You are on page 1of 20

pusat-pusat tuisyen menjadi tumpuan pelajar bagi meningkatkan prestasi akademik.

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan pusat tuisyen terhadap diri anda.

PENDAHULUAN •
semakin banyak ditubuhkan terutamanya di kawasan bandar
• berlumba-lumba menghantar anak ke pusat tuisyen
• terlalu mementingkan pencapaian akademik anak di era siber yang pesat
membangun
• tidak mahu anak ketinggalan dalam pelajaran
• banyak mendatangkan kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan
prestasi akademik mereka

ISI PERTAMA
• membolehkan seseorang fokus kepada pelajaran sepenuhnya
• banyak gangguan di sekolah sehingga tidak dapat menumpukan perhatian
semasa guru mengajar
• rakan-rakan bising sehingga menganggu konsentrasi
• guru pula tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kerana terlalu
banyak pelajar
• tuisyen – bilangan pelajar sedikit
• guru boleh mengesan kelemahan pelajar – memperbaiki
kelemahan tersebut

ISI KEDUA
• pelajar tuisyen – biasanya pelajar yang pintar
• tidak mahu membuang masa
• lebih suka berbincang secara dekat dengan guru-guru
• hanya diperoleh di pusat tuisyen – guru di sekolah sentiasa sibuk dengan pelbagai
urusan
• di pusat tuisyen – lebih mudah bertanya dan bersoal jawab dengan guru
• guru dapat memberi penerangan dengan lebih jelas

ISI KETIGA
• bilangan pelajar agak sedikit
• guru dapat memberikan bimbingan secara individu
• dapat mendatangkan kesan yang agak maksimum kepada pelajar
• hubungan pelajar dengan guru lebih rapat
• pelajar tidak segan-segan menyuarakan kelemahan mereka kepada guru untuk
diperbaik
• guru tuisyen lebih peramah dan mesra

ISI KEEMPAT
• fasiliti di pusat tuisyen jauh lebih baik jika dibandingkan dengan di sekolah
• ada kemudahan pendingin hawa – dapat belajar lebih selesa
• meja yang digunakan lebih sesuai dan kerusi empuk
• bilik darjah lebih cantik dan ceria – membangkitkan semangat belajar
• kemudahan untuk mengajar lebih canggih
• membantu meningkatkan pencapaian pelajar agar menjadi lebih cemerlang
ISI KELIMA
• susunan jadual waktu pembelajaran lebih fleksibal
• di sekolah – jadual waktu telah ditetapkan sama ada waktu pembelajaran sesuai
atau tidak
• waktu yang terlepas boleh diganti balik
• kelas tuisyen biasanya dibuat sebelah petang atau malam
• mudah diikuti oleh murid

PENUTUP
• alternatif terbaik bagi pelajar yang mahu berjaya dalam pelajaran
• mesti memilih pusat tuisyen yang benar-benar boleh membantu kita untuk
meningkatkan prestasi
• beberapa aspek penting seperti yuran dan guru yang mengajar harus diambil kira
• pencapaian yang cemerlang dalam akademik akan menjadi ukuran kejayaan di hari
muka

Soalan:
Bincangkan kebaikan dan keburukan kelas tuisyen.

