Professional Documents
Culture Documents
Kebaikan :
Guru tuisyen boleh memberi banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan
keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih
tubi yang turut memberi satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti
peperiksaan sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tuisyen berupaya memberi satu
keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan. Murid yang sudah
banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab
dengan tenang dan tepat dalam setiap soalan yang diberikan itu.
Kelas tuisyen memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang
berfaedah. Kelas tuisyen yang diadakan selepas waktu sekolah biasanya menyukarkan
murid-murid terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan
kecil.
Murid-murid boleh bertukar fikiran dan soalan ujian dengan rakan-rakan baru.
Keburukan :
Membuang masa ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan
juga membuang masa diri murid-murid untuk menghadiri kelas tuisyen.
Membuang duit ibu bapa kerana kelas tuisyen tersebut mahal and anak-anak mereka
pergi ke kelas tuisyen hanya untuk bertemu rakan-rakan mereka, bermain telefon
bimbit dan bercakap dengan rakan-rakan.
Ibu bapa akan menjadikan tuisyen sebagai satu alat kompetitif untuk membanding
keputusan anak-anak dengan orang lain. Ini akan memberi tekanan kepada muridmurid sehingga boleh menyebabkan trauma.