You are on page 1of 10

PELAKSANAAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN
Strategi Pelaksanaan
• Keberkesanan kaedah
• Bahan bantu belajar
• kolaboratif
Keberkesanan kaedah
• Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Kaedah merujuk
kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.
• Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk memudahkan
murid memahami proses pembelajaran, menarik minat murid untuk
belajar, membangkitkan minat murid untuk belajar dan
menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan.
• Keadah boleh dilaksanakan mengikut tahap dan kognitif murid.
Bahan bantu belajar
• Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di dalam bilik darjah.
• Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh
dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu

- bahan bantu mengajar bukan elektronik


- bahan bantu mengajar elektronik
- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Kolaboratif
• Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia
belajar bersama-sama. (Bruffee, 1993)
Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran
• Pengajaran Individu
• Pengajaran Kumpulan
• Pengajaran Secara Kelas
Pengajaran Individu
• Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid
sahaja.
• Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid
dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru
Pengajaran Kumpulan
• Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan.
Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau
pun perbezaan minat.
• Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran
komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea
Pengajaran Secara Kelas
• Kaedah ini melibatkan guru akan berada di hadapan kelas dan
mengajar semua murid pemulihan serentak mengikut sukatan
pembelajaran yang sama.

You might also like