PENDAHULUAN:-
Dewasa ini kecemerlangan pendidikan anak-anak menjadi matlamat para ibu bapa.
Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja asalkan anak-anak mereka berjaya dalam
akademik.
Ibu bapa sedia menghabiskan wang ringgit demi memberikan pendidikan yang berkualiti
kepada anak-anak seperti menyediakan peralatan lengkap persekolahan, mengadakan
kelas tuisyen berbayar, membeli peralatan multimedia pembelajaran dan sebagainya.
Kelas tuisyen berbayar telah menjadi fenomena baharu dalam sistem pendidikan kita, dan
boleh dikatakan lebih daripada lapan puluh peratus pelajar menghadiri kelas tuisyen ini
khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR,
SPM dan STPM.
Pelbagai kebaikan yang diperoleh pelajar melalui pembelajaran di kelas tuisyen, namun
jika tidak dilaksanakan secara berhemah, kelas tuisyen juga boleh mengundang beberapa
keburukan.
ISI-ISI PENTING:-
Kebaikan-kebaikan:-
Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar.
Menyediakan pembelajaran yang lebih khusus kepada teknik menjawab soalan
pepeiksaan.
Memberikan pendedahan pelbagai kaedah pembelajaran kepada pelajar.
Membantu pelajar membuat persiapan lengkap bagi menghadapi peperiksaan.
Meluaskan peluang pelajar untuk bergaul dengan pelajar yang datang dari pelbagai latar
sekolah.
Menggalakkan pelajar menggunakan masa lapang untuk aktiviti yang lebih berfaedah.
Membantu pelajar lemah dan ketinggalan dalam pelajaran di sekolah.
Mengelakkan pelajar daripada tercebur kepada aktiviti yang kurang sihat.
Keburukan-keburukan:-
Memerlukan belanja yang agak besar.
Mengurangkan masa rehat pelajar pada hujung minggu.
Merenggangkan hubungan pelajar dengan ahli keluarga.
Mendedahkan pelajar kepada rakan-rakan baharu yang mungkin terlibat dengan aktiviti
negatif.
Pembelajaran di kelas tuisyen kadang-kadang tidak berkualiti kerana lebih mengira
keuntungan.
Menyebabkan pelajar dibebani dengan pelbagai tugasan yang lebih banyak.
Mengurangkan aktiviti riadah pelajar.
Memberikan tekanan kepada sesetengah pelajar.
PENUTUP:-
Tidak dapat dinafikan bahawa kelas tuisyen amat berguna kepada sesetengah pelajar jika
diaplikasikan dengan sebaiknya. Namun, jika sebaliknya, kelas tuisyen juga mampu
menjadi faktor kegagalan seseorang pelajar.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Pelajar menghadiri tuisyen sudah menjadi satu budaya. Pusat


tuisyen dibuka di merata-rata tempat, tidak lagi sekadar tertumpu
di kawasan bandar, bahkan di pekan-pekan kecil.

Sikap ibu bapa dan pelajar yang mementingkan kejayaan dalam


peperiksaan merupakan faktor meningkatnya bilangan pelajar
menghadiri kelas tuisyen. Menghadiri kelas tuisyen dikatakan
punca kepada kejayaan cemerlang ramai pelajar yang
sebelumnya dianggap ketinggalan dalam pelajar.

Tidak dinafikan, keputusan cemerlang bagi setiap peperiksaan


menjadi impian semua pelajar dan ibu bapa. Itulah yang menjadi
ukuran menentukan tahap kemampuan pelajar dan dijadikan asas
untuk mereka meningkat lebih tinggi dalam pendidikan atau
mendapat peluang pekerjaan yang baik.

Oleh itu, dalam usaha menentukan pencapaian cemerlang dalam


semua keputusan peperiksaan, pelajar terpaksa memberi segala
tumpuan untuk persiapan menghadapi peperiksaan, termasuklah
menghadiri kelas tuisyen.

Memang didapati ramai pelajar menghadapi masalah lemah dalam


mata pelajar penting seperti matematik dan sains. Untuk
memperbaiki kelemahan tersebut, menghadiri kelas tuisyen
difikirkan sebagai cara terbaik.

Kelebihan menghadiri kelas tuisyen adalah kerana ia diadakan


mengikut mata pelajaran pilihan yang mana pelajar boleh memilih
kelas yang ingin diikuti. Pelajar boleh memilih mana-mana mata
pelajaran yang dirasakan perlu ditingkatkan kemampuan.

Tambahan pula, kelas tuisyen memberi peluang untuk pelajar


mengulangi tajuk-tajuk yang telah dipelajari di sekolah. Oleh itu, ia
memberi kebarangkalian untuk lebih memahaminya lebih tinggi.
Malah, pelajar berpeluang memilih tajuk mana yang mereka perlu
beri perhatian berdasarkan kepada kemampuan sedia ada.

