You are on page 1of 1

Bentuk Kejayaan PPPM 2013 - 2025 dalam Anjakan 6 :

"….setiap sekolah tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, akan menyediakan pendidikan yang
baik dan holistik kepada murid"

Bincangkan bagaimana hasrat ini dapat dicapai melalui pelaksanaan program TS25.

Hasrat ini dapat dicapai melalui pelaksanaan program TS25 iaitu dengan kerjasama semua pihak.
Antaranya pihak Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan murid sendiri. Pihak
Jabatan Pendidikan Negeri perlulah memantau di setiap sekolah melalui program pendekatan turun
ke lapangan iaitu bertujuan membantu sekolah membudayakan amalan terbaik bagi melonjakkan
kualiti pendidikan bukan sahaja dalam aspek akademik malah merangkumi penerapan nilai-nilai
murni, kemahiran insaniah dan sahsiah.

Sekolah Transformasi ini menjadi peneraju atau model kepada sekolah lain dalam menyediakan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan; diterajui kepimpinan berkualiti dan berwawasan;
memiliki guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, dan mempunyai komitmen padu dengan
komuniti.

Hasrat ini juga dapat dicapai melalui pelaksanaan program TS25 iaitu dengan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna,
guru yang berwawasan dan beraspirasi tinggi dan disokong oleh kepimpinan yang berkualiti serta
berwawasan.

Oleh yang demikian, bagi saya semua pihak yang terlibat perlulah mengambil inisiatif dengan
menjalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing bagi mencapai hasrat kejayaan pelaksanaan
program TS25

You might also like