You are on page 1of 1

Antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan objektif transformasi sekolah tercapai ialah

antaranya kerjasama daripada pihak sekolah itu sendiri. Maksudnya disini ialah guru yang terdapat di
sekolah haruslah merupakan guru yang berpengetahuan luas dan mengaplikasikan pelbagai bahan
yang menarik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga haruslah bertindak
sebagai pengurus pembelajaran di mana peranan guru haruslah mengurus segala yang berkaitan
dengan murid dari pelbagai segi dan aspek. Selain itu, guru di sekolah perlulah mempunyai bidang
kepakaran yang tinggi dalam ilmu perguruan agar dapat mengajar murid dengan penuh komited.
Seterusnya, persekitaran sekolah perlulah bersih dan ceria di mana di pelbagai sudut di kawasan
sekolah perlulah ditampal atau dilengkapkan dengan pelbagai bahan bacaan yang menarik dan
berguna untuk murid. Akhir sekali, bagi memastikan objektif transformasi sekolah ini tercapai,
sekolah tersebut perlulah memiliki kemudahan dan infrastruktur yang lengkap dan boleh digunakan
sepenuhnya oleh murid-murid di sekolah.

You might also like