Selain menghadiri kelas tuisyen biasa, ada pelajar memilih tuisyen


khusus seperti mendapatkan guru khas yang hanya untuk
sekumpulan pelajar yang kecil atau diadakan di rumah mereka
sendiri. Cara ini lebih praktikal kerana guru dapat memberi
perhatian penuh pada setiap pelajar dan memberi penilian yang
lebih khusus.

Terbukti ramai pelajar yang lemah dalam mata pelajaran dapat


meningkatkan kemampuan mereka setelah menghadiri kelas
tuisyen. Usaha lebih gigih mereka lakukan berbaloi dengan
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mencapai
apa diimpikan. Pengorbanan masa dan wang ringgit yang
dicurahkan dirasakan tidak sia-sia.

Biarpun tuisyen itu baik, ada setengah pakar pendidikan


mengatakan tidak semua pelajar perlu menghadirinya. Kelas
tuisyen dianggap hanya sesuai untuk pelajar yang menghadapi
masalah dalam memahami pelajaran dalam kelas di sekolah. Ia
boleh dianggap sebagai kelas tambahan.

Sebenarnya sistem atau kaedah pembelajaran yang diadakan di


sekolah telah memadai untuk melahirkan pelajar yang berjaya
dalam peperiksaan dan juga akhlak. Pihak guru sentiasa
mengadakan pendekatan yang khusus untuk memacu pelajar
mencapai kejayaan cemerlang.

Bukti keberkesanan sistem pendidikan di sekolah dapat dibuktikan


apabila statistik mengenai pelajar cemerlang mendapati ramai
majoriti di kalangan mereka tidak menghadiri sebarang kelas
tuisyen di luar sekolah.

Malah didapati pelajar yang tidak menghadiri tuisyen lebih


cemerlang daripada pelajar yang menghadiri tuisyen.
Sistem pembelajaran di sekolah sudah lengkap dan mampu
mendidik pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan yang ditetapkan untuk mereka. Barisan guru yang
bertugas mempunyai pengalaman yang luas dalam tugas
mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang. Segala-galanya
bergantung kepada kesungguhan pelajar mengikuti pelajaran yang
diajarkan, di samping mengulangkali pelajaran dan mengadakan
latih tubi yang berterusan.

Sistem yang diadakan di sekolah sekarang banyak membantu


melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Di antara
perkara yang diusahakan oleh pihak sekolah dan guru-guru ialah
menyediakan kelas bimbingan, kelas tambahan, sistem anak
angkat, sistem guru damping dan sebagainya.

Usaha yang diadakan oleh pihak sekolah itu untuk membantu


pelajar lebih menguasai pelajaran selain kelas pada waktu
pembelajaran biasa.

Segala usaha tersebut dirancang dengan teliti bersesuaian


dengan masa, keadaan dan keperluan. Guru mempunyai lebih
masa untuk mengenalpasti keperluan pelajarnya dan
menganjurkan sesuatu yang dapat membantu pelajar mencapai
keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Tetapi perkara ini sering pula disalah faham oleh ramai ibu bapa.
Ruang masa lebih lama pelajar berada di sekolah yang
dikendalikan oleh pihak sekolah dianggap membebankan pelajar,
yang secara langsung menganggu rancangan untuk menghadiri
kelas tuisyen. Ada ibu bapa dan pelajar seperti tidak yakin usaha
murni guru itu akan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan
semua.

Hakikat yang perlu diketahui ialah menghadiri kelas tuisyen bukan


menentukan kejayaan mutlak pelajar. Banyak perkara perlu dikaji
tentang keberkesanan menghadiri tuisyen. Silap perkiraan akan
mendatangkan kesan buruk kepada pelajar yang menghadiri kelas
tuisyen.

