 Kertas Warna:
• Biru 5 RM0.20 RM1.00
• Merah 5 RM0.20 RM1.00
• Hijau 5 RM0.20 RM1.00

10 Sampul Surat Berwarna:


• Biru 2 RM0.50 RM1.00
• Merah 2 RM0.50 RM1.00
• Hijau 2 RM0.50 RM1.00

11 Sijil Penghargaan /
Pencapaian: RM0.80 RM6.40
• Guru 8 RM0.80 RM16.00
• Kanak-Kanak 20

12 Hadiah Pemenang:
• Buku Mewarna 4 RM2.00 RM8.00
Cerita Rakyat
• 1 set pensel warna 4 RM5.00 RM20.00
Stabilo

13 Saguhati:
• Biskut Berbentuk 20 RM1.50 RM30.00
Medal RM2.00 RM40.00
• Botol Air Eco 20

7
14 Hadiah Penghargaan: Untuk Guru
• Hamper Buah 1 RM20.00 RM20.00 Besar pada
majlis penutup

15 Pembalut Hadiah 24 RM0.40 RM9.60

16 Sarapan Pagi:
• Roti Sandwic Telur 28 RM1.50 RM42.00
• Susu Coklat 28 RM1.00 RM28.00
• Air Mineral 500ml 28 RM0.80 RM22.40

17 Makan Tengahari:
• Air Mineral 28 RM0.80 RM22.40
• Nasi Goreng & 28 RM3.00 RM84.00
Telur Mata

18 Kit Pertolongan Cemas 1 - - Menggunakan


Kit Pertolongan
Cemas milik
Tadika

JUMLAH RM793.80

RM793.80 / 20 kanak-kanak = RM39.69


Yuran Penyertaan adalah RM40.00 untuk setiap kanak-kanak.

8.0 PENUTUP
Diharapkan agar permohonan bagi pelaksanaan Program Kemahiran Membaca ini
diluluskan dan dapat dijalankan tanpa sebarang halangan seperti yang dirancang. Semoga
program ini juga akan mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa dan kanak-kanak dengan
harapan ia dapat mengukuhkan kemahiran bahasa kanak-kanak dengan efektif dan juga
memastikan tiada kanak-kanak yang ketinggalan disebabkan oleh masalah perkembangan
bahasa mereka.

8
9.0 RUJUKAN
Fazila Zainuddin (2019) Pembelajaran Melalui Bermain Dalam Pendidikan Awal kanak-kanak
https://pdfcoffee.com/n-13-pdf-free.html

9
10.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Pelan Lantai Aktiviti 1

Lampiran 2: Pelan Lantai Aktiviti 2

10
Lampiran 3: Contoh Petunjuk & Jawapan

Lampiran 4: Contoh Petikan Cerita Rakyat

11
Lampiran 5: Brosur Program

12
Lampiran 6: Sepanduk Program

13

You might also like