Di antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah


pengurusan masa bagi memastikan proses pembelajaran berjalan
lancar. Pelajar biasanya menghadiri kelas tuisyen pada sebelah
masa berlawanan sesi persekolahan, malam dan hujung minggu.
Kebiasannya, masa pelajar perlu menghadiri kelas tuisyen
seringkali bertembung dengan masa aktiviti diadakan di sekolah.
Ini menimbulkan konflik di dalam diri pelajar sama ada mengikuti
aktiviti sekolah atau menghadiri tuisyen. Kedua-duanya dianggap
penting bagi mencapai kejayaan cemerlang.

Biarpun masa kelas tuisyen setiap hari hanya sejam atau dua jam,
jadual kelas amat padat. Ini kerana kelas dan guru yang sama
disediakan untuk banyak kumpulan kelas tuisyen. Terdapat kelas
diadakan seawal tengahari, lewat petang dan sehingga tengah
malam.

Keadaan ini menyebabkan ada pelajar terpaksa belajar pada


masa yang tidak sesuai. Ada pelajar terus pergi ke pusat tuisyen
sebaik pulang dari sekolah tanpa pulang berehat dahulu di rumah.

Di samping itu ramai pelajar menghadiri tuisyen tidak mempunyai


masa yang cukup untuk mengulangkaji sendiri pelajaran di rumah.
Kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak sempat disiapkan. Ini
secara langsung mengganggu perjalanan pelajaran di sekolah.

Disebabkan menghadiri kelas tuisyen dan aktiviti di sekolah,


pelajar tidak sempat berehat. Keadaan ini menyebabkan pelajar
sentiasa dalam keadaan lesu dan tidak selesa untuk belajar.
Tekanan perasaan dan bebanan belajar menyebabkan
penerimaan pelajaran menurun dan seterusnya gagal mencapai
keputusan cemerlang.

Kita perempuan kembali melihat tujuan asal diadakan kelas


tuisyen, iaitu untuk pelajar lemah dalam mata pelajaran tertentu.
Sememangnya, pelajar lemah perlu masa belajar tambahan untuk
membolehkan mereka ‘mengejar’ apa yang tidak sempat difahami
ketika belajar di sekolah.

Oleh itu, ibu bapa dan pelajar perlu fikirkan baik buruk dan
keperluan menghadiri kelas tuisyen sebelum mengambil
keputusan menghadirinya. Apa yang lebih penting ialah jangan
jadikan sebab menghadiri kelas tuisyen hanya sebagai ikut-ikut
atau trand. Ada juga pelajar tidak ikhlas menghadiri kelas tuisyen,
yakni bukan untuk belajar, tetapi untuk bertemu dengan rakan-
rakan dan alasan untuk lebih bebas keluar dari rumah.
Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tuisyen

Murid-murid di kawasan bandar biasanya akan mengikuti kelas


tuisyen. Tuisyen merupakan kelas tambahan yang dijalankan di
ruang kedai yang dijadikan kelas. Kelas tuisyen ini mengenakan
bayaran tertentu mengikut jumlah mata pelajaran yang diikuti.
Mengikuti kelas tuisyen menambahkan pemahaman kita
terhadap topik yang guru ajar. Sebagai contoh, kita semakin
faham topik mata pelajaran Sains kerana guru tuisyen memberi
lebih banyak latih tubi. Kesannya, kita akan memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Selain itu, kita dapat menggunakan masa lapang dengan
aktiviti berfaedah. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak
mengikuti kelas tuisyen, kemungkinan kita bercampur rakan
sebaya yang suka melakukan perbuatan tidak sihat. Kesannya,
kita boleh terjebak dalam kegiatan yang negatif seperti
mencuri.
Mengikuti kelas tusyen juga menambahkan keyakinan kita
untuk menghadapi peperiksaan. Sebagai contoh, oleh sebab
rakan-rakan bersemangat untuk mendapatkan 5A dalam UPSR,
kita pun mahu mendapat kejayaan yang cemerlang. Kesannya,
kita semakin bersemangat untuk belajar.
Seterusnya, kita boleh bertukar-tukar soalan dengan rakan
dari sekolah yang berlainan. Sebagai contoh, kita boleh
mendapatkan soalan Peperiksaan Percubaan UPSR. Kesannya,
prestasi pelajaran kita akan terus meningkat.
Kesimpulannya, kelas tuisyen merupakan kelas yang wajar
diikuti bagi mereka yang berkemampuan. Jika kita mahu
memiliki otak cair, janganlah teragak-agak untuk mengikuti
kelas tuisyen. Namun, pilihlah pusat tuisyen yang berkualiti

KARANGAN TENTANG PUNCA KEMALANGAN


JALAN RAYA

“Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan


sentiasa beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan
pulang ke kampung halaman. Bersama-sama kita jadikan jalan
raya kita jalan yang selamat”.

Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana


Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri
majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim di Putrajaya
baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah
menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan
saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita
kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di
dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap
XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes
kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun
statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan
pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding
tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun
pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara


(UTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan
faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang
tidak dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang
enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu
yang tidak mematuhi ‘speed limit’ terutamanya ketika
memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal
mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke
kiri di selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang
mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi
mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun
mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu
kenderaan ketika mengantuk akan hilang konsentrasi semasa
memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan
dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada
kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu
yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta
mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut
menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi
apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna
jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca
daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan
raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya
merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya.

Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan


pokok bergoyang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada
sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan
raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada
kemalangan jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-
lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata,
infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh
membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka
yang memandu pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui,
rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka pada
waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi
mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan
lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan
sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan
penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka.
Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu
malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak
sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Tambahan pula,
ketiadaan penghadang jalan raya terutamanya di kawasan-
kawasan yang tinggi seperti Genting Highlands meningkatkan
lagi risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam
lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah bahawa kemalangan
jalan raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada
dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang


semakin menjadi-jadi juga sering menyebabkan kemalangan
maut terutamanya dalam kalangan pelesit-pelesit rempit.
Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram
ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada
malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan
bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi pemandu yang
beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang
membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram
yang ganas seperti ‘drift and drag’, gaya 'aerospace' dan
'superman' bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara,
malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain
serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan
pelbagai kemungkinan yang akan menimpa pelumba haram
yang memecut laju dengan kelajuan 200 kilometer sejam
secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar
seorang kanak-kanak. Adakah dia dan kanak-kanak itu masih
terselamat? Dan adakah dia akan dibawa ke muka pengadilan
setelah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak yang
tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram
menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar
kemalangan jalan raya di negara ini.

Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang


dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya.
Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan
yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi
masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam
pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang
kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di
jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran
segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah,
pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran
tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal
ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak
tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan
Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19 kali
oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman
daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semenjak lima
tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya.
Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab
mereka dalam memakmurkan alam sehingga memandang
enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya
keadilan dan keunggulan undang-undang negara sehinggakan
fenomena sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan
penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam
masalah kemalangan jalan raya.
Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca
daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan
raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta
menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah
memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang
terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung telah
menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara
memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan
berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan.

Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding


bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut
jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika Beijing berjaya
melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh!
Insya-Allah. Jika segala permasalahan ini dapat dirungkaikan,
tidak mustahil hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 seperti yang diilhamkan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad boleh menjadi kenyataan.
Punca-punca kemalangan maut di jalan raya
Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia
tentang isu kemalangan maut yang semakin banyak berlaku di
negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Hal ini
dikatakan demikian kerana fenomena ini kian kritikal dan
menggusarkan fikiran masyarakat kita.Tambahan pula,negara
kita Malaysia telah disenaraikan sebagai sebuah negara yang
mencatat jumlah kematian
tertinggi akibat kemalangan jalan raya. Hal ini merupakan satu
keaiban bagi seluruh penduduk di Malaysia. Biar kita ambil
contoh,setiap hari sama ada dikaca-kaca televisyen,didada-
dada akhbar, mahupun dicorong-corong radio pasti ada sahaja
dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa
manusia.Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,
punca-punca dan langkah-langkah yang menunjangi
permasalahan ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

Antara punca kemalangan maut yang paling signifikan ialah


sikap pemandu atau penunggang itu sendiri.Hal ini disebabkan
pemandu yang bersikap mementingkan diri,malah tidak sabar
ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi jalan
raya.Sebagai contoh,pemandu kenderaan yang memandu
kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang
dibenarkan.Secara tidak langsung,pemandu bukan sahaja
mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan
raya yang lain.Antara contoh yang lain ialah,gelagat
penunggang motosikal yang suka memecut dan memotong
kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat seperti di
kawasan yang sempit,di selekoh,di garisan berkembar dan
memotong di sebelah kiri kenderaan.Perdana menteri kita juga
pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang-
penunggang motosikal tersebut mungkin menyangka bahawa
mereka tidak akan menemui maut di jalan raya.Sudah terang
lagi bersuluh,jelaslah bahawa sikap pemandu atau penunggang
motosikal itu sendiri merupakan faktor utama menyebabkan
berlakunya kemalangan maut.

Punca seterusnya ialah disebabkan keadaan struktur jalan raya


yang tidak selamat daripada pelbagai aspek.Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat keadaan jalan raya yang berlubang-
lubang,sempit,lampu jalan rosak dan tidak rata sudah pasti
mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.Bukan itu
sahaja,struktur jalan raya yang berbelok-belok sehingga
menyebabkan kenderaan terbabas atau sukar dikawal.Selain
itu,struktur cerun jalan yang curam meninggikan lagi risiko
kerosakan brek.Bagi jalan yang lebar dan luas pula,keadaan
tersebut meningkatkan kecenderungan pemandu memandu
dengan laju.Sebagai contoh,di Lebuhraya Timur Barat,struktur
jalan dikatakan kurang berkualiti kerana terdapat banyak
kawasan jalan yang beralun malah banyak kemalangan maut
direkodkan dikawasan itu.Intihannya,sudah jelaslah bahawa
struktur jalan raya juga turut menjadi punca kepada berlakunya
kemalangan maut.
Selain itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan juga meerupakan punca berlakunya kemalangan
maut.Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan
peraturan yang ketat,serta mampu memberi kesan terhadap
psikologi masyarakat tempatan,namun ketidaktegasan dalam
pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang
kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan
jalan raya.Biar kita ambil contoh,akibat daripada ketidak
jujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima
rasuah.Hal ini dikukuhkan lagi apabila sebuah bas yang
digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam
pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek.Bukan
itu sahaja,dendaan dan kompaun sebanyak Rm300 bagi
kesalahan seperti memandu melebihi had laju,melanggar
lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu
membayar jumlah tersebut.Oleh itu,impaknya,pemandu tidak
kentar melakukan kesalahan di jalan
raya.Konklusinya,kelemahan penguatkuasaan undang-undang
dan peraturan merupakan salah satu punca berlakunya
kemalangan maut.

Antara langkah mengatasi masalah kemalangan maut ialah


memperketat penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang
sedia ada dengan lebih tegas.Lantaran itu,akta pengangkutan
jalan 1997,perlu dipinda semula supaya hukuman lebih berat
dikenakan kepada pesalah trafik yang melibatkan
kematian.Selain itu,penjara lima tahun tidak sesuai lagi malah
harus digantikan dengan hukuman penjara selama 10 tahun
mandatori. Disamping itu juga,’corporal punishment’atau
deraan seperti hukuman rotan mandatori juga mesti
diperkenalkan. Bukan itu sahaja,syarat pemilikan lesen
memandu harus diperketat dan syarat umum pemilik lesen
harus dipertingkatkan kepada 21 tahun. Hal ini kerana banyak
kemalangan maut yang berlaku melibatkan golongan berumur
belasan tahun.Kesimpulannya,penguatkuasaan undang-undang
harus diperketat lagi bagi mengatasi masalah kemalangan
maut.

Selain itu, antara usaha yang patut diimplementasikan ialah


memperbanyak kempen yang sedia ada.Menerusi kempen
keselamatan jalan raya yang sedia ada dengan pengisian
baharu seperti iklan keselamatan dan kemalangan maut yang
lebih realistik dan berkesan perlu disiarkan.Selain itu,pihak
berkuasa juga harus menyiarkan lebih banyak propaganda
tentang sikap buruk pemandu dan mencipta slogan-slogan
baharu tentang kepentingan berhemah di jalan raya.Disamping
itu juga,saluran media juga boleh digunakan untuk
menyampaikan slogan-slogan seperti ’pandu cermat,jiwa
selamat’, ‘jauhi jarak anda’ dan sebagainya secara
berterusan.Hal ini kerana kempen boleh mempengaruhi
pengguna supaya sedar akan kesan buruk kemalangan maut.
Oleh itu,sudah jelaslah bahawa memperbanyak kempen yang
sedia ada merupakan salah satu langkah mengatasi
kemalangan maut.

Sebagai menutup tirai perbincangan,segala punca dan langkah


mengatasi masalah kemalangan maut perlu diteliti dan diambil
tindakan drastik lagi pragmatik demi kebikan bersama.Pihak
berkuasa khususnya polis trafik haruslah mengadakan lebih
banyak Ops Sikap bagi mengurangkan masalah kesalahan jalan
raya yang mengakibatkan kemalangan maut.Selain itu,semua
pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
menangani masalah kemalangan maut.Segala usaha yang
dilaksakan hendaklah berterusan dan istiqamah bukannya
sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan
batuk ditangga sahaja.Jangan sampai sudah terhantuk baru
tergadah,barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi masalah
ini.Oleh itu,semua masyarakat haruslah beringat dan jangan
jadikan lebuhraya sebagai pusara kerana nyawa manusia
merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.
Saban tahun, kemalangan maut dilaporkan semakin meningkat ketika
menjelangnya musim perayaan di negara kita. Huraikan punca-punca kemalangan
tersebut berlaku dan kemukakan cadangan untuk menanganinya.

Karangan Contoh
Apabila musim perayaan menjelang tiba, anggota masyarakat
di Malaysia begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman
masing-masing, terutamanya golongan perantau yang mencari
rezeki di kota raya. Perasaan rindu mereka sangat mendalam,
bagai digamit rindu untuk pulang ke kampung dan bertemu
dengan ahli keluarga yang sudah lama tidak ditemui. Namun
demikian, selain perasaan yang begitu teruja itu, anggota
masyarakat pasti akan mendengar berita tentang kemalangan
maut yang melibatkan kereta atau van yang sangat menyayat
hati kita. Kemalangan maut yang sering berlaku pada musim
perayaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Dengan
perkataan lain, terdapat beberapa punca yang menyebabkan
berlakunya kemalangan ini dan cadangan untuk mengatasinya
perlu dilakukan.
Kemalangan jalan raya kebiasaannya berlaku disebabkan
oleh kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan.
Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka
berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar
kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis.
Akibatnya, keadaan kenderaan mereka itu akan menjejaskan
perjalanan mereka untuk pulang ke kampung. Keadaan kereta
yang tidak diservis dan tayar yang “botak” ini akan
mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya
ketika hujan dan seterusnya menyebabkan berlakunya
kemalangan maut. Tegasnya, kesan kelalaian manusia yang
alpa dan tidak mengambil berat keadaan kenderaan mereka itu
menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.
Kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap
pengguna jalan raya yang gagal merancang perjalanan dan
bersikap terburu-buru semasa berada di jalan raya. Pengguna
jalan raya yang tidak merancang perjalanan mereka dengan
teliti iaitu dengan menentukan waktu yang sesuai untuk
bertolak ke kampung menyebabkan mereka bertindak dengan
terburu-buru di jalan raya. Perkara ini seterusnya akan
menyebabkan sesetengah pengguna jalan raya hilang
kesabaran dan mengikut hawa nafsu lalu melakukan kesalahan
seperti memotong kenderaan di garisan berkembar atau di
bahagian bahu jalan. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini
seterusnya akan menyebabkan kemalangan berlaku.
Kemalangan tersebut tentunya melibatkan kecederaan atau
meragut nyawa mangsa.
Kemalangan jalan raya juga berlaku disebabkan oleh
keadaan jalan raya yang kurang memuaskan atau terdapat
kerosakan. Kemalangan jalan raya boleh berlaku kerana
keadaan jalan raya yang berlubang-lubang dan tidak rata akan
menyebabkan tayar kereta tidak dapat mencengkam
permukaan jalan raya. Kesan seterusnya, apabila pengguna
jalan raya melalui kawasan tersebut, kenderaan mereka
mungkin akan terbabas dan sukar untuk dikawal. Kenderaan
mereka juga mungkin akan berlanggar dengan kenderaan lain
atau melanggar pembahagi jalan. Perkara itu bukan sahaja
menyebabkan kemalangan berlaku malah boleh merosakkan
harta awam yang terdapat di jalan raya. Tegasnya, keadaan
atau faktor jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik turut
menyebabkan kemalangan berlaku.
Kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan dan
kehilangan nyawa dapat ditangani dengan pelbagai langkah.
Antara langkah yang boleh dilakukan adalah melalui kempen-
kempen di media massa dan papan iklan di tepi jalan atau
lebuh raya. Radio dan televisyen juga boleh memaparkan iklan
kepada audiens supaya mereka tidak lupa akan perkara-perkara
yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum memulakan atau
semasa perjalanan. Sebagai contohnya, mereka boleh
memaparkan iklan tentang bahaya pemandu yang letih dan
mengantuk ketika memandu kenderaan dan mereka disyorkan
suapaya berhenti di kawasan rehat. Kempen dan iklan seperti
itu dirasakan berkesan kerana para pengguna jalan raya dapat
melihat atau menonton iklan tersebut dengan mudah. Jelaslah
bahawa melalui kempen, perkara itu akan mengingatkan
mereka tentang bahaya kemalangan jalan raya.
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pihak
kerajaan adalah dengan memastikan jalan-jalan raya di
Malaysia berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini perlu
dilakukan bagi memudahkan pengguna menggunakannya tanpa
perasaan bimbang atau takut. Semua jalan raya yang berlubang
perlu diturap dengan sempurna oleh pihak Jabatan Kerja Raya
supaya dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
Selain itu, permukaan jalan yang tidak rata haruslah diratakan
supaya pengguna berasa selesa ketika memandu kenderaan
dan melancarkan perjalanan pwnggun jalan raya yang hendak
pulang ke kampung halaman mereka. Jadi, keadaan jalan raya
yang baik dapat mengurangkan kemalangan maut yang berlaku
di negara kita.
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor berlakunya
kemalangan jalan raya dan pengguna jalan raya haruslah lebih
berwaspada dan berhati-hati ketika hendak memulakan
perjalanan serta memandu kenderaan dengan cermat kerana
pandu cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat tidak
mematuhi etika pemanduan yang betul maka kemalangan
maut boleh berlaku tanpa mengira masa. Jadi, mereka perlu
ingat akan orang yang tersayang yang sedang menanti
kepulangan mereka di rumah atau di kampung. Oleh itu, semua
pengguna jalan raya dan kerajaan haruslah berganding bahu
untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat
diatasi dengan memainkan peranan masing-masing secara
berkesan. Dengan cara itu, kita berharap agar pengguna jalan
raya di Malaysia dapat menggunakan jalan raya dengan selesa
dan sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing.

You might also like